'sihat dan cantik pilihan saya'

Pilihan wanita kini

Bekerja dari rumah semakin menjadi pilihan menarik bagi wanita masa kini.Mereka mempunyai alasan yang tersendiri contohnya mahukan kebebasan dalam erti kata sebenar.Ada yang mahu menumpukan perhatian kepada keluarga,anak-anak tapi dalam masa yang sama mereka mempunyai pendapatan sendiri.

Bekerja dari rumah
Pelbagai manfaat seandainya kita bekerja dari rumah.Antaranya ialah :

♥ mendapat kebebasan peribadi

Aspek yang paling menarik untuk bekerja dari rumah adalah kebebasan.Kebebasan dari segi masa,peluang dan kesempatan untuk berusaha.Anda tidak lagi terikat dengan peraturan tempat kerja,tidak lagi terkonkong untuk bekerja di waktu pejabat.

Tiada bos yang memerhati,tiada peraturan syarikat untuk dipatuhi,tiada lagi gosip-gosip liar atau politik pejabat..dan yang paling mengembirakan adalah tidak ada lagi jadual kaku atau rutin yang sama setiap hari.Bermula dari pagi bila buka saja mata,sibuk siapkan diri,hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau nurseri,menghadapi kesesakan lalu lintas.

 menuai pendapatan tanpa had.

Pendapatan kita sukar untuk orang teka.Jiran-jiran mungkin nampak kita duduk rumah 24,tapi kalau kita tak beritahu mereka pendapatan kita,adakah mereka akan tahu?mesti la tidak.Asalkan berusaha,buat habis baik, In Shaa ALLAH akan ada hasil yang lumayan menanti.

Sebagai peniaga seharusnya kita bergantung 100 % kepada ALLAH.Rezeki kita ditangan ALLAH bukannya di tangan manusia ;)

sentiasa bersama keluarga

Kebanyakan orang memilih untuk bekerja dari rumah adalah disebabkan 'push factor' yang kuat dan jitu iaitu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.Lebih-lebih lagi bagi para isteri yang sudah mempunyai anak.

Bayangkan setiap pagi hantar anak ke nurseri,petang baru ambik.Sampai rumah,bersihkan diri,memasak dan sebagainya.Kita selesai buat semua tu,anak-anak dah tidur.Masa untuk bersama dan bermain dengan anak-anak memang tersangatlah terhad.

Apabila bekerja dari rumah,setiap masa bersama anak-anak.Ada ketika mesti anda akan mengalami situasi nak mencuba pelbagai resepi-resepi baru untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.

Senang hati anak membesar depan mata.


mudah menghadapi kecemasan.

Bekerja dari rumah tentulah memberi kelebihan terutamanya dari segi masa.Contohnya apabila berlaku hal-hal kecemasan seperti ahli keluarga kemalangan atau kematian.Anda tidak perlu ambil cuti atau EL (emergency leave).Jika cuti anda anda masih berbaki,itu meruapakan bonus untuk anda.Tapi jika cuti anda sudah habis??

Banyak kelebihan bekerja dari rumah sebenarnya.Tidak perlu lagi nak pening kepala untuk memikirkan masalah kerja,tekanan dari pihak atasan,salah faham antara rakan sekerja dan sebagainya.

Hakikatnya bekerja dari rumah atau lebih terkenal dengan WAHM (women at home mom) memang indah.

kesan minimum 1 bulan SAHAJA !

98 % kaum hawa diluar sana inginkan kulit wajah yang putih berseri,halus mulus dan gebu gebas.Siapa yang tak nak cantik kan ?Walapun usia sudah meningkat 30 an atau 40 an,biarpun anak dah besar,ada yang sudah sekolah menengah atau sudah masuk universiti, kecantikan tetap dititik beratkan.Awet muda gitu ;)

Nak cantik,tapi malas la nak sapu toner la,krim siang la,krim malam bagai..orang utara cakap 'renyah'.Kalau boleh tu,nak makan or minum vitamin atau makan supplement jer..tak nak yang nak kena tenyeh bagai.

Sesuai untuk anda yang inginkan kesan cepat.Contohnya,bulan depan,BFF kenduri kahwin.Jadi,dia meminta anda untuk jadi pengapitnya.Tapi dengan muka berkerutu,bekas jerawat batu bagai,jeragat,ishhh..rasa tak yakin la ! Jangan risau,anda boleh cuba set kecantikan premium.Mana tahu kalau 2 bulan selepas majlis perkahwinan BFF anda,giliran anda pulak naik pelamin ;)

Perkenalkan set kecantikan premium.Menjaga kecantikan anda luaran dan dalaman.Dan yang paling menguntungkan.anda akan nampak kesannya dalam masa sebulan taw.



Set kecantikan premium mengandungi :

Macam mana kalau bajet tak banyak?? Nak ambik kedua-duanya,memang tak mampu.Jangan risau,anda boleh ambil salah satu.Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Shaklee Collagen Powder

collagen shaklee

  • mengandungi 4,000 mg proprietary kolagen RSS (RED SNAPPER SCALE) .kolagen daripada ekstrak sisik ikan merah sebagai bahan utama kerana kemampuan spesies hebat ini bertahan hidup di bawah tekanan tinggi dan bebas bertelur di kedalaman laut sedalam 5,000 meter di samping molekul kolagennya yang ringan yang mudah diserap dermis.
  • turut diformulasikandaripada gabungan tujuh estrak bahan hebat seperti biji Camellia Japonica,biji Pfaffia,kulit kerangan laut,vitamin C,B2,B6 danAcidophilus,produk ini juga ditambah Acid Hyaluronik untuk mengekalkan kelembapan kulit & Elastin yang berperanan menjadikan kulit lebih anjal.
  • didatangkan dalam bentuk mudah larut yang dipek dalam bentuk uncang.
  • hanya perlu bancuh collagen powder Shaklee bersama air.Ia kemudian boleh terus diminum pada bila2 masa dan di mana jua 
Vivix

vivix shaklee



  • bertindak melindungi dan membaikpulih sel DNA di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.
  • Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  • Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  • Kandungan vivix adalah berasakan bahan-bahan semulajadi.
Testimoni


testimoni kolagen,vivix dan vitamin C

testimoni vivix

testimoni kolagen shaklee

Kecantikan memang menjadi impian dan lumrah insan bagi kaum hawa.Muka cantik dan halus mulus,suami pun suka.Suami siapa yang tak suka apabila orang lain puji..'eh,siapa tu?CUNNYA !'...'la...aku ingatkan dia single lagi,rupanya bini orang dah,melepas aku'.Orang cakap la,tak tahula la betul ke tak.Lelaki apabila dah meningkat umur40-an,perangai gatalnya akan kembali seperti sebelum kahwin @ zaman dia mengorat kita :)
hahaha..


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

berkuatkuasa sekarang !

Assalamualaikum semua..

Mesti anda tertanya-tanya bukan,projek kepit suami? ?? Takkan la awak nak kepit suami awak 24 jam??macam la suami awak tu tiada kerja nak buat,asyik nak berkepit jerrr memanjang.



No..no..no...jangan berfikir negatif ok..elakkan dari bersangka buruk terhadap orang lain.

Sebenarnya 'projek kepit suami' ini bukanlah asyik nak berkepit je dengan encik suami 24 jam sehari.Ia lebih menjurus kepada para isteri. :)

Bayangkan bila anda ada pendapatan sendiri.Memang tak dinafikan zaman sekarang dah ramai suami isteri bekerja.Tujuannya adalah mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat sekarang nie.

Ok,berbalik pada tajuk.Pernahkan anda,sebagai isteri,suri rumah sepenuh masa,duduk di rumah menjaga anak semata-mata..tiada pendapatan LANGSUNG! membayangkan suatu saat nanti suami anda meninggal dunia??

Bagaimanakah kehidupan anda dan anak-anak saat itu?Mungkin ada diantara kita akan cakap,suami saya ada insurans.Adakah duit insurans tersebut akan dapat serta merta selepas kematian suami anda?Sanggupkah anda tebalkan muka menadah tangan memohon simpati dari mak ayah dan sanak saudara?

Atau,lebih menakutkan,suami anda pasang 'spare part' .Waktu tu mungkin akan meroyan kot  !Ye la,selama nie makan minum,duit belanja kita si suami yang tanggung.Adakah bila tiba saat itu,baru anda nak celik mata wahai para isteri?Bangun pukul 3 4 pagi,buat kuih,buat nasi lemak.

Pilihan terletak di tangan kita.Adakah kita nak bersusah payah sekarang atau nak bersusah payah pada masa akan datang?Masa tu mungkin kita akan ada anak 2,3 atau 5 orang??

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan anda.Sekadar renungan untuk anda semua.

Ya.REZEKI,AJAL,MAUT di tangan ALLAH.Tapi,kita perlulah berusaha untuk ke arah yang lebih baik,berusaha untuk mengubah hidup kita.Mungkin sebelum nie,kita hidup susah atau hidup secara sederhana.Belajar dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN.Cuba berfikir dah berapa tahun agaknya kita bekerja?Adakah hutang PTPTN sudah langsai?Adakah kita mahu anak cucu kita turut rasai situasi yang sama?

Sekarang,cuba anda bayangkan apabila kita punya pendapatan sendiri.Boleh pergi bercuti di dalam dan luar negara tanpa memikirkan masalah kewangan.Tanpa memikirkan masalah politik pejabat,bebanan kerja dan sebagainya.Bercuti dalam erti sebenar bercuti.Oh,alangkah indahnya dunia :)



Waktu bercuti tu bolehlah berkepit sepuas-puasnya kan? :) berkepit dengan suami dan anak-anak tersayang.Nak berkepit 24 jam pun tiada orang kisah ok.

Inilah yang dinamakan 'projek kepit suami'.hehehe..Jadi,buat para isteri dan ibu-ibu di luar sana,berusahalah untuk membantu kewangan suami kesayangan anda ok.Berniagalah atau buatlah produk apa pun asalkan halal dan tidak melanggar syariat agama.


cara bantu anak makan sayur dan buah


meal shakes makanan segera tanpa curiga!

Apa itu mealshake?apa kandungannya?dibuat dari apa? ? Itulah antara persoalan yang sering dilontarkan kepada saya.Semoga entry berkenaan meal shake ini sedikit sebanyak membantu anda.

Meal shake mengandungi 19 vitamin,protein dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Disamping itu,meal shake juga kaya dengan sumber kalsium dan mengandungi glimeks indeks yang rendah.

Antara nutrient di dalam meal shake

Fakta meal shake

○ membekalkan nutrien kepada sel-sel badan
-meal shake kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu dalam membentuk kulit,kuku,rambut,organ-organ,darah,dan sel-sel imunisasi.

○ nutrisi lengkap
-menyediakan 24 jenis vitamin A-Z,mineral,dan trace mineral.Trace mineral berfungsi sebagai penyerapan vitamin-vitamin dan mengaktifkan enzim.

○untuk pembesaran
- terdapat asid folic,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

○ anti oksida
- mengandungi vitamin A,C,E, zinc dan silenium.Vitamin ini merupakan antara komponen anti- penuaan.

○ pemulihan kulit
- mengandungi vitamin B-complex lengkap,iron untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

○ detox
- kaya dengan serap yang membantu untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

Meal shake sesuai untuk individu:

♥ Ibu mengandung
♥ ibu menyusu
♥ kerap sembelit
♥ terlalu kurus
♥ selalu demam dan selsema
♥ asthma @ semput
♥ kanak-kanak obesiti.



*this product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit.


panduan pemakanan untuk wanita hamil

Tahukah anda,sepanjang tempoh kehamilan,berat badan wanita akan bertambah sekurang-kurangnya 5kg.Tetapi purata pertambahan berat badan hamil adalah 12 kg.

Kalau berat badan naik mendadak,contohnya 4 kg dalam masa sebulan,memang nurse akan bising ^_^.Memang kerja mereka kan pantau pesakit.Kebiasaanya wanita hamil memang akan banyak lebih dari biasa.Itu adalah normal ^_^.



Pertambahan berat badan ini dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu :

  • pemakanan
  • senaman
Pemakanan

  • Wanita hamil digalakkan untuk makan 3 kali sehari.Jangan makan untuk 2 orang
  • makan dalam jumlah yang sederhana.
  • Jenis makanan juga mempengaruhi pertambahan berat badan.
Wanita yang gemar memakan makanan dan minuman manis akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak dan berisiko tinggi untuk mengidap penyakit diabetes ketika hamil.

Oleh itu,di sini disertakan jenis-jenis makanan yang baik untuk anda semua.

Karbohidrat

Makan karbohidrat berserat tinggi.Contohnya roti wholemeal atau beras perang.

 
makanan berkabohidrat tinggi

Lemak
Kurangkan atau elakkan makanan yang berlemak dan bergoreng.Contohnya laksa lemak,nasi lemak,mee goreng dan sebagainya.

nasi lemak

Sayur-sayuran
Tidak ada had dalam memakan sayur-sayuran.Ini adalah kerana ianya mempunyai kalori yang rendah dan penuh dengan vitamin dan pelbagai serat.

sayur-sayuran

Buah-buahan
Buah-buahan yang rendah gula seperti belimbing dan jambu  batu adalah lebih baik dari buah-buahan yang manis seperti durian,rambutan dan lain-lain.

buah-buahan

Protein
Protein hendaklah dimakan dalam jumlah yang sederhana.Antaranya adalah ikan dan ayam (bahagian dada) kerana ianya kurang lemak.


Makanan segera
Kebanyakan makanan segera ini berkalori tinggi.Maka,anda haruslah elakkan daripada memakannya sewaktu hamil.

makanan segera

senaman

Senaman sangat penting dilakukan ketika hamil.Jika anda ingin melakukan senaman,lakukannya secara beperingkat.Jangan terlalu memaksa diri sehingga terlalu penat di penghujung senaman tersebut.Pastikan anda memakai baju dan seluar atau kasut yang sesuai.

Dan paling penting,jangan lupa minum air yang banyak sewaktu dan selepas melakukan senama.Ini adalah bertujuan untuk mengelak tubuh anda terhidrasi.


Semoga garis panduan ini akan membantu para wanita hamil di luar sana untuk mengawal kenaikan berat badan sepanjang kehamilan.

testimoni set kesuburan

Pengalaman mengandungkan zuriat sendiri merupakan anugerah yang terindah bagi setiao wanita yang telah bergelar isteri.

Tetapi ada juga sesetengah wanita mengalami masalah untuk sukar hamil walaupun dah pelbagai cara diusahakan.Bertahun berkahwin tetapi masih belum ada tanda-tanda hamil.Ditambah dengan tekanan dari orang sekeliling,keluarga mentua dan sebagainya merupakan satu ujian yang hebat buat wanita.

Jangan pernah terfikir untuk berputus asa.In shaa ALLAH pasti akan ada zuriat sebagai lambang kasih sayang anda suami isteri.Yang penting banyakkan bersabar dan terus berdoa ok..

Jom kita lihat testimoni set kesuburan shaklee







Alhamdulillah mereka berjaya hamil dengan set kesuburan shaklee...Kita cuma mampu berusaha dan berikhtiar..selebihnya berserah kepada ALLAH S.W.T...

Anda juga ingin mencubanya...???

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Siti rosnah bt Abdullah
Pm | whatsapp
013-9156881



*this product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...