'sihat dan cantik pilihan saya'

resepi biscotti badam ranggup

Assalamualaikum semua,

Anda dah jemu asyik makan snek dan cekedis yang dibeli di pasar raya?Ha,apa kata kali ini,anda rajinkan diri untuk buat sendiri biskut.Di samping menjimatkan wang,kuantiti dan kualiti makanan pun sahih la lebih banyak dan agak berbaloi dari beli di pasar raya.Yer x?

Hidup sekarang haruslah berjimat cermat dan pandai berbelanja.Pendapatan RM 3600 sudah dikira miskin.Agak-agak kalau pendapatan RM 1500 dah tergolong dalam golongan fakir miskin kot ^_^.

Ok,tak nak membebel panjang-panjang.jom saya kongsikan resepi biskut ringkas iaitu biscotti badan rangup yang saya dapat dari majalah saji.Selamat mencuba semua!

Bahan-bahan :

  • 100 gm tepung gandum |diayak
  • 30 gm tepung beras | diayak
  • 4 biji putih telur.
  • 100 gm gula
  • 1/2 cawan kacang badam.
Cara penyediaannya :
  1. pukul putih telur sehingga kembang dan gebu.
  2. Tambahkan gula kastor dan pukul lagi sehingga berkrim.
  3. masukkan tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  4. Kaup balikkan hingga sebati.
  5. Masukkan kacang badam.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega.
  7. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius.
  8. Setelah masak,keluarkan dan hiris nipis-nipis.
  9. Susun semula di atas loyang pembakar dan pastikan tidak bertindih.
  10. Bakar lagi pada suhu 150 darjah celcius selama 7 hingga 8 minit atau sehingga ranggup.



bayangkan kalau buat 1kg tepung gandum,400 gm kacang badam.Tak ke dapat sebalang besar?Memang puas hati kalau makan.hehehe..apa-apa pun,selamat mencuba semua!

kenapa kanak-kanak perlukan fiber?

Assalamualaikum semua..

Seperti yang kita tahu,kanak-kanak memerlukan pelbagai vitamin dan khasiat dari pelbagai sumber untuk proses tumbesaran yang pesat dan normal.Kerana inilah ibu bapa digalak menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak.Bermula dari nasi,lauk pauk,sayur dan buah-buahan semuanya perlu dititikberatkan demi tumbesaran si anak.

Antara zat yang perlu dititikberatkan ialah fiber.Apakah itu fiber?Jom kenali lebih dekat apa itu fibe dan fungsinya kepada kita semua terutamanya untuk anak-anak.

Apa itu fiber?

Fiber adalah gentian serabut yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.Gentian ini merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan manusia.Fiber banyak terkandung dalam bijirin seperti beras,oat,gandum,buah-buahan dan sayur-sayuran dan sebagainya.

Fiber hanya terkandung dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung sama sekali dalam daging,ayam dan produk tenusu.


Kepentingan fiber kepada kita semua.
  • Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuatkan bahagian usus secara berkesan.
  • Fiber membantu merangsang sistem penghadaman .
  • mengelak terjadinya sembelit.
  • jika diambil dalam kuantiti yang tertentu,dapat mengawal berat badan.
Fungsi fiber
  • menggalakkan bakteria baik dalam usus.
  • mengurangkan sembelit dan buasir
  • mengurangkan gula dalam darah.
  • bertindak mengurangkan tahap kolestrol.

Berita baik untuk anda semua!Mealshake merupakan supplement yang mengandungi fiber.


mealshake juga sesuai untuk kanak-kanak
Meal Shakes berperisan Vanilla.


Ramai juga yang bertanya,mealshakes ini dibuat daripada kacang soya jugak ker?Untuk pengetahuan anda,mealshakes adalah diperbuat daripada susu lembu.

Kenapa Meal Shakes menjadi pilihan ibu-ibu?
  • Nutrisi lengkap ---> mengandungi 24 jenis vitamin,mineral dan trace mineral.Trace mineral berfungsi sebagai penyerapan vitamin dan mengaktifkan enzim.
  • mengandungi asid folic,biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium untuk kesihatan tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.
  • antioksida - mengandungi vitamin A.C,E ,zinc dan silenium.
  • detox- kaya dengan serap yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
Testimoni Meal Shakes.

meal shakes shaklee
testimoni 1


testimoni mealshakes shaklee
testimoni 2


testimoni mealshakes shaklee
testimoni 3


Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

kenapa 16 November merupakan tarikh Keramat?

Assalamualaikum semua..

Kenapa 16 November merupakan tarikh keramat?tarikh keramat ker tarikh kiamat?hehehe.tak de lah,gurau jer.

Sebenarnya 16 November merupakan hari keluarga untuk anda semua.Saya sendiri pun tak pernah tahu pasal hari keluarga sedunia ini.Saya baru tahu apabila terdengar khutbah jumaat sebentar tadi.

Memang tak dinafikan keluarga adalah insan-insan penting dan insan yang sentiasa menjadi tulang belakang kita.Tapi hari ini,khutbah jumaat menekankan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.



Ibu bapa juga merupakan tulang belakang yang paling penting kepada kita.Tanpa mereka,siapalah kita di dunia ini.

Sebenarnya untuk menjadi ibu bapa yang betul-betul sempurna di mata anak-anak merupakan perkara yang mustahil pada zaman milenium ini.Sekarang,anak-anak lebih tertumpu kepada dunia luar melalui gajet-gajet yang canggih.

Adakah anda perasan iklan raya yang dihasilkan oleh Petronas semasa Aidilfitri lepas?Semua anak-anak balik ke kampung untuk beraya.Semuanya berkumpul ramai-ramai di ruang tamu.Tapi kenapa suasana begitu sunyi sepi umpama tanah kubur?Kerana semuanya masing-masing sibuk dengan gajet.

Apabila si bapa bertanya soalan itu dan ini,anak menantu hanya jawap ala kadar.Apabila si ibu menghidangkan air dan hulur kepada anak-anak,mereka passing yang akhirnya semua air tu si bapa yang dapat.Kalau secawan mungkin tak kisah sangat,tetapi kalau sampai 2 cawan air sampai ke tangan si bapa,agaknya apa yang si bapa rasa?

Sampailah saatnya ibu bapa ketuk periuk di pagi hari,kutip dan simpan semua gajet-gajet anak,cucu dan menantu.Kemudian membahagikan tugas masing-masing seperti tangkap ayam,ambik buluh lemang dan sebagainya.

Agak-agaknya,kenapa si ibu dan bapa bertindak sedemikian rupa?semuanya hanyalah untuk anak,cucu dan menantu mereka juga.Untuk mengeratkan balik ikatan kekeluargaan yang nampak macam sudah suam-suam kuku.

Itu zaman sekarang.Kalau 10 atau 20 tahun yang akan datang?apa yang akan terjadi?

Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting kepada anak-anak.Ibu bapalah yang akan mencorakkan bagaimana sikap anak-anaknya.Tapi sekarang ibu bapa lebih mementingkan duit daripada memberi ajar dan kasih sayang kepada anak-anak.

Anak-anak yang dilahirkan umpama kain putih.Menjadi tanggungjawab ibu bapanya bagaimana mahu mendidik mereka untuk menjadi yahudi,nasrani ataupun Islam.

Luangkanlah dan korbankan masa anda untuk anak-anak.Lakukan majlis ilmu di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali.Luangkan masa untuk bermain dan bergurau senda dengan anak-anak.

Mungkin alasan bekerja begitu sinonim sekarang ini.Tapi,adakah kita juga mahu anak-anak melayan kita sedemikian rupa apabila kita sudah tua nanti?



Mungkin sekarang kita letakkan anak di rumah pengasuh kerana sibuk dengan kerja.Tetapi adakah kita mahu,rela dan redha jika mereka meletakkan kita di rumah orang tua-tua dengan alasan mereka juga sibuk bekerja?

Penutup bicara,fikirkanlah.apa yang kita buat sekarang,semuanya akan berbalik kepada kita juga akhirnya.Luangkanlah masa dan berbaktilah kepada anak-anak dan ibu bapa sementara mereka masih hidup.

vitamin B-Complex penting ker untuk kuku dan rambut?

Assalamualaikum semua..

Vitamin atau supplement merupakan element penting dalam badan kita semua.Kenapa penting?Sebab suplement dan vitamin ini adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk menampung keperluan nutrient yang telah hilang dalam menjalani kehidupan seharian.



Dewasa ini,kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.Di samping itu,pengamalan gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan penyumbang terbesar kenapa tubuh kita kehilangan nutrient yang diperlukan oleh tubuh.

Tapi jika anda rasa anda makan makanan yang berkhasiat dan mencukupi keperluan nutrient yang diperlukan oleh tubuh,tak ambik supplement pun tak pe :)

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenanaan Biotin.Biotin sebenarnya salah satu vitamin penting untuk tubuh kita.

Biotin merupakan vitamin B yang larut dalan air.Biotin juga lebih dikenali sebagai vitamin H.

Apa itu Biotin?

Biotin merupakan co-enzim yang membantu metabolisme asid lemak,leusin dan karbohidrat.

Biotin berperanan dalam proses metabolisme subsrat karbon non-karbohidrat seperti asid glycogenic dan membantu dalam pembentukan glukos dalam badan.

Sumber Biotin

  • Kuning telur
  • kekacang
  • tiram
  • pisang
  • ayam
  • ikan
  • coklat
  • aotmeal
Manfaat Biotin kepada anda.
  • Meningkatkan metabolisme tenaga.
  • Efektif dalam meningkatkan kesihatan kuku.
  • Mencegah rambut daripada gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  • Membantu proses sintesis karbohidrat dan asid lemak.
  • Membantu proses sintesis amino asid dan glukos.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.
Biotin terdapat didalam Vitamin B-Complex Shaklee.

Vitamin B-Complex Shaklee
Biotin ada dalam B-Complex
vitamin B-Complex Shaklee
Vitamin B-Complex

Sekiranya anda nakkan rambut dan kuku yang sihat,sebaiknya amalkan makanan yang kaya dengan sumber biotin dan Vitamin B.

Saya pernah mendapat pertanyaan daripada salah seorang pelanggan yang mengambil Vitamin B-Complex ini.Kenapa saya makan b-complex, air kencing saya jadi kuning?

Jawapannya adalah kerana dalam Vitamin B - Complex tetdapat kandungan biotin.Biotin ini senang larut dalam air.Sebab itulah air kencing anda pada permulaannya berwarna kuning.Jangan risau,itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja.Selepas beberapa jam,air kencing anda akan kembali jernih.

Selain mengandungi biotin,asid folic juga terdapat dalam Vitamin B-Complex ini.Folic asid ini penting taw untuk wanita hamil dan wanita yang merancang untuk hamil.

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


pelaburan yang pasti berbaloi dan membuat suami tersenyum bahagia!


Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit testimoni Dish Wash Concentrate Shaklee dengan anda semua.Saya mula gunakan Dish Wash Concentrate bila tangan saya alergik apabila menggunakan pencuci pinggan yang terdapat di pasaran.Terasa panas dan pedih seterusnya mengelupas teruk.

Sebagai perempuan yang sudah bersuami,mestilah tak nak masalah tu berterusan kan?Rasa kasar jer tangan.Suami memang la tak tegur tapi saya malu oo..Rasa down sekejap.Tapi selepas melihat testimoni Master Effa,pintu hati saya terdetik untuk gunakan Dish Wash Concentrate pulak.Sekali order 2 botol terus.Ambik kau..nak buat masak lemak salai ker yang borong sampai 2 botol terus?hehehehe

Dah sebotol pun baru RM 2*.** (harga ahli).1 botol ada 473 ml atau bersamaan dengan 16 oz.Lagipun setelah saya membelek-belek buku nutrisi yang telah diberikan selepas mendaftar Shaklee,ternyata bahannya adalah diekstrak daripada bahan semulajadi.Jadi,kenapa tak nak cuba kan?


Bila dapat jer parcel yang dikirim,terus teruja nak buka dan cuba tengok.Tapi hampa taw sebab tiada bau!Ye la sebelum-sebelum nie semuanya ada wangian.Koman-koman bau lemon ker.

Tapi perspepsi saya berubah bila pertama kali menggunakan Dish wash concentrate ni.Saya cuba la titiskan dalam 5 @ 6 titis.Bila dicampurkan air,mewahnya buih dia!Bau pun fresh jer :)

Paling saya suka,dish wash concentrate ni tahan lama.Memang saya sengaja tulis tarikh mula digunakan.Nak tengok tahan berapa lama.Hasil yang menakjubkan!hari ini dah 13 /11/14.Bermakna esok genaplah sebulan dish wash concentrate ini saya gunakan.Tapi masih ada suku lagi bakinya.

Dan paling penting,suami saya sendiri komen,bau dish wash concentrate nie bau fresh.Nak bau macam enzyme yang diaorang buat pun ada jugak.

Enzyme tu adalah campuran bahan-bahan yang boleh dikitar semula.Contohnya gunakan kulit limau bali,air dan ada lagi la bahan-bahan lain.Enzyme nie digunakan sebagai bahan pencuci untuk cuci lantai,longkang,tandas dan sebagainya.Tapi enzyme ni perlu diperam dalam tempoh masa yang tertentu untuk menghasilkan buih agar sesuai dijadikan pencuci.


dish wash concentrate Shaklee
Guna dekat sebulan dah,tapi masih ada baki :)


Kenapa dish wash concentrate baunya fresh dan berwarna putih?


  • Dibuat dari ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
  • Tanpa bahan pewarna.
  • Tanpa fostat.
  • Tidak mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum.
  • Tidak mengandungi pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate.

Keistimewaan dan kelebihan dish wash concentrate Shaklee.

  • Lembut pada tangan.
  • pH yang seimbang.
  • Tidak bertoksik
  • berasaskan bahan-bahan semulajadi.
  • Tahan lama kerana kepekatannya.
  • Tanpa bahan kimia berbahaya.
Paling penting,dish wash concentrate ini begitu berbaloi dan menjimatkan!Saya gunakan dish wash concentrate ini setiap hari.Kalau bukan kita sebagai isteri yang tolong menjimatkan keperluan barang dapur siapa lagi nak buat,yer tak?

Bila gunakan sebulan pun tak habis lagi sebotol,si suami pun tersenyum gembira.:) nak-nak lagi tangan pun dah makin kurang mengelupas,pinggan mangkuk pun bersih.

Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 'order now'

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

pakai tuala wanita sewaktu jungle trekking?

Assalamualaikum semua.

Kat Terengganu sekarang dah musim hujan.Tempat anda bagaimana?Hari ini saya nak tulis entry santai jer la.:) yang penting tulis dari hati.Itulah pesanan nanny muda saya.Barulah orang akan tertarik untuk baca.

Kalau dulu zaman mak nenek kita,sebelum tuala wanita pakai buang diperkenalkan,mereka hanya memakai kain batik yang dikoyak dan seterusnya dilipat.Bentuknya persis tuala wanita sekarang ini.Tuala good morning pun kira boleh la.Kreatif kan kaum hawa zaman dulu-dulu?

Baiklah,berbalik kepada tajuk entry hari ini,memakai tuala wanita sewaktu jungle trekking?Logikkah?Kalau bagi perempuan yang datang bulan sewaktu melakukan aktiviti jungle trekking memang logik dan boleh diterima akal.Tetapi kalau lelaki yang pakai tuala wanita?



Anda jangan fikir yang bukan-bukan taw.Maksud saya lelaki bukanlah pakai tuala wanita seperti kaum hawa pakai tu.Sebenarnya trend meletakkan tuala wanita di dalam kasut boleh dikatakan sudah menjadi tradisi kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak,berkawad dan sebagainya.

tuala wanita dalam kasut


Tujuan meletakkan tuala wanita dalam kasut ini ialah untuk mengurangkan kesakitan kaki.Contohnya memakai kasut yang dikhususkan untuk kawad kaki.Kasut itu tebal dan berat.Kaki boleh melecet taw.Jadi,untuk elakkan kaki daripada melecet,baik masukkan tuala wanita :)

Begitu juga dengan aktiviti jungle trekking.Tujuannya ialah nak bagi tuala wanita tu serap cecair peluh yang berlebihan.Tapi sekiranya anda sudah tahu,semasa aktiviti jungle trekking tu anda semua akan melintasi sungai,lebih baik elakkan dari memasukkan tuala wanita ke dalam kasut.Ini akan menyukarkan pergerakan anda dan kemungkinan untuk anda tertingal dan jauh dari kumpulan adalah tinggi.Mesti anda tak sesat sorang diri dalam hutan tu kan?


Sebagai pelajar dulu,saya juga turut terlibat dalam kelab dan unit beruniform yang menganjurkan aktivit perkhemahan.Dan antara aktviti yang diselitkan ketika program perkhemahan itu adalah aktiviti jungle trekking.Kalau dulu aktiviti inilah yang paling digemari oleh semua pelajar.Yang geli dan takut pacat tu,pakai stoking panjang siap-siap.Baju lengan panjang wajib dah pakai,dalam hutan kan banyak nyamuk :)

kenangan 2007
kenangan sewaktu di sekolah teknik kangar
Tiba-tiba kan semalam saya teringat balik kisah zaman belajar dulu.Saya tak ingat dah sewaktu saya belajar di Sekolah Menengah Teknik Kangar ataupun Institut Latihan Perindustrian Kangar.Sewaktu aktiviti jungle trekking tu,memang kami semua tidak tahu langsung yang kami semua kena lintas sungai.Di checkpoint terakhir,tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki berhenti dan membuka kasut.Ingatkan beliau nak buka kasut sebab ada lintah atau pacat dalam kasut.Rupa-rupanya beliau kelurkan tuala wanita,

Kedengaran orang ketawa di sekeliling.Kawan-kawan yang lain bukannya ketawa sebab beliau memakai tuala wanita.Tidak sama sekali!Tetapi kerana beliau tersilap beli tuala wanita yang bergel.Hahahaha..memang melekit la!

Tapi,pengalaman itulah yang mematangkan kita semua.

Antara tempat-tempat yang menarik untuk anda melakukan aktiviti yang agak mencabar dan menguji minda anda ialah:

  • Sungai Sedim,Kulim,Kedah
  • Taman Negara Kelantan,Kuala Koh
  • Taman Negeri Perlis (berdekatan dengan Wang Kelian)
  • Taman Negeri Royal Belum,Perak.
Dan banyak lagi tempat-tempat menarik.Semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Contohnya,Taman Negeri Perlis,mula-mula anda akan dibawa melawat gua.Dalam gua tu terdapat banyak khazanah alam yang tidak penah dilihat sebelum ini.Antaranya adalah kodok besar,kelawar,melalui lorong dan lubang tikus.Paling menarik adalah anda kena berjalan itik semasa dalam perjalanan untuk keluar dari gua tersebut.Paling penting,sediakan lampu suluh.Sebab dalam gua tersebut,memang betul-betul gelap.Buatlah pilihan mengikut bajet dan keadaan semasa.Kalau boleh,elakkan melakukan aktvitivi sebegini badan musim tengkujuh,:)

Sekian dulu untuk kali ini.







kenapa rahim memerlukan kalsium?


Dewasa ini,kita sering mendengar pelbagai masalah yang berkaitan dengan rahim.Contohnya hamil di luar rahim,rahim jatuh,rahim kecil ,kanser pagkal rahim seterusnya terpaksa membuang rahim dan senagainya.Gerun pabila mendengarnya!Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah wanita-wanita di luar sana menjalani kehidupan mereka tanpa rahim.

rahim wanita

Memang tak dinafikan rahim merupakan organ yang paling penting bagi setiap insan yang bergelar wanita.Rahim juga tempat pembesaran dan tempat tinggal janin kemudia membentuk menjadi zigot,embrio dan seterusnya menjadi bayi sebelum dilahirkan untuk melihat dunia ini.

Subhanallah!Indah sunggguh ciptaan-Mu ya ALLAH.Sebenarnya rahim kaum hawa sebelum mengandung hanyalah sebesar buah pear.


Namun demikian.rahim akan membesar seiring dengan perkembangan bayi didalam kandungan.Cuba bayangkan bagaimana rahim mampu menampung bayi sehingga 3 atau 4 kg?Bahkan ada yang menampung kembar 2.kembar 3 dan kembar 4!Semuanya itu kuasa ALLAH.Tidak mampu untuk memikirkannya kerana fikiran manusia terbatas.


Sebab itulah,orang tua-tua sangat mementingkan penjagaan selepas bersalin.Semuanya adalah untuk keselamatan luaran dan dalaman anda.Bertungku atau bertangas memang perkara wajib dalam tempoh pantang.Ini adalah untuk mengecutkan rahim supaya kembali ke saiz asalnya.

Saya ingat lagi sewaktu nak melahirkan iman,anak sulung saya,doktor ada cakap,sekiranya saya bersalin secara ceaser,seelok-eloknya jarakkan kehamilan.Elakkan mengandung lagi dalam masa terdekat.Begitu juga sekiranya bersalin secara normal.Ini adalah untuk memberi ruang kepada rahim untuk berehat.Syukur alhamdulillah saya bersalin normal :)

Berbalik kepada tajuk entry kali ini,kenapa rahim memerlukan kalsium?Terutamanya untuk individu yang merancang untuk hamil?Jom check it out.

Kepentingan Kalsium kepada rahim

  • menyediakan rahim yang 'reseptive' kepada jangka hayat sperma.
  • membantu mematangkan folikel ovum.
  • kalsium dan magnesium menyediakan ruang rahim yang lebih beralkali.Ini adalah kerana asid yang terdapat di dalam rahim akan memperlahankan sperma untuk menuju ke ovum.


Selalunya kalau pelanggan ada bajet lebih,memang saya akan cadangkan kepada mereka untuk tambahkan sumber kalsium kepada si isteri.

Antara supplement Shaklee yang mengandungi unsur kalsium dan sesuai diamalkan oleh si isteri adalah :

ostematrix Shaklee
ostematrix Shaklee



esp shaklee
Esp Shaklee
Ini adalah sekadar cadangan sahaja.Anda boleh memilih antara salah 1 :) 
Kalsium yang terbaik adalah kalsium  yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D.

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah

>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...