'sihat dan cantik pilihan saya'

pantai Marang dibanjiri ribuan kerang

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu bumi Terengganu mengalami musim hujan,kelmarin dan mula nampak cahaya matahari.Bila nampak jer sinar mentari menyinari,golongan suri rumah adalah antara individu yang paling gembira sekali.Angkut bawak keluar semua baju-baju kotor yang telah dibasuh.Sampai ke pintu pagar disidainya ^_^.

Rezeki selepas musim hujan

Tetapi,ada lagi insan yang lebih gembira selain suri rumah.Baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa,semuanya bergembira di tepi pantai.Ada pesta apakah?Alhamdulillah,setelah musim tengkujuh berakhir,pantai Marang dibanjiri ribuan kerang.

Difahamkan ribuan kerang terdampar di pantai Rusila,Marang sehingga Rhu Dua termasuk pantai Pulau Kekabu.Selain mengutip kerang di pesisir pantai,orang ramai juga turut mengambil kesempatan dengan menggunakan jaring ikan untuk kutip kerang.

Kalau tak tahu,memang orang ingat pesta pantai dah.Sebab memang ramai orang berkumpul di pantai.Kelihatan macam hari perjumpaan antara keluarga dari generasi pertama hingga generasi ke sepuluh gitu.Ada juga siap pasang khemah lagi.

Wah,sakan gitu.Siapa tak nak kan kalau benda percuma.Rezeki ALLAH bagi,ambik jer la ^_^.Kalau musim panas gini,rebus kerang tu,cicah dengan air asam,tambah belacan dan cili sikit  bagi pedas,sedapnyaaaaaa.


pantai marang dibanjiri kerang.
Ramainya orang.



pantai marang dibanjiri ribuan kerang.
Semangat mengutip kerang.


pantai marang dibanjiri ribuan kerang.
banyak kan?
Tu dia,memang jenuh nak makan kalau kutip sampai sebakul.Untuk elakkan daripada membazir,eloklah sedekahkan ke saudara mara dan sahabat handai yang terdekat.

Nak buat apa dengan kerang?

Kebiasaannya orang sini suka buat kerang bakar,buat mee kari,masukkan lah isi kerang tu,sambal kerang dan sebagainya.Masaklah mengikut selera anda masing-masing yer.Kalau buat ko teaw goreng kerang pun sedap taw.Tapi,bagi yang ada penyakit gout tu,makan jangan sampai lupa ok.Nantikan esok,terpaksa ambik MC gara-gara kaki bengkak dan sakit.


Namun,sehingga sekarang,pihak yang berkenaan tidak tahu kenapa fenomena kerang membanjiri pantai selepas musim hujan.Anggaplah ini rezeki dari ALLAH untuk hamba-hambanya.


Sekian dulu untuk hari ini.Selamat berhujung minggu semua..P/s : terima kasih buat jiran depan rumah kerana bagi kerang sebekas ke ambe.Jenuh nak makan sorang-sorang ^_^.Semoga murah rezeki dan panjang umur selalu hendaknya.Aminn...


tidur terganggu gara-gara orang sebelah kuat berdengkur?

Assalamualaikum..

Ha,hari ini special sikit tajuk entry kali ini.^_^

Bagi yang masih bujang dan single mingle,mungkin ini tidak menjadi masalah lagi kepada anda.Kalau tinggal di asrama,tinggal beramai-ramai dalam bilik,mungkin ini meruapakan satu kebiasaan buat anda.

Tetapi,bila sudah berkahwin kelak,inilah masalah dan mimpi ngeri yang sering menghantui anda setiap malam.Tambahan pulak,si suami atau isteri yang tolong dodoikan sepanjang malam.Bunyi macam motor bot gitu..ahaks..tak lena tidur cheq ooi..

Bila sudah mempunyai anak,silap hari bulan,si kecil pun boleh bangun dan menangis di tengah malam gara-gara tidurnya terganggu dek bunyi dengkuran seperti motor bot itu.Bunyi dengkuran bukan sahaja memberi ketidakselesaan kepada individu yang berdengkur,bahkan ia turut memberi rasa tidak selesa kepada orang terdekat.

Masalah dengkuran ini berlaku tidak kira jantina.Wanita tidak terkecuali menghadapi masalah berdengkur ketika tidur ini.Tetapi,saya rasa lelaki lebih kuat berdengkur lagi kot dari wanita ^_^

set berdengkur shaklee
tensionnya orang sebelah tidur berdengkur.

Bagaimana dengkuran terjadi?

Dengkuran terjadi apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat.Dengkuran merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh sesetengah individu yang menyebabkan pernafasan mereka terhenti beberapa saat ketika tidur.



Walau bagaimanapun,masalah ini tidak boleh dipandang remeh.Ini adalah kerana ianya berlarutan,ini menunjukkan bahawa individu tersebut mungkin terdedah dengan penyakit yang bahaya seperti diabetes,darah tinggi dan sakit jantung.

Faktor atau punca berdengkur ketika tidur.

  • masalah tisu berlebihan di anak tekak.
  • Obesiti
  • kedudukan tidur yang terlentang.
  • tonsil membengkak.
  • alahan.
  • tulang hidung bengkok.
Cara mencegah berdengkur ketika tidur.
  • berusaha mengurangkan berat badan jika berat badan individu tersebut berlebihan.
  • memilih posisi tidur secara mengiring.
  • amalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
  • berhenti merokok.
  • cuba dapatkan rawatan bagi hidung tersumbat dan ruang kerongkong yang sempit.


Sedikit petua untuk menghilangkan atau mengurangkan dengkuran pasangan anda.

  • sediakan tujuh biji badam.Basuh,keringkan dan tumbuk sehingga lumat.Kemudian campurkan badam tersebut ke dalam segelas susu panas.Amalkan petua ini setiap malam sebelum masuk tidur.
  • Ambik 2 ruas kunyit hidup.Buangkan kulitnya,bersihkan dan hiris halus.Kemudian,masukkan kunyit tadi kedalam gelas air suam.Anda boleh tambahkan sedikit madu dan amalkan minum sebelum tidur.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk anda yang berdengkur ketika tidur.


set dengkuran shaklee
vitamin E Shaklee


Seperti yang kita semua ketahui,Vitamin E merupakan vitamin yang mempunyai kandungan antioksida.Ianya juga berfungsi untuk membantu proses pengakutan oksigen dalam darah.

Vitamin E mampu mengurangkan masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan anda semasa tidur.

Vitamin E juga membolehkan hemoglobin (HB) dalam sel darah merah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih berkesan dan efisien.

Anda mungkin meminati Vitamin lain untuk mengurangkan masalah dengkuran anda.


Anda ingin order dan bayar sendiri untuk Vitamin E Complex?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

resepi popia maggi


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua..Apa khabar anda semua hari ini?

Kembali bersiaran selepas cuti semester ^_^.Hari ini dah masuk semester kedua iaitu cabaran 30 hari.Alhamdulillah cabaran 40 hari (semester pertama) berjaya ditempuhi dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang datang.Bila diingatkan balik,pelbagai peristiwa terjadi sepanjang dalam tempoh 40 hari tu.Suami kemalangan,anak demam,wifi rosak,anak tutup wifi,update blog sambil bf anak sehingga anak tertidur,anak berebut nak telefon,anak nak laptop nak tengok kartun.Macam-macam la.

Tetapi,sebenarnya itulah yang mengajar kami semua agar tabah dan lebih alert dengan masa.Anak tidur jer sekejap,terus mengadap laptop.Tapi ini bukanlah bermakna kerja rumah tak jalan,Kerja rumah masih berjalan,aktiviti memasak tetap diteruskan seperti biasa,anak diuruskan seperti biasa.Tapi entry blog diupdate setiap hari.

Oleh kerana kelmarin adalah hari cuti dari membuat entry,jadi,masa terluang untuk membuat kuih ada la.Oleh kerana semua bahan-bahan dah tersedia dalam peti sejuk,maka,terciptalah resepi popia maggi goreng.Memang saya tak letak ubi,sebab saya bukanlah penggemar ubi :) baik sengkuang mahupun keledek.hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • kulit popia
  • isi ayam |dicincang @ dipotong kecil-kecil.
  • sosej | dipotong mengikut kreativiti anda
  • mee segera 3 bungkus
  • 1 batang carrot | dipotong kecil memanjang
  • 1 tin sardin | dihancurkan isi sardin.
  • lada sulah
  • lada hitam
  • garam.
  • bawang merah dan bawang putih | dikisar
  • sedikit minyak
popia maggi

Cara menyediakan :
  • rebus maggi terlebih dahulu kemudia toskan.
  • masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  • Apabila bawang yang telah ditumis tadi dah naik bau,masukkan isi ayam dan sosej.
  • biarkan seketika agar setengah masak.
  • kemudian masukkan carrot.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan isinya.
  • Kemudian,masukkan maggi yang telah ditoskan.Gaulkan hingga sebati.
  • Perasakan dengan lada sulah.lada hitam dan sedikit garam.
  • Kemudian,bolehlah mulakan sesi menggulung popia mengikut kreativit anda masing-masing.
  • Anda boleh gulungkannya secara 3 segi ataupun memanjang.

Tips ringkas

  • untuk mengelakkan kulit popia kering semasa proses menggulung,lapiklah kulit popia tersebut dengan kain bersih berbentuk segi 4 yang telah dilembabkan.
  • Bukan lapik jer taw,lepas ambik sekeping kulit popia tu,tutuplah kulit popia tersebut.
  • Kalau nak bagi melekat dan terletak elok hujung kulit popia tu,basahkan dengan sedikit air.Anda boleh gunakan air masak ataupun air yang telah ditapis.
  • Jika anda nak gunakan putih telur sebagai gam pun boleh.
  • Bila dah siapkan untuk 1 bekas,segera tutup dan simpan dalam peti.Ini adalah untuk mengelakkan kulit popia tersebut kering dan dihinggap lalat.
Bila dah siap,anda boleh pelbagaikan cara memasak popia maggi ini.Nak masak secara goreng pun boleh,nak masukkan dalam microwave pun boleh.

Kalau nak sedap,anda boleh makan bersama sos atau mayonis.

resepi popia maggi ummi hariz
Taraaaa,inilah hasilnya popia maggi saya.


Selamat mencuba semua ^_^.Anda boleh juga masukkan sayur kegemaran anda selain dari carrot.









supplement bajet untuk kulit berjerawat

Assalamualaikum semua.

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang menuntut pengorbanan dari segi masa,wang,waktu rehat dan sebagainya.Kadang kala dalam kesibukan mengejar impian dan cita-cita untuk berjaya di menara gading,kesihatan kulit sedikit terabai.Kadang-kadang lepas habis kelas malam,balik menelaah pelajaran sedikit,mata mengantuk dah.Terus tidur tanpa membersih muka ataupun memberus gigi.



Keesokannya muka mula la ditumbuhi jerawat.Mula-mula jerawat timbul sebiji,lama-kelamaan jerawat memenuhi sebahagian daripada muka.Wuarghhhhhhhhh,stress beb.Nak-nak pulak kan minggu depan ada pembentangan berkumpulan.Keyakinan diri tu sah-sahlah terbang entah ke mana.


Disamping mengamalkan mencuci muka,pakaikan toner dan pelembab semua tu,anda juga boleh makan supplement.Antara supplement yang boleh para pelajar dan individu yang modalnya tak berapa banyak,anda boleh menggunakan zinc complex.


Bagaimana Zinc Complex berfungsi kepada :

Jerawat :

-mineral zinc ini mampu menghilangkan jerawat dari kulit dengan bertindak mengawalb selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan yang menyebabkan masalah jerawat.
-berhubung rapat dengan sintesis kolagen yang akan membantu untuk normalkan kembali jumlah minyak dalam kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Mengurangkan masalah jerawat dan kulit berminyak.

-mengawal atur kalenjar sebum untuk mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan jerawat pada wajah.

Mempercepatkan proses penyembuhan luka

- Dalam badan manusia,terdapat beberapa enzim yang bergantung kepada zinc untuk menggalakkan sintesis kolagen dan membantu dalam penyembuhan luka,

Point ringkas mengenai Zinc Complex :

  • membentuk kolagen.
  • memperbaiki diabetes
  • memperbaiki radang kulit.
  • mengaktifkan 200 jenis enzim.
  • mempercepatkan proses pemulihan luka.
  • memperbaiki masalah prostat.
  • mengekalkan deria bau.
  • Ovulasi wanita.
  • Memperbaiki kemampuan seks lelaki.
Siapa yang memerlukan Zinc Complex?
  • wanita hamil,
  • wanita menyusu
  • individu yang mengalami luka baik lelaki mahupun wanita.
  • individu vegetarian.

Berapa harga Zinc Complex ini?

RM 33.75 untuk 120 biji.


Anda ingin order dan bayar sendiri untuk zinc complex?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

inginkan gigi yang putih dan cantik berseri?

Setiap orang inginkan gigi yang cantik dan putih berseri kan?Baru la keyakinan untuk berhadapan dengan orang itu tinggi sikit ^_^.Kebanyakan individu akan buat apa sahaja untuk mendapatkan gigi yang cantik dan putih   berseri.Kos tinggi pun tak pelah,janji gigi putih berseri dan cantik.

Jangan terkejut ok bila ada rakan taulan yang sanggup melabur kos yang tinggi untuk kikis gigi,pakai mendakap gigi,beli itu,beli ini dan sebagainya untuk dapatkan gigi yang cantik.Siapa nakkan gigi yang kuning,berkarat dan bertaik?Kalau boleh semua orang tak nak bukan? ^_^



Kalau zaman saya sekolah menengah dulu,gigi emas sangat popular.Biasa la remaja tengah membesar.Pelbagai gelaran nak beri pada kawan-kawan.Kalau sekeliling rumah si A dipenuhi dengan pokok petai,dipanggilnya si A dengan gelaran petai.Kalau bapa si B buat kebun kailan,dipanggilnya si B kailan.Kadang-kadang bila ingatkan balik memang akan senyum sorang-sorang.Sampaikan gelaran gigi emas pun ada ok.

Suatu hari,ada seorang cikgu lelaki,rasanya beliau sentiasa dengar kot budak-budak kelas kitaorang suka panggil dengan nama gelaran.Akhirnya beliau buat kertas peperiksaan dengan menggunakan semua nama gelaran itu.Bila tiba saat untuk menjawap peperiksaan,semua murid buka kertas soalan.Dewan peperiksaan gamat dan riuh dengan gelak ketawa kami semua.Itulah antara kenangan manis sewaktu bersekolah di daerah Sik,Kedah.

Baiklah,berbalik pada tajuk entry hari ini,sebenarnya tak susah pun nak putihkan gigi.Disamping menggunakan ubat gigi dan berus gigi yang sesuai,anda juga boleh gunakan bahan dari dapur rumah anda.Ha,biar betul?yer,hanya gunakan garam sahaja.Tapi garam halus la,jangan gunakan garam kasar pulak ^_^.


Bagaimana nak buat?

  • lembabkan dulu berus gigi anda.
  • ambil sesudu kecil garam halus dan letakkan di atas berus gigi anda.
  • kemudian,gosokkanlah ke semua gigi anda.
Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.Seeloknya gunakan berus gigi yang rapat.Selain garam,anda juga boleh gunakan baking powder sebagai pengganti garam.

Hasilnya?gigi anda akan lebih bersih,putih dan menawan.


Cantik bukan?kalau senyum depan orang ramai,pasti mereka semua akan tertawan ^_^

Selamat mencuba semua.

anda pasti tertawan dengan koleksi pakaian online ini


Assalamualaikum semua..

Dunia yang serba moden ini,kalau boleh semuanya nak beli secara online jer.Bukan setakat anda semua,saya pun termasuk dalam kategori membeli hanya dari rumah tu..ekekeke..asalkan ada internet di rumah,ada laptop atau handphone,ada kredit kad atau debit kad,semuanya lancarr,,^_^

Tetiba kan malam nie saya nak kongsikan satu kedai atau laman yang menjual pakaian.Memang akan rambang mata kalau tengok semua koleksi-koleksi yang mereka pamerkan.Sebenarnya saya boleh kenal dengan kedai ini semasa sedang belek-belek majalah fesyen hijab.Kat muka surat yang belakang-belakang tu akan ada la cadangan untuk kita semua membeli belah secara online.

Kedai ini terletak dan beroperasi di Kota Bharu,Kelantan

Nama kedainya ialah Jubah Impian Collection.Tapi pelbagai jenis pakaian dijual.Antaranya ialah skirt,jubah moden,jubah muslimah,dress,blaus dan lain-lain lagi.Kain sulam pun ada uolsss...Memang akan rambang mata kalau tengok.Dan yang paling membuatkan anda rambang mata ialah harganya yang berpatutan disamping design pakaiannya yang cantik-cantik belaka.



Apa yang membuatkan anda tertawan dan rambang mata ialah setiap helaian pakaiannya berpaksikan citarasa yang elegan dan trendy.

Sesuai la kan sebab hujung-hujung tahun begini,anda dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis,Majlis makan  malam bersama syarikat,hari keluarga,kenduri kahwin si tipah,kenduri cukur kepala anak si limah,kenduri kesyukuran dapat madu dan banyak lagi la.

Jadi kepada anda semua yang ingin mencuba aura dan design baju yang lain dari yang lain,bolehlah lawati Jubah Impian Collection.

Dan jika anda ingin mencari kelainan dalam aksesori untuk melengkapkan penampilan anda agar lebih angun,cantik.menarik dan tertarik,anda boleh shopping di pinkybears.Harganya sungguh murah lagi menjimatkan.

Semoga info yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua..^_^

resepi sihat untuk ibu hamil yang picky eater

Assalamualaikum semua..

Seperti yang kita semua sedia ketahui,apabila seseorang wanita hamil,semuanya akan berubah 90 darjah.Bermula dari perubahan bentuk badan,perubahan saiz perut hinggalah ke perubahan selera makan.

Namun,selera makan ibu hamil perlulah dititikberatkan.Ini adalah kerana ianya penting untuk penghasilan tenaga,zat dan juga perkembangan bayi di dalam kandungan.Bayangkan si ibu tiada tenaga,badan pun lesu jer,tak makan tapi muntah selalu.Bagaimana bayi yang ada dalam kandungan nak dapatkan sumber zat dan lain-lain keperluan untuk proses tumbesarannya?

Hari ini,saya nak kongsikan resepi esp (energizing soy protein) bersama buah kegemaran anda semua.Atau lebih popular sekarang nie orang panggil smoothies.Wah,sedapnya.Namun,smoothies bukan sebarang smoothies.Smoothies yang tinggi protein tapi GI (glimeks index) yang rendah disamping sumber vitamin yang terdapat didalam buah-buahan kegemaran anda.

smoothies buah dan esp shaklee
buah-buahan segar

Smoothies buah bersama Esp 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • buah-buahan kegemaran anda | dipotong dalam saiz yang sesuai.
  • sedikit air 
  • 3 sudu besar esp
  •  sudu kecil madu.


esp shaklee
Esp shaklee yang marvelous.

Cara untuk membuatnya :


  • masukkan buah yang telah dipotong ke dalam pengisar.
  • masukkan sedikit air.
  • masukkan esp.
  • masukkan madu.
  • kisar hingga semua bahan-bahan sebati.

smoothies bersama esp shaklee
smoothies sedap
Taraaa,,,dah siap pun smoothies anda.Anda juga boleh hiaskan dengan apa yang anda suka,Seperti daun pudina ker,baki buah-buahan yang telah dipotong dan sebagainya.Bila hias cantik-cantik,in shaa ALLAH selera anda untuk merasai smoothies tu akan hadir..yummy.

Tips sampingan

Dan jika anda mahu mencipta sedikit kelainan,anda bolehlah gunakan buah naga yang isinya berwarna merah atau putih.Nak senang untuk dapatkan isi buah naga tersebut,anda boleh belah 2 buah naga tu kemudian korek dengan sudu dan kemudian masukkan dalam pengisar.Senang jer kan?




Anda ingin order dan bayar sendiri untuk esp?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...