'sihat dan cantik pilihan saya'

set kesuburan 2


Assalamualaikum semua....Syukur alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya..ok,tak nak cakap banyak,hari nie saya akan mengulas tentang set kesuburan Shaklee 2.

Ada yang bertanya..banyaknya jenis supplement nak kena makan untuk set kesuburan nie.Saya dah la jenis yang culas nak makan pil-pil nie.Suami saya lagi la culas.Saya tak nak la jadi nurse tak bertauliah paksa suami makan supplement hari-hari.Tak dak ker yang basic? ^_^

set kesuburan Shaklee premium
Set kesuburan Shaklee Premium mengandungi :


  • gla complex
  • alfalfa
  • bcomplex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Vitamin E
  • Zinc
Vitamin C,Vitalea (multimineral & multivitamin) dan B-Complex merupakan vitamin tunjang utama untuk kesihatan badan kita.


Bagi pesakit Thalasemia atau apa sahaja alahan,perlu elakkan produk yang mengandungi zat besi contohnya Vitalea.

Untuk maklumat lanjut sila klik < kenapa shaklee bahayakan anda >

Ok,menjawap kepada persoalan tadi,set kesuburan pertengahan mengandungi :

untuk isteri :

  • ostematrix
  • Gla Complex
  • B-Complex
Untuk Suami :
  • zinc
  • B-Complex
  • Vitamin E

set kesuburan untuk isteri
Gla Complex


  • GLA mambantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur
  • perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair begitu,yakni sewaktu subur.NAMUN tak semua orang mendapati cecair tersebut begitu "subur".

  •  Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair,yang membantu sperma untuk berenang ke uterus,terus ke tiub falopion untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  •  Bukan itu sahaja,cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopian sehingga 5 hari.Jadi,kalau tak 'kena' hari subur pun,masih ada can sebab sperma masih disitu sampai hari ke-5.

Ostematrix  
  • Membantu untuk mematangkan folikel ovum,
  • Kalsium Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix berfungsi untuk menyediakan ruang rahim yang alkali 
  • Ini adalah kerana asid yang terdapat di dalam rahim akan memperlahan sperma untuk menuju ke ovum.
  • Bagi suami ostematrix penting untuk menambahkan tenaga sperma dalam proses menuju ke telur.
B-Complex

B-Complex sangat penting kepada wanita hamil dan yang dalam proses untuk hamil.Ini adalah kerana terdapat asic folic dalam b-complex dan berfungsi untuk mengurangkan risiko kecacatan kepada bayi.

Vitamin B_Complex juga penting bagi suami,lagi-lagi jika anda adalah seorang perokok .Ini adalah kerana Vitamin B di dalam badan anda akan hilang secara beransur-ansur disebabkan oleh bahan kimia dan toksik yang terdapat di dlam rokok.

Vitamin E
Selain untuk kecantikan kulit,Vitamin E juga berfungsi kepada suami untuk :
  • lebih tenaga (seksual)
  •  ereksi yang lebih lama
  •  lebih mudah terangsang
  • libido yang lebih kuat
  •  orgasma yang lebih kerap & bersemangat
  • untuk menstabilkan hormon seks
Zinc Complex

Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif untuk menuju ke ovum.Selain itu,zinc juga berperanan dalam proses pembentukan genetik janin iaitu DNA.

untuk order dan bayar sendiri sila klik



Supplement ini adalah cadangan dan ikhtiar untuk memperolehi zuriat.Di samping itu,anda juga disarankan untuk terus berdoa dan solat hajat.ALLAH lah sebaik-baik pemberi.Supplement ini hanyalah satu usaha sahaja.Tetapi selok-eloknya anda mengambil set kesuburan premium kerana supplement mengambil masa untuk baiki sel anda sekurang-kurangnya 90 hari atau lebih.Jadi,bersabarlah ya. ^_^

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

cara makan vivix


Assalamualaikum semua...entry santai di pagi hari ;)

Seperti yang kita tahu Vivix Shaklee mempunyai banyak kebaikannya. < sila klik sini >.Untuk pengetahuan anda semua,Vivix Shaklee 1 botol mampu bertahan sehingga sebulan dan jumlah hidangan untuk sebotol Vivix adalah 30 hari.



Vivix Shaklee mempunyai rasa yang masam-manis seakan air ribena atau buah berry .Tetapi mempunyai 1001 kebaikan.

Biasanya,anda boleh mengambil / memakan / meminum vivix pada awal pagi ataupun sebelum tidur,selepas makan.Sukatannya berapa?1 sudu teh sudah memadai.

Nak minum 1 sudu besar pun tak pe,tapi cepat habis la kot.Silap buat tak sampai sebulan dah habis sebotol vivix. ^_^



cara makan vivix
Pastikan anda simpan vivix di dalam peti ais selepas membukanya.Ini adalah untuk memastikan kesegaran dan ketulenannya sentiasa terjamin.^_^

Tapi hati-hati ya,sorokkan dari anak-anak.Sorok la macam mana sekalipun asalkan anak-anak tidak nampak dan ambil minum.

Entry berkaitan : bahan semulajadi vivix

nak order dan bayar sendiri ? sila klik


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

Jenis ruam lampin

Masalah ruam lampin bukanlah sesuatu yang luar biasa jika berlaku pada kulit bayi.Ia lazimnya berlaku pada bayi yang memakai lampin terlalu lama kerana tindak balas air kecing.



ruam lampin
Oleh itu,pesanan untuk semua mama-mama gojes di luar sana,anda hendaklah sentiasa peka dengan sebarang perubahan kulit pada bayi anda terutamanya sekitar kawasan lampin.Sekiranya anda melihat bintik-bintik halus kemerah-merahan pada punggung bayi dan sekitarnya,segeralah rawat.

Ini kerana apabila ruam tersebut sudah melarat,bayi akan mula memerap,merengek dan sebagainya.Kita sebagai ibu bapa turut akan merasa tempiasnya.Masa untuk melakukan pelbagai kerja teramatlah terhad.Mencegah lebih baik dari mengubati kan..? ^_^

Faktor bayi mendapat ruam lampin


  • kulit yang sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman.
  • bayi dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama.
  • tukar lampin tanpa membasuh punggung dan alat kelamin bayi.
Kegatalan pada kulit bayi berlaku apabila bahan kimia dalam air kecing mula dipecahkan oleh kuman-kuman.

Jenis Ruam Lampin

  1. Ruam Biasa - Bintik-bintiknya nipis,kemerahan dan keradangan.Kadang-kala mengelupas.
  2. Interrigo : ruam yang lebih spesifik yang turut berlaku di bahagian pelipat.
  3. Ruam Kulat : kulat daripada usus boleh menyerang kulit yang sudah dijangkiti.Disebabkan oleh penggunaan antibiotik atau ruam lama.
  4. Impetigo : disebabkan oleh bekteria menyerang kulit yang telah rosak.
  5. Seborrhea : radang boleh merebak ke bahagian badan yang lain terutama sekitar kawasan lampin.
Langkah untuk memastikan ruam tidak berulang

  • Bersihkan bahagian punggung dan sekitarnya dengan menggunakan air setiap kali menukar lampin.Lap sehingga kering.
  • Pastikan kawasan lampin sentiasa kering.
  • Bebaskan anak tanpa memakai lampin.Tapi pastikan anda melapik dengan pelapik kalis air.
  • Tukar jenama lampin atau pampers
  • Tukar lampin dengan lebih kerap,sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam sekali.
  • Latih anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk membuang air di tandas.
Krim untuk ruam lampin

Zinc Oxide : untuk ruam yang sederhana.
Clotrimazole anti fungal cream : untuk ruam yang lebih tebal dan serius.
Acid Mantle : untuk ruam sederhana

Satu lagi petua orang tua-tua,sapu tepung ubi pada ruam bayi.Ini adalah kerana tepung ubi bersifat menyerap cecair atau air.


masker bertaraf 5 ★

Assalamualaikum semua...

Selalunya kita dengar supplement atau vitamin hanya untuk makan jer kan?

Jom try resepi baru pulak..chewahhh...resepi gitu..macam nak masak lemak salai jer supplement tu.. ;) ahaks..

Sebenarnya supplement juga boleh dibuat masker.Hari ini saya nak kongsikan resepi masker dengan anda semua dengan menggunakan supplement Shaklee.

Bahan-bahan utama :

● substained release Vit C
● Vit E Complex

Langkah pertama ialah :

♥ tumbuk substained release Vit C dengan lesung batu sehingga lumat.

Dah lumat,alihkan Vitamin C ke dalam bekas atau piring kecil.

Tapi,pastikan sebelum tu basuh lesung batu tersebut berulang kali dulu ok.Mana taw kot2 sebelum nie lesung tu tumbuk sambal belacan ker.Nantikan meraung pulak muka pedas :)

Langkah kedua :

♥ gunting hujung Vitamin E Complex dengan menggunakan gunting.Hati - hati nantikan tertumpah.Dah gunting?tuang ke dalam bekas atau piring bersama Vitamin C yang telah ditumbuk lumat tadi.Gaul sehingga sebati.

Untuk pengetahuan anda,Vitamin E Complex agak berbau.Tapi tidaklah busuk tahap ******.hehehehe..

Langkah ketiga :

♥ tadaa...siap sudah bancuhan masker bertaraf 5 bintang kita.

♥ basuh muka bersih-bersih dulu baru sapukan masker tadi di muka anda.

♥ biarkan sehingga kering.Bila dah kering,cuci dengan air sejuk...sebab nak bagi liang pori muka tertutup balik.

Hasilnya? ???



Memang best...kulit muka bertambah licin dan lembut gitu..rasa cekang jer kulit muka.

Nak lagi best? Anda boleh campurkan dengan ESP dan yogurt asli.Jangan yogurt yang berperisa pulak.Nantikan ada jer anak-anak datang jilat pipi mamanya :).

Kredit picture kepada kakak-kakak #RTI..saya lupa nama kakak..ampun.....terima kasih atas perkongsian gambarnya ye k.nor...

untuk order dan bayar sendiri sila klik



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

HAnya Untuk Wanita yang bergelar ibu SAHAJA !

WAhhh...havoc punya tajuk..tulis dah hanya untuk wanita SAHAJA..tapi nanti ada jugak boleh detect lelaki baca entry nie ^_^.hahahhaha.Yang sudah berkahwin dan bergelar suami tak pe,ada kelonggaran untuk membaca entry ini.Tapi yang masih bujang dan teruna trang tang-tang TAK DIGALAKKAN ok.




Bentuk dan saiz payudara akan mengalami perubahan sebaik sahaja begelar IBU.Aset ini sangatlah penting dan perlu dijaga kerana ia menjadi sumber pembekal makanan kepada bayi yang dilahirkan.


Sebenarnya,bermula dari saat awal kehamilan lagi,payudara sudah mengalami perubahan.Mungkin ada para ibu yang perasan dan mungkin ada yang tidak perasan.Ohh..terlalu banyak mungkin ? ^_^

Biasanya perubahan ini akan berlaku saat wanita mengandung anak sulung.Bermula dari miggu ke-8 payudara akan mula membengkak dan membesar sepanjang tempoh kehamilan.Dan kemungkinan payudara gatal sepanjang proses kehamilan itu adalah disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di sekitar kulit payudara.Dan tidak mustahil regangan kulit di sekitar payudara.

Tahukah anda,Bulan ke-3 kehamilan,payudara akan mula meghasilkan kolostrum iaitu susu atau cecair yang berwarna kuning.Kolostrum adalah susu yang istemewa dan bakal diterima oleh bayi pada pertama kali hisapannya.



Ramai wanita berasa risau melihat perubahan payudara selepas melahirkan.Ye la,siapa yang tak risau kan bila payudara yang mantap selama nie tiba-tiba hilang keanjalan dan ketegangannya.

Tips dan panduan untuk mendapatkan bentuk payudara yang sesuai dan sempurna untuk anda.Nak dapatkan bentuk asal saya rasa agak sukar kot. ;)

Penyusuan

sekiranya anda masih lagi menyusukan bayi,letakkan bayi anda pada posisi yang selesa dan betul.Pastikan kedudukan bayi anda tidak terlalu menarik payudara anda.

Penggunaan Coli

Gunakan coli yang sesuai dengan bentuk dan saiz payudara anda.Jangan memakai coli yang terlalu kecil atau yang terlalu besar kerana ini akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Tips memastikan coli yang sesuai :

  • buat aktiviti seperti menghayunkan tangan,
  • melompat setempat secara perlahan 
  • dan berlari-lari anak
Pastikan anda selesa dan payudara anda kurang pergerakan kerana dipegang kemas oleh coli anda.

Pemeriksaan Payudara

Buatlah sendiri pemeriksaan payudara anda.Lakukannya 2 atau 3 hari selepas haid berakhir pada setiap bulan.

langkah ringkas untuk periksa payudara
Jika terdapat sebarang perubahan seperti :
  • ketulan pada dada dan bawah ketiak.
  • perubahan pada segi bentuk dan saiz.
  • bengkak,kemerahan,perubahan pada warna kulit dan rasa panas.
  • puting masuk ke dalam.
  • keluar darah atau lendir dari puting.
Jaga Pemakanan

Amalkan pemakan yang sihat dan berkhasiat yang membantu pembentukan tisu payu dara sentiasa sihat.

Kacang soya antara makanan yang mengandungi genistein.Genistein daripada kacang soya  mengandungi bentuk kimia yang serupa dengan hormon estrogen.Ia membantu dan mengawal hormon estrogen dalam badan wanita.Tetapi anda haruslah bijak memilih soya.Pilih soya yang non-GMO. < sila klik soya non GMO >

Urutan

Urut payudara dengan minyak aromaterapi untuk menjaga keanjalan payudara.Urutan juga baik untuk pengaliran dara di sekitar payudara.

  • Lakukan urutan ke arah luar,
  • ke bawah dan ke arah dalam
  • kemudian, ikut arah lawan jam ke arah ketiak
  • ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada.
Penggunaan minyak aromaterapi lebih efektif kerana urutan akan lebih cepat meresap ke dalam kulit,mengalir ke dalam darah,kelenjar susu dan seluruh badan.


Satu lagi tipsss PENTING untuk anda :

* Elakkan suami anda membuat ramasan payu dara ( sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat.Perbuatan ini boleh menyebabkan payu dara lebih cepat kendur dan hilang keanjalannya.


Kredit to majalah pa & ma

nak anak bijak?






Mempunyai anak-anak yang comel,bijak,pandai dan petah berkata-kata adalah menjadi impian setiap insan yang bergelar ibu bapa.Tahukah anda,proses untuk mendapatkan anak yang bijak bermula dari bayi berada di dalam kandungan lagi.Janin boleh dirangsang dengan menggunakan beberapa kaedah.

anak bijak

Antara faktor yang mempengaruhi tahap kebijaksanaan anak ialah :

Makanan

Makan makanan yang sihat,berkualiti dan mempunyai banyak manfaatnya.Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting untuk pembinaan otak bayi.

Pastikan makanan anda mengandungi karbohidrat,vitamin,protein dan mineral.

Makan makanan sunnah seperti kismis,kurma dan buah delima juga mestilah diamalkan.

makanan berkhasiat


Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA juga penting untuk pembentukan otak bayi dan ibu hamil.

Anda boleh rujuk < kepentingan DHA kepada bayi dan ibu hamil >

Tingkatkan Ibadat



Amalkan solat Tahajjud kerana waktu 2/3 malam adalah antara waktu doa mustajab.Mintalah perkara yang  baik-baik dan berfaedah kepada kita dan anak di dalam kandungan.

Membaca surah Luqman dan surah Yusof adalah antara petua untuk dapatkan anak yang bijak dan comel.



Selalu buat latihan Matematik


ibu bapa haruslah menjaga tingkah laku agar bayi yang keluar nanti akan baik ahklaknya.Seiringkan amalan rohani dan fizikal.In shaa ALLAH kita mendapat anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat.Aminnn...

Ok,itu untuk bayi yang masih berada dalam kandungan.Untuk anak-anak yang telah melihat dunia,anda boleh amalkan doa ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua,.

Bukan disebabkan kolestrol !


Assalamualaikum semua....

Selalu dengar kan,tekanan darah tinggi atau hipertensi disebut sebagai penyakit.Sebenarnya ia bukanlah satu penyakit,tetapi tekanan darah tinggi merupakan satu simptom  atau tanda yang menunjukkan bahawa keadaan dalaman kita semakin tercemar.Mungkin tercemar disebabkan oleh persekitaran,gaya hidup dan pemakanan seharian kita.


Darah tinggi bukanlah sejenis penyakit kerana ia tidak boleh diwarisi turun temurun.

Punca Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolestrol di dalam dinding saluran darah.

Pembentukan plak kolestrol disebabkan oleh :
  • agen pengoksidaan
  • LDL - Low Density Lipoprotein (kolestrol jahat)


bacaan darah tinggi


Faktor Tekanan Tinggi

  • paras kolestrol tinggi
  • pengambilan garam yang berlebihan.
  • cara hidup yang tidak aktif
  • pengambil alkohol yang berlebihan.
  • merokok
Tanda Dan Gejala
  • sakit kepala pada waktu pagi,sakit belakang kepala.
  • pening
Tanda-tanda ini jarang didapati,oleh itu anda boleh dapatkan khidmat dari klinik dan hospital berdekatan untuk dapatkan details tahap kesihatan anda.

Cadangan Set Darah Tinggi Shaklee


garlic complex

Fungsi garlic : 

  • mengawal jangkitan,menurunkan kadar kolestrol,menurunkan tekanan darah dan memelihara kesihatan selular.
  • Menurunkan kolestrol LDL ,trigliserid dan kelikatan darah,mengurangkan darah beku,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari.
  • membantu menurunkan tekanan darah tinggi.


omega guard
Fungsi Omega

  • membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok yang mana EPA & DHA boleh menentang thrombosis,tekanan darah tinggi,dan kepekatan darah.
  • melancarkan peredaran darah.
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal 
  • membantu merendahkan kolestrol 
  • menghindarkan pembekuan darah dalam badan.
  • membantu mengekalkan tahap kolestrol LDL (kolestrol baik) 
  • mengawal masalah obesiti

untuk order dan bayar sendiri menggunakan kad kredit atau kad debit,sila klik button di bawah.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

sumber : http://www.tekanandarahtinggi.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...