'sihat dan cantik pilihan saya'

masker home made vitamin c dan esp shaklee

Assalamualaikum semua..

Jerawat dan kulit muka memang tak dapat dipisahkan!Rasanya itulah perumpamaan yang sesuai..ececece...^_^

Masa raya haji baru-baru ini saya,suami dan iman berkesempatan balik beraya dengan keluarga sebelah utara.

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik semula ke Terengganu.

Memang perangai saya,bila berjalan jauh,kebersihan muka akan saya abaikan ^_^.
Setakat cuci muka jer.Masker memang saya takkan bawa.Apatah lagi penyegar semua tu.

Bila berjalan jauh,terdedah dengan habuk,debu dan asap merupakan perkara biasa.Jerawat pun mulalah menonjolkan dirinya setelah sekian lama menyepi.

Kalau sebelum ini saya pernah pos tentang masker vitamin c,kali ini lain sikit intipatinya.Oleh kerana tidak tahan dengan masker vitamin C sahaja,kali nie saya cuba campurkan dengan esp pulak.

Dan hasilnya tersangatlah Awesome!

Macam mana nak buat masker esp dan vitamin C?

Mula-mula,ambik vitamin c dan anda boleh patahkan kepada 2 atau 3 bahagian.Saya ambik sebiji terus ^_^.

Letakkan vitamin c dalam lesung batu dan tumbuk sampai lumat Sebelum guna untuk tumbuk vitamin c tu,pastikan lesung bersih dan suci dulu taw.Bayangkan kalau ada saki baki sambal belacan dalam lesung tu,jenuh meraung pulak nanti :)

Masukkan esp ke dalam piring kecik.Sukatannya macam mana?saya hanya gunakan 2 sudu teh esp sahaja.Itupun sudah melebihi keperluan diriku ini.Jadi,nak sedang elok esp tu cuma gunakan 1 sudu teh je dah cukup.

Ok,vitamin c pun sudah lumat,kaut dan masukkan ke dalam bekas esp tadi.

Anda diberi pilihan sama ada nak bancuh masker ini dengan menggunakan yogurt asli ataupun air suam.

Saya hanya gunakan air suam.

Bancuh bagi pekat ok.Kemudian sapulah masker tersebut ke muka anda.

Masker vitamin c dan esp
Selepas masker telah kering,bilas dengan air sehingga wajah anda bersih.

Hasilnya???

Anda akan rasai perbezaannya!Kulit muka terasa lebih lembut dan gebu.Tak percaya?

Cubalah sendiri!Belum cuba belum tahu.Dah cuba confirm akan jatuh cinta ^_^

manfaat alfalfa

Alfalfa oh alfalfa.Apa itu alfalfa?

Alfalfa shaklee
Alfalfa Complex merupakan suatu formula Shaklee Signature yang asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalan tahun 1950-an.

Secara amnya,alfalfa dihasilkan daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang juga dikenali sebagai Raja Tumbuhan.Pihak Shaklee hanya menggunakan alfalfa yang terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuklah kalsium,fosforous,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid dan pelbagai mineral surih dan vitamin.

Pokok alfalfa mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk matang dan dituai.Dan untuk pengetahuan anda semua,bermula dari saat penanaman hinggalah ke proses untuk dijadikan tablet,semuanya berada di dalam pengawasan dan ketelitian pihak yang bertanggung jawab.Ini adalah kerana Shaklee sangat mementingkan ketulenan,mutu dan keberkesanan setiap produk yang dihasilkannya.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat.Akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah tanah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan tanah.Kerana inilah Medicago Sativa memiliki gred paling tinggi dan berkualiti di kalangan alfalfa.

Sementara itu,daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Bagaimana Alfalfa dihasilkan?

Alfalfa dihasilkan hanyalah dengan menggunakan daunnya sahaja.Daun alfalfa akan dituai apabila telah mencapai tempoh matang.Ini adalah kerana daun yang matang kaya dengan klorofil.

Bahagian seperti batang,akar dan bahagian yang tidak berkaitan akan dilupuskan.

Seterusnya,daun alfalfa tersebut akan dikeringkan secara semulajadi untuk mengekalkan nutrisinya.

Daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi habuk sebelum dikompres menjadi tablet.Semua proses dilakukan dibawah kawalan yang sangat teliti seiring dengan moto syarikat Shaklee iaitu ketulenan,kualiti dan keberkesanannya.



Alfalfa Shaklee sangatlah berbeza dengan alfalfa lain yang berada di pasaran.Dari segi apa perbezaanya?sila rujuk gambar di atas.

Khasiat alfalfa complex

Khasiat dan kelebihan alfalfa
Set cadangan bersama alfalfa




Testimoni alfalfa









Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik "order now".PAstikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit sahaja .


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

resepi cendawan celup tepung

Assalamualaikum semua.Hari ini saya akan kongsikan salah resepi yang saya buat untuk santapan keluarga baru-baru ini.

Cendawan celup tepung.Rasanya ranggup dan bertambah oopmmh bila dicicah dengan sos cili atau sos tomato.Ok,tak nak cakap panjang jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Cendawan tiram

Telur ayam


Lada berperisa
Dan tidak dilupakan juga minyak masak untuk menggoreng ^_^

Cara-caranya adalah :

1. Racikkan cendawan mengikut saiz kesukaan anda.
2. rendamkan dahulu cendawan bersama air sekitar 20-30 minit
3. Selepas itu toskan.
4. Pecahkan telur kedalam mangkuk.
5. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk lain dan tambahkan dengan lada berperisa.Jika anda sukakan masin bolehlah tambahkan sedikit garam.
6. Panaskan minyak masak.
7. Ambil cendawan celupkan ke dalam tepung,kemudian ke dalam telur dan celupkan tepung lagi sekali.
8. Masukkan cendawan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
9. Ulangi proses yang sama sehingga habis cendawan.

Taraaaa....inilah hasilnya..



Enak dimakan panas-panas sebab ranggup.Bila sejuk dah tak ranggup ^_^

Rasanya lebih kurang macam sotong celup tepung jugak.Tetapi saya tak gemar buat sotong celup tepung.Sebab apa?Anda silalah buat dulu baru anda akan tahu..

Sekian dulu untuk entry kali ini..^_^

kenapa mesti Vitamin e Shaklee?

Vitamin E merupakan sejenis antioksida yang larut dalam lemak.Juga sebagai antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu, dan organ-organ.

Di samping itu,vitamin E turut menyokong kesihatan jantung,otak dan prostat.Selain itu,Vitamin E turut meningkatkan fungsi peparu,kolon dang fungsi imun.

Dan jangan tak tahu,Vitamin E juga turut dikaitkan dengan peranan anti-penuaan.

Tetapi,ada akibatnya apabila anda mengambil Vit E dalam dos yang tinggi.Antara kesannya adalah :

  • meningkatkan risiko kecacatan bayi yang akan dilahirkan
  • meningkatkan risiko pendarahan
  • pendarahan serius dalam otak

Kenapa perlu pilih Vitamin E Shaklee?
  • Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum.Gandum dan soya kaya dengan vitamin e.
  • Mengandungi ekstrak d-alpha tocopheryl,d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi.
  • Dikabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gamma,delta)
  • Mengandungi silenium sebagai pelengkp vitamin e.
  • Mengandungi ekstrak biji anggur
Vitamin e shklee


Tanda 'd' bermaksud vitami yang dihasilkan adalah semulajadi.Manakala 'dl' pula bermaksud vitamin itu sintetik.


testimoni penggunaan Vitamin E

testimoni Vitamin E shaklee 1


testimoni Vitamin E 2
Vitamin E juga turut terdapat dalam :


Anda ingin order dan bayar sendiri Vitamin E ini? Sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit ok.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

manfaat bersedekah

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di dunia ini.

Hari ini saya akan kupaskan tentang manfaat sedekah.Bukanlah nak berlagak atau tunjuk alim,sememangnya amalan bersedekah amatlah dituntut dalam Islam.Nanny anum selalu mengingatkan kami semua,walaupun dapat bonus RM 23,jangan lupa bersedekah.Dan jangan sesekali ingat,duit kita akan berkurang dengan bersedekah.

Antara manfaat bersedekah ialah :



1. Rezeki berganda

Tahukah anda,sebenarnya amalan bersedekah itulah yang menggandakan kekayaan kita.Ramai orang beranggapan,bila bersedekah harta akan berkurang.Anggapan ini salah sama sekali.Sedekah tidak pernah mengurangkan harta bahkan sedekah akan menggandakan rezeki kita sebanyak 10 kali ganda.Jadi tak mustahil kalau kita sedekah RM 10,kita akan dapat RM 100.

ALLAH S.W.T berfirman : " Perumpamaan (sedekah) yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai terdapat seratus biji.

ALLAH akan melipat gandakan (pahala) sesiapa saja yang Dia kehendaki.Dan ALLAH Maha Luas kurnian-Nya lagi Maha Mengetahui"

(Al-Baqarah :261)

2.menolak bala dan bencana

Sedar tak bersedekah memiliki kesan positif kepada pemberinya.

Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah.Tidak semestinya wang.Orang kita sekarang nie sebut jer sedekah,cepat-cepat jawab,"eh,aku tak da duit la!ada pun ngam-ngam jer nak sampai hujung bulan nie".

Amal perbuatan kita kepada orang lain juga turut dikira sebagai sedekah.

Dalam Al-Quran,ALLAH memerintahkan hambanya supaya bersedekah kerana disebalik amalan bersedekah terdapat kekuatan dan kelapangan yang mengiringi kesulitan yang sedang kita hadapi.

3.sedekah dapat menyembuhkan penyakit.

Sedekah merupakan media spirititual bagi mendekatkan diri kepada ALLAH apabila kita sedang sakit dan meminta untuk diringankan dan disembuhkan daripada penyakit.Dalam hal ini,kita anggap jer sedekah sebagai doa untuk menolak bala.

4.sedekah dapat memanjangkan usia.

Sedekah merupakan salah 1 amalan yang dilakukan untuk memanjangkan usia.Memang ajal,maut adalah rahsia ALLAH.Apabila kiya memiliki keperluan memberi,secara tidak langsung ia merupakan vitamin bagi jiwa kita.


Hakikatnya bersedekah mempunyai pelbagai manfaatnya.Bila kita memberi,kita akan berasa tenang dan gembira.Ke ada jugak yang memberi tapi tidak gembira melihat orang lain gembira dengan pemberiannya?

Beri duit kepada adik-adik yang masih bersekolah atau anak saudara juga merupakan sebagai 1 sedekah.Janganlah anggap oh,aku nak bersedekahlah..nak kena pergi masukkan duit dalam tabung masjid nie.Definisi bersedekah amatlah luas.Beri kucing yang sedang kelaparan ketika makan di gerai juga merupakan sedekah.

Yakinlah dengan janji ALLAH,letakkan kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. dan In Shaa ALLAH setiap sedekah yang kita keluarkan akan mendapat balasan.

Sekian ^_^

Promosi Oktober'14 - Esp Shaklee

Oleh kerana Oktober adalah bulan promosi esp,jadi saya akan terangkan serba sedikit mengenai esp Shaklee.

Apa itu esp?esp adalah singkatan bagi energizing soy protein.




Kenapa orang selalu cakap,esp Shaklee tak sama dengan kebanyakan soya di pasaran?Kenapa perlu ambik tahu semua tu?asalkan boleh minum,rasa soya sudah la.Ala,bila masuk dalam perut,keluar tetap jadi air kencing @ taik.oopss...

Tahukah anda risikonya jika anda tidak ambik berat tentang soya yang anda minum?Jom kita intai checklist di bawah kenapa Esp merupakan hot item antara kesemua produk Shaklee.


  • Ditanam secara organik
Jika soya tidak organik,dengan menggunakan bahan kimia,pestisid dan lain-lain,maka soya tersebut mempunyai khasiat yang rendah tetapi tinggi nitrat.Kandungan nitrat yang tinggi boleh membawa risiko KANSER kepada anda!


  • mengandungi 9 asid amino
amino asid adalh penting untuk proses penghasilan hormon,antibodi dan enzim.Kekurangan asid amino ini  menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.


  • Kacang soya non-gmo (non-genetically modified organism)
Dibuat dari soya yang berkualiti tinggi.Dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah ke saat pemprosesannya.

Berbeza dengan kacang soya GMO,ianya lebih murah dan mudah untuk menghasilkannya,malah lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ianya akan menghasilkan toksin.

esp shaklee ialah non_gmo protein




  • Tidak diproses dengan alkohol
Apabila soya diproses dengan alkohol,ianya akan mengurangkan kadar isoflavone sehingga 88 %.
Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser.Ianya juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
  •  bahan anti-tiroid dan anti pertumbuhan disingkirkan
Bahan anti tiroid dan anti pertumbuhan akan menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko kanser.

  • kacang soya yang tidak dipanaskan
Kacang soya yang dipanaskan sama ada melalui cara rebusan atau dengan menggunakan air panas akan merosakkan kandungan proteinya.

  • kacang soya diproses (dibuang minyaknya)
Kacang soya yang diproses akan dibuang minyaknya.Ini menjadikan berasid.Namun,kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Selain itu,esp juga :
  • tinggi protein
  • tinggi kalsium
  • rendah lemak
  • rendah kalori
  • bebas laktosa dan kolestrol
  • Indeks Glimeks rendah
  • Mengandungi Vitamin B
esp shaklee
Kebaikan Esp Shaklee

  • menyediakan tenaga berkekalan dan membantu tahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • membantu mengurangkan paras kolestrol.
  • menggalak sistem peredaran darah yang sihat
  • membantu pembinaan semula sel otot dan kulit.
  • kaya dengan isoflavones yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon.
  • menggalak payudara yang sihat dan anjal.
  • menggalak prostat yang sihat.
  • membaiki pigmentasi untuk masalah rambut gugur serta masalah kulit.
  • menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain,imsonia dan tekanan.

siapa yang memrlukan esp?
  • wanita hamil
  • wanita menyusu
  • golongan pelajar
  • golongan pekerja
  • warga emas
  • golongan remaja
siapa yang tidak boleh mengambil esp?
  • individu yang mempunyai masalah buah pinggang

gabungan Esp bersama vitamin kesihatan yang lain





resepi Esp




Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik "order now".
Pastikan anda menggunakan kad DEBIT atau kad KREDIT sahaja.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


tasbih digital

Assalamualaikum semua ^_^

Mesti anda semua pernah dengar bukan,"tasbih digital"?Terkenal taw tasbih digital ni.Wah...hebatnya sekarang.tasbih pun sudah diupgrade jadi tasbih digital.

Tasbih digital

Saya terbeli tasbih digital ni gara-gara tasbih yang selalu digunakan yang manik putus kerana ditarik oleh hero yang lasak lagi aktif.

Bila difikirkan balik,mungkin ada hikmahnya tasbih manik tu putus ditarik iman.Bayangkan sesudah masak,kemas rumah,sidai baju semua,bila tiba saat untuk merehatkan diri,ambil tasbih manik untuk berzikir.Tiba-tiba anak buka peti sejuk,tuang air atas lantai.Berhenti zikir dulu,ambik kain buruk lap lantai sambil mulut dok berleter.Ok,bila dah settle lap semua,nak sambung zikr balik,mulalah was-was eh,aku dah zikir berapa tah?Hari-hari hadapi situasi yang sama,tak ke naya tuan badan..?hehhhehe

Antara keistimewaan tasbih digital ini yang paling saya suka,contohnya la kan kita cafang nak zikir ya wahhab 1000 kali hari ini.Tup-tup tengah zikir tu,anak buka peti ambik susu pekat lumur atas kepala.Mestila kena berhenti zikir dan mandikan anak dulu kan?Kemudian,bila kita dah siap mandikan anak,kita ambik tasbih digital tu,boleh sambung kira zikir sebab kiraan zikir kita tadi tak hilang melainkan kita reset balik.Mudah dan senang bukan?

Lagi 1,tasbih digital ini ada gelang getah umpama jam (yang warna putih dalam gambar di atas).Kita boleh ikatkan di jari,sambil memasak ker,sambil lipat kain ker boleh bertasbih.Memudahkan kita untuk berzikir sambil membuat kerja ^_^.

Harganya tidaklah mahal sangat.Hanya RM 9.90.Macam mana nak dapatkan tasbih digital nie?haaa...anda boleh mengunjungi kedai buku yang berhampiran dengan anda.Kedai yang jual barang-barang keagamaan seperti kain telekung,sejadah,Al-Quran dan sebagainya juga ada.

Dengan tasbih digital ini,tiada lagi alasan untuk kita tidak berzikir.Zikir penenang hati dan jiwa.Semoga anda semua istiqamah ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...