'sihat dan cantik pilihan saya'

Pengedar Shaklee Perkampungan Cenderawasih,Kuantan.

Assalamualaikum semua.

Ha,jangan terkejut dengan tajuk entry kali ini.Alhamdulillah,terima kasih ya ALLAH kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya terus berada di sisi suami.Merantau,mengharungi hidup susah dan senang bersama suami tercinta.In shaa ALLAH akan terus berbakti kepada suami dan anak selagi nyawa  dikandung badan.

Alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya.Terima kasih ya ALLAH !

Pengedar Shaklee Perkampungan Chenderawasih.

Maka,dengan ini diisytiharkan saya Siti Rosnah Binti Abdullah telah bertukar menjadi pengedar Shaklee Perkampungan Chenderawasih,Kuantan,Pahang.Bagi anda yang berada di sekitar Indera Mahkota dan perkampungan Chenderawasih boleh mendapatkan supplement dan produk Shaklee bersama konsultansi dengan saya.^_^

pengedar shaklee kuantan
muka malas nak senyum,penat


Perkampungan Chenderawasih kan besar?Macam mana nak cari?

Mudah jer ! Sekarang kan dunia di hujung jari ;).Anda boleh menghubungi saya di talian 013-9156881 (maxis) untuk apa jua soalan berkenaan produk shaklee dan cara mendapatkannya.

Saya juga menyediakan perkhidmatan COD (cash on delivery) kepada anda yang berada di sekitar Perkampungan Chenderawasih dan Indera Mahkota.Saya turut menyediakan perkhidmatan pos laju kepada anda yang mahu.Pos laju seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Bagi negara lain seperti Singapore,Brunei dan lain-lain negara,perkhidmatan pos turut disediakan.Cuma kos pengeposan mungkin bertambah ^_^.


Bagi anda yang berada di sekitar Manir,Kuala Terengganu yang masih lagi nak membeli dengan saya,calling-calling lah.hehehe.In shaa ALLAH permintaan anda akan cuba dipenuhi sebaik mungkin.Pos laju kan ada ;).

Sekian dulu untuk kali ini,semoga anda semua sihat,ceria selalu dan menjadi hartawan dan dermawan yang berjaya didunia dan di akhirat.In shaa ALLAH..amin....

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.


Susu tidak keluar selepas bersalin?Apa yang harus anda lakukan?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Rindunya nak menulis blog !! Namun,apakan daya,komitmen lain perlu diberi tumpuan terlebih dahulu.Syukur alhamdulillah,walaupun blog agak terabai,namun sales tetap jalan.Semuanya dengan izin ALLAH ^_^.

BAiklah,tak nak berbicara panjang,hari ini saya akan kongsikan perkara yang boleh dikatakan agak penting untuk semua kaum hawa yang akan bergelar ibu tidak lama lagi.

Tentunya setelah berkahwin,kita semua inginkan cahaya mata.Apabila anda disahkan hamil,gembira bukan kepalang lagi.9 bulan bukanlah masa yang lama.Pejam celik-pejam celik,dah sampai masanya untuk bersalin.

Kebiasaanya,selepas bersalin dan bayi anda tiada masalah,anda akan ditempatkan bersama.Masalah mula melanda apabila bayi menangis.Tentunya bagi anda yang baru menjadi ibu buat kali pertama,tidak tentu arah.Tak tahu nak buat apa.Nak tukar lampin pakai buang pun terkial-kial lagi.Pelbagai perkara bermain di fikiran,macam mana nak pegang bayi sewaktu tukar lampin?

Kalau di hospital kerajaan,suami dan saudara mara hanya boleh masuk ketika waktu melawat sahaja.Tinggallah kita bersama bayi,kaum ibu dan jururawat sahaja dalam wad tersebut.Bagaimana nak uruskan bayi sementara kita masih lagi dalam kesakitan dan keletihan selepas bersalin?Cara terbaik adalah memanggil jururawat dan minta tunjuk ajar daripada jururawat terbabit.In shaa ALLAH mereka akan membantu anda sebaik mungkin.

Kebiasaannya bayi selepas keluar menjengah dunia,mereka akan tidur.Tetapi,masalah mula timbul apabila anda keluar dari wad dan pulang ke rumah.Bayi menangis kerana terdapat sebabnya yang tersendiri.

Faktor bayi menangis

  • lapar
  • perut kembung
  • tidak  selesa dengan persekitaran baru (terlalu panas atau terlalu sejuk).
  • Lampin penuh.
  • Suasana bising.


Segelintir para ibu mungkin akan resah dan gelisah apabila mereka cuba melihat air susu badan.Dipicitnya sedikit susu tidak keluar.Maka,bermulah perang emosi.Pelbagai persoalan bermain di fikiran.'air susu tak de pun ! Patutlah anak aku selalu menangis !'.Maka,untuk jalan cepat,mereka lebih memilih untuk memberi susu formula kepada anak yang baru dilahirkan walaupun bayi tersebut lahir tidak cukup bulan.

Jangan panik wahai ibu-ibu sekalian.Bertenang dan sabarlah.Sememangnya susu badan pada permulaan memang tidak banyak seperti yang anda jangka.Namun,setelah beberapa kali anda menyusukan bayi anda,air susu akan bertambah banyak.In shaa ALLAH mungkin jika rezeki anda,anda menyusukan bayi menggunakan payudara kanan,susu akan memancut-mancut di payudara kiri anda.Indah bukan apabila susu badan meriah? ^_^.


Tips banyakkan susu ibu


  • susukan bayi anda sekerap yang mungkin.
  • selalu amalkan konsep 'supply & demand' (secara terus mahupun pam).
  • banyakkan minum air kosong.
  • makan makanan yang berkhasiat.

Supplement untuk ibu menyusu

 Shaklee turut menyediakan set kesihatan untuk ibu menyusu.Antaranya ialah :

Anda ingin order dan bayar sendiri Set penyusuan Shaklee ini? Sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit ok.





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.



Kemanisan bergantung kepada ALLAH 100 %

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak menulis dengan tajuk yang agak santai,tetapi begitu bermakna dan mendalam bagi setiap orang Islam.

Sudah menjadi adat,sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini,kita akan cari tempat untuk bergantung,mengadu,berbicara dan meluahkan kepada sesuatu.Sesuatu itu mungkin kepada ALLAH ataupun kepada manusia.

Apabila dah terluah apa yang bermain di fikiran,apa yang kita rasa,secara automatik kita akan rasa lega.Betul tak?

Pengalaman 4/1/2015

Semalam,semasa berhenti singgah sekejap di kedai telefon,kami disapa oleh seorang hamba ALLAH.Mula-mula beliau cakap,aktifnya anak awak.Kami suami isteri hanya mampu tersenyum.Kemudian,beliau cakap,budak-budak mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.

Rupa-rupanya,beliau mempunyai seorang anak istimewa daripada 4 zuriatnya.Membesarkan anak istimewa amatlah memerlukan kekuatan yang tinggi.Kebergantungan kepada ALLAH juga perlu tinggi.Kenapa?

Ternyata ada satu kisah disebalik kehidupan anak istimewa ini.Sejak dilahirkan,tiada masalah untuk membesarkannya.Tetapi,apabila sudah  memasuki umur 1 tahun,sebagai ibu bapa,mereka pastinya risau kerana anak mereka belum boleh bertatih apatah lagi berlari ke sana ke mari.

Perasaan kasih dan sayang yang mendalam membuatkan mereka membawa anak istimewa tersebut berjumpa dengan doktor pakar.Alangkah tersentapnya hati mereka berdua apabila doktor pakar sendiri memgesahkan yang anak mereka tidak berjalan.

Tetapi,sebagai ibu bapa mereka tetap berdoa semoga suatu hari nanti,anak mereka dapat membesar,berjalan dan berlari ke sana ke mari seperti kanak-kanak yang lain.Biarpun tidak sesempurna seperti kanak-kanak lain.

Doa dan harapan sentiasa mengiringi anak istimewa tersebut.Tahun demi tahun berlalu,dan akhirnya pasangan suami isteri terbabit dikejutkan dengan anugerah yang tidak terhingga daripada ALLAH.Pada usia anak istimewa tersebut 4 tahun,beliau secara perlahan-lahan mula belajar bertatih dan seterusnya berjalan seperti anak orang lain.

Namun,anak ini begitu istimewa bagi ibu dan ayahnya.Ini adalah kerana anak tersebut dikurniakan apa yang tidak ada pada orang lain.Anak tersebut seperti memahami apa yang terjadi di sekelilingnya,bila sampai ke sesuatu tempat,beliau akan duduk dan hanya mendengar dan melihat apa berlaku di sekelilingnya.

Beliau juga dianugerahkan boleh tahu apa yang ibu dan ayahnya tidak tahu.Contohnya ada orang akan datang bertandang atau melawat mereka.Apa yang tetamu itu nakkan dari keluarga mereka.

Apabila si ayah selesai berurusan,anak istimewa tadi bangun dan bersalam dengan orang yang berurusan dengan ayahnya.Alangkah damainya hati melihat perlakuan beliau.Walaupun tidak sesempurna orang lain,tetapi ibu dan ayahnya mengajar beliau apa yang patut untuk beliau meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.Beliau juga dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu seperti kanak-kanak yang lain.

Manisnya bergantung kepada ALLAH.

Apa yang saya dapat simpulkan dari kisah adik istimewa tersebut ialah,

  • Doa ibu bapa untuk anak-anak tiada hijabnya.
  • Yakin ALLAH akan makbulkan doa dan permintaan kita.
  • Teruskan berdoa tanpa ada rasa putus asa.
  • Doa secara spesifik.
  • anak-anak merupakan tiket extra untuk ibu bapa mendapat pahala extra.
Semoga anak istimewa tersebut akan menjadi anak yang soleh,dunia dan akhirat,berjaya seperti insan-insan lain dan membanggakan ibu dan ayah yang membesarkan beliau.Begitu banyaknya pahala ibu dan ayahnya dapat sepanjang membesarkan anak syurga yang istimewa ini.

.

Bengkak susu saat berhenti bf?Bagaimana nak atasinya?

Assalamualaikum semuaa...

Dengan rasminya 2014 telah melabuhkan tirainya.Maka bermulalah episod baru 2015.Segala suka dan duka telahpun berlalu.Cuma apa yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian ialah,yang buruk dijadikan sempadan,yang baik dijadikan teladan.



Tidak dinafikan tahun 2014 banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan,keikhlasan,dan kejujuran.Dan tahun 2015 banyak memberi kejutan pada diri saya.Suami diberi peluang untuk memangku sesuatu jawatan dalam tempoh tertentu dan seterusnya dinaikkan pangkat.Tetapi dengan syarat kena berpindah ke Kuantan,Pahang.Begitulah adat bekerja dengan orang.Apa-apapun,alhamdulillah,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Disember 2014 anak sulung saya telah cukup umur 2 tahun.Alhamdulillah saya berjaya menyusukan iman dalam tempoh 2 tahun.Bila iman dah cukup 2 tahun,jenuh perah otak macam mana la buat untuk berhenti menyusu badan.Lagipun,susu pun dah makin berkurangan.

Tips Berhenti susu badan.


  • Praktikkan secara perlahan-lahan (jangan terlalu drastik).
  • Beritahu anak (walaupun anak tak faham lagi).
  • Sulamkan dengan botol sebelum usia anak mencapai 2 tahun.
  • Sapu benda yang anak tidak suka pada nipple.Contohnya :
  • bancuhan kopi yang pekat,
  • bawang putih yang ditumbuk lumat.
  • serbuk nescaffe.
Untuk iman,saya hanya gunakan bawang putih yang  telah ditumbuk lumat.Serbuk kopi dan serbuk nescaffe memang tak jalan.Sebab iman memang menggemari kopi dan nescaffe.Saya memang akan simpan air kopi dan nescaffe yang tidak habis diminum dalam peti.

Budak-budak kan memang suka ikut apa yang dia lihat.Apa yang kita buat,itulah yang akan dia ikut.Selalunya,bila kita solat atau sibuk memasak dan sebagainya,ketika itulah dia pun sibuk dengan aktivitinya tersendiri.Tengok-tengok dah habis setengah cawan air kopi diminumnya.

Tetapi,dalam seminngu berhenti menyusu badan,saya mula alami kesakitan akibat bengkak susu.Sakit yang teramat sakit sehingga demam secara mengejut.Namun,jangan risau,ada tips untuk kurangkan kesakitan ini.

Tips kurangkan kesakitan akibat bengkak susu.

  • Tuam dengan air suam
  • Tekapkan kobis pada payudara (pastikan kobis dibasuh terlebih dahulu dan kemudian disimpan dalam peti dalam setengah jam)
Alhamdulillah,kini saya berjaya wean off sepenuhnya ^_^.Bila nak wean off,semangat ibu memang kena kuat.Sebab memang anak akan meraung dan sebagainya.Tetapi alhamdulillah,iman hanya meraung waktu siang jer mula-mula tu.Bila terkejut tengah malam,dia akan mintak susu botol atupun air jer.

Tidak dilupakan,sepanjang tempoh percubaan untuk wean off itu,amalkan zikir ya wahhab sebanyak yang anda mampu.In shaa ALLAH akan dipermudahkan semuanya.

.

Kentang goreng picu kanser?Fakta atau auta?

Assalamualaikum semua.

Kentang goreng.Kebanyakan individu suka makan kentang goreng.Saya juga tidak terkecuali daripadanya.Contohnya kita sudah makan malam,tiba-tiba rakan telefon untuk bertemu segera.Apabila tiba ditempat yang dijanjikan,contohnya restoran atau  kedai makan,selain minuman,mesti ada jugak makanan sampingan yang lain.Dan setakat ini,yang selalu menjadi pilihan hati ialah kentang goreng.



Sebenarnya,setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita mempunyai risikonya yang tersendiri.Setiap perkara yang kita lakukan mempunyai risikonya masing-masing.Samalah seperti kita berkahwin,seterusnya mengambil keputusan untuk mengandung secepat yang mungkin atas alasan tak nak rumah tangga terlalu sunyi.Bila ada bayi,seronok sikit.Apabila bayi tersebut lahir,anda dan pasangan yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atasnya.

Saya akan kongsikan maklumat dengan anda semua hasil dari pembacaan saya.Terpulang kepada anda nak klasifikasikan entry ini sebagai fakta mahupun auta ^_^.

Khabar angin yang mengatakan pengambilan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah khabar angin.European Food Safely Authority (EFSA) iaitu sebuah badan beraotoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan  acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna di semua peringkat umur.

Apa itu Acrylamide?

Acrylamide dalam makanan dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan digoreng dengan suhu yang tinggi (120'C) bagi menjadikan makanan tersebut ranggup dan sedap.

Antara makanan yang dimasak menggunakan suhu yang tinggi ialah potato chips dan french fries yang didapati mengandungi kandungan  acrylamide yang lebih tinggi berbanding dengan makanan lain.

Kenapa kentang?

Kentang mempunyai kandungan asparagine iaitu amino asid yang tinggi.Apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi,asparagine boleh membentuk acrylamide.Acrylamide yang diambil dalam makanan akan diproses  didalam perut dan hasil proses Acrylamide akan membentuk glycimade.Glycimade  boleh menyebabkan mutasi pada DNA dan boleh menyebabkan tumor dan kanser terutama dibahagian :

  • mulut
  • saluran pemakanan esofagus
  • perut.
Namun,tidak semua penggemar kentang akan  mengalami kanser.Ini adalah kerana tahap acrylamide yang akan terhasil adalah berbeza dan bergantung kepada pengilang.Masa memasak,kaedah dan suhu proses memasak turut mempengaruhi tahap acrylamide.

Kaedah memasak seperti membakar juga boleh menghasilkan acrylamide.

Manakala kaedah memasak dengan mendidihkan dan meggunakan 'microwave' kurang menghasilkan acrylamide.

Kebanyakan daripada kita memang menggemari kentang goreng bukan?Entry ini bukanlah bertujuan untuk tak nak bagi anda makan kentang goreng langsung.Namun,berhati-hatilah dan jangan keterlaluan dalam menikmati makanan ringan dan seumpamanya.

.

resepi ringkas tapi bila makan,mak mentua lalu belakang pun xperasan!

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.

Oleh kerana hari ini merupakan hari cuti bagi negeri Terengganu,terpaksalah masak awal sikit.^_^.Selalunya kalau tinggal berdua jer dengan iman,pagi tu beli agak-agak boleh sampai ke tengah hari cukup dah.Lepas zohor atau lepas asar baru mula nak berkungfu di dapur ;).

Hari ini,pepagi lagi dah sibuk ke sana sini.Ke kedai mencari sarapan makan,roti canai jer pun.Alhamdulillah licin dan tidak dikategorikan sebagai 'membazir'.Bergegas ke pasar,mencari barang-barang basah dan keperluan lain.

Tapikan,bila sampai jer kat gerai jual sayur,saya tertarik dengan satu jenis sayur.Dalam kategori sayur la jugak agaknya kot.Hahaha.Serius,saya bukanlah penggemar sayur,vegetarian lagi la jauh panggang dari api.

Saya memang tertarik dengan labu air nie sebab ia  merupakan salah satu makanan kegemaran suami.Kalau buat memang si suami akan menambah lagi nasi.Alhamdulillah bersyukur diketemukan dengan suami yang banyak cekadak.Walaupun  masak simple,ucapan 'terima kasih' tetap diucapkan.Dan jika ada kekurangan.akan ditegur dengan  cara berhemah ^_^.

Baiklah,berbalik kepada resepi saya hari ini,resepinya simple dan  mudah sahaja.

resepi ringkas labu air
labu air


Labu Air Masak Tumis.

Bahan-bahan yang diperlukan;
  • 1 biji labu air saiz sederhana.
  • 1 biji labu bawang  besar | dimayang
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 inci halia | diketuk @ dipotong
  • ikan bilis secukupnya
  • Cili besar | dipotong nipis
  • lada hitam | ditumbuk
  • air
  • garam dan perasa secukup rasa.
Cara penyediaan :
  • masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk.
  • Apabila minyak dah panas,masukkan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan air dan ikan bilis.
  • Biarkan seketika.
  • Apabila air dah mendidih,masukkan labu air.
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk
  • Masukkan cili besar yang telah dipotong.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Tutup api,sedia untuk dihidang.

resepi labu air ringkas
inilah hasilnya


Dan inilah hasilnya.Enak dimakan bersama nasi panas.Kalau dah ada makanan berkuah begini,makan dengan ikan kembung goreng atau ayam goreng bersama sambal belacan pun dah cukup :).

Alhamdulillah settle memasak untuk isi perut suami dan anak.Walaupun saya ni tak mahir sangat memasak,sekurang-kurangnya suami terima kasih pun dah cukup.

Tak dapat bayangkan kalau boleh suami yang jenis banyak cekadak.Buat itu tak kena,buat ini tak kena,cakap pun pakai cakap lepas jer,tak fikir dah tentang perasaan orang lain.Bahaya ooi...kalau boleh isteri yang jenis sabar tak pe,kalau boleh isteri yang jenis melawan,tak dapat bayangkan berapa lama rumah tangga tu boleh bertahan.

Tips nak tahu labu air dah empuk atau belum.

Sebelum tutup api tu,ambillah seulas buah labu air yang telah dipotong,letakkan dalam pinggan.Ambil garfu atau pisau cucukkan labu air tersebut.Kalau pisau atau garfu tersebut boleh masuk dengan mudah ke dalam isi labu air tersebut,kira masaklah tu :)

Selamat mencuba semua.
.

5 sebab kenapa Vitamin E Complex Shaklee menjadi rebutan ramai


Assalamualaikum semua.

Oleh kerana bulan Disember 2014 adalah bulan Promosi set kecantikan,maka saya akan cuba luangkan masa untuk berceloteh tentang supplement kecantikan jer.Ha,jangan  tak tahu,vitamin E Complex juga termasuk dalam set kecantikan.

Rata-rata individu di luar sana mesti tahu kebaikan Vitamin E pada kulit.Sebut jer vitamin E pasti akan dikaitkan dengan Vitamin C jugak.Itulah kuasa nak cantik.Memang lumrah manusia ingin tampil cantik,hensem dan menawan.

Saya sendiri merupakan pengguna Vitamin E Complex ini.Dan menakjubkan apabila saya sendiri boleh merasai kesannya.Guna tak dan habis sebotol,tapi dan nampak kesannya.Siapa yang tak suka yer tak?

Apa itu Vitamin E?


Vitamin E merupakan sejenis antioksida yang larut dalam lemak.Juga sebagai antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu, dan organ-organ.

Di samping itu,vitamin E turut menyokong kesihatan :

  •  jantung,
  • otak dan 
  • prostat.
  • Selain itu,Vitamin E turut meningkatkan fungsi peparu,kolon dan fungsi imun.
Dan jangan tak tahu,Vitamin E juga turut dikaitkan dengan peranan anti-penuaan.



Kenapa perlu pilih Vitamin E Shaklee?

  • Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum.Gandum dan soya kaya dengan vitamin e.
  • Mengandungi ekstrak d-alpha tocopheryl,d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi.
  • Dikabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gamma,delta)
  • Mengandungi silenium sebagai pelengkp vitamin e.
  • Mengandungi ekstrak biji anggur

Testimoni Vitamin E Complex Shaklee

testimoni Vitamin E shaklee 1
testimoni Vitamin E 2
Anda ingin order dan bayar sendiri Vitamin E ini? Sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit ok.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...