'sihat dan cantik pilihan saya'

resepi ayam marmite

Assalamualaikum semua...

Hanya ayam jer yang ada dalam peti rumah anda?Nak keluar cari bahan-bahan mentah yang lain,hujan.Segannya nak keluar.Tapi jemu dah la makan sup ayam,gulai ayam,nasi ayam,ayam panggang dan segala resepi yang lain?

Apa kata anda cuba resepi baru pulak.Ciptakan sedikit kelainan untuk hidangan ayam anda ^_^

Jom cuba ayam mermte pulak.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil.
  • sedikit lada sulah.
  • 5 sudu besar kicap pekat.
  • 5 sudu besar tepung jagung.
  • brokoli | dicelur.
  • cili benggala merah | dipotong serong.
  • 3cm halia.
Bahan untuk sos.
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus.
  •  1 sudu besar marmite.
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu kicap manis.
  • air 
  • minyak masak
  • garam secukup rasa.

Cara penyediaannya :

  1. Gaulkan ayam bersama garam,lada sudah dan kicap pekat.
  2. Bila sudah siap,celupkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng ayam tersebut separuh masak.
  3. ketepikan,
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan sos,kicap dan air.Biarkan mendidih.
  6. Masukkan ayam.
  7. Setelah ayam masak,masukkan brokoli,cili benggala merah dan halia.
  8. perasakan dengan garam hingga cukup rasa.
  9. Siap untuk dihidang.
sumber gambar : nasi lemak lovers

Tips masakan.

Sedikit tips untuk anda,selepas brokoli dicelur dalam air panas mendidih,angkat dan siramkan brokoli tersebut dengan air sejuk @ air dalam peti.Ini adalah untuk mengelakkan brokoli terus berada dalam suhu yang tinggi dan terlalu masak.

Selamat mencuba semua ^_^

kenapa bila nak kurus perlukan leptin?

Kurus,tampil menawan dan berat badan ideal merupakan impian setiap wanita!Tapi saya rasa ada jugak wanita yang suka badannya besar atau gemuk.Ini adalah kerana mereka berpendapat,tak pe la kalau saya gemuk pun.Suami tak cakap apa pun!Orang lain jer memandai komplen.Ha,jangan terkejut taw.Pernah saya iklan tentang 'set slimming',dan mendapat negatif feedback.Antara respond yang saya dapat ialah:'saya tak kisah berbadan gempal,biarlah orang lain nak cakap saya gemuk ker,saya cubby ker apa,janji suami saya tak cakap apa'.Mula-mula agak terkejut dapat respon begini.Yer la,tiba-tiba jer dapat respond macam tu.Terfikir la balik,aku nie tulis ayat promo pun,orang boleh terasa hati jugak ker?bukannya mention nama sesiapa pun.Pilihan terakhir,abaikan jelah!hehehehe..tak usahlah semakkan fikiran dok pikir hal lain.^_^



Baiklah,hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua.Seperti yang kita semua tahu,apabila dah pasang niat,mestilah ada jalan dan caranya untuk realisasikan niat tersebut.Betul tak?Contohnya lah,bulan ini saya berazam nak kurangkan berat badan selama 5 kg.Jadi apa yang saya wajib buat?jeng..jeng...jeng...

hormon yang memainkan peranan paling penting ketika kita nak kurus ialah hormon leptin.Dan jangan risau,hormon leptin ini terdapat dalam badan semua orang.Tak payah bersusah payah dah nak cucuk hormon leptin ini.

Apa itu hormon Leptin?

Hormon Leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan paling penting ianya berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.



Anda perlu peka dengan apa yang anda rasa.Contohnya anda sudah makan sepinggan nasi berlaukkan masak lemak tempoyak ikan patin,ayam goreng berempah,sayur kankung celur,dan telur mata kerbau.Selepas setengah jam,anda rasa lapar lagi.Paling penting di sini,apabila otak dah bagi signal,eh,kau dah makan banyak la tadi,Tapi nafsu pulak cakap,ala,hidup di dunia nia hanya sekali.Nanti dah mati,dah masuk kubur,tak boleh makan dah.

Yang mana satu anda nak?ikut signal yang telah dihantar oleh hormon leptin ke otak atau ikutkan nafsu makan?

Apa akan terjadi bila hormon leptin tinggi atau rendah?

hormon leptin rendah --> individu tersebut akan cepat terasa lapar.

hormon leptin tinggi --> mengambil masa untuk terasa lapar kembali.

Orang obesiti tiada hormon leptin ker?


setiap indivu mempunyai hormon leptin.Individu obesiti juga tidak terkecuali.Cuma hormon leptin mereka ini umpama 'terkunci atau ditindas' oleh lapisan lemak-lemak tebal.Inilah yang menyebabkan hormon leptin tidak dapat berkesan dengan baik.

Tips merangsang hormon leptin dalam badan.

  • Lakukan senaman terutamanya senaman bebanan. - senaman bebanan ini memang pakar dalam membakar lemak dan kalori disamping menguatkan otot-otot badan.Semakin banyak otot yang dibina,kadar mataboslisme badan juga makin meningkat.Secara automatik,hormon leptin dalam badan akan turut meningkat dan berfungsi dengan baik.
  • tambahkan sayur dan buah-buahan dalam menu anda.
  • kurangkan atau tinggalkan terus makanan segera dan makanan yang telah diproses.
  • tambahkan sumber omega-3 dalam hidup anda
Saya tak makan la ikan,sayur berdaun hijau dan adik beradik kacang-kacang semua tu!Jadi,

Bagaimana saya nak dapatkan sumber omega-3?

Berita baik untuk anda semua,kini Omega Guard Shaklee  juga  turut mengandungi Omega-3 untuk keperluan tubuh badan anda.

omega guard shaklee
omega guard Shaklee
Disamping itu,omega guard ini turut mengandungi DHA (360mg)  dan EPA (540mg)

Siapa yang sesuai ambil Omega Guard Shaklee?
  • kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas.
  • individu yang nak diet.
  • ibu hamil.
  • ibu menyusu
  • individu yang ingin jaga kesihatan jantung.
Keistimewaan Omega Guard Shaklee
  • Ultra tulen bergred farmasi berteknologi tinggi.
  • Melalui 3 peringkat proses penyulingan
  • lengkap dengan 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk DHA,EPA & ALA.
  • diekstrak dari ikan laut dalam.
  • Bau dan rasa ikan yang minima.

Anda ingin order dan bayar sendiri?

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


resepi biscotti badam ranggup

Assalamualaikum semua,

Anda dah jemu asyik makan snek dan cekedis yang dibeli di pasar raya?Ha,apa kata kali ini,anda rajinkan diri untuk buat sendiri biskut.Di samping menjimatkan wang,kuantiti dan kualiti makanan pun sahih la lebih banyak dan agak berbaloi dari beli di pasar raya.Yer x?

Hidup sekarang haruslah berjimat cermat dan pandai berbelanja.Pendapatan RM 3600 sudah dikira miskin.Agak-agak kalau pendapatan RM 1500 dah tergolong dalam golongan fakir miskin kot ^_^.

Ok,tak nak membebel panjang-panjang.jom saya kongsikan resepi biskut ringkas iaitu biscotti badan rangup yang saya dapat dari majalah saji.Selamat mencuba semua!

Bahan-bahan :

  • 100 gm tepung gandum |diayak
  • 30 gm tepung beras | diayak
  • 4 biji putih telur.
  • 100 gm gula
  • 1/2 cawan kacang badam.
Cara penyediaannya :
  1. pukul putih telur sehingga kembang dan gebu.
  2. Tambahkan gula kastor dan pukul lagi sehingga berkrim.
  3. masukkan tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  4. Kaup balikkan hingga sebati.
  5. Masukkan kacang badam.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega.
  7. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius.
  8. Setelah masak,keluarkan dan hiris nipis-nipis.
  9. Susun semula di atas loyang pembakar dan pastikan tidak bertindih.
  10. Bakar lagi pada suhu 150 darjah celcius selama 7 hingga 8 minit atau sehingga ranggup.



bayangkan kalau buat 1kg tepung gandum,400 gm kacang badam.Tak ke dapat sebalang besar?Memang puas hati kalau makan.hehehe..apa-apa pun,selamat mencuba semua!

kenapa kanak-kanak perlukan fiber?

Assalamualaikum semua..

Seperti yang kita tahu,kanak-kanak memerlukan pelbagai vitamin dan khasiat dari pelbagai sumber untuk proses tumbesaran yang pesat dan normal.Kerana inilah ibu bapa digalak menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak.Bermula dari nasi,lauk pauk,sayur dan buah-buahan semuanya perlu dititikberatkan demi tumbesaran si anak.

Antara zat yang perlu dititikberatkan ialah fiber.Apakah itu fiber?Jom kenali lebih dekat apa itu fibe dan fungsinya kepada kita semua terutamanya untuk anak-anak.

Apa itu fiber?

Fiber adalah gentian serabut yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.Gentian ini merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan manusia.Fiber banyak terkandung dalam bijirin seperti beras,oat,gandum,buah-buahan dan sayur-sayuran dan sebagainya.

Fiber hanya terkandung dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung sama sekali dalam daging,ayam dan produk tenusu.


Kepentingan fiber kepada kita semua.
  • Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuatkan bahagian usus secara berkesan.
  • Fiber membantu merangsang sistem penghadaman .
  • mengelak terjadinya sembelit.
  • jika diambil dalam kuantiti yang tertentu,dapat mengawal berat badan.
Fungsi fiber
  • menggalakkan bakteria baik dalam usus.
  • mengurangkan sembelit dan buasir
  • mengurangkan gula dalam darah.
  • bertindak mengurangkan tahap kolestrol.

Berita baik untuk anda semua!Mealshake merupakan supplement yang mengandungi fiber.


mealshake juga sesuai untuk kanak-kanak
Meal Shakes berperisan Vanilla.


Ramai juga yang bertanya,mealshakes ini dibuat daripada kacang soya jugak ker?Untuk pengetahuan anda,mealshakes adalah diperbuat daripada susu lembu.

Kenapa Meal Shakes menjadi pilihan ibu-ibu?
  • Nutrisi lengkap ---> mengandungi 24 jenis vitamin,mineral dan trace mineral.Trace mineral berfungsi sebagai penyerapan vitamin dan mengaktifkan enzim.
  • mengandungi asid folic,biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium untuk kesihatan tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.
  • antioksida - mengandungi vitamin A.C,E ,zinc dan silenium.
  • detox- kaya dengan serap yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
Testimoni Meal Shakes.

meal shakes shaklee
testimoni 1


testimoni mealshakes shaklee
testimoni 2


testimoni mealshakes shaklee
testimoni 3


Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

kenapa 16 November merupakan tarikh Keramat?

Assalamualaikum semua..

Kenapa 16 November merupakan tarikh keramat?tarikh keramat ker tarikh kiamat?hehehe.tak de lah,gurau jer.

Sebenarnya 16 November merupakan hari keluarga untuk anda semua.Saya sendiri pun tak pernah tahu pasal hari keluarga sedunia ini.Saya baru tahu apabila terdengar khutbah jumaat sebentar tadi.

Memang tak dinafikan keluarga adalah insan-insan penting dan insan yang sentiasa menjadi tulang belakang kita.Tapi hari ini,khutbah jumaat menekankan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.



Ibu bapa juga merupakan tulang belakang yang paling penting kepada kita.Tanpa mereka,siapalah kita di dunia ini.

Sebenarnya untuk menjadi ibu bapa yang betul-betul sempurna di mata anak-anak merupakan perkara yang mustahil pada zaman milenium ini.Sekarang,anak-anak lebih tertumpu kepada dunia luar melalui gajet-gajet yang canggih.

Adakah anda perasan iklan raya yang dihasilkan oleh Petronas semasa Aidilfitri lepas?Semua anak-anak balik ke kampung untuk beraya.Semuanya berkumpul ramai-ramai di ruang tamu.Tapi kenapa suasana begitu sunyi sepi umpama tanah kubur?Kerana semuanya masing-masing sibuk dengan gajet.

Apabila si bapa bertanya soalan itu dan ini,anak menantu hanya jawap ala kadar.Apabila si ibu menghidangkan air dan hulur kepada anak-anak,mereka passing yang akhirnya semua air tu si bapa yang dapat.Kalau secawan mungkin tak kisah sangat,tetapi kalau sampai 2 cawan air sampai ke tangan si bapa,agaknya apa yang si bapa rasa?

Sampailah saatnya ibu bapa ketuk periuk di pagi hari,kutip dan simpan semua gajet-gajet anak,cucu dan menantu.Kemudian membahagikan tugas masing-masing seperti tangkap ayam,ambik buluh lemang dan sebagainya.

Agak-agaknya,kenapa si ibu dan bapa bertindak sedemikian rupa?semuanya hanyalah untuk anak,cucu dan menantu mereka juga.Untuk mengeratkan balik ikatan kekeluargaan yang nampak macam sudah suam-suam kuku.

Itu zaman sekarang.Kalau 10 atau 20 tahun yang akan datang?apa yang akan terjadi?

Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting kepada anak-anak.Ibu bapalah yang akan mencorakkan bagaimana sikap anak-anaknya.Tapi sekarang ibu bapa lebih mementingkan duit daripada memberi ajar dan kasih sayang kepada anak-anak.

Anak-anak yang dilahirkan umpama kain putih.Menjadi tanggungjawab ibu bapanya bagaimana mahu mendidik mereka untuk menjadi yahudi,nasrani ataupun Islam.

Luangkanlah dan korbankan masa anda untuk anak-anak.Lakukan majlis ilmu di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali.Luangkan masa untuk bermain dan bergurau senda dengan anak-anak.

Mungkin alasan bekerja begitu sinonim sekarang ini.Tapi,adakah kita juga mahu anak-anak melayan kita sedemikian rupa apabila kita sudah tua nanti?



Mungkin sekarang kita letakkan anak di rumah pengasuh kerana sibuk dengan kerja.Tetapi adakah kita mahu,rela dan redha jika mereka meletakkan kita di rumah orang tua-tua dengan alasan mereka juga sibuk bekerja?

Penutup bicara,fikirkanlah.apa yang kita buat sekarang,semuanya akan berbalik kepada kita juga akhirnya.Luangkanlah masa dan berbaktilah kepada anak-anak dan ibu bapa sementara mereka masih hidup.

vitamin B-Complex penting ker untuk kuku dan rambut?

Assalamualaikum semua..

Vitamin atau supplement merupakan element penting dalam badan kita semua.Kenapa penting?Sebab suplement dan vitamin ini adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk menampung keperluan nutrient yang telah hilang dalam menjalani kehidupan seharian.



Dewasa ini,kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.Di samping itu,pengamalan gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan penyumbang terbesar kenapa tubuh kita kehilangan nutrient yang diperlukan oleh tubuh.

Tapi jika anda rasa anda makan makanan yang berkhasiat dan mencukupi keperluan nutrient yang diperlukan oleh tubuh,tak ambik supplement pun tak pe :)

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenanaan Biotin.Biotin sebenarnya salah satu vitamin penting untuk tubuh kita.

Biotin merupakan vitamin B yang larut dalan air.Biotin juga lebih dikenali sebagai vitamin H.

Apa itu Biotin?

Biotin merupakan co-enzim yang membantu metabolisme asid lemak,leusin dan karbohidrat.

Biotin berperanan dalam proses metabolisme subsrat karbon non-karbohidrat seperti asid glycogenic dan membantu dalam pembentukan glukos dalam badan.

Sumber Biotin

  • Kuning telur
  • kekacang
  • tiram
  • pisang
  • ayam
  • ikan
  • coklat
  • aotmeal
Manfaat Biotin kepada anda.
  • Meningkatkan metabolisme tenaga.
  • Efektif dalam meningkatkan kesihatan kuku.
  • Mencegah rambut daripada gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  • Membantu proses sintesis karbohidrat dan asid lemak.
  • Membantu proses sintesis amino asid dan glukos.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.
Biotin terdapat didalam Vitamin B-Complex Shaklee.

Vitamin B-Complex Shaklee
Biotin ada dalam B-Complex
vitamin B-Complex Shaklee
Vitamin B-Complex

Sekiranya anda nakkan rambut dan kuku yang sihat,sebaiknya amalkan makanan yang kaya dengan sumber biotin dan Vitamin B.

Saya pernah mendapat pertanyaan daripada salah seorang pelanggan yang mengambil Vitamin B-Complex ini.Kenapa saya makan b-complex, air kencing saya jadi kuning?

Jawapannya adalah kerana dalam Vitamin B - Complex tetdapat kandungan biotin.Biotin ini senang larut dalam air.Sebab itulah air kencing anda pada permulaannya berwarna kuning.Jangan risau,itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja.Selepas beberapa jam,air kencing anda akan kembali jernih.

Selain mengandungi biotin,asid folic juga terdapat dalam Vitamin B-Complex ini.Folic asid ini penting taw untuk wanita hamil dan wanita yang merancang untuk hamil.

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


pelaburan yang pasti berbaloi dan membuat suami tersenyum bahagia!


Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit testimoni Dish Wash Concentrate Shaklee dengan anda semua.Saya mula gunakan Dish Wash Concentrate bila tangan saya alergik apabila menggunakan pencuci pinggan yang terdapat di pasaran.Terasa panas dan pedih seterusnya mengelupas teruk.

Sebagai perempuan yang sudah bersuami,mestilah tak nak masalah tu berterusan kan?Rasa kasar jer tangan.Suami memang la tak tegur tapi saya malu oo..Rasa down sekejap.Tapi selepas melihat testimoni Master Effa,pintu hati saya terdetik untuk gunakan Dish Wash Concentrate pulak.Sekali order 2 botol terus.Ambik kau..nak buat masak lemak salai ker yang borong sampai 2 botol terus?hehehehe

Dah sebotol pun baru RM 2*.** (harga ahli).1 botol ada 473 ml atau bersamaan dengan 16 oz.Lagipun setelah saya membelek-belek buku nutrisi yang telah diberikan selepas mendaftar Shaklee,ternyata bahannya adalah diekstrak daripada bahan semulajadi.Jadi,kenapa tak nak cuba kan?


Bila dapat jer parcel yang dikirim,terus teruja nak buka dan cuba tengok.Tapi hampa taw sebab tiada bau!Ye la sebelum-sebelum nie semuanya ada wangian.Koman-koman bau lemon ker.

Tapi perspepsi saya berubah bila pertama kali menggunakan Dish wash concentrate ni.Saya cuba la titiskan dalam 5 @ 6 titis.Bila dicampurkan air,mewahnya buih dia!Bau pun fresh jer :)

Paling saya suka,dish wash concentrate ni tahan lama.Memang saya sengaja tulis tarikh mula digunakan.Nak tengok tahan berapa lama.Hasil yang menakjubkan!hari ini dah 13 /11/14.Bermakna esok genaplah sebulan dish wash concentrate ini saya gunakan.Tapi masih ada suku lagi bakinya.

Dan paling penting,suami saya sendiri komen,bau dish wash concentrate nie bau fresh.Nak bau macam enzyme yang diaorang buat pun ada jugak.

Enzyme tu adalah campuran bahan-bahan yang boleh dikitar semula.Contohnya gunakan kulit limau bali,air dan ada lagi la bahan-bahan lain.Enzyme nie digunakan sebagai bahan pencuci untuk cuci lantai,longkang,tandas dan sebagainya.Tapi enzyme ni perlu diperam dalam tempoh masa yang tertentu untuk menghasilkan buih agar sesuai dijadikan pencuci.


dish wash concentrate Shaklee
Guna dekat sebulan dah,tapi masih ada baki :)


Kenapa dish wash concentrate baunya fresh dan berwarna putih?


  • Dibuat dari ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
  • Tanpa bahan pewarna.
  • Tanpa fostat.
  • Tidak mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum.
  • Tidak mengandungi pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate.

Keistimewaan dan kelebihan dish wash concentrate Shaklee.

  • Lembut pada tangan.
  • pH yang seimbang.
  • Tidak bertoksik
  • berasaskan bahan-bahan semulajadi.
  • Tahan lama kerana kepekatannya.
  • Tanpa bahan kimia berbahaya.
Paling penting,dish wash concentrate ini begitu berbaloi dan menjimatkan!Saya gunakan dish wash concentrate ini setiap hari.Kalau bukan kita sebagai isteri yang tolong menjimatkan keperluan barang dapur siapa lagi nak buat,yer tak?

Bila gunakan sebulan pun tak habis lagi sebotol,si suami pun tersenyum gembira.:) nak-nak lagi tangan pun dah makin kurang mengelupas,pinggan mangkuk pun bersih.

Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 'order now'

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...