'sihat dan cantik pilihan saya'

Kentang goreng picu kanser?Fakta atau auta?

Assalamualaikum semua.

Kentang goreng.Kebanyakan individu suka makan kentang goreng.Saya juga tidak terkecuali daripadanya.Contohnya kita sudah makan malam,tiba-tiba rakan telefon untuk bertemu segera.Apabila tiba ditempat yang dijanjikan,contohnya restoran atau  kedai makan,selain minuman,mesti ada jugak makanan sampingan yang lain.Dan setakat ini,yang selalu menjadi pilihan hati ialah kentang goreng.



Sebenarnya,setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita mempunyai risikonya yang tersendiri.Setiap perkara yang kita lakukan mempunyai risikonya masing-masing.Samalah seperti kita berkahwin,seterusnya mengambil keputusan untuk mengandung secepat yang mungkin atas alasan tak nak rumah tangga terlalu sunyi.Bila ada bayi,seronok sikit.Apabila bayi tersebut lahir,anda dan pasangan yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atasnya.

Saya akan kongsikan maklumat dengan anda semua hasil dari pembacaan saya.Terpulang kepada anda nak klasifikasikan entry ini sebagai fakta mahupun auta ^_^.

Khabar angin yang mengatakan pengambilan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah khabar angin.European Food Safely Authority (EFSA) iaitu sebuah badan beraotoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan  acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna di semua peringkat umur.

Apa itu Acrylamide?

Acrylamide dalam makanan dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan digoreng dengan suhu yang tinggi (120'C) bagi menjadikan makanan tersebut ranggup dan sedap.

Antara makanan yang dimasak menggunakan suhu yang tinggi ialah potato chips dan french fries yang didapati mengandungi kandungan  acrylamide yang lebih tinggi berbanding dengan makanan lain.

Kenapa kentang?

Kentang mempunyai kandungan asparagine iaitu amino asid yang tinggi.Apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi,asparagine boleh membentuk acrylamide.Acrylamide yang diambil dalam makanan akan diproses  didalam perut dan hasil proses Acrylamide akan membentuk glycimade.Glycimade  boleh menyebabkan mutasi pada DNA dan boleh menyebabkan tumor dan kanser terutama dibahagian :

  • mulut
  • saluran pemakanan esofagus
  • perut.
Namun,tidak semua penggemar kentang akan  mengalami kanser.Ini adalah kerana tahap acrylamide yang akan terhasil adalah berbeza dan bergantung kepada pengilang.Masa memasak,kaedah dan suhu proses memasak turut mempengaruhi tahap acrylamide.

Kaedah memasak seperti membakar juga boleh menghasilkan acrylamide.

Manakala kaedah memasak dengan mendidihkan dan meggunakan 'microwave' kurang menghasilkan acrylamide.

Kebanyakan daripada kita memang menggemari kentang goreng bukan?Entry ini bukanlah bertujuan untuk tak nak bagi anda makan kentang goreng langsung.Namun,berhati-hatilah dan jangan keterlaluan dalam menikmati makanan ringan dan seumpamanya.

.

resepi ringkas tapi bila makan,mak mentua lalu belakang pun xperasan!

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.

Oleh kerana hari ini merupakan hari cuti bagi negeri Terengganu,terpaksalah masak awal sikit.^_^.Selalunya kalau tinggal berdua jer dengan iman,pagi tu beli agak-agak boleh sampai ke tengah hari cukup dah.Lepas zohor atau lepas asar baru mula nak berkungfu di dapur ;).

Hari ini,pepagi lagi dah sibuk ke sana sini.Ke kedai mencari sarapan makan,roti canai jer pun.Alhamdulillah licin dan tidak dikategorikan sebagai 'membazir'.Bergegas ke pasar,mencari barang-barang basah dan keperluan lain.

Tapikan,bila sampai jer kat gerai jual sayur,saya tertarik dengan satu jenis sayur.Dalam kategori sayur la jugak agaknya kot.Hahaha.Serius,saya bukanlah penggemar sayur,vegetarian lagi la jauh panggang dari api.

Saya memang tertarik dengan labu air nie sebab ia  merupakan salah satu makanan kegemaran suami.Kalau buat memang si suami akan menambah lagi nasi.Alhamdulillah bersyukur diketemukan dengan suami yang banyak cekadak.Walaupun  masak simple,ucapan 'terima kasih' tetap diucapkan.Dan jika ada kekurangan.akan ditegur dengan  cara berhemah ^_^.

Baiklah,berbalik kepada resepi saya hari ini,resepinya simple dan  mudah sahaja.

resepi ringkas labu air
labu air


Labu Air Masak Tumis.

Bahan-bahan yang diperlukan;
  • 1 biji labu air saiz sederhana.
  • 1 biji labu bawang  besar | dimayang
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 inci halia | diketuk @ dipotong
  • ikan bilis secukupnya
  • Cili besar | dipotong nipis
  • lada hitam | ditumbuk
  • air
  • garam dan perasa secukup rasa.
Cara penyediaan :
  • masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk.
  • Apabila minyak dah panas,masukkan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan air dan ikan bilis.
  • Biarkan seketika.
  • Apabila air dah mendidih,masukkan labu air.
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk
  • Masukkan cili besar yang telah dipotong.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Tutup api,sedia untuk dihidang.

resepi labu air ringkas
inilah hasilnya


Dan inilah hasilnya.Enak dimakan bersama nasi panas.Kalau dah ada makanan berkuah begini,makan dengan ikan kembung goreng atau ayam goreng bersama sambal belacan pun dah cukup :).

Alhamdulillah settle memasak untuk isi perut suami dan anak.Walaupun saya ni tak mahir sangat memasak,sekurang-kurangnya suami terima kasih pun dah cukup.

Tak dapat bayangkan kalau boleh suami yang jenis banyak cekadak.Buat itu tak kena,buat ini tak kena,cakap pun pakai cakap lepas jer,tak fikir dah tentang perasaan orang lain.Bahaya ooi...kalau boleh isteri yang jenis sabar tak pe,kalau boleh isteri yang jenis melawan,tak dapat bayangkan berapa lama rumah tangga tu boleh bertahan.

Tips nak tahu labu air dah empuk atau belum.

Sebelum tutup api tu,ambillah seulas buah labu air yang telah dipotong,letakkan dalam pinggan.Ambil garfu atau pisau cucukkan labu air tersebut.Kalau pisau atau garfu tersebut boleh masuk dengan mudah ke dalam isi labu air tersebut,kira masaklah tu :)

Selamat mencuba semua.
.

5 sebab kenapa Vitamin E Complex Shaklee menjadi rebutan ramai


Assalamualaikum semua.

Oleh kerana bulan Disember 2014 adalah bulan Promosi set kecantikan,maka saya akan cuba luangkan masa untuk berceloteh tentang supplement kecantikan jer.Ha,jangan  tak tahu,vitamin E Complex juga termasuk dalam set kecantikan.

Rata-rata individu di luar sana mesti tahu kebaikan Vitamin E pada kulit.Sebut jer vitamin E pasti akan dikaitkan dengan Vitamin C jugak.Itulah kuasa nak cantik.Memang lumrah manusia ingin tampil cantik,hensem dan menawan.

Saya sendiri merupakan pengguna Vitamin E Complex ini.Dan menakjubkan apabila saya sendiri boleh merasai kesannya.Guna tak dan habis sebotol,tapi dan nampak kesannya.Siapa yang tak suka yer tak?

Apa itu Vitamin E?


Vitamin E merupakan sejenis antioksida yang larut dalam lemak.Juga sebagai antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu, dan organ-organ.

Di samping itu,vitamin E turut menyokong kesihatan :

  •  jantung,
  • otak dan 
  • prostat.
  • Selain itu,Vitamin E turut meningkatkan fungsi peparu,kolon dan fungsi imun.
Dan jangan tak tahu,Vitamin E juga turut dikaitkan dengan peranan anti-penuaan.



Kenapa perlu pilih Vitamin E Shaklee?

  • Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum.Gandum dan soya kaya dengan vitamin e.
  • Mengandungi ekstrak d-alpha tocopheryl,d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi.
  • Dikabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gamma,delta)
  • Mengandungi silenium sebagai pelengkp vitamin e.
  • Mengandungi ekstrak biji anggur

Testimoni Vitamin E Complex Shaklee

testimoni Vitamin E shaklee 1
testimoni Vitamin E 2
Anda ingin order dan bayar sendiri Vitamin E ini? Sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit ok.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

5 aktiviti spontan tingkatkan kemahiran matematik anak anda.



Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid-murid pada masa kini.Merupakan subjek umum dan menjadi subjek kegemaran pada kebanyakan murid-murid sekarang.

Matematik mengajar kita untuk pandai mengira dan sebagainya.Tapi,ada juga sesetengah individu yang tidak gemarkan subjek matematik kerana dirasakan matematik ini agak susah.Orang utara cakap renyah.hehehe.

Bagaimana nak didik anak agar sukakan matematik?Seeloknya sebagai ibu bapa,matematik  sudah boleh diajar pada seawal usianya 1 tahun dan ke atas.Ini adalah kerana ketika ini,otak bayi berkembang dengan pesatnya.

Seiring dengan pertambahan usia bayi,ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.



Salah satu tokoh dan ikon matematik yang mampu membanggakan rakyat Malaysia adalah adik Adi Putra.Masih ingatkah anda kepada si cilik yang bijak dan mahir dalam Matematik ini?Turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Malaysia Riau,Indonesia pernah mengemparkan Malaysia dengan kemahirannya dalam menguasai matematik.

Mampu mengira dengan pantas biarpun soalan matematik terbabit melibatkan angka yang banyak.Biarpun ketika itu Adi Putra baru berusia 9 tahun,tetapi beliau sendiri cekap dan menguasai ilmu matematik ini.

Dan yang paling teruja,biarpun ketika berusia 9 tahun,tetapi beliau telah mencipta hampir 200 formula matematik.


Ikon matematik Malaysia

Siapa yang tak nak anak mereka bijak dan cerdik pandai bukan?Kalau boleh,ibu bapa memang tak nak langsung anak mereka lalui kehidupan yang susah apatah lagi hidup dengan dikelilingi hutang.Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Tahukah anda,matematik boleh diselitkan secara spontan dalam aktiviti harian anak-anak anda?Apabila dilakukan secara spontan,kemahiran matematik anak anda akan meningkat secara tidak langsungnya.

Aktiviti spontan untuk meningkatkan kemahiran matematik anak


  1. Ajar anak mengira skor ketika anda berdua bermain sesuatu permainan -contohnya seperti bermain ping pong atau bowling.
  2. Gunakan objek sebenar seperti buah-buahan,bijirin sarapan atau alat permainannya untuk mengira masalah seperti campur,darab tolak dan bahagi.
  3. Mengira jumlah anak tangga bersama-sama ketika bersiar-siar atau bermain didalam rumah.
  4. Ajak si manja meneliti kalender untuk melihat hari,minggu dan bulan.Anda juga boleh dedahkan nama-nama bulan dalam setahun kepada simanja.
  5. Membaca plat nombor kenderaan ketika anda dalam perjalanan ke sesuatu tempat.

Vitamin untuk anak agar lebih fokus


vitamin untuk kecergasan anak bijak

  • mengandungi Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) dan merupakan asid lemak omega 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.
  • Merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.Satu kapsul minyak ikan mengandungi 990 mg asid lemak omega 3.
  • menggalakkan fungsi otak,sistem saraf dan fungsi mata.
  • Dalam istilah mudahnya,Omega Guard dapat membantu anda untuk meningkatkan kecergasan otak,lebih fokus dan lebih tajam untuk mengingati sesuatu perkara.
untuk makluman anda,Omega Guard ini boleh diberikan kepada bayi seawal usianya 1 Tahun.Tetapi,anda perlu dapatkan konsutalsi daripada saya terlebih dahulu untuk mengetahui dos yang sesuai mengikut umur bayi anda.


Anda ingin order dan bayar sendiri untuk vitamin C ini?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

5 tips supaya perjalanan jauh tidak huru hara umpama puting beliung

Assalamualaikum semua..

Kembali bersua setelah 4 hari bercuti dari rutin biasa iaitu update entry blog setiap hari.Rindu bertamu gitu..chewahh ^_^.Tetiba teringat kisah rindu bertamu di Abu Dhabi.Alhamdulillah entry yang telah disusun mengikut jadual yang telah ditetapkan keluar tanpa segan silu.Tak da lah risau sangat.

Serius saya cakap,sepanjang 4 hari berjalan jauh,dari pantai timur ke selatan,selatan ke utara,utara ke pantai timur balik,makan langsung saya tak jaga.Kerja mengunyah jer kerjanya.Tiada istilah diet bila berjalan jauh..kikiki.

Tidak dinafikan,apabila menempuhi perjalanan jauh,sakit badan,kebas anggota badan,terasa pening dan sebagainya memang tidak dapat nak elak.Tambahan pulak apabila anda mempunyai anak kecil,memang akan kerap berhenti di perhentian.Nak mandikan anak la,anak buang air besar la,anak lapar.Bukan anak-anak jer macam tu,parent anak-anak pun begitu juga.



Tetapi,hari ini saya nak kongsikan sedikit info kepada anda semua yang ingin berjalan jauh,tetapi mempunyai anak kecil.

Tips berkesan untuk perjalanan jauh


  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu - Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti pada malam sebelum memulakan perjalanan.
  • Kemas barang-barang keperluan yang akan digunakan lebih awal,
  • Mulakan perjalanan awal pagi - Jalan kurang sesak pada awal pagi.Cuaca pun tidaklah panas sangat.
  • Beg keperluan anak-anak disusun berasingan - Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mengambil barangan yang diperlukan apabila berhenti di mana-mana perhentian.
  • Isteri dan anak-anak duduk di belakang - apabila anda ada anak kecil,seeloknya isteri duduk di belakang.Apabila anak tidur,si isteri bolehlah letakkan anak tidur di kusyen.(riba anak lama-lama boleh menyebabkan kesakitan di bahagian tulang pinggul).
Apabila anda membuat keputusan untuk memulakan perjalanan jauh,bermakna anda rela korbankan masa anda untuk memandu jauh,memantau anak seharian didalam kereta.Apa yang penting adalah sikap tolak ansur sesama suami isteri.

Tidak kiralah anda mempunyai anak seorang ker,2 orang ker,mahupun 5 orang,anda tidak akan terlepas daripada merasai keletihan.Suami,isteri dan anak-anak semuanya akan letih.Tidak seorang pun akan terlepas daripada merasai keletihan.

Dan sebolehnya elakkan lah berada dalam suasana yang tegang.Apabila suasana tegang,fokus anda untuk memandu dan sebagainya akan terganggu.Secara tidak langsungnya,anda akan meletakkan diri anda dalam keadaan stress.

Peneman setia untuk elak daripada sakit badan berlarutan.

Apabila dah sampai ke sesuatu destinasi,sebelum tidur,makanlah Ostematrix 4  biji terlebih dahulu.In shaa ALLAH badan anda akan rasainya perubahan pada keesokan harinya.


Ostematrix Shaklee atau lebih dikenali sebagai kalsium Shaklee bukanlah hanya sekadar kalsium.Turut dilengkapi dengan kalsium dan magnesium.

Keistimewaan Ostematrix Shaklee

  • tambahan Vitamin D
- Secara tidak langsung,sebenarnya kalsium memerlukan vitamin D.Vitamin D diperlukan oleh kalsium untuk menyebarkan kebaikan kalsium ke seluruh tulang dan darah.

  • terdapat kombinasi kalsium nitrat dan kalsium karbonat.
- penting kerana ianya boleh diambil sebelum makan atau selepas makan.

Ostematrix membekalkan:

=>1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
=>400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
=>400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Sukanya hati apabila bangun keesokan harinya,badan tidak terasa sengal mahupun lenguh.Barulah bersemangat nak memandu jauh.Pusing 1 Malaysia pun takda hal.Kacang parang jer ^_^

Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik






sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

dekorasi kreatif untuk anak anda yang picky eater dalam pemilihan buah-buahan


Risau anak-anak yang picky eater?Kalau buah-buahan,jangan katakan nak pandang,sentuh makan tak nak langsung.Vitamin?Lagi la tak nak makan.Susahkan nak atasi anak yang cerewet ni?Urmmm.



Sebagai ibu bapa,jangan sesekali fikirkan susah.Sebenarnya apa yang kita fikirkan itu umpama magnet.Ia akan menarik cas-cas positif atau sebaliknya datang kepada kita.Begitu juga kalau kita fikirkan perkara yang positif,itulah yang akan datang kepada kita.

Cara terbaik adalah fikirkan semuanya kacang parang jer,mudahnya dan aku boleh.Tapi anda juga haruslah yakin dengan diri sendiri  disamping berdoa untuk memudahkan semuanya.

Baiklah,berbalik pada tajuk entry,sebenarnya anda boleh mencipta atau menghasilkan dekorasi daripada buah-buahan segar untuk menarik minat anda untuk mendekati dan seterusnya makan hidangan tersebut ^_^.

Sedikit perkongsian dari internet yang saya jumpa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Buah Strawberry
  • Buah Peach
  • Buah Kiwi
  • Buah Blueberry
  • Buah Cerry





dekorasi buah untuk anak picky eater

dekorasi buah untuk anak picky eater

dekorasi buah untuk anak picky eater

dekorasi buah untuk anak picky eater

Buah yang bersaiz agak besar seperti strawberry,peach dan kiwi hendaklah dipotong mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

Susun atur buah-buahan tersebut mengikut kreativiti anda tersendiri supaya anak-anak lebih tertarik untuk memakannya.

dekorasi buah untuk anak picky eater
contoh dekorasi buah




Anda  juga boleh menggunakan buah-buahan lain seperti :


  • tembikai merah
  • tembikai kuning
  • anggur hijau
  • anggur hitam
  • epal hijau
  • epal merah
  • betik
  • oren
dan sebagainya.Untuk contoh dekorasi buah-buahan yang  lebih menarik untuk anak anda,anda bolehlah lihat di 'pinterest' dan follow group tertentu terutamanya orang putih dari pelbagai negara.Percayalah,pelbagai idea kreatif akan muncul apabila anda melihat pinterest mereka.

.

teringin nak makan chicken chop tapi segan nak keluar rumah?

Assalamualaikum semua.

Anda teringin nak makan chicken chop?Tapi dalam waktu yang sama terasa segan yang amat nak keluar rumah.Nak-nak pulak kalau yang ada anak kecil yang super aktif lagi lasak.Walaupun baru seorang hero,tapi kena makan bergilir.Kalau si suami yang makan dulu,si isteri tengok sambil telan air liur jer.Kalau si isteri dulu yang makan (biasanya orang perempuan makan agak lambat),si suami keluarkan kuasa veto 'makan la cepat sikit yang,abang lapar jugak nie'.

Hahaha,kadang kala benda remeh gini pun boleh jadi bahan gaduh taw.Jadi,penyelesaiannya ialah anda sebagai isteri atau tulis list barang-barang yang nak dibeli,mintak tolong suami anda yang tolong belikan di pasar.Mudah kan? ^_^.Suami penat pergi pasar,si isteri penat memasak.Boleh letih sorang sikit,baru la adil :)

Ok,tak nak cakap banyak,hari ini saya akan kongsikan resepi Chicken Chop dengan anda semua.Sebenarnya kalau tahu caranya,tak susah pun nak buat Chicken Chop.Buat sendiri saya rasa lebih berbaloi (kalau nak makan banyak la).Kalau setakat nak lepaskan hajat bagi orang mengidam,baik pergi makan kedai jer.Sebab apa?Selalunya kalau orang yang betul-betul mengidam ni,tak makan banyak mana pun sebenarnya.Kalau boleh rasa  pun dah cukup.Sekadar buat syarat jer ^_^

Resepi Chicken Chop

Bahan-bahan yang diperlukan
  • Peha ayam
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sos
  • 1 sudu mentega
  • 2 biji cendawan dalam tin
  • sos lada hitam
Bahan untuk dikisar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan untuk hiasan
  • kentang goreng
  • timun
  • tomato
  • daun salad
  • bunga kobis
Bahan-bahan lain :
  • minyak masak
  • mentega
  • tepung gandum dibancuh bersama tepung gandum

Cara penyediaan Chicken Chop

Ayam
  • Perap ayam dengan bahan yang dikisar dan diperasakan dengan sedikit garam selama 1 jam
  • Celupkan ayam ke dalam telur dan kemudian golek di atas serbuk roti.
  • Goreng ayam sehingga masak.
Sos Chicken Chop
  • Panaskan minyak bersama mentega.
  • masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
  • masukkan cendawan dan sos lada hitam.
  • tambahkan garam dan gula secukup rasa.
*jika anda nakkan kuah yang pekat,anda boleh campurkan sedikit bancuhan tepung gandum.
**Hidangkan ayam bersama sos bahan-bahan untuk hiasan.



Bagi anda yang tidak gemarkan ayam yang bergoreng,anda bolehlah cuba untuk grill ayam tersebut.Cara perapkan ayam sama sahaja.Untuk mencipta sedikit kelainan sewaktu grill,anda boleh tambahkan:
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sos cili
  • sedikit perahan limau kasturi
  • kiub ayam knorr.
Rasanya pasti terangkat.Pastikan anda bijak memainkan peranan dalam proses seimbangkan  rasa garam dan gula.^_^

Selamat mencuba semua.

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...