'sihat dan cantik pilihan saya: Kula Cakes memikat hati penduduk Kuantan'

Kula Cakes memikat hati penduduk Kuantan

Assalamualaikum semua.

Kembali bersua lagi ^_^.Hari ini saya nak share tentang kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.

Tetiba teringin sangat-sangat nak makan cheese kek.Dalam fikiran baru terbayang,urmmmm sedapnya cheese kek.Terasa umpama kek cheese sedang dikunyah.Yummy!

Nak pergi cari sendiri tanpa suami disisi,memang tak lah.Alhamdulillah ALLAH hadirkan pembantu kepada saya untuk memudahkan misi mencari cheese kek.

Aktiviti dihujung minggu

Selepas kepuasan berjalan dan berlari kejar iman di Teluk Chempedak,misi.mencari kek bermula!

Oleh kerana masa pun sudah suntuk,mahgrib menjelma,kedai kek pun tak jumpa,hasrat untuk mencari cheese kek terpaksa dibatalkan.

Tup-tup bapa mertua ajak selepas maghrib.Kalut cari lokasi kedai kek di Google.Akhirnya terjumpalah 1 blog yang menceritakan tentang kedai kek paling popular di Kuantan.

Whatsapp taukey kedai mintak beliau kirimkan lokasi kedai ^_^.

Akhirnya misi bermula!

Sebenarnya memang perasan 1 kedai kek dalam kawasan bandar Kuantan ini.Sebabnya bila kitaorang lalu jer jalan utama tu,selalu ternampak orang ramai beratur dalam kek.

Sampaikan encik suami pun pernah tegur,'apa la yang hebat sangat kedai kek nie?sampai beratur orang nak beli kek!'.

Kedai kek paling popular di Kuantan

Ha,nak habaq mai ni!Inilah Kula Cakes house,kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.



Kedainya hanyalah kedai kecil.Tapi kecil-kecil cili api nie! Sebabnya Kula Cakes menyediakan tempat menjamu selera yang begitu santai dan mendamaikan!

Dengan pancaran lampu diwaktu malam,kita akan terasa seolah-olah berada didalam taman reakrasi yang direka kreatif walaupun ketika itu kita berada ditengah bandar yang begitu sibuk ;).








Kek apakah yang mampu memikat penduduk Kuantan ini???

Jeng..jeng..jeng..

Inilah dia kek yang paling terkenal di Kula Cakes iaitu Mango Cheese Cake.


Cheese kek yang begitu menyelerakan :) Tidak muak dimakan,dilimpahi sos mangga dan dihiasi dengan hirisan mangga yang begitu manis.Yummy :).

Sekali sekala terpaksa reward untuk diri sendiri.Hehehe.Tapi,jangan selalu makan sangat ok.Nantikan protein AGE menimbun banyak,kesan penuaan begitu ketara kepada anda.

Jika anda nak cari dan mencuba pelbagai jenis kek di Kula Cakes ini,pastikan anda memandu secara berhati-hati supaya anda tidak terlepas simpang dan untuk mengelakkan anda supaya berpatah balik dan susah untuk mencari parking.

Sedikit info untuk anda :

Kula Cakes
A96,Jalan  Besar,
25000 Kuantan,Pahang.
HP : 017- 9711396

Open : 1 PM - 9 PM
Tutup setiap hari Isnin.



.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...