'sihat dan cantik pilihan saya'

Jenis ruam lampin

Masalah ruam lampin bukanlah sesuatu yang luar biasa jika berlaku pada kulit bayi.Ia lazimnya berlaku pada bayi yang memakai lampin terlalu lama kerana tindak balas air kecing.



ruam lampin
Oleh itu,pesanan untuk semua mama-mama gojes di luar sana,anda hendaklah sentiasa peka dengan sebarang perubahan kulit pada bayi anda terutamanya sekitar kawasan lampin.Sekiranya anda melihat bintik-bintik halus kemerah-merahan pada punggung bayi dan sekitarnya,segeralah rawat.

Ini kerana apabila ruam tersebut sudah melarat,bayi akan mula memerap,merengek dan sebagainya.Kita sebagai ibu bapa turut akan merasa tempiasnya.Masa untuk melakukan pelbagai kerja teramatlah terhad.Mencegah lebih baik dari mengubati kan..? ^_^

Faktor bayi mendapat ruam lampin


  • kulit yang sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman.
  • bayi dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama.
  • tukar lampin tanpa membasuh punggung dan alat kelamin bayi.
Kegatalan pada kulit bayi berlaku apabila bahan kimia dalam air kecing mula dipecahkan oleh kuman-kuman.

Jenis Ruam Lampin

  1. Ruam Biasa - Bintik-bintiknya nipis,kemerahan dan keradangan.Kadang-kala mengelupas.
  2. Interrigo : ruam yang lebih spesifik yang turut berlaku di bahagian pelipat.
  3. Ruam Kulat : kulat daripada usus boleh menyerang kulit yang sudah dijangkiti.Disebabkan oleh penggunaan antibiotik atau ruam lama.
  4. Impetigo : disebabkan oleh bekteria menyerang kulit yang telah rosak.
  5. Seborrhea : radang boleh merebak ke bahagian badan yang lain terutama sekitar kawasan lampin.
Langkah untuk memastikan ruam tidak berulang

  • Bersihkan bahagian punggung dan sekitarnya dengan menggunakan air setiap kali menukar lampin.Lap sehingga kering.
  • Pastikan kawasan lampin sentiasa kering.
  • Bebaskan anak tanpa memakai lampin.Tapi pastikan anda melapik dengan pelapik kalis air.
  • Tukar jenama lampin atau pampers
  • Tukar lampin dengan lebih kerap,sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam sekali.
  • Latih anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk membuang air di tandas.
Krim untuk ruam lampin

Zinc Oxide : untuk ruam yang sederhana.
Clotrimazole anti fungal cream : untuk ruam yang lebih tebal dan serius.
Acid Mantle : untuk ruam sederhana

Satu lagi petua orang tua-tua,sapu tepung ubi pada ruam bayi.Ini adalah kerana tepung ubi bersifat menyerap cecair atau air.


masker bertaraf 5 ★

Assalamualaikum semua...

Selalunya kita dengar supplement atau vitamin hanya untuk makan jer kan?

Jom try resepi baru pulak..chewahhh...resepi gitu..macam nak masak lemak salai jer supplement tu.. ;) ahaks..

Sebenarnya supplement juga boleh dibuat masker.Hari ini saya nak kongsikan resepi masker dengan anda semua dengan menggunakan supplement Shaklee.

Bahan-bahan utama :

● substained release Vit C
● Vit E Complex

Langkah pertama ialah :

♥ tumbuk substained release Vit C dengan lesung batu sehingga lumat.

Dah lumat,alihkan Vitamin C ke dalam bekas atau piring kecil.

Tapi,pastikan sebelum tu basuh lesung batu tersebut berulang kali dulu ok.Mana taw kot2 sebelum nie lesung tu tumbuk sambal belacan ker.Nantikan meraung pulak muka pedas :)

Langkah kedua :

♥ gunting hujung Vitamin E Complex dengan menggunakan gunting.Hati - hati nantikan tertumpah.Dah gunting?tuang ke dalam bekas atau piring bersama Vitamin C yang telah ditumbuk lumat tadi.Gaul sehingga sebati.

Untuk pengetahuan anda,Vitamin E Complex agak berbau.Tapi tidaklah busuk tahap ******.hehehehe..

Langkah ketiga :

♥ tadaa...siap sudah bancuhan masker bertaraf 5 bintang kita.

♥ basuh muka bersih-bersih dulu baru sapukan masker tadi di muka anda.

♥ biarkan sehingga kering.Bila dah kering,cuci dengan air sejuk...sebab nak bagi liang pori muka tertutup balik.

Hasilnya? ???



Memang best...kulit muka bertambah licin dan lembut gitu..rasa cekang jer kulit muka.

Nak lagi best? Anda boleh campurkan dengan ESP dan yogurt asli.Jangan yogurt yang berperisa pulak.Nantikan ada jer anak-anak datang jilat pipi mamanya :).

Kredit picture kepada kakak-kakak #RTI..saya lupa nama kakak..ampun.....terima kasih atas perkongsian gambarnya ye k.nor...

untuk order dan bayar sendiri sila klik



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

HAnya Untuk Wanita yang bergelar ibu SAHAJA !

WAhhh...havoc punya tajuk..tulis dah hanya untuk wanita SAHAJA..tapi nanti ada jugak boleh detect lelaki baca entry nie ^_^.hahahhaha.Yang sudah berkahwin dan bergelar suami tak pe,ada kelonggaran untuk membaca entry ini.Tapi yang masih bujang dan teruna trang tang-tang TAK DIGALAKKAN ok.




Bentuk dan saiz payudara akan mengalami perubahan sebaik sahaja begelar IBU.Aset ini sangatlah penting dan perlu dijaga kerana ia menjadi sumber pembekal makanan kepada bayi yang dilahirkan.


Sebenarnya,bermula dari saat awal kehamilan lagi,payudara sudah mengalami perubahan.Mungkin ada para ibu yang perasan dan mungkin ada yang tidak perasan.Ohh..terlalu banyak mungkin ? ^_^

Biasanya perubahan ini akan berlaku saat wanita mengandung anak sulung.Bermula dari miggu ke-8 payudara akan mula membengkak dan membesar sepanjang tempoh kehamilan.Dan kemungkinan payudara gatal sepanjang proses kehamilan itu adalah disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di sekitar kulit payudara.Dan tidak mustahil regangan kulit di sekitar payudara.

Tahukah anda,Bulan ke-3 kehamilan,payudara akan mula meghasilkan kolostrum iaitu susu atau cecair yang berwarna kuning.Kolostrum adalah susu yang istemewa dan bakal diterima oleh bayi pada pertama kali hisapannya.



Ramai wanita berasa risau melihat perubahan payudara selepas melahirkan.Ye la,siapa yang tak risau kan bila payudara yang mantap selama nie tiba-tiba hilang keanjalan dan ketegangannya.

Tips dan panduan untuk mendapatkan bentuk payudara yang sesuai dan sempurna untuk anda.Nak dapatkan bentuk asal saya rasa agak sukar kot. ;)

Penyusuan

sekiranya anda masih lagi menyusukan bayi,letakkan bayi anda pada posisi yang selesa dan betul.Pastikan kedudukan bayi anda tidak terlalu menarik payudara anda.

Penggunaan Coli

Gunakan coli yang sesuai dengan bentuk dan saiz payudara anda.Jangan memakai coli yang terlalu kecil atau yang terlalu besar kerana ini akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Tips memastikan coli yang sesuai :

  • buat aktiviti seperti menghayunkan tangan,
  • melompat setempat secara perlahan 
  • dan berlari-lari anak
Pastikan anda selesa dan payudara anda kurang pergerakan kerana dipegang kemas oleh coli anda.

Pemeriksaan Payudara

Buatlah sendiri pemeriksaan payudara anda.Lakukannya 2 atau 3 hari selepas haid berakhir pada setiap bulan.

langkah ringkas untuk periksa payudara
Jika terdapat sebarang perubahan seperti :
  • ketulan pada dada dan bawah ketiak.
  • perubahan pada segi bentuk dan saiz.
  • bengkak,kemerahan,perubahan pada warna kulit dan rasa panas.
  • puting masuk ke dalam.
  • keluar darah atau lendir dari puting.
Jaga Pemakanan

Amalkan pemakan yang sihat dan berkhasiat yang membantu pembentukan tisu payu dara sentiasa sihat.

Kacang soya antara makanan yang mengandungi genistein.Genistein daripada kacang soya  mengandungi bentuk kimia yang serupa dengan hormon estrogen.Ia membantu dan mengawal hormon estrogen dalam badan wanita.Tetapi anda haruslah bijak memilih soya.Pilih soya yang non-GMO. < sila klik soya non GMO >

Urutan

Urut payudara dengan minyak aromaterapi untuk menjaga keanjalan payudara.Urutan juga baik untuk pengaliran dara di sekitar payudara.

  • Lakukan urutan ke arah luar,
  • ke bawah dan ke arah dalam
  • kemudian, ikut arah lawan jam ke arah ketiak
  • ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada.
Penggunaan minyak aromaterapi lebih efektif kerana urutan akan lebih cepat meresap ke dalam kulit,mengalir ke dalam darah,kelenjar susu dan seluruh badan.


Satu lagi tipsss PENTING untuk anda :

* Elakkan suami anda membuat ramasan payu dara ( sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat.Perbuatan ini boleh menyebabkan payu dara lebih cepat kendur dan hilang keanjalannya.


Kredit to majalah pa & ma

nak anak bijak?






Mempunyai anak-anak yang comel,bijak,pandai dan petah berkata-kata adalah menjadi impian setiap insan yang bergelar ibu bapa.Tahukah anda,proses untuk mendapatkan anak yang bijak bermula dari bayi berada di dalam kandungan lagi.Janin boleh dirangsang dengan menggunakan beberapa kaedah.

anak bijak

Antara faktor yang mempengaruhi tahap kebijaksanaan anak ialah :

Makanan

Makan makanan yang sihat,berkualiti dan mempunyai banyak manfaatnya.Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting untuk pembinaan otak bayi.

Pastikan makanan anda mengandungi karbohidrat,vitamin,protein dan mineral.

Makan makanan sunnah seperti kismis,kurma dan buah delima juga mestilah diamalkan.

makanan berkhasiat


Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA juga penting untuk pembentukan otak bayi dan ibu hamil.

Anda boleh rujuk < kepentingan DHA kepada bayi dan ibu hamil >

Tingkatkan Ibadat



Amalkan solat Tahajjud kerana waktu 2/3 malam adalah antara waktu doa mustajab.Mintalah perkara yang  baik-baik dan berfaedah kepada kita dan anak di dalam kandungan.

Membaca surah Luqman dan surah Yusof adalah antara petua untuk dapatkan anak yang bijak dan comel.



Selalu buat latihan Matematik


ibu bapa haruslah menjaga tingkah laku agar bayi yang keluar nanti akan baik ahklaknya.Seiringkan amalan rohani dan fizikal.In shaa ALLAH kita mendapat anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat.Aminnn...

Ok,itu untuk bayi yang masih berada dalam kandungan.Untuk anak-anak yang telah melihat dunia,anda boleh amalkan doa ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua,.

Bukan disebabkan kolestrol !


Assalamualaikum semua....

Selalu dengar kan,tekanan darah tinggi atau hipertensi disebut sebagai penyakit.Sebenarnya ia bukanlah satu penyakit,tetapi tekanan darah tinggi merupakan satu simptom  atau tanda yang menunjukkan bahawa keadaan dalaman kita semakin tercemar.Mungkin tercemar disebabkan oleh persekitaran,gaya hidup dan pemakanan seharian kita.


Darah tinggi bukanlah sejenis penyakit kerana ia tidak boleh diwarisi turun temurun.

Punca Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolestrol di dalam dinding saluran darah.

Pembentukan plak kolestrol disebabkan oleh :
  • agen pengoksidaan
  • LDL - Low Density Lipoprotein (kolestrol jahat)


bacaan darah tinggi


Faktor Tekanan Tinggi

  • paras kolestrol tinggi
  • pengambilan garam yang berlebihan.
  • cara hidup yang tidak aktif
  • pengambil alkohol yang berlebihan.
  • merokok
Tanda Dan Gejala
  • sakit kepala pada waktu pagi,sakit belakang kepala.
  • pening
Tanda-tanda ini jarang didapati,oleh itu anda boleh dapatkan khidmat dari klinik dan hospital berdekatan untuk dapatkan details tahap kesihatan anda.

Cadangan Set Darah Tinggi Shaklee


garlic complex

Fungsi garlic : 

  • mengawal jangkitan,menurunkan kadar kolestrol,menurunkan tekanan darah dan memelihara kesihatan selular.
  • Menurunkan kolestrol LDL ,trigliserid dan kelikatan darah,mengurangkan darah beku,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari.
  • membantu menurunkan tekanan darah tinggi.


omega guard
Fungsi Omega

  • membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok yang mana EPA & DHA boleh menentang thrombosis,tekanan darah tinggi,dan kepekatan darah.
  • melancarkan peredaran darah.
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal 
  • membantu merendahkan kolestrol 
  • menghindarkan pembekuan darah dalam badan.
  • membantu mengekalkan tahap kolestrol LDL (kolestrol baik) 
  • mengawal masalah obesiti

untuk order dan bayar sendiri menggunakan kad kredit atau kad debit,sila klik button di bawah.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

sumber : http://www.tekanandarahtinggi.com/

Manfaat Vitamin B untuk anda

Seperti yang kita sedia tahu,Vitamin B sangat penting untuk badan dan tubuh kita.Vitamin B terbahagi kepada 3 iaitu B1,B6 dan B12.

Vitamin B1 

Terdapat di dalam sumber :

  • kuning telur
  • gandum
  • kacang
  • beras merah.
Bermanfaat untuk :
  • pulihkan gangguan saraf.
  • melancarkan peredaran darah
  • melancarkan metabolisme
  • mencegah kerosakan saraf
Vitamin B6

Terdapat di dalam sumber :
  • ikan
  • kacang
  • daging
  • hati
  • ginjal
Bermanfaat untuk :
  • membantu sintetis RNA dan DNA
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • seimbangkan garam-garam mineral di dalam badan.
Vitamin B12

Terdapat di dalam sumber :
  • susu
  • keju
  • ikan
  • hati
  • daging
  • telur
  • rumpai laut.
Bermanfaat untuk :
  • bantu pembentukan sel darah merah.
  • mencegah kerosakan saraf.
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh.
  • ubah karbohidrat,lemak dan protein kepada tenaga.
Dalam Shaklee pun ada Vitamin B juga.Ia lebih dikenali sebagai Vitamin B-Complex.

B-Complex Shaklee
rupa B-Complex Shaklee
Dilengkapi dengan Vitamin B1 (sebagai Thiamine Mononitrate),Vitamin B2 (Riboflavin),Vitamin B3 ( Niacin),Vitamin B6 (Pyrodoxine Hydrochloride),Folic Acid dan sebagainya.

Vitamin B-Complex ini berfungsi untuk :
  • meningkatkan selera makan  < gain weight set >
  • untuk kecantikan kulit < set kecantikan >
  • anti-stress < set migrain >
  • mencegah penyakit anemia.
  • membantu mengelak pembentukan uban.
  • membekalkan tenaga.
  • mengelakkan kecacatan bayi  < set hamil >
Sesuai diambil oleh semua peringkat umur kecuali kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.

Kesimpulannya,badan kita memerluka sumber Vitamin B.Tidak kiralah anda memperolehi sumbernya dari makanan seharian atau supplement.

Untuk order dan bayar sendiri sila klik button di bawah,




*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


teknik mengepam untuk hasil yang optimum

Para ibu yang hamil kali pertama pasti terfikir bagaimana caranya nak pam susu selepas dah bersalin nanti bukan?.Pam susu untuk simpanan atau stok adalah perkara biasa untuk-untuk ibu bekerjaya.Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri.Nak jimat duit mungkin salah satu sebabnya,mungkin!.Tapi kebanyakan para ibu sekarang lebih tahu apa yang terbaik untuk si comel mereka.Susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia.

Dari segi kebersihan,khasiatnya dan rasanya adalah sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan susu formula,susu kambing atau susu lembu.

Ok,kali nie saya tak nak mengulas tentang kebaikan susu ibu,saya nak ulas tentang teknik mengepam hasil yang optimum.

Ada dua teknik untuk mengepam susu iaitu :

  • gunakan pam susu
  • guna tangan

Pam susu

Pam susu terbahagi kepada 2 iaitu pam automatik (menggunakan tenaga eletrik @ bateri) dan pam susu manual.

Pam automatik lebih menguntungkan berbanding dengan pam manual.Ini adalah kerana :





  • tidak menyakitkan - kerana kita suction (sedutan) boleh dikawal.Nak laju atau perlahan.
  • jimat masa - sambil pam boleh buat kerja lain.
  • ada urutan - untuk merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak.
  • tidak melenguhkan tangan.
  • komponennya yang kurang berbanding pam manual
Tetapi sesetengah pam eletrik @ bateri ini menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian.Dan agak berat kerana kebanyakan menggunakan motor.

Pam manual.



Pam manual jugak ada faedahnya.Antaranya adalah :

  • ringan
  • boleh pam di mana-mana sahaja.
  • tidak menghasilkan bunyi yang menarik perhatian orang.
  • tahan lebih lama.
Tetapi menggunakan pam manual perlukan kesabaran yang tinggi.Ini adalah kerana lenguh tangan merupakan perkara biasa jika menggunakan pam manual,

Bagi ibu-ibu yang takut untuk menggunakan 'pam susu' atas alasan yang tertentu,anda boleh gunakan teknik 'marmet' atau lebih dikenali teknik dengan menggunakan tangan.

Teknik ini begitu menjimatkan terutamanya dari segi wang.Yelah,hanya gunakan tangan sahaja. ^_^.

Sedikit maklumat untuk anda melakukan teknik marmet.

langkah 1



Buat pegangan C lebih kurang 1 cm dari kawasan aerola (kawasan gelap) .Ibu jari letakkan di bahagian atas dan jari telunjuk dan jari tengah di kawasan bawah.Ini adalah bertujuan untuk  menampung payudara.

Langkah  2

Tekan payudara ke arah dada secara lembut.

Langkah 3

Picit ibu jari dan jari tengah dan jari telunjuk bagi menggalakkan susu keluar.
Lepas dan ulang semula teknik yang sama . Ulang langkah 1 -3 sehingga susu yang keluar berkurangan.

Langkah 4

Kemudian,ubah ibu jari ke posisi 11,10,9,8,dan 7 manakala jari telunjuk dan jari tengah jam 5,4,3,2, dan 1.Ulang langkah yang sama sehingga anda yakin payudara telah kosong.

ELAKKAN

X Jangan tarik puting kerana boleh merosakkan tisu payudara.
X Jangan picit puting payudara kerana boleh menyebabkan lebam.
X Jangan geselkan tangan ke payudara kerana ia boleh menyebabkan payudara anda melecet.

Hakikatnya,pam susu untuk stok EBM menggunakan pam automatik atau pam manual atau teknik marmet mempunyai kelebihan dan kekurangannya.Buatlah pilihan yang tepat dan mengikut pilihan anda.

Susu badan merudum?Tapi kekurangan bajet ? sila <  klik set bajet menyusu >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...