'sihat dan cantik pilihan saya'

Rawat Gout Dengan Set Gout Shaklee

Sakit sendi sering dikaitkan dengan Gout.Apa itu Gout?Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Gout juga dikaitkan dengan sakit sendi.Ada kena mengena ke gout dengan sendi? ^_^



Untuk pengetahuan anda,asid urik ialah bahan kumuh yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuh tersebut melalui air kecing atau urin.

Tetapi,berbeza dengan pesakit  gout kerana urik asid yang berlebihan tidak dapat dibuang dan akhirnya asid urik tersebut akan terkumpul di dalam sendi.

Kebiasaannya gout sering dihidapi oleh kaum lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.Kaum wanita jarang menghadapinya sebelum putus haid.

Kesan Gout

  • Asid urik boleh terkumpul di bawah permukaan kulit dan membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'.


  • Paling bahaya apabila asid urik berlebihan ,ia akan memberi kesan kepada urinari (saluran kencing) di mana ianya boleh terkumpul dan membentuk batu karang.

tophi disebabkan gout
Tanda-tanda Gout

  • lazimnya menyerang ibu jari kaki
  • serangan berlaku secara tiba-tiba.
  • sakit sendi yang teramat sakit,kalau berlaku geseran akan sakit tak terperi.
  • sendi akan menjadi begkak,merah dan sakit.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,lutut,jari dan pergelangan tangan.
Kalau pergi klinik kerajaan,anda diberi pemplet berinformasi tentang gout.Contohnya makanan yang harus anda elakkan (tak makan) dan makanan yang anda harus kurangkan.

Makanan yang harus dielak
  • makanan laut yang bercengkerang seperti udang.kerang.ketam dan sebagainya.
  • organ dalaman seperti hati,limpa,paru-paru,ginjal dan sebagainya.
  • makanan masin seperti ikan bilis,budu dan sebagainya.
  • Ekstrak daging seperti kiub ikan bilis,kiub daging
Makanan yang perlu dikurangkan
  • bijirin kopi,coklat,teh dan sebagainya.
  • bayam.cendawan,
  • kekacang 
Kesimpulannya,anda sebagai pesakit gout haruslah mengamalkan pemakan yang sihat untuk mengawal kandungan asid urik dalam badan anda.

Sumber : reiki malaysia.com

________________________________________________________________________

Set Gout Shaklee
set gout shaklee
Alfalfa Complex

  • bertindak untuk menyingkirkan toksik dalam badan secara lembut.
  • meneutralkan asid dalam badan.
  • melegakan sakit sendi dan sakit belakang.
  • merawat arthitis.
Omega Guard
  • mengelakkan inflamation / bengkak pada sendi.
  • membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
  • memelihara fungsi-fungsi sendi.
  • mencegah salur darah dari tersumbat.
Perfomance Drink
  • bersifat alkali.
  • memastikan air cukup dalam badan.
  • rendah paras gula.
::: Testimoni Set Gout Shaklee :::




Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


Khasiat buah pelaga


Assalamualaikum semua..Di pagi yang nyaman dan tenang di saya nak kongsikan sedikit petua dengan anda semua.Petua nie hanya menggunakan rempah ratus di dapur rumah kita sahaja.Seperti yang kita semua,rempah ratus kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikannya.

Baiklah,salah satunya adalah buah pelaga.Buah pelaga ni yang warna putih dan saiznya kecil sedikit berbanding dengan buah keras (buah yang sering digunakan untuk memekatkan kuah masakan).Bentuknya sedikit memanjang.

Saya pun selalu guna buah pelaga terutamanya dalam membuat nasi yang  sedap-sedap.Chewahhh.. ^_^ contohnya nasi ayam ker,nasi daging ker,nasi udang berempah ker.

Panjang dah kot membebel..hahaha..berbalik kepada khasiat buah pelaga,jom tengok khasiat dan bagaimana nak menggunakannya untuk merawat penyakit yang taak serius.^_^



buah pelaga
Untuk batuk dan sesak nafas

  • ambil secubit serbuk buah pelaga (boleh beli di pasar raya) ,secubit garam batu (garam kasar),1 sudu minyak sapi,1/2 sudu teh madu dicampur bersama-sama.
  • sedut atau hidu baunya secara rawak.
  • boleh juga disapukan di  tengkuk.
 Untuk harumkan mulut

  • kunyah sebiji buah pelaga secara perlahan-lahan.Amalkan selama 3 kali seminggu.
Untuk mengawal obesiti dan lenguh badan
  • tumbuk buah pelaga sehingga halus dan kemudian campurkan dengan air.Minum.
  • merangsang pencernaan dan mengatasi angin dan peut kembung.
Hakikatnya rempah ratus mempunyai 1001 manfaatnya.Terpulang pada kita macam mana nak buat dan gunakannya.Gunakan ke arah kebaikan taw.

sekian untuk entry kali ini.

Assalamualaikum !

Skin Care Shaklee - Enfuselle


Skin Care Enfuselle ini sesuai untuk anda  yang berumur 25 tahun dan ke atas.Sesuai untuk anda yang mempunyai kulit wajah yang sensitif,berminyak,terlalu kering dan berjerawat.


Untuk memudahkan anda membuat pilihan,Enfuselle terbahagi kepada 2

i .Normal to dry skin (kulit normal hingga kering)

normal to dry skin _enfuselle Shaklee


Hydrating Cleansing Lotion ( mencuci)
  • Losyen pencuci campuran berkrim yang bertindak menanggalkan kotoran,bahan pencemaran dan solekan tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
Hydryting Toner (meneutral)
  • Formula bebas alkohol dengan minyak pelembab semulajadi bagi  melindungi dan melembabkan wajah.
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
Hydrating Moisturizer ( melembap )
  • Diperkaya dengan krim emolien bebas minyak 
  • tidak melekit untuk kesan yang lebih cepat.
Terbukti scecara klinikal :
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara


ii . Normal to oily skin (kulit normal hingga kulit berminyak)

normal to oily skin - enfuselle Shaklee

Purifying Cleansing Gel ( mencuci )
  • Bebas sabun
  • pH seimbang yang diperkaya dengan Vitamin E
  • berbuih lembut
  • memastikan kulit kekal segar dan lembut.
Purifying Toner ( meneutral )
  • mengekal dan menganjalkan semula kulit wajah
  • menghaluskan struktur kulit
  • membantu mengawal muka berkilat (berminyak)
  • menghapuskan lebihan minyak.
Balancing Moisturizer ( melembap)
  • Formula yang ringkas.
  • tidak berminyak
  • mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah.
  • bertindak dengan membekalkan kelembapan segera.
Eye Treatment ( semua jenis kulit)
  • Bahan botani anti penuaan dan Vitamin C amat berguna untuk merawat kulit yang lembut di sekitar mata.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Skin Care Shaklee _Nutriwhite

Sejak kebelakangan ini,ramai pula yang bertanya tentang set penjagaan kulit Shaklee.Set penjagaan kulit muka Shaklee sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis iaitu Nutriwhite dan Enfuselle.

Pastikan anda membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan kulit dan masalah kulit muka anda.Ini adalah untuk mengelakkan dari masalah anda semakin bertambah teruk.

Skin Care NutriWhite.

Lebih sesuai untuk kulit normal yang tidak sensitif dan menghadapi masalah jerawat.Nutriwhite lebih berfungsi kepada untuk mencerah.Diformulakan dan diperkaya dengan Vitamin C aktif serta derivatif akar kayu manis bagi menghasilkan kecerahan kulit,membantu melicinkan permukaan wajah agar lebih segar dan bermaya.

Skin Care Nutriwhite
Gentle Deep Foaming Cleanser (boleh digunakan siang dan malam)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit 
  • Mengandungi rumpai laut yang  berfungsi untuk menghilangkan kekotoran,membuang sel-sel mati dan untuk menegangkan kulit.
  • Alga hijau bertindak untuk menyahkan toksik pada kulit wajah dan menyegarkan.
  • Strawberry Begonia mencerah dan seimbangkan pigment.
Gentle Action Makeup Remover (boleh digunakan siang dan malam)
  • Menjadikan kulit anda lebih licin,lembut dan berseri.
  • Aloe Vera berfungsi untuk menyegar dan menegangkan kulit.
  • Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan.
  • Lembut dan tidak berminyak.
Soothing Radiance Whitening Softener (boleh digunakan siang dan malam)
  • menenangkan dan mengembalikan kulit kepada Ph yang seimbang.
  • Kandungan Rosemary berfungsi untuk menegangkan kulit dan anda akan berasa lebih segar.
  • Kudzu bertindak mencerah dan menegangkan kulit.
  • Marshmallow bertindak melembabkan kulit.
Daily Defense Whitening Essence ( boleh digunakan siang dan malam)
  • diperkaya dengan bahan-bahan herba yang mencerahkan kulit sambil menghidratkan dan melembutkan kulit.
  • Mulberi bertindak  mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam pada wajah.
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan  pigmentasi.
  • Bearberry berfungsi untuk mencerah dan menegangkan kulit
  • lembut dan mudah diserap oleh kulit.
Ultimate Protection Whitening Lotion (krim siang)
  • kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari
  • Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit
  • Didatangkan dengan SPF15 
  • teksturnya sangat ringan
  • merupakan pelembab yang hebat dan sangat berkesan.
  • Gunakan pada waktu pagi selepas Spot Whitening Treatment.
Spot Whitening Treatment (boleh digunakan siang dan malam)
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony,  bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw berfungsi menegangkan kulit
  • mencerahkan tompok-tompok jeragat akibat penahan matahari.
  • untuk wajah lebih cerah sekata.
Overnight Renewal Whitening Cream (krim malam)
  • membelai kulit anda di saat anda tidur.
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Testimoni Skin Care Nutriwhite

testimoni 1
testimoni 2

testimoni 3

Untuk order dan bayar sendiri sila klik 


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

nasi udang berempah

Assalamualaikum semua...hari ni saya baik hati sikit.sikit jer,tak banyak pun :)

Ok,tak nak buang masa,saya nak kongsikan resepi dengan anda semua.Resepi apa?jeng..jeng...jeng...

Resepi nasi udang berempah

Bahan-bahannya adalah :

♥ beras (ikut bilangan ahli keluarga anda)
♥ udang saiz sederhana - 1 kg
♥ 1 tin susu cair - 390 g
♥ 2 helai daun pandan - disimpul
♥ 1 tangkai daun kari
♥  3 sudu besar rempah kari ikan
♥ rempah 3 sekawan - kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
♥ sedikit serbuk kunyit
♥ sedikit garam

Bahan B

☆ 2 biji bawang merah -kisarkan
☆ 8 ulas bawang putih - kisarkan

Cara memasak

udang dibuang kepalanya.basuh bersih-bersih.
○ letakkan dalam penapis buat seketika agar sejat air.
○ masukkan sedikit kunyit dan garam.Gaulkan agar sebati.
○ masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.Gorengkan bersama daun kari.Tapi jangan goreng terlalu lama ok.Agak-agak udang dah bertukar warna menjadi kemerahan sudah cukup.Kalau masak terlalu lama,udang akan menjadi keras dan rasanya pun kurang enak.


Ok,done masak udang.sekarang kita beralih cara nak masak nasi berempah pula.

Sementara itu,di dalam kuali lain...

1.Masukkan minyak dalam kuali.Apabila minyak dah panas,masukkan bahan yang telah dikisar.
2.masukkan daun pandan yang telah disimpul bersama rempah 3 sekawan.
3.kemudian masukkan rempah kari ikan.
4.agak-agak dah masak rempah tu masukkan pula susu cair.
5.masukkan sedikit serbuk kunyit.Biarkan masak seketika..tutup api.

Dalam periuk :

1.Basuh beras.
2.Masukkan bahan2 yang ditumis tadi.
3.Tambahkan sedikit air.

Macam saya buat,guna beras 3 cawan..masukkan bahan tumis,tambah oula air 3 cawan.Kalau tak ditambah air memang nasi akan jadi mentah.

Nak senang lagi,masukkan jer dalam periuk eletrik...Bila nasi dah masak masukkan udang yang telah digoreng tadi.

Tadaaa..dah siap pun nasi udang berempah saya.

Nasi udang berempah.


Nak sedap lagi,tambahkan lobak merah yang telah disagat halus memanjang.

Sedap dimakan bersama dalca buah dan ayam masak merah.

Resepi dalca utara :

● buah nenas
○ timun
○ cili besar
○ carrot
○ cuka.

Potong buah mengikut kesesuaian.Cili potong kecil memanjang.masukkan cuka dan sedikit garam..siap!

Oleh kerana saya bukanlah penggemar sayur,itulah hasilnya. ;) Buat yang mana ada dalam peti jer.

pencuci muka nutriwhite - untuk kulit normal


Assalamualaikum dan salam sayang semua ! ^_^ mood happy sebab perut dan kenyang makan nasi udang berempah bahahhaha..resepinya nanti in shaa ALLAH saya akan kongsikan dengan semua.Ilmu dan benda yang baik harus dikongsi ^_^.

Baiklah,hari nie entry masih lagi berkaitan dengan produk Shaklee,tapi bukan vitamin taw.Tapi pencuci muka Nutriwhite Shaklee atau lebih famous sebagai Gentle Deep Foaming Cleanser.

Penjagaan luaran dan dalaman haruslah seiring.Barulah anda akan lebih tampil menawan gitu ;)
Jangan dianak tirikan penjagaan luaran ok.

Secara amnya Skin Care Nutriwhite ini lebih sesuai tanpa masalah sensitif dan berjerawat yang teruk kerana Skin Care Nutriwhite ini berfungsi lebih kepada mencerah.Selain itu.Kandungan Vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang bermasalah jerawat,sensitif dan sebagainya.

cuci muka dengan gentle deep foaming cleanser



Gentle Deep Foaming Cleanser


Gentle Deep Foaming Cleanser

Inilah rupa Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee.Nampak macam besar jer.Memang besar dan puas hati.Kita picit sikit jer,agak-agak sebesar kacang soya tu pun buih dah banyak.Setiap kali guna picit ke tapak sebesar kacang soya,agak-agak anda berapa lama pencuci muka ini boleh bertahan?Mestilah berbulan-bulan ! ^_^

Kelebihan dan Kebaikan Gentle Deep Foaming Cleanser

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit 
  • Mengandungi rumpai laut yang  berfungsi untuk menghilangkan kekotoran,membuang sel-sel mati dan untuk menegangkan kulit.
  • Alga hijau bertindak untuk menyahkan toksik pada kulit wajah dan menyegarkan.
  • Strawberry Begonia mencerah dan seimbangkan pigment.

Paling best apabila sudah mencuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser ,wajah akan terasa lebih segar dan lembut .Berbaloi dengan harganya,tahan sehingga berbulan-bulan !

Jom kita lihat apa kata pengguna tentang Gentle Deep Foaming Cleanser.

sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Untuk order dan bayar sendiri dengan menggunakan kad kredit atau debit,sila klik :





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

sengkuang cina rawat jaundis

Dewasa ini,kebanyakan bayi yang baru lahir menghadapi masalah jaundis merupakan perkara biasa.

Jaundis terjadi apabila bayi yang dilahirkan darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.Bilirubin adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.

Bayi yang baru lahir lebih cenderung untuk mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.Kadang-kadang hati mereka tidak boleh memetabolismekan bilirubin yag berlebuhan.Ini adalah kerana hati bayi yang baru lahir belum berfungsi dan matang sepenuhnya lagi.

Sebenarnya saya bukan nak terangkan tentang jaundis,tapi nak beritahu anda salah satu petua untuk merawat dan kurangkan jaundis bayi.Petua ini saya dapat dari tuan rumah sewa semasa tinggal di Perlis dulu.Nak tahu apa petuanya? Jom baca..

Sengkuang cina


Sengkuang cina ini saiznya lebih kecil jika nak dibandingkan dengan sengkuang yang selalu dicampur dalam rojak buah tu.Kulitnya juga berbeza warna.Sengkuang cina kulitnya berwarna agak hitam-kehitaman.Bau dan rasa sengkuang cina ini lebih kurang jer dengan semgkuang yang besar tu. ;)

Dimana nak dapatkan sengkuang cina? 

Di pasar raya pun boleh dapatkan sengkuang cina ini.Selalunya kalau dijual di pasar raya,akan ada yang sudah dipacking siap-siap macam packing bawang tu.

Bagaimana nak buat?

♥ mula-mula kupas dulu kulit sengkuang cina.
♥ kemudian basuh bagi bersih dulu sengkuang cina tersebut.
♥ seterusnya,parut sengkuang cina tersebut.Kalau orang kedah panggil sagat :)


♥ parut dengan menggunakan penyagat yang paling halus.
♥ ok,bila dah siap,letakkan sengkuang cina yang telah diparut ke dalam perca kain yang bersih.
♥ perah sengkuang cina tersebut ke dalam cawan.
♥ biarkan seketika.
♥ suapkan ke dalam mulut bayi.Tapi jangan suap sampai habis secawan yer.Cukuplah sekadar 2 atau 3 sudu teh sekali suap.
♥ amalkan 3 atau 4 kali sehari.

In shaa ALLAH bacaan kuning bayi akan menurun.Tapi,harus diingatkan,ini adalah sekadar petua tradisional untuk menurunkan kadar bacaan kuning bayi.

Disamping itu anda haruslah menyusukan bayi anda dengan kerap.Bayi yang ada kuning lebih cenderung untuk tidur je.Bila asyik tidur,bayi akan kurang menyusu.Bilirubin yang berlebihan akan keluar melalui najis dan air kencing.Oleh itu,kejutlah bayi anda untuk menyusu dengan lebih kerap.


Tapi pernah juga dengar,kalau ibu bapa darah jenis 'O',bayi akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.Apa-pun semuanya bergantung kepada ALLAH.Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...