Assalamualaikum semua..hari ni saya akan kupasakn tentang tajuk yang saling berkait rapat dengan kehidupan suami isteri iaitu kehidupan berumah tangga.Tak dinafikan kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya.Adakalanya panas,ada kalanya sejuk.Semuanya terletak di tangan suami dan isteri itu sendiri,macam mana mahu mencorak dan mewarnainya.
Seperti yang kita semua ketahui,penceraian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun.Penceraian ini berlaku kebanyakannya berlaku pada pasangan muda yang telah berkahwin kurang dari 5 tahun.
Bukannya nak cakap pasangan muda jer yang bermasalah.Pasangan tua ada juga yang bercerai,cuma jumlahnya amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan pasangan muda.Mungkin dalam 1 / 9.
Dan untuk pengetahuan kita semua,sebab UTAMA kes penceraian berlaku adalah masalah kewangan.Mungkin sebelum berkahwin,si perempuan berkerjaya.Tetapi,apabila sudah berkahwin,si suami suruh berhenti kerja.Tumpukan seluruh perhatian kepada rumah tangga.Si isteri yang sudah biasa berkerja,membelanjakan wang dengan sesuka hatinya sebelum ini pasti akan rasai sesuatu yang berbeza.
Paling penting dalam kehidupan berumah tangga adalah bertolak ansur.Andai isteri anda diibaratkan api,anda sebagai suami hendaklah menjadi air.Jangan kedua-duanya menjadi api,nanti terbakr hangus rumah tangga anda. ;)
Yang kedua adalah amalkan sikap toleransi dan sikap tolak ansur.Ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan berumah tangga.Seandainya isteri anda tertidur ketika menyusukan anak,(susu badan) tolonglah bereskan apa-apa yang patut.Sesungguhnya kerja menjadi suro rumah tangga penat dan letihnya lagi berganda dari bekerja di pejabat.Tak berdosaka pun kan kalau tolong isteri anda ;)
Yang ketiga adalah kesetiaan dan kejujuran.Ini adalah kunci penting kebahagian suami isteri.Tanpa kesetiaan dan kejujuran,anda suami isteri mungkin hari-hari akan berperang.Hati tak tenang memikirkan apa yang suami atau isteri anda buat.Bila berkeadaan begini,syaitan lagi suka menghasut anda.
Yang keempat adalah jangan sesekali sebutkan lafaz dan perkataan 'CERAI' .Contohnya anda suami isteri senang menonton televisyen,melihat drama pergaduhan pasangan suami isteri,anda pun menyebut tanpa niat kepada isteri anda "aku ceraikan kau dengan talak 3".Talak akan jatuh kerana perkataan ini tidak sesuai untuk dibuat main-main.Walaupun tanpa niat,talak tetap akan jatuh.Dan anda pasti tahu bukan,apabila bercerai talak 3,adalah sukar untuk anda rujuk kembali melainkan jika isteri anda berkahwin kemudian bercerai,barulah anda boleh menikahi semula isteri anda.
Dan yang terakhir adalah jika terdapat sebarang masalah yang anda tidak temui jalan penyelesaiannnya,dapatkan nasihat orang berilmu.Contohnya pegawai kaunseling yang ditempatkan di setiap pejabat agama di setiap daerah dan setiap negeri.
Peringatan juga buat kita semua,andai terdapat masalah jangan sesekali kongsikan dengan orang yang berlainan jantina.Dikhuatiri mereka akan mengambil kesempatan di dalam kesempitan,biarpun mereka adalah teman rapat kita.Jangan sesekali ok.
Sama-samalah kita doaka semoga rumah tangga yang kita semua bina akan kekal hingga ke hujung nyawa dan ke jannah.Amin...amin...amin ya robbal ala'min.