'sihat dan cantik pilihan saya: h & w talk Shaklee | Hotel Vistana Kuantan'

h & w talk Shaklee | Hotel Vistana Kuantan


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita bersua lagi ^_^.

Januari 2015 telah melabuhkan tirainya.Kini,February telahpun bermula dengan semangat yang membara dan kental !!

Alhamdulillah berpeluang menikmati H & W talk yang dianjurkan oleh Shaklee.Kebetulan encik suami cuti sempena hujung minggu,keizinan terus diberi tanpa banyak soalan.Arigaro encik suami !

H & W pada kali hari ini adalah berkenaan 'Kesihatan Sendi'.Walaupun masa yang ada untuk menuntut ilmu hanyalah 2 jam,namun pelbagai  kupasan dan info-info menarik yang diperolehi.Mula-mula masuk dewan tu,alahai gerun rasa !! Serius saya cakap,saya mengenali kak Fiza Zasmi dan Ida hanya dalam telegram sahaja.Belum pernah bersua muka.Tapi diaorang memang best,ramah seperti dalam telegram jugak.hehehe.

Menariknya majlis ini diacarakan sendiri oleh kakitangan Pemasaran Shaklee Wilayah Timur iaitu Encik Azmi.Apabila pengacara pun bersemangat waja,semangat orang yang menuntut ini pun haruslah seiring dan sejalan gitu.Bak lagu nyanyian Nurul dan Ajai ^_^.




Talk kali ini disampaikan oleh nutritionist yang comel lotte iaitu puan Nurul.

Berkisar tentang kesihatan sendi.Seronok sebenarnya bila melibatkan topik ini.Seperti yang diketahui ramai,sendi merupakan antara aspek yang paling penting bagi manusia untuk bergerak bebas ke sana ke mari.

Sendi ini diibaratkan seperti kenderaan.Apabila mencapai tahap tempoh tertentu,kalau tidak dijaga dengan rapi,akan mendatangkan risiko kepada tuan badan.

1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Tayangan video juga dimainkan berselang seli sepanjang program tersebut berlangsung.Dan apa yang paling menggerunkan saya ialah video pembedahan memasukkan besi untuk menggantikan tulang rawan yang haus.Pelbagai bunyi boleh kedengaran.Bunyi seperti pahat,tukul dan mengetam kayu menyedarkan diri saya sendiri betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan sendi terutamanya lutut.

Isi kandungan program ini in shaa ALLAH saya akan kupaskan dalam entry akan datang. ^_^.

Untuk penduduk-penduduk sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Makhota,Bukit Setongkol dan Kuantan,Pahang yang ingin dapatkan produk Shaklee,anda bolehlah hubungi saya.

In shaa ALLAH saya akan menyediakan konsultansi yang terbaik untuk anda semua.'Anggaplah pelanggan itu umpama orang yang kita sayang' - kata-kata ini sentiasa tersemat kemas dalam sanubari ;-).

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...