'sihat dan cantik pilihan saya'

masakan anda terlebih masin? | Petua hilangkan rasa masin masakan.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit petua dapur untuk semua.

Mesti anda pernah mengalami situasi di mana masakan anda terlebih masin bukan?Nak buang,sayangnya makanan tu ! Tapi,tak kan la nak telan jugak masakan yang masin tu?

Jangan risau,jangan gundah gulan ok.In shaa ALLAH ada jalannya untuk anda semua supaya masakan yang anda masak tu selamat masuk ke dalam perut ^_^.

Tak baik membazir,membazir itu amalan syaitoon...

Petua hilangkan rasa masin dalam masakan.

Saya juga mengalami situasi begini beberapa hari lepas.Dalam kesibukan mengemas rumah untuk berpindah,dengan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan.Apabila badan tak berapa nak sihat,deria rasa pun dah tak berapa nak berfungsi dengan baik.Mula-mula rasa tak masin,tambah lagi garam dalam masakan.Rasa lagi sekali,Tak cukup masin.Tambah lagi 1 sudu dan akhirnya bila rasa nak telan pun tak tersangkut di tekak.Masin yang amat !!

Jadi,apa yang saya buat?Anda cuma perlukan beberapa biji ubi kentang sahaja.


Kupas kulit ubi kentang kemudian masukkan ubi kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan anda.Ubi kentang ini berfungsi untuk menyerap rasa masin yang berlebihan dalam masakan anda.

Petua lain untuk menghilangkan rasa masin dalam masakan.

Ataupun,jika anda tiada stok ubi kentang di rumah,anda juga boleh menggantikannya dengan timun.Potong timun secara memanjang dan masukkan ke dalam masakan anda selama beberapa minit.

Cubalah !!! Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya ^_^.

.

Sesal separuh nyawa : diabetes membawa maut !


Takziah kepada ibu sahabat saya merangkap teman sekampung atas pemergian ibu anda tercinta.Memang memeritkan apabila kita kehilangan orang tersayang,apatah lagi individu tersebut merupakan tempat kita bermanja dan menumpang kasih.

Pada permulaannya,saya hanya mendapat perkhabaran yang ibu beliau koma.Dalam masa yang sama,anggota badan dari kaki ke pinggang sudah bernanah gara-gara diabetes.Betapa meremangnya bulu roma saat mendapat berita ini.Doktor juga mengesahkan bahawa otak ibu beliau sudah tidak berfungsi lagi.Ingin dilakukan pembedahan,peluangnya hanyalah 50-50.

Keesokannya,sebak bercampur terkejut apabila mendapat perkhabaran yang ibu beliau sudah meninggal dunia.Bersabarlah wahai kawan,ini adalah dugaan untukmu.Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Dan mati itu adalah pasti.

Sesungguhnya diabetes merupakan  penyakit yang begitu popular dan sinonim dengan rakyat Malaysia.Untuk pengetahuan anda,Malaysia berada di tangga ke-4 dikalangan negara Asia yang memiliki penyakit diabetes.

Salah siapakah apabila mendapat penyakit ini?Adakah salah Malaysia kerana digelar 'Syurga Makanan'?atau salah chef-chef kerana suka memasak?atau salah diri sendiri kerana makan tak ingat dunia?

diabetes membawa maut


Tepuk hati,tanyalah jiwa.

Apa itu Diabetes?


diabetes shaklee


Diabetes ialah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Kebiasaannya,paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang akan menghasilkan hormom insulin.Hormon insulin ini berfungsi untuk mengubah gula dalam darah untuk menjadi tenaga.

Jenis-jenis diabetes

  1. Organ Pankreas tidak mampu menghasilkan insulin --> selalunya pesakit sebegini memerlukan suntikan insulin untuk mengawal gula dalam darah.
set diabetes shaklee


2.Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel tidak bertindak balas dengan insulin sebaiknya.

3. Diabetes Gestasi --> Terjadi kepada wanita hamil.

set diabetes shaklee


Tanda-tanda Diabetes.
  • cepat merasa lapar dan dahaga.
  • berat badan menurun sebaliknya nafsu makan makin meningkat.
  • sering  buang air kecil terutama pada waktu malam.
  • cepat berasa letih dan mengantuk.
  • mengalami kesemutan pada anggota badan seperti kaki dan tangan.
  • ghairah seks menurun.
  • penglihatan makin kabur.
  • luka lambat sembuh.

Ayuh hentikan diabetes sebelum diabetes hentikan hayat anda 

Cadangan supplement untuk pesakit diabetes.


Bagaimanakah vivix bertindak?

Kandungan resrevatrol dalam Vivix bertindak untuk mencegah rintangan insulin.

Apa itu rintangan insulin?

Rintangan insulin adalah suatu keadaan dimana tubuh tidak sensitif terhadap hormon insulin.Keaadaan ini akan menjurus terjadinya penyakit diabetes.

Senang kata,resveratrol ini akan membuatkan badan kita sensitif balik terhadap insulin.

Atau jika anda tak nak minum vivix,anda juga dicadangkan untuk ambil pil.Antaranya ialah:


set diabetes shaklee

  • membantu menukarkan gula kepada tenaga.
  • membantu mengurangkan keletihan.

set diabetes Shaklee

  • membantu menghalang komplikasi diabetes.
  • memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.

set diabetes shaklee
  • membantu penghasilan insulin.
  • membantu dalam proses pemulihan luka.
Testimoni Pesakit Diabetes.

testimoni vivix shaklee


set diabetes shaklee


setdiabetes shaklee


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


.

Kehebatan VIVIX seiring dengan kemajuan teknologi dunia?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Oleh kerana Vivix adalah salah satu produk promosi bulan January 2015.saya akan kupaskan mengenai info vivix yang begitu menjadi kegilaan ramai peminat tegar Shaklee di luar sana.

Vivix atau lebih dikenali sebagai tonik ajaib merupakan penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee.Kenapa hebat?

Untuk pengetahuan anda semua,Vivix dihasilkan daripada gabungan bahan semulajadi yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dalam resveratrol.

Apa itu revesratrol?

Merupakan salah satu sebatian polyphenols dari tumbuhan.


  • Anti oksida yang kuat
  • anti-inflamasi
  • anti-kanser


Revesratrol terkenal disebabkan di serata pelusuk dunia kerana terdapat di dalam wain merah.Resveratrol banyak terdapat dalam kulit anggur,bluberry,rasbery dan mulberries.



Tetapi yang istimewanya  Vivix adalah kandungan resveratrolnya daripada polyganum cuspidatum iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi dan lebat.


Keistimewaan resveratrol dalam Vivix

  • penyediaan dan kepekatan,magnitud dan kekuatannya.
  • ketulenan dan keberkesanan yang tinggi.
  • cara pengekstrakan membolehkan ekstrak diambil pada ketulenan yang tinggi iaitu 98 %.
Dan untuk pengetahuan kita semua,vivix merupakan resveratrol yang paling tulen di dunia.Kehebatan Vivix bukanlah hanya bergantung kepada resveratrol semata-mata,tetapi ianya turut digabungkan dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk melengkapkan lagi fungsinya.

Anda boleh  lihat di sini untuk mengetahui tentang lebih lanjut lagi.

Sebab supplement didatangkan dengan resveratrol




1. Ketahanan badan - suplemen resveratrol boleh memberikan manfaat yang sama otot rangka sebagai latihan ketahanan.Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa suplemen resveratrol juga menyebabkan peningkatan ketahanan, metabolisme oksidatif, dan fungsi peningkatan jantung.

2. Keselamatan Kardiovakular - Satu kajian di Kanada mendapati bahawa dengan minum 1-2 gelas 5-auns wain setiap hari, peserta kajian dapat mengurangkan dengan ketara risiko mereka mendapat penyakit artherosclerotic, pelopor untuk penyakit jantung dan strok, dan seterusnya juga mengurangkan risiko kematian oleh kira-kira 30%. Para penyelidik di Connecticut ditentukan bahawa prasyarat resveratrol hati dengan itu menyediakan dengan perlindungan yang terbaik untuk mengelakkan serangan jantung.

Kebaikan Vivix Shaklee




  • Menggalakkan penuaan yang sihat --> awet muda dan anti-penuaan.
  • Membantu mengelakkan kanser --> merencat sel kanser menjadi semakin serius.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung --> melindungi jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes --> lebih dikenali sebagai kencing manis.
  • Membantu memulihkan strok,
  • Meningatkan kesihatan imun badan.
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh.
4 Mekanisme Utama Vivix
  • membaiki sel DNA
  • Mengurangkan Inflamasi
  • Meningkatkan penghasilan tenaga
  • Mengelakkan Akumulasi protein AGE.
Siapa yang memerlukan Vivix?
  • Pesakit diabetes
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit jantung
  • pesakit SLE
  • Pesakit radang  usus
  • pesakit yang nyayuk
  • Pesakit gout.
  • Pesakit kanser
  • Pesakit yang mengalami sakit sendi.
  • Pesakit lemah daya tahan penyakit.




Testimoni Vivix Shaklee



Kepada anda semua yang inginkan yang terbaik untuk ibu bapa,saudara mahupun untuk orang tersayang,anda bolehlan mencuba vivix sementara masih promosi.

Belian 2 botol Vivix melayakkan anda menjadi AHLI SHAKLEE seumur hidup dan mendapat BONUS TUNAI pada bulan berikutnya.

                                   promosi vivix shaklee

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

Pengedar Shaklee Perkampungan Cenderawasih,Kuantan.

Assalamualaikum semua.

Ha,jangan terkejut dengan tajuk entry kali ini.Alhamdulillah,terima kasih ya ALLAH kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya terus berada di sisi suami.Merantau,mengharungi hidup susah dan senang bersama suami tercinta.In shaa ALLAH akan terus berbakti kepada suami dan anak selagi nyawa  dikandung badan.

Alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya.Terima kasih ya ALLAH !

Pengedar Shaklee Perkampungan Chenderawasih.

Maka,dengan ini diisytiharkan saya Siti Rosnah Binti Abdullah telah bertukar menjadi pengedar Shaklee Perkampungan Chenderawasih,Kuantan,Pahang.Bagi anda yang berada di sekitar Indera Mahkota dan perkampungan Chenderawasih boleh mendapatkan supplement dan produk Shaklee bersama konsultansi dengan saya.^_^

pengedar shaklee kuantan
muka malas nak senyum,penat


Perkampungan Chenderawasih kan besar?Macam mana nak cari?

Mudah jer ! Sekarang kan dunia di hujung jari ;).Anda boleh menghubungi saya di talian 013-9156881 (maxis) untuk apa jua soalan berkenaan produk shaklee dan cara mendapatkannya.

Saya juga menyediakan perkhidmatan COD (cash on delivery) kepada anda yang berada di sekitar Perkampungan Chenderawasih dan Indera Mahkota.Saya turut menyediakan perkhidmatan pos laju kepada anda yang mahu.Pos laju seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Bagi negara lain seperti Singapore,Brunei dan lain-lain negara,perkhidmatan pos turut disediakan.Cuma kos pengeposan mungkin bertambah ^_^.


Bagi anda yang berada di sekitar Manir,Kuala Terengganu yang masih lagi nak membeli dengan saya,calling-calling lah.hehehe.In shaa ALLAH permintaan anda akan cuba dipenuhi sebaik mungkin.Pos laju kan ada ;).

Sekian dulu untuk kali ini,semoga anda semua sihat,ceria selalu dan menjadi hartawan dan dermawan yang berjaya didunia dan di akhirat.In shaa ALLAH..amin....

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.


Susu tidak keluar selepas bersalin?Apa yang harus anda lakukan?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Rindunya nak menulis blog !! Namun,apakan daya,komitmen lain perlu diberi tumpuan terlebih dahulu.Syukur alhamdulillah,walaupun blog agak terabai,namun sales tetap jalan.Semuanya dengan izin ALLAH ^_^.

BAiklah,tak nak berbicara panjang,hari ini saya akan kongsikan perkara yang boleh dikatakan agak penting untuk semua kaum hawa yang akan bergelar ibu tidak lama lagi.

Tentunya setelah berkahwin,kita semua inginkan cahaya mata.Apabila anda disahkan hamil,gembira bukan kepalang lagi.9 bulan bukanlah masa yang lama.Pejam celik-pejam celik,dah sampai masanya untuk bersalin.

Kebiasaanya,selepas bersalin dan bayi anda tiada masalah,anda akan ditempatkan bersama.Masalah mula melanda apabila bayi menangis.Tentunya bagi anda yang baru menjadi ibu buat kali pertama,tidak tentu arah.Tak tahu nak buat apa.Nak tukar lampin pakai buang pun terkial-kial lagi.Pelbagai perkara bermain di fikiran,macam mana nak pegang bayi sewaktu tukar lampin?

Kalau di hospital kerajaan,suami dan saudara mara hanya boleh masuk ketika waktu melawat sahaja.Tinggallah kita bersama bayi,kaum ibu dan jururawat sahaja dalam wad tersebut.Bagaimana nak uruskan bayi sementara kita masih lagi dalam kesakitan dan keletihan selepas bersalin?Cara terbaik adalah memanggil jururawat dan minta tunjuk ajar daripada jururawat terbabit.In shaa ALLAH mereka akan membantu anda sebaik mungkin.

Kebiasaannya bayi selepas keluar menjengah dunia,mereka akan tidur.Tetapi,masalah mula timbul apabila anda keluar dari wad dan pulang ke rumah.Bayi menangis kerana terdapat sebabnya yang tersendiri.

Faktor bayi menangis

  • lapar
  • perut kembung
  • tidak  selesa dengan persekitaran baru (terlalu panas atau terlalu sejuk).
  • Lampin penuh.
  • Suasana bising.


Segelintir para ibu mungkin akan resah dan gelisah apabila mereka cuba melihat air susu badan.Dipicitnya sedikit susu tidak keluar.Maka,bermulah perang emosi.Pelbagai persoalan bermain di fikiran.'air susu tak de pun ! Patutlah anak aku selalu menangis !'.Maka,untuk jalan cepat,mereka lebih memilih untuk memberi susu formula kepada anak yang baru dilahirkan walaupun bayi tersebut lahir tidak cukup bulan.

Jangan panik wahai ibu-ibu sekalian.Bertenang dan sabarlah.Sememangnya susu badan pada permulaan memang tidak banyak seperti yang anda jangka.Namun,setelah beberapa kali anda menyusukan bayi anda,air susu akan bertambah banyak.In shaa ALLAH mungkin jika rezeki anda,anda menyusukan bayi menggunakan payudara kanan,susu akan memancut-mancut di payudara kiri anda.Indah bukan apabila susu badan meriah? ^_^.


Tips banyakkan susu ibu


  • susukan bayi anda sekerap yang mungkin.
  • selalu amalkan konsep 'supply & demand' (secara terus mahupun pam).
  • banyakkan minum air kosong.
  • makan makanan yang berkhasiat.

Supplement untuk ibu menyusu

 Shaklee turut menyediakan set kesihatan untuk ibu menyusu.Antaranya ialah :

Anda ingin order dan bayar sendiri Set penyusuan Shaklee ini? Sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit ok.





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.



Kemanisan bergantung kepada ALLAH 100 %

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak menulis dengan tajuk yang agak santai,tetapi begitu bermakna dan mendalam bagi setiap orang Islam.

Sudah menjadi adat,sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini,kita akan cari tempat untuk bergantung,mengadu,berbicara dan meluahkan kepada sesuatu.Sesuatu itu mungkin kepada ALLAH ataupun kepada manusia.

Apabila dah terluah apa yang bermain di fikiran,apa yang kita rasa,secara automatik kita akan rasa lega.Betul tak?

Pengalaman 4/1/2015

Semalam,semasa berhenti singgah sekejap di kedai telefon,kami disapa oleh seorang hamba ALLAH.Mula-mula beliau cakap,aktifnya anak awak.Kami suami isteri hanya mampu tersenyum.Kemudian,beliau cakap,budak-budak mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.

Rupa-rupanya,beliau mempunyai seorang anak istimewa daripada 4 zuriatnya.Membesarkan anak istimewa amatlah memerlukan kekuatan yang tinggi.Kebergantungan kepada ALLAH juga perlu tinggi.Kenapa?

Ternyata ada satu kisah disebalik kehidupan anak istimewa ini.Sejak dilahirkan,tiada masalah untuk membesarkannya.Tetapi,apabila sudah  memasuki umur 1 tahun,sebagai ibu bapa,mereka pastinya risau kerana anak mereka belum boleh bertatih apatah lagi berlari ke sana ke mari.

Perasaan kasih dan sayang yang mendalam membuatkan mereka membawa anak istimewa tersebut berjumpa dengan doktor pakar.Alangkah tersentapnya hati mereka berdua apabila doktor pakar sendiri memgesahkan yang anak mereka tidak berjalan.

Tetapi,sebagai ibu bapa mereka tetap berdoa semoga suatu hari nanti,anak mereka dapat membesar,berjalan dan berlari ke sana ke mari seperti kanak-kanak yang lain.Biarpun tidak sesempurna seperti kanak-kanak lain.

Doa dan harapan sentiasa mengiringi anak istimewa tersebut.Tahun demi tahun berlalu,dan akhirnya pasangan suami isteri terbabit dikejutkan dengan anugerah yang tidak terhingga daripada ALLAH.Pada usia anak istimewa tersebut 4 tahun,beliau secara perlahan-lahan mula belajar bertatih dan seterusnya berjalan seperti anak orang lain.

Namun,anak ini begitu istimewa bagi ibu dan ayahnya.Ini adalah kerana anak tersebut dikurniakan apa yang tidak ada pada orang lain.Anak tersebut seperti memahami apa yang terjadi di sekelilingnya,bila sampai ke sesuatu tempat,beliau akan duduk dan hanya mendengar dan melihat apa berlaku di sekelilingnya.

Beliau juga dianugerahkan boleh tahu apa yang ibu dan ayahnya tidak tahu.Contohnya ada orang akan datang bertandang atau melawat mereka.Apa yang tetamu itu nakkan dari keluarga mereka.

Apabila si ayah selesai berurusan,anak istimewa tadi bangun dan bersalam dengan orang yang berurusan dengan ayahnya.Alangkah damainya hati melihat perlakuan beliau.Walaupun tidak sesempurna orang lain,tetapi ibu dan ayahnya mengajar beliau apa yang patut untuk beliau meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.Beliau juga dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu seperti kanak-kanak yang lain.

Manisnya bergantung kepada ALLAH.

Apa yang saya dapat simpulkan dari kisah adik istimewa tersebut ialah,

  • Doa ibu bapa untuk anak-anak tiada hijabnya.
  • Yakin ALLAH akan makbulkan doa dan permintaan kita.
  • Teruskan berdoa tanpa ada rasa putus asa.
  • Doa secara spesifik.
  • anak-anak merupakan tiket extra untuk ibu bapa mendapat pahala extra.
Semoga anak istimewa tersebut akan menjadi anak yang soleh,dunia dan akhirat,berjaya seperti insan-insan lain dan membanggakan ibu dan ayah yang membesarkan beliau.Begitu banyaknya pahala ibu dan ayahnya dapat sepanjang membesarkan anak syurga yang istimewa ini.

.

Bengkak susu saat berhenti bf?Bagaimana nak atasinya?

Assalamualaikum semuaa...

Dengan rasminya 2014 telah melabuhkan tirainya.Maka bermulalah episod baru 2015.Segala suka dan duka telahpun berlalu.Cuma apa yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian ialah,yang buruk dijadikan sempadan,yang baik dijadikan teladan.



Tidak dinafikan tahun 2014 banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan,keikhlasan,dan kejujuran.Dan tahun 2015 banyak memberi kejutan pada diri saya.Suami diberi peluang untuk memangku sesuatu jawatan dalam tempoh tertentu dan seterusnya dinaikkan pangkat.Tetapi dengan syarat kena berpindah ke Kuantan,Pahang.Begitulah adat bekerja dengan orang.Apa-apapun,alhamdulillah,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Disember 2014 anak sulung saya telah cukup umur 2 tahun.Alhamdulillah saya berjaya menyusukan iman dalam tempoh 2 tahun.Bila iman dah cukup 2 tahun,jenuh perah otak macam mana la buat untuk berhenti menyusu badan.Lagipun,susu pun dah makin berkurangan.

Tips Berhenti susu badan.


  • Praktikkan secara perlahan-lahan (jangan terlalu drastik).
  • Beritahu anak (walaupun anak tak faham lagi).
  • Sulamkan dengan botol sebelum usia anak mencapai 2 tahun.
  • Sapu benda yang anak tidak suka pada nipple.Contohnya :
  • bancuhan kopi yang pekat,
  • bawang putih yang ditumbuk lumat.
  • serbuk nescaffe.
Untuk iman,saya hanya gunakan bawang putih yang  telah ditumbuk lumat.Serbuk kopi dan serbuk nescaffe memang tak jalan.Sebab iman memang menggemari kopi dan nescaffe.Saya memang akan simpan air kopi dan nescaffe yang tidak habis diminum dalam peti.

Budak-budak kan memang suka ikut apa yang dia lihat.Apa yang kita buat,itulah yang akan dia ikut.Selalunya,bila kita solat atau sibuk memasak dan sebagainya,ketika itulah dia pun sibuk dengan aktivitinya tersendiri.Tengok-tengok dah habis setengah cawan air kopi diminumnya.

Tetapi,dalam seminngu berhenti menyusu badan,saya mula alami kesakitan akibat bengkak susu.Sakit yang teramat sakit sehingga demam secara mengejut.Namun,jangan risau,ada tips untuk kurangkan kesakitan ini.

Tips kurangkan kesakitan akibat bengkak susu.

  • Tuam dengan air suam
  • Tekapkan kobis pada payudara (pastikan kobis dibasuh terlebih dahulu dan kemudian disimpan dalam peti dalam setengah jam)
Alhamdulillah,kini saya berjaya wean off sepenuhnya ^_^.Bila nak wean off,semangat ibu memang kena kuat.Sebab memang anak akan meraung dan sebagainya.Tetapi alhamdulillah,iman hanya meraung waktu siang jer mula-mula tu.Bila terkejut tengah malam,dia akan mintak susu botol atupun air jer.

Tidak dilupakan,sepanjang tempoh percubaan untuk wean off itu,amalkan zikir ya wahhab sebanyak yang anda mampu.In shaa ALLAH akan dipermudahkan semuanya.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...