'sihat dan cantik pilihan saya'

sedihnya anak yatim dibuli tanpa belas kasihan!

Beberapa hari lepas,setelah selesai membuat tugasan RTI2,saya luangkan sedikit masa untuk melihat berita-berita terkini lagi sensasi di muka buku.

Terkejut bila lihat post dari seorang rakan tentang kes buli di kalangan pelajar.Pelajar lelaki senior membuli seorang pelajar junior tanpa belas kasihan.Mangsa diheret ke sana ke mari,dipukul dan dibelasah ramai-ramai tanpa bela kasihan.Paling menyedihkan si perakam kejadian buli boleh ketawa.

Wahai adik-adik semua,di manakah sifat keperimanusiaan kalian semua?Ke mana menghilangnya perasaan kasih dan sayang sesama saudara seagama?

Dan mengejutkan rupanya kes buli tersebut berlaku di salah sebuah sekolah anak yatim di Perlis.



Saya bukanlah nak salahkan mana-mana pihak.Apatah lagi menghentam dan mempersoalkan tanggungjawab guru dan warden.

Seperti yang kita ketahui,semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membentuk akhlak pelajar.Bermula dari ibu bapa,para guru,warden dan kawan-kawan tidak kira yang di sekolah mahupun di luar sekolah.

Sebenarnya,diri pelajar tersebut yang memainkan peranan.Tersilap memilih kawan memang buruk padahnya.Tambahan pula apabila diri dan akal dikuasai nafsu,dari sayang pun boleh menjadi benci!

Dan cadangan saya untuk anda adik-adik yang berniat nak jadi pembuli,alangkah baiknya anda menyertai pasukan rukun tetangga contohnya.Atau nak extrem lagi,lepas habis SPM anda boleh menyertai askar atau polis.Menjaga keamanan negara lebih baik dan bijak dari menjadi pembuli yang dicaci dan dimaki hamun oleh segenap masyarakat luar sana.

Alangkah baiknya jika adik-adik memilih untuk didoakan bukannya dicaci!

Dan sekiranya adik-adik ingin menguji kehebatan dan ketangkasan diri masing-masing,lebih baik cadangkan ke pihak sekolah untuk mewujudkan kelab tae kwan do atau gimnasium di sekolah.

Fikirkanlah masa depan masing-masing.Fikirkan pengorbanan ibu dan bapa memerah keringat demi melihat anda semua berjaya.Ibu bapa manakah yang sanggup melihat anak-anak mereka mengulangi kesusahan hidup mereka?Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka hidup susah?Semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Kita hidup untuk menghubungkan silatulrahim,menguatkan lagi ikatan ukhuwah yang terjalin bukannya untuk mengeruhkan hubungan yang baik,membuli yang tidak bersalah,melepaskan kemarahan bukan pada tempatnya.



Dan yang paling penting,fikirkanlah masa depan anda semua!Bayangkan jika 1 hari nanti,kita menjadi ibu bapa dan pelajar senior membuli dan memukul anak kita.Apa perasaan kita?adakah kita masih mampu ketawa terbahak-bahak?

Atau lebih memilukan lagi,anak yang dibuli tadi mengalami kecacatan kekal contohnya seperti lumpuh dan trauma.Adakah anda masih mampu tersenyum?adakah hati anda puas?

Fikirkanlah sebelum melakukan sesuatu tindakan.Fikir semasak-masaknya!Paling penting jangan buat keputusan dalam keadaan amarah.

Jadilah contoh dan teladan yang baik kepada orang yang lebih muda dari anda.Siapa anda pada hari ini akan menentukan siapa anda pada masa akan datang.

Anda sendiri yang pilih,anda sendiri yang akan tentukan.

dulu menderita sakit lutut,sekarang gagah ke sana ke mari! panjat tangga pun kacang parang jer!

Assalamualaikum semua :)

Zaman milenium ini,sakit lutut merupakan perkara yang sering kita dengar.Pergi menziarah pak cik abu,pak cik abu cakap "pok sakit lutut la nak ooi,nak joging pun tak boleh,nak panjat tangga apatah lagi la dop rock chetong !".Boleh dikatakan ada jer yang sakit lutut.Bila sakit lutut,nak lakukan aktiviti kegemaran seperti berkebun,berjoging,naik turun tangga,nak pergi ziarah orang sakit pun tak boleh.Paling memilukan,sepanjang solat kena duduk atas kerusi.Terharu dan tersentak dikala beliau cakap 'pok teringin sangat-sangat nak sujud bila solat'.

Allah hu'akbar.Kita dengar pun sedih dan terharu.

Cuba bayangkan yang berkata sedemikian adalah ibu bapa kita.Apa perasaan anda agaknya?Seperti yang kita tahu,ketika sujud dalam solat lah,kita dekat dengan ALLAH.Dan semestinya kita akan rasai perbezaannya dengan perbuatan yang lain seperti rukuk dan sebagainya.

Apa itu sakit lutut?

Sebenarnya sakit lutut ini atau lebih dikenali sebagai arthritis kerap berlaku dalam masyarakat kita.Masalah ini terjadi akibat "kecederaan".Kecederaan boleh berlaku kepada tisu-tisu sendi kita pada bila-bila masa sahaja.Namun,kecederaan ini sering terjadi kepada sendi belakang dan sendi lutut kerana sendi-sendi inilah yang menampung berat badan kita.

atasi sakit lutut dengan ajht shaklee
perbezaan sendi yang sihat dan sendi yang cedera
Apa yang akan berlaku jika sendi cedera?

  • rawan menjadi lemah dan rapuh
  • tisu penghubung sekeliling terurai
  • geseran berlaku diantara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan.
  • menyebabkan ketidakselesaan sendi
  • pergerakan akan terbatas
Berita baik untuk anda yang mengalami masalah sakit lutut!Dengan sukacitanya saya ingin maklumkan bahawa terdapat supplement yang boleh membantu anda iaitu Advanced Joint Health Tablet.

Apa itu advanced joint health tablet?

ajht shaklee
Advanced Joint Health Tablet Shaklee


Advanced Joint Healh Tablet adalah sejenis supplement yang mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang dibuktikan oleh kajian yang dilakukan dapat membantu dan mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari.

Antara fungsi AJHT Shaklee ialah :

  • menggalakkan mobiliti
  • meningkatkan fleksibiliti
  • mningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa yang panjang.
ajht shaklee

Bahan utama Advanced Joint Health Tablet

Ekstrak Boswellia

Diperolehi dari resin pokok Boswellia.Estrak botanikal ini mengandungi asid boswellia yang berfungsi menghalang formasi leukotrien iaitu kimia yang dihasilkan oleh tubuh untuk menyerang tisu sendi yang akan menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak Boswellia yang digunakan dalam AJHT mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA (3-acety-11-keto-beta-boswellic-asid),asid boswellik;dan lain-lain yang digabungkan untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul.

Ekstrak Jagung

Ekstrak jagung mengandungi Glukosamin.
Glukosamin adalah sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans,komponen struktur rawan dan cecair antara tulang yang membekalkan pelinciran 








selain itu,AJHT turut merangkumi nutrient kesihatan sendi yang direka khas seperti :
  • zinc
  • kuprum
  • manganese
  • vitamin C- memainkan peranan unik dan dan kritikal dalam membangunkan kolagen penghubung rawan yang sihat.
Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet :
  • 100 % bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  • 100 % bebas ekstrak kekerang
  • tidak mengandungi sumber haiwan - 100 % vegetarian
  • bebas gluten
  • tiada perasa tiruan,pemanis atau pengawet
Testimoni Advanced Joint Health Tablet

ajht sahklee terbaik untuk sakit lutut
testimoni 1


ajht terbaik untuk sakit lutut
testimoni 2

ajht terbaik untuk sakit lutut
testimoni 3

Anda mungkin meminati : 

set kesihatan sendi


Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik 'order now'

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

buntu bagaimana nak merangsang mental dan fizikal anak?

Assalamualaikum semua!

Bermain dan meneroka dunia baru sangatlah sinonim dengan kanak-kanak.Ini adalah kerana melalui aktiviti ini,mereka akan didedahkan dengan pelbagai perkara baru.

Belajar tidak semestinya hanya berada dan terperuk di rumah dengan membaca buku,bermain gajet dan menonton televisyen sahaja.

Malah aktiviti yang tidak sihat ini akan menyebabkan kanak-kanak akan menjadi obes dan menjejaskan kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak tersebut.

Jom ketahui dengan selanjutnya aktiviti yang bagaimanakah mampu merangsang mental dan fizikal si manja.

Bermain belon


Warna warni belon boleh mengujakan kanak-kanak!Belon adalah mainan yang murah tetapi akan memberikan keriangan yang tidak tehingga kepada si kecil.

Aktiviti ini secara tak langsungnya akan meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata dan tangan si manja.

Bermain di taman permainan.


Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di taman permainan.Antaranya ialah bermain buai,papan gelongsor,jonkang-jongkit dan banyak lagi.Lepaskan anak anda bermain dengan bebas untuk menguatkan tubuh dan ototnya.Di taman juga dia boleh belajar untuk berkawan dan berkomunikasi dengan rakan sebayanya.

Berenang


Aktiviti bermain air memang menyeronokkan bagi kanak-kanak.Sebenarnya aktiviti bermain air ini memberi faedah kepada kepada si manja.

Berenang juga memberikan kelebihan dan manfaat kepada si kecil.Antaranya ialah menguatkan sistem kardio-respiratori,menambah stamina dan menguatkan otot.

Melihat persekitaran hijau


Sekali sekala bawalah anak anda bersiar-siar di taman mahupun tempat rekreasi untuk menjamu mata.Biarkan anak-anak terdedah kepada cahaya matahari dan angin sepoi-sepoi bahasa untuk menyegarkan minda si manja di samping mendedahkan mereka kepada perkara baru.

Banyak lagi la aktiviti yang boleh merangsang mental dan fizikal anak-anak.

Antaranya ialah :

  • Bermain pasir di tepi pantai
  • belajar melukis
  • berkebun
  • membeli-belah bersama
  • berkelah
  • bermain bola
  • bermain dengan haiwan peliharaan
Sebenarnya aktiviti luar ini buka sahaja mendedahkan anak kepada dunia baru,malah anak-anak juga boleh mempelajari sesuatu yang baru dan berkomunikasi di samping bermain dengan rakan-rakan baru.

Aktiviti luar juga akan mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan si anak.

Dulu muka penuh dengan jerawat dan jeragat.Kini muka licin dan cerah bak anak dara!

Muka dipenuhi jeragat dan jerawat?89 % individu mengalami masalah jerawat manakalan 11 % mengalami masalah jerawat dan jeragat serentak!Jerawat bukan terjadi pada golongan individu yang berumur 20 tahun ke atas sahaja.Masalah jerawat juga dihadapi oleh kebanyakan pelajar sekolah menengah.

Biasa la kan,bila muka berjerawat penuh satu muka,keyakinan diri akan turun secara sendirinya.Ye la,pakai baju cantik-cantik,tapi bedak alas tak dapat nak tutup jerawat yang sedang tumbuh dengan suburnya.Boleh stress ooow..

Boleh dikatakan anda telah mencuba pelbagai cara untuk hapuskan jerawat dan jeragat ini.Mencuba pelbagai krim kecantikan dan pelbagai jenis pencuci muka,Namun,kesannya begitu hampa!Mungkin ada yang alami masalah kulit muka makin berminyak,jerawat makin galak tumbuh.

Sebenarnya,sebelum anda cuba pelbagai produk untuk menghilangkan jerawat dan jeragat,anda seharusnya terlebih dahulu perlu tahu punca,kenapa dan bagaimana jerawat terjadi.Kemudian baru la boleh memikirkan penyelesaiaannya.

Jom kenali punca jerawat :)

Punca-punca Jerawat

Jerawat terbentuk apabila sebum,bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma/liang pori.

Namun,hormon juga memainkan peranan penting kepada penyumbang pertumbuhan jerawat.Pada usia remaja,hormon sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah di bawah pengaruh hormon yang dipanggil hormon androgen.

Pada waktu ini,anda perasan tak,kebanyakan perempuan dewasa akan mengalami masalah jerawat serius jika nak dibandingkan dengan golongan dewasa lelaki.

Bakteria juga merupakan penyumbang terbesar dalam penghasilan jerawat.Bakteria A Propionnibacterium acness A adalah bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit.Sebenarnya kan,sumber makanan utama bakteria ini ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit.

Faktor lain punca jerawat
  • pemakanan
  • stress
  • faktor sekeliling (debu,asap dll)
  • cahaya matahari
  • kesilapan dalam memilih produk kecantikan
  • malas untuk membersihkan muka
Penyelesaian untuk mengatasi masalah sebum dan sel kulit mati?
  • kenalpasti jenis kulit dahulu sebelum memilih sesuatu produk kecantikan'
  • membersih muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • makan makanan yang berkhasiat dan berzat
  • hindari stress
  • rajin melakukan masker muka 

Bagaimana Shaklee mampu mengatasi masalah jerawat dan jeragat?

Selain supplement,Shaklee juga turut menyediakan set skin care untuk anda.Set skin care ini terbahagi kepada 2 iaitu set nutriwhite Shaklee (untuk kecerahan wajah) dan set enfuselle Shaklee (untuk kulit berminyak dan sensitif)

Set skin care itu untuk penjagaan luaran.Untuk dalaman pun kena jaga jugak taw.Barulah seimbang gitu.

Untuk kecantikan dalaman,anda boleh menggunakan :

Set Kecantikan bajet 

set jerawat shaklee
Energizing Soy Protein

  • mengembalikan radian kepejalan otot
  • mengurangkan kesan parut
  • menggalak sistem peredaran darah
  • membantu pembinaan semula otot dan kulit
  • mengatasi masalah kulit
set jerawat shaklee
Substained Release Vitamin C

  • merangsang kolagen
  • melawan radikal bebas dalam badan
  • melindungi dan mengekalkan struktur kapilari darah
  • mempunyai kesan antibakteria




  • Set kecantikan Premium

    set kecantikan shaklee
    Jika anda ingin order dan bayar sendiri,sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit SAHAJA.

    Anda mungkin meminati;

    sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

    >> pm | whatsapp : 013-9156881

    >> facebook : https://facebook.com/srosnah

    >> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

    ***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


    *This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

    **Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

    Anda tergolong dalam golongan yang liat untuk membayar hutang?

    Assalamualaikum semua!

    Pasti anda terkejut bukan dengan tajuk entry saya kali ini.Tak usahlah nak buat terkejut sangat :)

    Memang tak dinafikan hidup dalam dunia yang serba maju sekarang ini,menuntut kita semua agar berusaha keras untuk memenuhi tanggungjawap dan kewajipan zahir kepada ibu bapa,isteri dan anak-anak.

    Sememangnya duit sangat-sangatlah diperlukan untuk menampung kehidupan seharian kita.Nak-nak pulak kan kalau family planning tak menjadi,isteri melahirkan anak setiap tahun.Dengan keadaan kewangan yang tak berapa nak kukuh,nak bayar sewa rumah,nak bayar hutang ptptn,nak beli barang keperluan isteri dan anak-anak,nak bayar pelbagai bil lagi,kadang-kadang memaksa kita semua untuk berhutang.

    Pada dasarnya,Islam tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang.



    Walaubagaimana pun,dalam keadaan tertentu kita terpaksa berhutang.Namun,ada cara dan adabnya apabila kita mahu menjadi pemberi hutang ataupun penghutang.

    Antaranya ialah :

    Kalau kita hendak memberi atau berhutang dengan seseorang,jumlah hutang dan tempoh masa untuk.membayar hutang tersebut perlu dituliskan dan disertakan dengan 2 orang saksi.

    Orang kita cakap,ada hitam putih.Namun,tidak apa-apa jika tiada saksi.ALLAH kan ada,biarlah ALLAH yang menjadi saksi.

    Perkataan hutang terdapat dalam beberapa firman ALLAH yang terdapat di dalam Al-Quran.Tidak cukup dengan itu,Rasulullah S.A.W juga menekankan perihal hutang ini.

    Sabda Rasululullah.S.A.W yang bermaksud :

    "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutanya".
                                       (hadis riwayat Muslim)

    Itu para syuhada.Jika mereka pun diwajibkan membayar hutang,kita sebagai manusia ini apatah lagi.

    Disamping itu,kita turut diajar untuk mengamalkan doa yang bermaksud :

    " Ya ALLAH,aku berlindung kepada-MU daripada kegundahan dan kesedihan,daripada kelemahan dan kemalasan,daripada sifat pengecut dan bakhil,daripada daripada kesempitan hutang dan penindasan orang".

    Realitinya hari ini,si penghutang terdiri daripada saudara mara,abang ipar,sanak saudara,sahabat handai dan sebagainya.Sekiranya si penghutang adalah orang yang kita kenal,maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan mereka membayar hutang.

    Contohnya suami berhutang RM 200 untuk membeli keperluan dapur dan anak-anak sepanjang dia berkursus.Ditambah pulak dengan janji-janji manis kononnya akan membayar apabila dapat gaji nanti.

    Si isteri pulak mengaku belajar di sekolah menengah agama.Maka,sudah menjadi kewajipan isteri untuk mengingatkan kepada suami apa hukumnya untuk membayar hutang.

    Ketahuilah sesungguhnya apabila kita berhutang dengan seseorang,kita berniat untuk membayar balik hutang tersebut In Shaa ALLAH,nescaya ALLAH permudahkan segala-galanya.

    Tapi sekiranya kita berniat untuk tidak membayar hutang tersebut,nescaya ALLAH akan membinasakan kita.Sekarang nie,tak payah nak tunggu balasan di akhirat,di dunia pun dah dapat balasannya.

    Tetapi sekiranya si penghutang tersebut sudal di telefon berkali-kali tak diangkat,hantar mesej pun dibalas,ada baiknya anda lupakanlah hutang anda itu.Halalkan sajalah.Mungkin ada hikmahnya.Mana tahu kan si penghutang mencari rezeki yang haram dan tidak berkat.Mungkin ALLAH tak nak duit dan benda haram dimakan oleh kita.Oleh itu,berlapang dadalah dengan apa yang berlaku.ALLAH sentiasa bersama dengan kita.

    :) bersangka baiklah dengan ALLAH.

    dulu hadapi gastrik sampai guling-guling!Sekarang dah bebas gastrik,apakah rahsia adik manis ini?

    Apabila sebut jer gastrik,pasti semua orang tahu apa itu gastrik.Dan ada diantara kita yang hadapi masalah gastrik ini.Ada yang sampai ambik MC,ada yang muntah-muntah dan ada juga yang menangis sampai terguling dek penangan gastrik ini.

    Persekitaran sekeliling juga boleh menyebabkan gastrik.Kerja pejabat menimbun,skip la makan tengah hari.Bergaduh atau terasa hati dengan ahli keluarga,tak dak mood la nak makan!Anak sakit,asyik merengek jer,tak sempat nak makan.Nak beli handbag atau telefon bimbit baru,puasa la untuk seminggu dua nie,tak bangun sahur!

    Jom kenali apa itu gastrik dan bagaimana nak atasi masalah gastik!

    Apa itu Gastrik?
    Gastrik juga dikenali sebagai angin perut.Gastrik dipercayai berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin dalam usus.Kajian menunjukkan 80 %  ulser gastrik disebabkan oleh bakteria H. pylori.Bakteria ini boleh hidup  dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis cecair enzim yang akan meneutralkan asid tersebut.

    Faktor terjadinya Gastrik.

    • pengambilan kafein dan alkohol yang berlebihan.
    • orang yang berdarah jenis A
    • perokok
    • waktu makan yang tidak terurus.
    • stress
    • pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin,brufen dan sebagainya.
    • individu yang berumur 50 tahun dan ke atas.
    Tanda anda pengidap Gastrik

    • hilang selera makan
    • perut meragam
    • masalah penghadaman makanan
    • mual dan muntah
    • badan terasa lemah
    • mudah untuk demam
    • kembung perut selalu
    • pedih ulu hati
    • cirit-birit

    Set Gastrik Shaklee


    set gastrik shaklee
    • ESP bersifat alkali
    • mengurangkan keasidan dalam perut.
    • mengandungi 9 amino asid
    • rendah Glimeks Indeks
    • tinggi protein
    • mengenyangkan
    • mengandungi ISOFLAVONE
    set gastrik shaklee

    • membantu pencernaan
    • merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
    • kandungan halia,pudina,jintan manis dan jintan hitam akan memberikan keselesaan semulajadi pada anda.
    • menggalakkan pengeluaran angin
    • melegakan ketidakselesaan perut (kembung perut)
    set gastrik shaklee

    • membantu meneutralkan asid perut
    • dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D
    • membantu mengurangkan kembung perut.
    • membantu perkembangan tubuh badan normal.

    Testimoni Set Gastrik Shaklee

    set gastrik shaklee


    set gastrik shaklee

    set gastrik shaklee
    Add caption
    anda mungkin meminati :

    Anda ingin order dan bayar sendiri?

    sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

    >> pm | whatsapp : 013-9156881

    >> facebook : https://facebook.com/srosnah

    >> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

    ***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


    *This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

    **Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


    jom nyahkan lemak degil di peha anda!

    Badan dah cun elok,bak kata pepatah 'sedap mata memandang'.Tak kurus sangat dan tak gemuk sangat.

    Tapi cuba pakai jeans,tersangkut di peha.Hati dah mula resah dah.Hai,tak kan la peha dah makin besar.Lagi stress bila orang trang tang-tang tegur 'weyh!besarnya peha kau!'.Huwaaaa,malu weyh!

    Ha,anda pernah hadapi tak situasi ini?Stress melanda bila saudara mara,kawan-kawan semua dah tegur peha besar!Ini secara tidak langsungnya akan menurunkan tahap keyakinan diri kita.

    Berita baik untuk anda,sebenarnya terdapat senaman yang mampu mengecilkan peha anda.Tak perlu nak pergi gimnasium ok.

    Anda boleh lakukan senaman ini dan mempraktikkan senaman ini dalam kehidupan seharian anda.



    Berjalan dengan cepat

    Apabila anda berjalan dengan cepat,otot di sekitar peha dan betis akan bergerak-gerak.Ini secara tak langsungnya turut membakar kalori dan lemak badan anda.


    Melakukan senaman yoga

    Luangkanlah masa anda selama 15-20 minit untuk melakukan senaman yoga walaupun hanya sekali dalam seminggu.




    Naik turun tangga

    Selain membakar lemak-lemak degil dipeha,anda juga boleh membakar kalori untuk turunkan perut dan berat badan anda ;)



    Lakukan senaman sit up




    Bersenam



    Cuba luangkan masa anda untuk berjoging walaupun hanya 30-40 minit sekali dalam masa seminggu.Memang aktiviti ini agak memenatkan tetapi ianya adalah percuma!Cuba bayangkan anda berjoging sambil menghirup udara segar dan pemandangan taman yang indah lagi mempesona.

    Sekian dulu entry untuk kali ini.Selamat mencuba semua :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...