'sihat dan cantik pilihan saya'

hati berlemak membawa petanda anda menghadapi masalah kesihatan?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Anda pernah dengar tak hati berlemak?Mesti pernah bukan tapi jarang-jarang.Jantung juga tidak terkecuali daripada masalah ini.

HATI,merupakan organ terbesar dalam badan kita yang mempunyai pelbagai fungsi penting.Mempunyai berat lebih kurang 1.5 kg dan  berwarna coklat.Hati terletak dibahagian kanan atas rongga perut.

Fungsi Hati


  • memproses sel darah merah yang telah digunakan.
  • memecahkan ubat-ubatan dan alkohol.
  • menghasilkan cecair hempedu untuk proses penghadaman.
  • sebagai kilang membuat protein termasuklah faktor pembekuan darah.
  • menyimpan tenaga dalam bentuk gula atau glukos.
  • mengubah provitamin A menjadi Vitamin A.
  • berperanan sebagai kalenjer pencernaan.
  • tempat pembentukan sel darah merah pada janin.





Seperti yang anda semua ketahui,hati merupakan organ yang berfungsi untuk menukarkan lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang akan digunakan oleh tubuh.Trigliserid pula antara bentuk  lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.

Walaubagaimanapun,proses pemecahan lemak boleh terganggu disebabkan :
  • kekurangan zat makanan.
  • keracunan
  • kehamilan
  • minuman keras,

Hati Berlemak




Hati berlemak ini bukanlah sejenis penyakit.Tetapi ianya petanda bahawa seseorang individu terbabit mengalami masalah kesihatan.

Hati berlemak adalah suatu keadaan dimana berlakunya kadar penyerapan lemak yang begitu tinggi  dalam hati.

Namun;jika masalah ini dibiarkan dan tidak dirawat,individu terbabit terdedah kepada :
  • masalah hati
  • penyakit lain yang lebih serius.
Hati berlemak juga boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis.Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns sudah memadai untuk mendedahkan individu terbabit mengalami masalah hati berlemak.

Individu yang berisiko
  • mereka yang kerap minum minuman keras.
  • obesiti
  • pesakit diabetes
  • kehamilan
  • kekurangan makanan yang berzat
  • ubat-ubatan diambil secara berlebihan.

Cadangan suplement untuk masalah hati berlemak


dtx complex shaklee

  • mengandungi ekstrak biji benih pokok tisu tisel yang dibuktikan melalui penyelidikan dapat menyokong keupayaan normal badan membuat protein yang membantu menjana semula sel-sel hati.
  • mengandungi cendawan Reishi dan Schizandra chinensis mempunyai ciri-ciri antioksida untuk menyahtoksikkan hati.
  • mengandungi Dandelion,kunyit dan artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu.

vivix shaklee



  • membantu melindungi dan memperbaiki sehingga ke peringkat DNA.
  • memberi impak positif dalam pengawalan genetik.
  • menggalakkan pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
  • Vivix adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE.
sayangilah hati anda semua untuk kesihatan yang menyeluruh dan sihat selalu.

Anda ingin order dan bayar sendiri untuk set detox ini?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

Tekanan sentiasa menyelubungi rumah tangga anda?bagaimana nak hindarinya?

TEKANAN.Punca terjadi pelbagai masalah.Malah tekanan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung,tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Kesihatan fizikal bukanlah punca tunggal yang menyebabkan penyakit-penyakit di atas.Namun,dalam perkahwinan,tekanan boleh memberi pelbagai masalah.Contohnya salah faham,perbezaan pendapat,pergaduhan dan sebagainya.Kadang-kala tekanan yang melampau boleh meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan tersebut.



Namun begitu,dalam rumah tangga,suami isteri perlu mengambil langkah dan peranan penting untuk memastikan keharmonian rumah tangga sentiasa terjamin dan terjaga.Kedua-duanya perlu berwaspada dan selesaikan dengan  bijak untuk menghadapi tekanan dalam rumah tangga.

Disini saya kongsikan maklumat yang anda boleh lakukan untuk mengelak tekanan dalam rumah tangga.

Cara elak tekanan dalam rumah tangga.


  1. Meletakkan pasangan di tempat yang pertama dalam segala hal - Fikirkan kesannya atas setiap perkara yang anda lakukan,Fikirkan apa perasaannya.Seeloknya mintalah pendapat pasangan anda terlebih dahulu walaupun hal sebegitu remeh bagi anda.Jangan terlalu ego dan mementingkan diri.Kelak ego dan sikap mementingkan diri anda akan memakan diri anda sendiri.Contohnya rumah tangga anda mengalami krisis kewangan,anda secara diam-diam meminjam dengan saudara anda.Namun,bila nak bayar,duit tak cukup,suami pula duit cukup-cukup untuk perbelanjaan rumah.Tidakkah situasi begini akan memberi tekanan kepada suami anda?
  2. Fokus pada kebaikan pasangan - Dengan ini,anda akan terlupa kesalahan kecil yang dilakukan oleh pasangan secara sendirinya.Saling memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing.Cubalah untuk melengkapkan sesama sendiri.Jika ada perkara yang tidak puas hati,sampaikan kritikan secara berhemah untuk mengelakkan ketegangan dan stress kepada pasangan.Gunakan intonasi suara dan ekspresi muka yang tidak keterlaluan.
  3. Komunikasi dengan jelas dan hormat - Salah paham mengenai hal remeh temeh juga kadang kala boleh menyebabkan tekanan kepada suami mahupun isteri,Berkomunikasilah dengan jelas dan penuh kasih sayang untuk mengelakkan salah faham.Ada ketikanya lelaki lebih faham dengan ayat yang terang dan jelas maksudnya.
  4. Melakukan aktiviti yang menyeronokkan - seperti berkelah,menonton wayang,melancong bersama.Ini secara tidak langsungnya akan memberikan anda lebih masa untuk bersama dan peluang untuk lebih memahami pasangan anda.
  5. Jangan sesekali menipu pada pasangan anda - Beritahulah dengan jujur perkara sebenar kepada pasangan anda.Individu yang sering merahsiakan sesuatu daripada pasangan seringkali berasa stress dalam perhubungan.
  6. Wujudkan masa untuk bersemuka biar sesibuk mana pun - Jadikan sehari dalam sebulan atau 2 minggu sekali sebagai masa untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan anda.
  7. Selalulah memaksimumkan hubungan fizikal - Sentuhan secara fizikal terbukti sebagai penawar stress.Selalulah berpegangan tangan dan memeluk pasangan anda.Ops,namun,jangan keterlaluan di khalayak  ramai ok :)
  8. Hidup dengan kemampuan anda - Kebanyakan tekanan dalam perkahwinan disebabkan oleh masalah kewangan.Jangan berbelanja di luar kemampuan suami atau luar kemampuan anda untuk mengelakkan pasangan daripada makan hati berulam jantung.

Sabar itu penting.

Paling penting dalam kehidupan berumahtangga adalah kesabaran.Pernah tengok tak filem 3 Abdul?makan pun setakat ambil bau jer,sanggup tidur di kandang kuda dan sebagainya.Akhirnya,si isteri pun turut menemani si suami tidur di kandang kuda ^_^.Jangan marah aa,nanti kena jual.

Banyak pengajaran yang anda boleh dapat dari filem tersebut.Walaupun filem tersebut dikategorikan sebagai filem 'veteren',namun jalan  ceritanya sarat dengan pengajaran dalam kehidupan berumah tangga.

Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.


Saya doakan para pembaca blog ini sentiasa hidup dengan aman,tenang,harmoni dan rumah tangga anda semua berkekalan sehingga ke syurga.

.

stress bila isnin menjelma?bagaimana nak atasinya?

Isnin datang lagi.Malasnya nak pergi kerja.Mesti anda pernah hadapi situasi begini  bukan?Hari isnin merupakan hari yang agak 'suam-suam kuku'.Atau lebih tepat lagi hari yang paling malas untuk pergi bekerja.

Dirasakan hari isnin merupakan hari yang agak boring,sibuk dengan itu ini.Agaknya kalau bakul boleh diisi dengan alasan,tentu tak cukup sebakul ^_^.Syukur alhamdulillah nasib baik la saya seorang suri rumah :)

Kenapa Monday Blues?

Bagi yang sudah punya keluarga,cuti selama 2 hari dirasakan belum cukup.Masa untuk melayan anak-anak dan suami dirasakan begitu pantas berlalu.Kalau hari bekerja biasa,pagi-pagi lagi :
  • Bangun pagi-pagi kena siapkan sarapan untuk anak-anak
  • Hantar anak-anak ke nurseri,petang baru ambik semula.
  • Bila sampai rumah,sibuk menguruskan rumah pulak.Memasak untuk makan malam dan sebagainya.
  • Malam anak-anak dah tidur.
  • Rasa seperti tidak cukup masa dengan anak-anak.Sedangkan mereka semakin hari semakin membesar.

Bagi yang bujang pulak,mungkin alasan malas untuk bangun awal menjadikan hari isnin agak suam-suam kuku.Bangun pagi hari,nak kena seterika baju,meredah jalan raya yang sesak dan menghadapi kerenah pengguna jalanraya dan sebagainya.

Apabila samapai di pejabat,terpaksa pula menghadapi kerenah rakan-rakan sepejabat.Kerenah  bos lagi,politik pejabat lagi.Ditambah pulak dengan kerja yang menimbun di atas meja kerja.Wuarghhh,boleh stress gini.



Jangan biarkan perasaan dan tenaga anda yang menurun menguasai fikiran serta  tubuh anda pada hari isnin ok.Ayuh,bangkitkan semangat untuk bekerja secara produktiviti dengan :

Cara Bangkitkan Semangat di Hari Isnin

  • hindari beraktiviti di media sosial sewaktu bekerja.
  • senaraikan 'list to do' suapaya kerja anda lebih teratur 
  • bertanggungjawab pada kerja sendiri.
  • rapikan meja kerja.
  • luangkan masa untuk berehat (meregangkan punggung dan kaki selama 15 minit)
  • Jangan terus buka email atau pesanan ringkas sejurus sampai di pejabat.
Tiba-tiba teringat balik tentang kuliah pagi.Mengenai isu keibubapaan.

Layakkah kita meminta anak-anak meluangkan masa untuk kita apabila kita tua nanti,sedangkan semasa mereka kecil kita jarang sangat  meluangkan masa untuk anak-anak?

Mungkin sekarang kita berfikir,duit boleh beli kasih sayang.Anak-anak kecil lagi,bukannya diaorang faham.Bagi mereka,kita ada atau tiada sama jer.Sebenarnya anda silap.Kanak-kanak memerlukan orang dewasa untuk mereka meluahkan apa yang mereka rasa.Mereka juga memerlukan kita untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna.

Dan jangan sesekali cakap,'ala,nanti bila aku dah berhenti kerja,pendapatan isi rumah sahih la berkurangan,nak beli apa pun kena hadkan'.

Rezeki,ajal,maut,jodoh,pertemuan  dan perpisahan terletak di tangan ALLAH.Bukannya dibawah tapak kaki kita atau ditangan kita.Jangan sesekali memandai membuat tilik nasib sendiri.Rezeki ALLAH ada dimana-mana.Asalkan kita sentiasa berusaha berterusan,letakkan kebergantungan kita kepada ALLAH 100 %,in shaa ALLAH kita akan berjaya walaupun kita bergelar suri rumah tangga,terperuk jer dalam rumah jaga anak-anak.

Dan salah satu cabang untuk menjamin kewangan anda supaya stabil walaupun anda bergelar suri rumah,anda boleh menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Berniaga online contohnya.


Disamping itu,anda boleh mengamalkan 10 amalan untuk murahkan rezeki anda.



Sekian dulu untuk  entry hari ini.Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat.Saya juga doakan supaya anda menjadi hartawan dan dermawan yang diberkati ALLAH S.W.T.

Aminn

Sedapnya Cheese Cake Leleh

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia yang sementara ini.Akhirnya berjaya jugak mencuri masa untuk  update entry terbaru dalam keadaan yang agak sibuk.Hujung-hujung tahun gini,banyak perkara perlu difikirkan,dibereskan dan perlu dilayan.^_^.Iman pun dua tiga hari ini asyik memerap jer,mungkin nak berubah bulan agaknya kot.Sabar je la selagi mampu :)

Baiklah,hari  ini saya nak kongsikan sedikit tentang resepi cheese kek leleh.Kali pertama cuba ketika adik ipar yang belikan.Lepas cuba terus jatuh cinta gitu ^_^.Ha,hebat tak hebat penangan cheese kek leleh ni.Beli 2 bekas (dalam bekas plastik tu) sekali hadap jer licin.Hahaha,terus suami cakap,'kata nak diet,tapi bila mengadap cheese kek leleh terus lupa dunia '.Sabar je la.Entah kenapa tetiba jer teringin dan jatuh cinta dengan cheese kek leleh.Semalam pergi cari kat sabasun dah out of stock :(

Hari ini terus google,in shaa ALLAH ada masa terluang akan cuba buat sendiri jugak.Jom godek-godek dulu resepinya .

Resepi Cheese Kek Leleh

Bahan untuk kek

  • 100 g tepung hongkong (nak guna tepung gandum pun xde masalah)*
  • 60 g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 500 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 75 g mentega cair
Cara Membuat
  • ayakkan dulu bahan yang bertanda *
  • pukul telur terlebih dahulu
  • masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.
  • bila bahan yang dipukul telah gebu,masukkan mentega yang telah dicairkan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 45 minit.(api atas bawah)
Untuk Cream
  • 250 g cream cheese
  • 120 g susu pekat manis
  • 50 ml UHT wiping cream.
*campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.

Untuk hiasan
  • 1 buku (250 g) cheddar cheese,diparut.

Cara penyediaan Cheese Kek Leleh

  • Kek disejukkan terlebih dahulu,kemudian dibelah 2 menjadi 2 keping.
  • Tuangkan cream cheese pada lapisan pertama.
  • Lapikkan lagi kek yang telah dibelah tadi.
  • Tuangkan cream cheese dan parutkan cheddar cheese diatas kek tadi.
resepi cheese kek leleh
pic from rahelblog.

Selamat mencuba semua ^_^

Nie kalau dapat suami yang  jenis tak makan kek,memang puas hati kalau boleh sorang-sorang :) Barulah dinamakan makan sehingga rasa nak termuntah.Tapi bagi penggemar kek dan cheese,in shaa ALLAH tak akan rasa nak termuntah kalau ikut sukatan betul-betul.

Eh,lupa pulak.Untuk orang-orang sekitar Kangar,Perlis yang nak membuat tempahan kek untuk kek harijadi ker,kek majlis kahwin ker,majlis tunang ker,anda bolehlah berhubung denganEima Belleza atau lawati masmudabakery untuk melihat dan intai apa yang dibuat.

Saya pernah sekali order Pavlova.Tergugat iman tengok  menarik sangat design  dia.Nasib baik la dok jauh,kalau duduk Perlis lagi,silap buat setiap minggu order ^_^

diabetes boleh menyebabkan klimaks tanpa air mani?fakta atau auta?

Assalamualaikum dan selamat  berhujung minggu semua.

Dewasa ini,diabetes merupakan perkara biasa yang sering didengar.Kalau pergi kemana-mana,contohnya balik kampung ke,jumpa kawan-kawan ker,pasti perkataan diabetes atau kencing manis akan disebut.Mak ayah diabetes la,isteri kena diabetes sewaktu hamil la,suami kena diabetes la,semuanya berkaitan dengan diabetes.

Kaum adam juga tidak akan terlepas daripada menghidapi diabetes ini.Selalunya orang akan cakap,keturunan saya memang ada diabetes,jadi tidak mustahil lah saya atau isteri saya pun ada diabetes.Bunyi macam nak salahkan keturunan jer dik? Janganlah begitu.Sebenarnya selain faktor keturunan,diri sendiri juga merupakan faktor terbesar penyumbang kepada diabetes.

Apa itu diabetes?

Diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis adalah suatu keadaan di mana gangguan metabolik yang ditandai dengan kandungan gula dalam darah (hiperglikemia).

Diabetes menyebabkan tubuh kekurangan insulin atau jumlah insulin dalam badan cukup tetapi tidak mampu bekerja dengan baik.

Insulin berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah.

Gambaran mudah mengenai perjalanan makanan dicerna menjadi tenaga.
Apabila kita makan,makanan akan dicerna menjadi glukos (gula) yang akan diangkut menuju ke sel dan akan diolah menjadi tenaga.Untuk memastikan gula diangkut menuju ke sel,gula memerlukan bantuan insulin.

set diabetes shaklee
mengenai glukos


Anda mungkin menghadapi penyakit diabetes sekiranya anda (boleh rujuk jadual di bawah)

set diabetes shaklee
diabetes
Apabila anda menghadapi penyakit diabetes,anda juga akan terdedah dan berisiko kepada penyakit lain seperti :

  • penyakit jantung
  • penyakit buah pinggang
  • hilang fungsi saraf
  • luka lambat sembuh
Disamping itu,jika anda ialah seorang lelaki dan suami,anda juga berisiko untuk mengalami klimaks tanpa mengeluarkan air mani.Terkejut bukan?

Memang ada kes sebegini pernah terjadi tetapi sangatlah jarang didengar.Masakan suami dan isteri akan mendedahkan rahsia di dalam bilik tidur kepada orang lain yer tak?Risau apabila didedahkan,kemungkinan orang ketiga mengambil kesempatan tersangatlah tinggi.Jadi pasangan terbabit hanya pendam dan kalau nak berbincang pun,bincang sesama sendiri jer.

Mungkin ini akan menyebabkan masalah kepada anda dan pasangan sekiranya anda dalam proses untuk mendapatkan zuriat.

set diabetes shaklee
hubungan antara suami isteri kian dingin

Kenapa Klimaks tanpa air mani?

Masalah ini dikenali sebagai 'retrograde ejaculation' atau ejakulasi ke belakang iaitu ejakulasi ke dalam pundi kencing.

Situasi ini sering terjadi kepada kepada lelaki yang mengidap diabetes kerana kerosakan saraf yang terbabit dalam sistem kawalan ejakulasi.

Mereka terasa untuk membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks dan ketika itu,air mani turut keluar sekali.Masalah ini terjadi apabila pintu yang membuka ruang salur kencing dari kawasan pundi prostat tidak terbuka ketika  ejakulasi,air mani terus masuk ke dalam pundi kencing.

Air mani yang termasuk ke dalam pundi kencing  akan terdedah kepada air kencing yang berasid dan berkuman.Ini akan menyebabkan sperma itu lemah dan mati.

Bagaimana caranya jika anda dan pasangan ini mendapatkan zuriat?

Anda boleh mencuba kaedah penapisan sperma aktif melalui air kencing.Sperma tersebut akan dibersihkan dan dimasukkan ke dalam rahim isteri ketika isteri subur.Kaedah ini hanya boleh dilakukan di klinik yang menyediakan kemudahan khidmat seperti itu.

Set cadangan supplement Shaklee untuk pesakit diabetes


set diabetes shaklee
cadangan supplement
Gla Complex

  • membantu menghalang komplikasi diabetes.
  • memberi kesan positif kepada diabetic neuropaty.
Zinc Complex
  • membantu penghasilan insulin.
  • membantu dalam pemulihan luka.
B-Complex
  • membantu menukarkan gula kepada tenaga.
  • membantu mengurangkan keletihan.
Jika anda terasa agak segan nak makan berjenis pil supplement sekaligus,anda boleh mencuba Vivix Shaklee.Cuma perlu tuangkan dalam sudu dan terus minum.Mudah bukan? ^_^

set diabetes shaklee
vivix Shaklee
  • membantu mengurangkan inflamasi.
  • membaiki sel sehingga ke peringkat sellular (DNA).
  • membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
Testimoni 

set diabetes shaklee
testimoni 
set diabetes shaklee
testimoni 2
set diabetes shaklee
testimoni 3

Anda ingin order dan bayar sendiri untuk set diabetes ini?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

bagaimana nak meningkatkan pengeluaran susu ibu supaya bayi tidur lena dan kurang meragam?

Ada kalanya para ibu akan mengalami situasi pengeluaran susu ibu menurun akibat masalah tertentu contohnya stress,terpaksa berjauhan dengan bayi selama beberapa hari,mengurangkan aktiviti mengepam susu atas alasan sibuk dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai ibu-ibu di luar sana yang mengetahui kepentingan dan kelebihan susu ibu.Cuma terasa agak down bila susu badan makin hari makin sedikit.Anak pulak asyik menangis.Ditambah pulak dengan tuntutan tanggungjawab terhadap menguruskan rumah tangga,menguruskan anak-anak sememangnya boleh mendatangkan kesan terhadap emosi si ibu.

tingkatkan pengeluaran susu ibu dengan power pumping
susu ibu terbaik


Jangan risau ibu-ibu semua,ada caranya bagaimana untuk anda mengaplikasikan untuk banyakkan kembali pengeluaran susu ibu.Salah satu caranya ialah teknik 'power pumping'.

Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan untuk membantu anda meningkatkan kembali pengeluaran susu ibu.Caranya sungguh mudah dan senang.Anda cuma memerlukan pam dan masa selama satu jam sahaja untuk menjayakan misi penting ini.

tingkatkan pengeluaran susu ibu dengan power pumping
pam susu 


Jangan risau atau takut sakit dan seumpamanya ok.Sebenarnya teknik ini hanya melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan.Cuma teknik 'power pumping' ini dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding sesi mengepam anda yang  biasa,

Anda perlu berusaha dan bersabar dalam melakukan kaedah 'power pumping' ini.Korbankan masa anda sekurang-kurangnya sejam setiap hari,tetapi jika anda boleh meluangkan lebih masa lagi,tidak salah sekiranya anda membuat kaedah 'power pumping' ini lebih dari sekali dalam masa 24 jam.

Waktu yang paling sesuai untuk melakukan teknik 'power pumping' ialah di tengah malam.Ini adalah kerana pada waktu tengah malam,pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi.

Walaubagaimana pun,terpulanglah kepada anda nak lakukan kaedah ini diwaktu siang mahupun waktu malam.Terpulang kepada keselesaan anda.Yang penting,anda perlu dalam keadaan yang tenang dan selesa ketika melakukan teknik 'power pumping' ini.

Teknik power pumping

Pam Tunggal

  • Pam payudara kanan terlebih dahulu selama sepuluh minit.
  • Kemudian beralih ke payudara kiri pula selama 10 minit.
  • Tukar semula ke payudara kanan seterusnya ke payudara kiri.
  • Lakukan secara berterusan selama 1 jam.
Pam Berganda
  • pam kedua-dua payudara selama 10 minit.
  • kemudian berehat selama 10 minit.
  • sambung kembali mengepam selama 10 minit.
  • ulang langkah yang sama sehingga cukup 1 jam.

Tips Banyakkan susu ibu

  • pam atau susukan bayi setiap 2 hingga 3 jam ataupun mengikut kemahuan bayi anda.
  • usah tunggu payudara penuh baru nak pam.
  • Tendem pumping (sebelah menyusu,sebelah lagi mengepam)
  • kerapkan menyusu bayi pada waktu malam.
  • minum air kosong yang cukup (sekurang-kurangnya 3 liter sehari).
Tips tambahan
  • pastikan anda tenang dan selesa apabila melakukan teknik 'power pumping'.
  • lakukan teknik 'power pumping' di tempat yang tidak mengganggu anda.
  • dapatkan bantuan ahli keluarga yang terdekat untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukan 'power pumping'.
Tidak dinafikan,ramai yang tidak sanggup untuk meneruskan kaedah ini.Mereka lebih sanggup memberi anak mereka susu formula kerana bagi mereka teknik 'power pumping' ini sesuatu yang melecehkan kan menuntut masa yang agak lama.

Jangan berfikir begitu wahai  ibu-ibu sekalian,percayalah setiap usaha yang disulami dengan kesabaran dan usaha yang berterusan pasti akan berhasil.


kekurangan selenium boleh menyebabkan kesuburan lelaki terjejas?

Assalamualaikum semua.

Kesuburan sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat berharga dan merupakan isu sensitif dikalangan masyarakat kita hari ini.Apabila sudah lama mendirikan rumah tangga,pasti pasangan tersebut akan dihujani oleh soalan 'bila nak dapat anak?tak lekat lagi ker?tak nak anak lagi ker?'.

Seeloknya,tidak usahlah bertanyakan soalan yang sensitif sebegitu.Kita tidak faham apa yang mereka alami.Mungkin pasangan terbabit telah berusaha sehabis mungkin,tetapi bukan rezeki lagi.Rezeki,ajal maut,jodoh,pertemuan,perpisahan semuanya adalah ketentuan ALLAH.Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal.

set kesuburan shaklee


Tapi,berdasarkan kajian yang telah dibuat dan dari sumber-sumber yang dipercayai,kekurangan selenium boleh menjejaskan kesuburan lelaki.Kesuburan lelaki sangat penting untuk proses mendapatkan zuriat.Perasan tak,selalunya selepas setahun usia perkahwinan pasangan terbabit,mereka disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan kesuburan.Ini adalah tidak lain tidak bukan untuk mengenalpasti masalah yang mereka hadapi.

Apa itu Selenium?




Selenium adalah unsur surih yang hadir secara semula jadi dalam kebanyakan makanan, dan boleh didapati sebagai diet tambahan.

Selenium merupakan mineral semula jadi yang, apabila digabungkan dengan protein dalam badan, menjadi antioksidan yang kuat. Ia membantu menguatkan badan dalam pelbagai cara. Yang paling penting adalah bagaimana ia memberi kesan kepada sistem imun. Dengan membina sistem imun ia membolehkan tubuh untuk melawan pelbagai penyakit, seperti kanser. Selenium didapati dalam pelbagai sumber makanan dan makanan tambahan.

Selenium, yang berkhasiat dan penting untuk manusia, merupakan satu daripada komponen lebih daripada dua dozen selenoproteins yang memainkan peranan penting dalam pembiakan sperma, metabolisme hormon tiroid, sintesis DNA, dan perlindungan daripada kerosakan oksidatif dan jangkitan

Selenium wujud dalam dua bentuk: bukan organik (selenate dan selenite) dan organik (selenomethionine dan selenocysteine) .Kedua-dua bentuk boleh menjadi sumber pemakanan yang baik selenium.

Cadangan Pengambilan Selenium mengikut peringkat umur.


Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Selenium [6]
AgeMaleFemalePregnancyLactation
Birth to 6 months15 mcg*15 mcg*
7–12 months20 mcg*20 mcg*
1–3 years20 mcg20 mcg
4–8 years30 mcg30 mcg
9–13 years40 mcg40 mcg
14–18 years55 mcg55 mcg60 mcg70 mcg
19–50 years55 mcg55 mcg60 mcg70 mcg
51+ years55 mcg55 mcg

Sumber Selenium

Makanan laut dan daging dan organ adalah sumber makanan yang kaya dengan selenium. Sumber-sumber lain termasuk daging , bijirin , biji-bijian , dan produk tenusu.

set kesuburan shaklee

Bagaimana selenium memberikan kesan kepada tubuh?

  • Selenium adalah antioksidan yang membantu badan untuk melawan kesan radikal bebas.
  • menguatkan sistem imun dan membolehkan badan berfungsi dengan baik. 
  • Ini adalah faktor utama yang menjadikan selenium seperti satu alat yang penting dalam melindungi dan menyokong badan kita.

Apa kaitannya selenium dengan kesuburan lelaki?

Selenium lelaki akan hilang dan keluar melalui air mani.Jadi,dengan memakan makanan atau makanan tambahan yang mengandungi selenium,jumlah selenium dalam tubuh seorang lelaki akan sentiasa berada di paras normal.



Disamping itu,selenium juga berfungsi untuk menyuburkan organ reproduktif.Apabila organ reproduktif subur,sperma yang sihat akan turut terhasil.In shaa ALLAH.

Selenium turut terdapat dalam Vitamin E Complex Shaklee.

set kesuburan shaklee


Selain untuk kesuburan lelaki,Vitamin E juga berperanan untuk :
  •  menghaluskan kulit,
  • anti penuaan
  • mencegah pembentukan darah beku
  • melancarkan peredaran pembuluh darah
  • menggalakkan pembentukan sel-sel baru (RNA & DNA).

Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee

Mengandungi sumber semulajadi Vitamin E dan selenium untuk melengkapkan lagi fungsi dan aktiviti Vitamin E dalam badan anda semua.

Turut mengandungi ekstrak biji anggur untuk kecantikan semulajadi dalaman dan luaran.Boleh membantu dalam :

  • mengecilkan liang pori.
  • memudarkan parut jerawat dan jeragat.
  • menghilangkan garis-garis halus (tanda penuaan).
  • turut dikenali sebagai vitamin cinta.
Kenapa Vitamin E Complex turut dikenali sebagai Vitamin Cinta?Ini adalah kerana daripada testimoni-testimoni yang telah konsisten makan Vitamin E Shaklee,mereka  mengakui bahawa libido (tenaga seksual) mereka lebih mudah terangsang.Umpama pengantin baru gitu ^_^.

Libido akan datang dan pergi.Ini adalah bergantung kepada hormon kita semua.Sekiranya hormon tersebut meningkat,libido juga akan turut meningkat.

Jemput singgah sini :



Anda ingin order Vitamin E dengan harga promosi?Sila hubungi saya di talian 013-9156881.

Anda ingin order dan bayar sendiri untuk Vitamin E Complex?sila klik 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...