Tapi,yang tak bestnya..bila terlebih makan,berat badan pun naik.Sedarkah anda objektif anda ialah makan secara sihat dan seimbang.
Malas nak makan pil2 yang pelbagai..malas nak bersenam dan sebagainya..macam mana nak buat nie ? Raya dah dekat..perut makin buncit...
Berikut adalah antara panduan yang boleh digunakan untuk kembalikan berat badan normal :)
Makan lebih serat
Untung tau makan makan yang lebih serat.Ini adalah kerana serat tidak mempunyai kalori.Apa kata anda lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dari makan makanan yang berat-berat.senang jer kan? :)
Sahur
Ketika puasa,sahur adalah perkara paling 'penting'.Dengan bersahur,kita akan ada tenaga untuk berpuasa.Jadi,kombinasikan sahur anda dengan serat dan protein.Ini akan membuatkan anda lebih kenyang dan tahan lama.
Minum air
Minum air yang secukupnya semasa bersahur & berbuka.Dehidrasi boleh 'meniru' rasa lapar dan jangan tak tahu minum air yang secukupnya akan membuatkan anda lebih kenyang.
Berbuka dengan makanan yang berkhasiat dan ringan
Nikmati hidangan berbuka anda dengan hidangan yang berkhasiat dan ringan dengan kombinasi serat dan protein.Contonhnya ikan masak stim dengan sayur.
Menurunkan berat badan senang bagi sesetengah individu.Apabila anda amalkan diet yang sihat,akan pasti berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan anda.
Selamat berusaha semua :)
Jom maintainkan berat badan anda !
ReplyDelete