'sihat dan cantik pilihan saya'

Anda tergolong dalam golongan yang liat untuk membayar hutang?

Assalamualaikum semua!

Pasti anda terkejut bukan dengan tajuk entry saya kali ini.Tak usahlah nak buat terkejut sangat :)

Memang tak dinafikan hidup dalam dunia yang serba maju sekarang ini,menuntut kita semua agar berusaha keras untuk memenuhi tanggungjawap dan kewajipan zahir kepada ibu bapa,isteri dan anak-anak.

Sememangnya duit sangat-sangatlah diperlukan untuk menampung kehidupan seharian kita.Nak-nak pulak kan kalau family planning tak menjadi,isteri melahirkan anak setiap tahun.Dengan keadaan kewangan yang tak berapa nak kukuh,nak bayar sewa rumah,nak bayar hutang ptptn,nak beli barang keperluan isteri dan anak-anak,nak bayar pelbagai bil lagi,kadang-kadang memaksa kita semua untuk berhutang.

Pada dasarnya,Islam tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang.



Walaubagaimana pun,dalam keadaan tertentu kita terpaksa berhutang.Namun,ada cara dan adabnya apabila kita mahu menjadi pemberi hutang ataupun penghutang.

Antaranya ialah :

Kalau kita hendak memberi atau berhutang dengan seseorang,jumlah hutang dan tempoh masa untuk.membayar hutang tersebut perlu dituliskan dan disertakan dengan 2 orang saksi.

Orang kita cakap,ada hitam putih.Namun,tidak apa-apa jika tiada saksi.ALLAH kan ada,biarlah ALLAH yang menjadi saksi.

Perkataan hutang terdapat dalam beberapa firman ALLAH yang terdapat di dalam Al-Quran.Tidak cukup dengan itu,Rasulullah S.A.W juga menekankan perihal hutang ini.

Sabda Rasululullah.S.A.W yang bermaksud :

"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutanya".
                                   (hadis riwayat Muslim)

Itu para syuhada.Jika mereka pun diwajibkan membayar hutang,kita sebagai manusia ini apatah lagi.

Disamping itu,kita turut diajar untuk mengamalkan doa yang bermaksud :

" Ya ALLAH,aku berlindung kepada-MU daripada kegundahan dan kesedihan,daripada kelemahan dan kemalasan,daripada sifat pengecut dan bakhil,daripada daripada kesempitan hutang dan penindasan orang".

Realitinya hari ini,si penghutang terdiri daripada saudara mara,abang ipar,sanak saudara,sahabat handai dan sebagainya.Sekiranya si penghutang adalah orang yang kita kenal,maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan mereka membayar hutang.

Contohnya suami berhutang RM 200 untuk membeli keperluan dapur dan anak-anak sepanjang dia berkursus.Ditambah pulak dengan janji-janji manis kononnya akan membayar apabila dapat gaji nanti.

Si isteri pulak mengaku belajar di sekolah menengah agama.Maka,sudah menjadi kewajipan isteri untuk mengingatkan kepada suami apa hukumnya untuk membayar hutang.

Ketahuilah sesungguhnya apabila kita berhutang dengan seseorang,kita berniat untuk membayar balik hutang tersebut In Shaa ALLAH,nescaya ALLAH permudahkan segala-galanya.

Tapi sekiranya kita berniat untuk tidak membayar hutang tersebut,nescaya ALLAH akan membinasakan kita.Sekarang nie,tak payah nak tunggu balasan di akhirat,di dunia pun dah dapat balasannya.

Tetapi sekiranya si penghutang tersebut sudal di telefon berkali-kali tak diangkat,hantar mesej pun dibalas,ada baiknya anda lupakanlah hutang anda itu.Halalkan sajalah.Mungkin ada hikmahnya.Mana tahu kan si penghutang mencari rezeki yang haram dan tidak berkat.Mungkin ALLAH tak nak duit dan benda haram dimakan oleh kita.Oleh itu,berlapang dadalah dengan apa yang berlaku.ALLAH sentiasa bersama dengan kita.

:) bersangka baiklah dengan ALLAH.

dulu hadapi gastrik sampai guling-guling!Sekarang dah bebas gastrik,apakah rahsia adik manis ini?

Apabila sebut jer gastrik,pasti semua orang tahu apa itu gastrik.Dan ada diantara kita yang hadapi masalah gastrik ini.Ada yang sampai ambik MC,ada yang muntah-muntah dan ada juga yang menangis sampai terguling dek penangan gastrik ini.

Persekitaran sekeliling juga boleh menyebabkan gastrik.Kerja pejabat menimbun,skip la makan tengah hari.Bergaduh atau terasa hati dengan ahli keluarga,tak dak mood la nak makan!Anak sakit,asyik merengek jer,tak sempat nak makan.Nak beli handbag atau telefon bimbit baru,puasa la untuk seminggu dua nie,tak bangun sahur!

Jom kenali apa itu gastrik dan bagaimana nak atasi masalah gastik!

Apa itu Gastrik?
Gastrik juga dikenali sebagai angin perut.Gastrik dipercayai berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin dalam usus.Kajian menunjukkan 80 %  ulser gastrik disebabkan oleh bakteria H. pylori.Bakteria ini boleh hidup  dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis cecair enzim yang akan meneutralkan asid tersebut.

Faktor terjadinya Gastrik.

  • pengambilan kafein dan alkohol yang berlebihan.
  • orang yang berdarah jenis A
  • perokok
  • waktu makan yang tidak terurus.
  • stress
  • pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin,brufen dan sebagainya.
  • individu yang berumur 50 tahun dan ke atas.
Tanda anda pengidap Gastrik

  • hilang selera makan
  • perut meragam
  • masalah penghadaman makanan
  • mual dan muntah
  • badan terasa lemah
  • mudah untuk demam
  • kembung perut selalu
  • pedih ulu hati
  • cirit-birit

Set Gastrik Shaklee


set gastrik shaklee
  • ESP bersifat alkali
  • mengurangkan keasidan dalam perut.
  • mengandungi 9 amino asid
  • rendah Glimeks Indeks
  • tinggi protein
  • mengenyangkan
  • mengandungi ISOFLAVONE
set gastrik shaklee

  • membantu pencernaan
  • merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
  • kandungan halia,pudina,jintan manis dan jintan hitam akan memberikan keselesaan semulajadi pada anda.
  • menggalakkan pengeluaran angin
  • melegakan ketidakselesaan perut (kembung perut)
set gastrik shaklee

  • membantu meneutralkan asid perut
  • dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu mengurangkan kembung perut.
  • membantu perkembangan tubuh badan normal.

Testimoni Set Gastrik Shaklee

set gastrik shaklee


set gastrik shaklee

set gastrik shaklee
Add caption
anda mungkin meminati :

Anda ingin order dan bayar sendiri?

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


jom nyahkan lemak degil di peha anda!

Badan dah cun elok,bak kata pepatah 'sedap mata memandang'.Tak kurus sangat dan tak gemuk sangat.

Tapi cuba pakai jeans,tersangkut di peha.Hati dah mula resah dah.Hai,tak kan la peha dah makin besar.Lagi stress bila orang trang tang-tang tegur 'weyh!besarnya peha kau!'.Huwaaaa,malu weyh!

Ha,anda pernah hadapi tak situasi ini?Stress melanda bila saudara mara,kawan-kawan semua dah tegur peha besar!Ini secara tidak langsungnya akan menurunkan tahap keyakinan diri kita.

Berita baik untuk anda,sebenarnya terdapat senaman yang mampu mengecilkan peha anda.Tak perlu nak pergi gimnasium ok.

Anda boleh lakukan senaman ini dan mempraktikkan senaman ini dalam kehidupan seharian anda.



Berjalan dengan cepat

Apabila anda berjalan dengan cepat,otot di sekitar peha dan betis akan bergerak-gerak.Ini secara tak langsungnya turut membakar kalori dan lemak badan anda.


Melakukan senaman yoga

Luangkanlah masa anda selama 15-20 minit untuk melakukan senaman yoga walaupun hanya sekali dalam seminggu.




Naik turun tangga

Selain membakar lemak-lemak degil dipeha,anda juga boleh membakar kalori untuk turunkan perut dan berat badan anda ;)



Lakukan senaman sit up




Bersenam



Cuba luangkan masa anda untuk berjoging walaupun hanya 30-40 minit sekali dalam masa seminggu.Memang aktiviti ini agak memenatkan tetapi ianya adalah percuma!Cuba bayangkan anda berjoging sambil menghirup udara segar dan pemandangan taman yang indah lagi mempesona.

Sekian dulu entry untuk kali ini.Selamat mencuba semua :)

cecair emas membantu anak dari nyawa-nyawa ikan?

Assalamualaikum semua.

Menjadi ibu dan bapa merupakan pengalaman terindah dalam hidup ini.Kasih sayang diberikan sepenuhnya umpama menatang minyak yang penuh.Sepenuh perhatian dan kasih sayang dicurahkan.Walaupun letih bekerja,tetapi bila sampai rumah,keletihan itu terbang begitu sahaja apabila melihat senyuman yang comel dari anak-anak.

Namun,hati mula diragut ketenangan apabila si kecil tadi mula bernafas secara tercungap-cungap.Bawa pergi ke klinik,doktor sahkan anak mengidap asthma atau lelah.Sentap!Ye la,ibu bapa mana yang nak anak mereka sakit dan tak sihat selalu kan?Tragedi anak bernafas tercungap-cungap sering berulang.Boleh dikatakan setiap kali bawak pergi klinik atau hospital mesti kena nebulizer (sedut).Paling menyedihkan,bila letakkan nep kepada anak,anak meronta-ronta menangis.

testimoni omega untuk asthma
Nebulizer

Apa itu Asthma?

Asthma atau perkataan lain yang orang selalu sebut semput atau lelah merupakan penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan pengucupan saluran pernafasan.

Apabila asthma menyerang,ada beberapa tanda yang boleh dikenalpasti.Antaranya ialah bunyi yang dihasilkan "wiz" yang dihasilkan apabila individu tersebut bernafas.Bunyi ini seolah-olah seperti orang bersiul.Cuma bezanya,orang bersiul menggunakan mulut,tapi pesakit asthma menghasilkan bunyi siulan ini melalui hidung.

Bagaimana Asthma terjadi?

Serangan asthma berlaku apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan.Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau lebih dikenali sebagai bengkak yang seterusnya menyebabkan saluran pernafasan menguncup.

salur pernafasan akan bengkak
perbezaan salur pernafasan


Seterusnya,lendir yang pekat akan dihasilkan dan lendir tersebut akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Dan pada waktu ini,individu berkenaan akan mula batuk untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat.Yang bahaya,apabila saluran pernafasan kerap bengkak dan keadaannya teruk,tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal.Ini akan menyebabkan pesakit lebih sukar untuk bernafas.

Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin akan menguncup dan menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit.Pada waktu ini,pesakit akan berasa ketat dibahagian dada.

Bagaimana Omega Guard Shaklee mampu mengurangkan asthma?

Untuk pengetahuan anda,berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pesakit asthma mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah.

Omega Guard atau lebih dikenali sebagai Omega 3 mengandungi DHA dan EPA.

Omega 3 ini bantu bertindak seperti steroid dan tetapi yang Omega tidak akan memberikan kesan steroid kepada anda.

Selain itu,Omega Guard Shaklee mempunyai perbezaan jika nak dibandingkan dengan minyak ikan lain yang berada di pasaran.

Perbezaan Omega Guard Shaklee

  • Ultra tulen bergred farmasi berteknologi tinggi.
  • Melalui 3 peringkat proses penyulingan
  • lengkap dengan 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk DHA,EPA & ALA.
  • diekstrak dari ikan laut dalam.
  • Bau dan rasa ikan yang minima.
Anda juga mungkin meminati :


Berita baik untuk anda semua!

Beli 2 botol Omega Guard (set combo) anda akan mendapat diskaun sehingga 5 % dan percuma keahlian Shaklee yang bernilai RM 75.
Hubungi saya Siti Rosnah Binti Abdullah untuk dapatkan set combo beserta diskaun 5 % dan keahlian percuma Shaklee.



Klik button di bawah jika anda ingin beli dan bayar sendiri untuk 1 botol SAHAJA.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 


>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


cabaran menyusukan anak

Tak dinafikan zaman sekarang,kalau tahu yang kita masih menyusukan anak,pelbagai persoalan akan dilontarkan.Kadang-kadang boleh sebabkkn hati jadi walang dan was-was nak teruskan penyusuan.

Dalam ISLAM,kaum ibu digalak menyusukan anak sehingga anak tersebut berusia 2 tahun.

Dan adakah anda tahu,sebemarnya otak bayi berkembang dengan pesat semasa dua tahun pertamanya dan ini adalah waktu yang penting dalam perkembangan dirinya.

Dan kajian turut membuktikan bahawa lebih lama dan lebih kerap bayi disusukan,anak akan menjadi lebih bijak.Hal ini kerana terdapat 'lemak genius' di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega 3 atau lebih dikenali sebagai DHA.

DHA merupakan makanan untuk otak.Apabila otak mendapat makanan yang secukupnya,sel-sel dalam otak akan berhubung dan berkembang dengan pesatnya.Ini membolehkan bayi cepat fokus dan belajar dengan lebih cepat.

Tapi apabila ditanya soalan-soalan yang tak masuk akal,elakkan diri anda daripada menjadi marah.Jawaplah dengn penuh berhemah :)

Antara soalan yang sering ditanya ialah :

  • HAH!  Masih menyusu lagi ker?

Jawap jer : Alhamdulillah,anak saya masih nakkan susu badan.Banyak kebaikan susu badan nie,antaranya ialah memberikan perlindungan imunisasi dan zat yang optimum kepada bayi.Selain itu,ia turut membantu saya mencegah dari barah payudara dan kanser serviks.


  • Anak tak gigit ker?Diakan dah ada banyak gigi!
Jawap jer : sepanjang proses penyusuan,gigi anak tidak akan terkena pada payu dara.Malah,penyusuan susu ibu dapat membantu bayi mendapatkan gigi yang cantik.

  • Bila nak berhenti menyusu?
Cakaplah doktor sendiri yang beritahu banyak zat terdapat dalam susu ibu.Dan beritahu bahawa anda mahukan yang terbaik untuk anda.Siapa nakkan anak mereka sakit selalu?

Sesungguhnya kesakitan anak-anak merupakan kesengsaraan bagi ibu bapa.Dan saya rasa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan?

Cuma kita hendaklah menggunakan kata-kata yang berhikmah.Semoga orang yang bertanya itu akan lebih memahami betapa pentingnya kebaikan susu ibu.

set denggi Shaklee

Fenomena demam denggi merupakan perkara biasa pada zaman milenium ini.Jika keadaan cuaca sekejap panas,sekejap hujan,selepas beberapa minggu pasti akan kedengaran demam denggi atau wabak denggi melanda.

Taman tempat tinggal saya turut tidak ketinggalan dilanda wabak denggi.Boleh dikatakan setiap minggu akan ada aktiviti gotong royong dan penyemburan (fogging) untuk tangani wabak denggi ini.Tapikan,apa yang saya perasan la,contohnya hari ini sembur,esok lusa mesti nyamuk balik.Kenapa eh?

set denggi shaklee
nyamuk aedes

Apa itu demam denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda Dan Gejala 


Kategori Demam Denggi
  • demam denggi klasik
  • demam denggi berdarah
Pencegahan 
  • menghapuskan vektor atau tempat pembiakan nyamuk
  • menggunakan ubat jentik-jentik
  • menggunakan kelambu ketika tidur
  • penyemburan (fogging) oleh Jabatan Kesihatan 

Set Denggi Shaklee

Selain kerap makan sup ketam dan rawatan hospital,terdapat juga supplement Shaklee untuk mengurangkan wabak demam denggi ini.

Antaranya ialah :

set denggi Shaklee
perfomance drink Shaklee
  • mengekalkan bendalir dalam badan supaya tidak terhidrat.
  • mengekekalkan suhu badan normal
  • membekalkan tenaga
Nutriferon Shaklee

set denggi Shaklee
Nutriferon Shaklee
  • mengukuhkan sistem imun
  • meringankan tekanan dan kelesuan.
  • mengurangkan infeksi (memerangi virus)
Subtained Release Vitamin C (500 mg)
  • anti bakteria
  • menggalakkan peredaran darah
  • menentang radikal bebas dalam badan.
  • anti-radang
  • melindungi dan mengekalkan struktur kapilari darah.
Hakikatnya demam denggi boleh dicegah.Luangkanlah masa anda untuk melakukan aktiviti bergotong-royong untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.Luangkan masa anda seminggu sekali :)

Mencegah lebih baik dari merawat.

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik button di bawah



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


resepi bubur ayam limau madu

Assalamualaikum semua..

Pantai timur sekarang nie dah masuk musim hujan.Boleh dikatakan hari-hujan.Sekejap cuaca panas,sekejap sejuk.Memang akan beri kesan contohnya demam.

Perasan tak,bila demam kebanyakan selera kita akan turun.Nak makan makanan pun rasa pahit jer.

Makan makanan yang bernutrisi waktu demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan in shaa ALLAH demam akan beransur kebah.

Ok,hari ini saya nak kongsikan resepi pembuka selera untuk orang demam.Sedikit tips untuk anda,jangan lupa masukkan bawang merah dan putih dalam masakan.Ini adalah kerana bawang bersifat anti virus.

Bubur ayam limau madu

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 400 gm dada ayam (nak guna peha pun tak pe)
  • 4 ulas bawang putih
  • beras segenggam
  • 2 inci halia (dipotong halus)
  • Sedikit kismis.
  • 1 sudu besar madu
  • 50 ml jus lemon
  • 1.5 liter air 
  • garam secukup rasa.
Cara penyediaan

  • Rebus air bersama halia, bawang putih dan beras.
  • Biarkan mendidih
  • Bila dah mendidih,perlahankan api.
  • Masukkan ayam dan kismis.
  • Reneh selama 20 - 25 minit.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah @ lada hitam.
  • Tambahkan madu dan jus lemon.
Untuk hiasan,anda boleh parutkan kulit lemon tu dan taburkan di atas bubur.

Tara...inilah hasilnya.



Selamat mencuba semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...