'sihat dan cantik pilihan saya'

anak kerap bangun malam?Bagaimana nak atasinya?

Kebanyakan bayi yang yang minum susu ibu memang akan kerap bangun malam.Boleh dikatakan setengah jam sekali pasti akan bangun dan menangis.Mungkin ini tidak menjadi masalah kepada ibu yang sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.Tapi,bagi yang baru sahaja bergelar ibu,ini tentu menjadi masalah kepada mereka.

Ye la,ingatkan dalam tempoh berpantang ini dapatlah berehat sepuas-puasnya selepas bertarung nyawa berjam-jam untuk membawa si comel menjenguk dunia baru.Ternyata tekaan anda tu silap ok.Bersabarlah,banyak pahalanya si ibu berjaga dan susukan anak.



Kenapa bayi yang minum susu ibu akan kerap terjaga?


Ini adalah kerana susu ibu mudah hadam.Jadi adalah tidak mustahil setengah jam kemudian,bayi anda akan bangun semula untuk minta susu.

Jangan sesekali terfiir yang susu anda sikit atau tidak cukup untuk bayi.Seperti yang kita semua ketahui,susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia ini.Bermula dari khasiatnya hinggalah ke kebaikannya kepada bayi dan anda,semuanya sempurna!.Disamping menjimatkan wang,in shaa ALLAH bayi akan akan lebih sihat dan kulitnya akan menjadi lebih gebu.

Usahlah anda rasa terbeban kerana selalu kena bangun malam untuk menyusukan bayi anda.Ganjaran pahala menanti anda.

Namun,apabila usia anak anda sudah mencapai 2 tahun,sudah disulamkan dengan susu formula dan makanan pejal yang lain,tapi kerap jugak bangun malam,anda wajib dan harus lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini!

Anda boleh mencuba strategi yang lain agar anak anda tidur lebih lena di malam hari.

Strategi tidur yang anda boleh cuba

Sebelum tidur

Sebelum tidurkan si manja anda mestilah memastikan beliau selesa dan nyaman.Bermula dengan memeriksa lampin pakai buangnya,keadaan dan suasana dalam bilik tidur,keselesaan pakaiannya dan sebagainya.

Ubah pola tidur anak

Jangan sesekali biarkan anak anda bangun tidur lewat.Kejutkan lah anak anda sewaktu anda selesai membersihkan diri dan sebagainya.

Bayangkan jika anda anda bangun tidur lewat,kemungkinan untuk anda anda tidur pada siang adalah sekitar 3 atau 4 petang.Kalau anak anda tidur sekejap,anda harus bersyukur.Tetapi bila anak anda tidur sehingga 1 atau 2 jam,bersiap siagalah anda untuk berkhidmat di malam hari nanti ;)

Biarkan anak bermain dengan sepuas-puasnya.

Jika anda kelapangan pada waktu petang,bawaklah anak anda untuk bermain dan berjalan-jalan di taman.Biarkan mereka bermain dengan bebas.Namun,anda haruslah memerhatikan dan selalu menjaga keselamatan mereka setiap masa.

Si kecil memang berbeza dengan orang dewasa.Perasan tak apabila anda bermain kejar-kejar dengan mereka,kita akan letih terlebih dahulu.ini adalah kerana mereka mempunyai saiz dan bentuk badan yang lebih kecil berbanding kita.Anak-anak hanya menggunakan 45 % tenaga mereka untuk menggerakkan badan mereka yang ringan itu.

Sediakan makananan yang seimbang dan berkhasiat 

Isu makanan yang paling penting dan perlu dititik beratkan untuk anak-anak.Ini adalah apabila mereka sihat,perut pun kenyang dan kurang meragam,tentunya tidur mereka akan lebih nyenyak dan berkualiti.

Anda sudah boleh memberikan vitamin dan supplement seperti minyak ikan @ omega 3 apabila usia mereka telah 1 tahun.

Jangan selalu memberikan makanan segera yang tidak berkhasiat kerana ketika ini,perkembangan mereka sedang berkembang dengan pesatnya!

Saya sendiri pernah mengalami apa yang anda lalui sekarang.Perkara yang paling penting,kita hendaklah sentiasa peka dengan keperluan anak-anak.In shaa ALLAH apabila mereka tidur lena,tidur kita pun tentunya akan lebih berkualiti :)



Bagaimana radikal bebas boleh merosakkan DNA?

Assalamualaikum semua.

Hari ini nak bercoleteh sikit berkenaan kerosakan DNA yang disebabkan oleh radikal bebas.Dengar macam gerun jer kan?Tapi DNA kan ada dalam badan kita,bukannya nampak pun.Jadi buat apa nak risau kan?Ha,itulah silapnya!Disamping kecantikan luaran,kesihatan dalaman pun kita kena titikberatkan jugak taw.Barulah seimbang dalaman dan luaran tu.

Apa itu Radikal bebas?

Radikal bebas ialah molekul tidak bercas yang kekurangan satu elektron.Sifat kekurangan inilah yang yang akan menyebabkan ia amat reaktif dan mudah menyerang molekul berdekatan dengannya bagi mendapatkan elektron.

Radikal bebas boleh menyerang dan merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan ia disalin semula secara tidak jitu, terlalu pantas atau tidak disalin langsung. Kerosakan yang berlaku pada DNA akibat serangan radikal bebas juga dipercayai menyebabkan DNA membina bahan karsinogen (bahan yang menyebabkan kanser).

Jangan pandang remeh pada kerosakan DNA!Untuk makluman anda,tindak balas rantai (chain reaction) radikal bebas juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit serius seperti ulser gastrik,asid perut naik ke saluran makanan ke mulut,rengsa usus,diabetes,ketidaksuburan dan penyakit kardiovaskular.

vivix atasi masalah kerosakan DNA


Ia juga dipercayai menyebabkan masalah buah pinggang, hati dan paru-paru. Selain itu serangan radikal bebas dipercayai menyebabkan pelbagai penyakit keradangan, penyakit otoimiun (jentera sistem imun menyerang sel tubuh contohnya artritis dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)) serta menyebabkan kanser.


Sumber Radikal Bebas

Kesan Radikal Bebas

Bagaimana Vivix mampu mengatasi masalah kerosakan DNA?


vivix shaklee


  • 10 kali lebih hebat daripada resveratrol
  • melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  • menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel.
  • melambatkan pembentukan AGE (advanced glycation end products).
  • membantu memelihara kesihatan 
  • jantung,otak,kesihatan sistem imun,kesihatan sendi,perlindungan antioksida.

Vivix Untuk Siapa?



Pasti akan tidak akan menyesal bila membeli vivix.Selain untuk kesihatan lain-lain,vivix juga mampu membuatkan anda kelihatan 25 tahun lebih muda!Tak percaya?Jom lihat testimoni di bawah!

vivix shaklee
testimoni 1
vivix shaklee
testimoni 2
Berita baik untuk  anda! Beli 2 botol vivix anda akan mendapat

Keahlian Shaklee secara percuma yang bernilai RM75
Cash Bonus pada bulan berikutnya
Dapat membeli produk Shaklee dengan harga lebih jimat dan berbaloi!

Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 'order now'


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

misiku mencari si merah menggoda!

Misi mencari si merah menggoda?apakah yang berwarna merah yang saya nak cari?adakah baju?seluar?tudung?langsir atau cat berwarna merah?

Jeng..jeng...jeng...

Sebenarnya saya sedang mencari jubah berwarna merah ;)..hehehe.tak pernah seumur hidup saya pakai pakaian yang berwarna merah di luar.Risau nanti jumpa lembu gila,kena kejar dengan lembu tu :).

Tak de lah..sebenarnya saya tak suka sangat dengan warna merah ini.Sebabnya,saya rasa warna ini begitu kontra dan menyerlah.Rasa macam tak sesuai pulak dengan saya yang pemalu ini..pemalu ker? :)



Inilah sebabnya saya kena ada misi mencari si merah menggoda.Hari keluarga Kesukas (kelab sukan alam sekitar) anjuran Alam Sekitar Terengganu (Kuala Terengganu).

Sebenarnya,hari keluarga kesukas ini diadakan setiap tahun.Istimewanya tahun ini diadakan di luar Terengganu.Mengikut cadangan,tahun ini hari keluarga akan diadakan di Tok Aman Bali Resort,Kelantan.

Banyak faedahnya hari keluarga diadakan.Antaranya boleh mengeratkan silatulrahim antara keluarga staff-staff JAS Terengganu.Untuk makluman anda,JAS Terengganu terbahagi kepada 2 tempat iaitu 1 di Kuala Terengganu dan 1 lagi di Kemaman.

Jadi,semasa program inilah,isteri-isteri staff boleh berkenalan antara satu sama lain.Mungkin ada sebelum ini tak pernah kenal pun.Inilah masanya untuk membina silatulrahim :)

Aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan.Antaranya ialah pertandingan rebut kerusi dan iringan muzik..Permainnan ini mengajar anak-anak agar lebih peka dan cepat bertindak.Pelbagai ragam boleh dilihat.Ada yang menangis apabila tak dapat duduk.

Berbalik kepada misi mencari si merah tadi,sebenarnya saya baru intai-intai secara online.Melalui ig,facebook dan blog.Pening nak memilih kerana terdapat banyak sangat pilihan.Semuanya cantik-cantik belaka!

Antara yang saya sempat intai adalah :






Pilihan terakhir belum lagi dibuat..hehehe..tetapi sekiranya anda ada kawan-kawan yang menjual jubah online,tolong yer bagi link fb atau blog kawan anda tu.

Masa semakin suntuk,daku semakin pening untuk memilih si merah menggoda :)

In shaa ALLAH mudah-mudahan program hari keluarga ini berjaya dengan jayanya..aminn...

Sekian,wassalam.

resepi pancake

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ALLAH ini dan menjenguk blog kesayangan saya.Masih diberi kekuatan untuk menaip setiap perkataan yang terlintas di hati dan fikiran walaupun keadaan tangan tak berapa nak memuakan.

Pecutttt siapkan entry sebelum pergi ke klinik :)

Hari ini saya nak kongsikan resepi ringkas dengan anda semua.

Resepi Pancake Homemade.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 cawan tepung superfine
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar mentega cair.
Bahan Buttermilk
  • 3/4 cawan susu segar
  • 3/4 sudu besar cuka
Cara penyediaan :
  1.  Untuk menyediakan buttermilk,campurkan 3/4 cawan susu segar bersama 3/4 sudu besar cuka.Biarkan selama 10 minit.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang,kemudian masukkan tepung,serbuk penaik,soda bikarbonat dan buttermilk.
  3. Panaskan kuali non-stick yang leper.Tuang sesenduk adunan ke dalam kuali.Biarkan masak dan terbalikkan.
  4. Angkat dan hidangkan dengan mentega bersama madu.
Senangkan jer kan?sedikit tips untuk anda,jika anda ingin hidangkan pancake bersama madu dan mentega,gunakan gula mengikut sukatan yang telah diberikan.Terlebih menggunakan gula,akan memudaratkan anggota badan anda :)

Selamat mencuba semua ;)

hilangkan parut charlie dengan supplement Shaklee

Terkena bisa semut Charlie merupakan igauan buruk yang pernah terjadi dalam hidupnya.Itulah yang berlaku kepada seorang sahabat saya.Bayangkan bulan depan tempat kerjanya menganjurkan makan malam antara semua pekerja syarikat berkenaan.Stress mula melanda dan mengusik ketenanganinsan ini.Kalau saya pun malu dengan parut yang jelas lagi nyata di wajah.Keyakinan diri akan merudum sendirinya tanpa diseru.

Charlie ini adalah sejenis serangga.Bukan nama orang ok :) 

Nama saintifiknya adalah Rove Batlle atau lebih dikenali sebagai charlie sangat beracun.Charlie ini orang melayu panggil semut semai atau semut kayap.Charlie banyak dijumpai di kawasan sawah padi,padang sekolah dan hutan.

semut charlie di malaysia
semut charlie.
Untuk pengetahuan anda,racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra.Cecair hemolimf yang terdapat dalam badan semut ini mengandungi toksik.

Cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terkena cecair tersebut ialah :

  • jangan penyek sebarang serangga atau kumbang sebelum melihatnya terlebih dahulu.
  • Hindari diri  anda daripada duduk dibawah cahaya lampu pada waktu malam.
  • Jangan sentuh sebarang serangga atau kumbang yang hinggap pada badan anda,hanya tiup atau halau binatang tersebut.
  • jika anda bersentuhan dengan serangga ini,segeralah basuh dengan sabun atau nak elok lagi,mandi terus.
  • pasang jejaring halus pada luar tingkap.

Apa akan terjadi bila terkena bisa Charlie?

Kulit anda akan mempunyai parut yang tidak dapat diterima akal.Ye la,semut kecil yang lebih kurang 1sm saiznya akan menghasilkan parut kekal?Macam susah jer nak percaya.Tapi inilah hakikatnya.Percaya atau tidak,anda harus terima kenyataan ini.

Untuk menghilangkan parut tersebut,masa yang diambil agak lama.Kalau bisa semut Charlie  tu kena kat tangan atau kaki,mungkin boleh gunakan yogurt asli atau krim lidah  buaya jer.

Tapi kalau bisa Charlie tu terkena di muka,apa harus anda lakukan?Bulan depan pulak ada dinner yang akan dihadiri oleh semua staff syarikat.2 bulan kemudian,majlis perkahwinan anda akan berlangsung.OOOHHHH!Ngeri la nak bayangkan!

Supplement Shaklee dapat membantu memudarkan parut yang disebabkan oleh Charlie!


                                  

Antara yang anda boleh gunakan ialah :
  • Shaklee Collagen Powder
  • Substained Release Vitamin C (500 mg)
  • Vivix
  • Herbal Blend Multi Purpose Cream
Selain makan supplement tersebut,anda juga boleh jadikan vivix,vitamin c dan vitamin e sebagai masker.

Testimoni


parut pudar dengan set kecantikan Shaklee

Ha,nampak tak hasilnya?Alhamdulillah selepas mengamalkan set kecantikan Shaklee selama sebulan ++,parut makin pudar.Dapat lagi extra bonus,wajah makin berseri.Parut jerawat dan jeragat pun makin hilang!

Ini testimoni kawan saya sendiri.No coffee and tea anymore :)

Anda ingin beli dan bayar sendiri set kecantikan ini?Sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.



petua untuk menghilangkan gatal akibat terkena ulat bulu

Assalamualaikum semua.

Semalam bila sampai rumah jer sibuk kemas rumah.Setelah semalaman tinggalkan rumah,debu pun dah ada balik.Pergi honeymoon ker?haish...tak lah..ada la pergi some where ;)

Dalam keadaan kelam kabut bersihkan rumah,basuh pinggan mangkuk,ke sana ke mari memang tak perasan langsung kaki terpijak ulat bulu.Sedar-sedar panas jer kaki.Tak miang!Mungkin sebab kulit kaki tebal kot :)

Saya memang spesies geli dengan ulat-ulat nie.Walaupun ulat bulu.Tengok liuk lentok badan ulat pun dah mampu buat perasaan geli geleman tu hadir tanpa diseru.

Kalau ulat yang sebesar anak jari pun saya dah geli geleman,ular apatah lagi!



Comelkan ulat buli di atas?hehehehe..itu adalah gambar yang saya sempat google.Yang kelmari punya cerita saya tak sempat nak snap gambar,penyapu dulu bertindak :)

Bila dah selesai buat kerja semua,rehat-rehatlah sambil tengok telegram sanak saudara dalam awesome 2 dan rti 2.Tiba-tibakan rasa panas jer tapak kaki.

Kalau ikutkan petua arwah nenek saya dulu,gosokkan tempat yang terkena ulat bulu tu di rambut.Ishhh...pikir punya pikir,mana sampai nak letakkan tapak kaki atas rambut sendiri.

Nak gosok tapak kaki kat rambut encik suami kang,nampak sangat tak senonoh!nampak macam kurang ajaran pun yer jugak.Nampak sangat tak hormatkan suami kalau buat gitu.

Urmmm,macam mana nak buat yer?Akhir sekali tanya la suami.Dan yesss!Suami cakap rendamkan jer kaki tu dalam air garam.Apa lagi,lepas tidurkan anak terus buat rendaman garam.

Kalau anda semua nak jimat,anda boleh gunakan garam kasar.Garam kasar lebih murah berbanding garam halus yang kita selalu guna dalam masakan tu.Sekilo baru 50 sen ;)

Alhamdulillah,selepas 20 minit sesi rendaman kaki bersama air garam,memang betullah!Hilang terus rasa gatal tu.

Selamat mencuba semua!

Harap maaf yer..gambar semasa sesi rendaman memang tak disediakan.kaki itu kan tergolong dalam kategori aurat ;)

set bersalin moden membantu ibu berpantang dengan lebih mudah dan kekal bertenaga!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah hari demi  hari ALLAH hidangkan saya dengan berita gembira.Si A dah mengandung 3 bulan,si B pulak dah nak bersalin.Si C dah selamat melahirkan bayi lelaki.Alhamdulillah,saya tumpang gembira untuk anda semua.Semoga dengan kehadiran cahaya mata menguat dan menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga anda.Semoga rumah tangga anda kekal hingga ke syurga.AMinnn...


Kebiasaannya selepas bersalin,badan si ibu akan menjadi kurang bertenaga dan tidak bermaya.Menjadi ibu buat kali pertama akan merubah segala-galanya.Kalau sebelum ini,anda mungkin boleh tidur nyenyak sampai ke pagi.Kini tidak lagi!Jadual tidur anda akan tidak menentu.Ada kalanya lepas maghrib sudah tidur.Pukul 2 atau 3 pagi bangun untuk tukar lampin anak,menyusukan anak dan sebagainya.Lepas subuh baru tidur balik.

Memang memenatkan.Tapi redha demi menjaga zuriat sebaik mungkin.Itulah kasih seorang ibu terhadap anaknya yang baru menjenguk dunia.

Itu bahagian waktu tidur.Tak termasuk lagi bahagian sembelit ketika berpantang,luka jahitan lambat sembuh,menghadapi kesukaran dalam membuang air kecil,hadapi kesusahan untuk duduk dan berjalan ke sana ke mari.

Anda nakkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang?In syaa ALLAH supplement Shaklee dapat membantu anda!

Set Berpantang Shaklee

set bersalin shaklee
set bersalin premium shaklee
Terdiri daripada :
  • ESP (energizing soy protein)
  • Substained Release Vitamin C (500mg)
  • Vitalea ( multivitamin & multimineral)
  • Zinc Complex (untuk penyembuhan luka yang cepat)
  • Ostematrix (kalsium) - untuk mengelak sembelit
  • Vitamin B-COmplex
  • Alfalfa (untuk memekat dan menambahkan susu badan)
  • Lecitchin (untuk membakar lemak yang tidak diingini)
Set Berpantang Asas


Terdiri daripada :
  • Vitalea
  • Vitamin B-Complex
  • Substained Release Vitamin C (500mg)
  • Zinc Complex

Keistimewaan Set Pantang Shaklee

  • boleh diambil sejurus selepas bersalin
  • sesuai untuk yang bersalin normal atau ceaser
  • membantu dan mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
  • membantu memberi tenaga kepada ibu
  • boleh diambil jika bayi terkena jaundis
  • tidak panas dan tidak mengganggu baby
  • tidak menyebabkan masalah cirit kepada baby
  • membantu ibu dari bentan dan meroyan.
Testimoni Set Berpantang Shaklee

set pantang shaklee
testimoni 1

set pantang shaklee
testimoni 2

set pantang shaklee
testimoni 3

Namun,amalan menungku haruslah diteruskan.Yang paling penting dalam tempoh berpantang ialah rehat secukupnya,hindari stress dan makan makanan yang berkhasiat.Semoga anda semua diberi kekuatan untuk menguruskan bayi dan memberikan yang terbaik untuk bayi anda.


Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...