'sihat dan cantik pilihan saya: Fadhilat istiqfar & zikir'

Fadhilat istiqfar & zikir




Sabda Rasulullah S.A.W  sesiapa yang membaca :



"nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan."

Fadhilat beristiqfar

1. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari.

2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.

Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.

Sifat hazan bererti berdukacita

Fadilat Selawat 

- untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, 
maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.
"Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.
"Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.
"Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.





Zikir


Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Kite diajar utk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..

Fadhilat zikir
1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
 2. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
5. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
6. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan ALLAH
7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
8. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
9. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
11. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
12. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
13. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...