'sihat dan cantik pilihan saya'

kembalikan keanjalan payudara anda!


Perasan tak,kebanyakan ibu yang menyusu bayi secara eksklusif sehingga 2 tahun atau lebih akan merasai perubahan dari segi fizikal iaitu payu dara.Setelah cukup suatu tempoh penyusuan itu,payudara akan mula mengendur,tidak elastik,hilang keanjalan dan sebagainya.

Apabila payudara hilang keanjalannya,ramai ibu-ibu di luar sana akan merasa rendah diri dan anggap ianya sebagai suatu masalah kepada penampilan diri.Sehingga terfikir tiada penyelesaiannya!

Nak-nak pulak yang tukang komplen tu suami sendiri.Oh,sentap menusuk kalbu kot ! :)

Ada petua mengatakan kalau nak bagi payudara anjal balik,amalkan berenang gaya kuak kupu-kupu.Tapi,kalau rumah tak da swimming pool,ada kolah jer nak buat macam mana?kaki memang terendam dalam  air,tapi kepala timbul.Macam kura-kura pulak dah ^_^

Faktor payudara hilang kenjalannya

  • umur - seperti yang kita sedia tahu,kolagen dalam badan akan berkurangan apabila umur kita mencapai usia 20 tahun.Kolagen ni bertindak lebih kurang seperti gam kepada sel-sel badan kita.Jadi tak hairanlah jika kita tidak mementingkan keperluan kolagen dalam badan,kulit dan payudara akan mulai kendur dan berkedut!
  • pemakanan - makan ikut suka atau lebih tepat lagi,makan ikut hati bukannya makan ikut keperluan.Titik beratkan keperluan badan dahulu dengan pengambilan makanan yang bezat lagi berkhasiat.
  • senaman - anda perlulah memastikan anda menggunakan bra yang betul sewaktu bersenam.Sebaiknya gunakanlah sport bra agar tekanan pada payudara sewaktu bersenam tidak terlalu berat.
  • lumrah alam - kedengaran agak kelakar,tetapi inilah hakikatnya.Semuanya bergantung kepada genetik kita.Sama ada cepat atau lambat jer ^_^

Langkah kembalikan keanjalan payudara ada

Percayakah anda,hanya dengan senaman mudah dari rumah,anda boleh anjalkan kembali payudara anda agar sentiasa tegang dan rapi untuk suami tercinta.Disamping menjimatkan wang,semestinya keyakinan diri anda juga akan meningkat dan kehidupan sebagai seorang ibu akan lebih bermakna!

  1. Tekan tubi beralas
Anda perlu menelangkupkan badan anda dengan tangan ditopangkan ke lantai.Letakkan objek objek seperti tuala di bahagian lutut sebagai penyokong postur.Gerakkan badan anda ke bawah dan ke atas.Ulangi pergerakan ini sebanyak 3 set sehari iaitu setiap set ada 15 kali gerakan ini.

Langkah ini akan menggerakkan otot pektoral anda dan dalam masa yang sama akan menambahkan keanjalan payudara.

kembalikan keanjalan payudara
tekan tubi beralas
2. Tekan tubi silang

Anda perlu melangkupkan badan anda ke bawah dengan tangan dan lutut ditopangkan bagi meyokong badan.Betis anda disilangkan.Anda perlu turun secara perlahan-lahan dan cuba rapatkan ke bawah dalam masa yang sama tangan anda dikuakkan.

Ulangi pergerakan ini sebanyak 15 hingga 20 kali sehari.Untuk yang pertama kali mencubainya,memadai sekadar membuat gerakan ini separuh sahaja.


anjalkan kembali payudara anda
tekan tubi silang

3. Tekanan dada ( chest press)

Seeloknya gunakan dumbell sebagai pembantu anda.Dan berat dumbell tersebut hendaklah seberat 1 kg hingga 2kg supaya bersesuaian dengan senaman ini.

Baringkan badan dan pastikan kaki dilipat.Angkat dumbell lurus ke atas dan anda perlu mengelakkan daripada mengunci siku.Perlahan-lahan turunkan dumbell agar siku anda boleh membentuk 90 darjah.

Ulangi langkah pergerakan ini sehingga 4 kali.

anjalkan kembali payudara anda
tekanan dada 

4. Palm pressing

Anda perlu berdiri dan mengangkat tangan,depakan ke hadapan.Halakan telapak tangan ke bawah dan tekan hujung jari anda dengan menggunkan tangan yang1 lagi.Lakukan selama 3 atau 5 saat.

Ulangi pergerakan ini sebanyak 8 hingga 10 kali sehari.

anjalkan kembali payudara anda
palm pressing
5. applying pressure

Berikan tekanan otot payudara untuk mengembalikan keanjalannya.Berdiri hampir dengan dinding dan letakkan telapak tangan anda pada dinding dengan kedudukan siku dikuakkan ke sisi badan.

Tekan dinding seolah-olah kita ingin menolaknya.Lakukan selama 10saat dan regangkan tangan anda dengan goyangkan tangan anda sebelum mengulanginya.

Lakukan 10 kali sehari untuk hasil yang menakjubkan.

anjalkan kembali payudara anda
applying pressure
Sedikit tips untuk anda :

  • bersenamlah di persekitaran yang mempunyai pemgudaraan yang baik.
  • praktikkan teknik pernafasan yang betul.
  • pastikan anda minum air yang secukupnya sebelum,semasa dan selepas bersenam.
Klik sini untuk mengetahui kepentingan :
semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu anda semua ^_^

Pengedar Shaklee Manir,Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua.

Nama saya Siti Rosnah Binti Abdullah.Seorang isteri dan ibu kepada seorang putera.Apa pekerjaan saya?duduk rumah goyang kaki?atau makan tidur? ^_^

Saya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa tetapi dalam masa yang saya menjalankan bisnes online.Bisness apa tu kak long?Semestinya Shaklee ^_^.Mempunyai group sokongan yang mantap dan berkaliber di bawah naungan Wan Fatihanum dan Sha Salleh.Seronok taw bila ada talian hayat ni :) Saya juga merupakan Pengedar bebas Shaklee anda sekitar kawasan Kuala Terengganu.Atau nak dikecilkan skop lagi,saya boleh cod (cash on delivery) sekitar kawasan Manir,Kuala Terengganu dan kawasan sekitar yang berhampiran dengan Manir seperti Tanjung Sabtu,Kuala Telemong,Kampung Batu Hampar dan kawasan sekitarnya.

Di mana terletaknya Manir,Kuala Terengganu?

Manir ialah sebuah pekan yang terdapat kira-kira 9 atau 10 km dari pusat bandar Kuala TerengganuTerengganuMalaysia. Kawasan ini merupakan kawasan berpenduduk majoriti Melayu99 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina. Manir terbahagi kepada dua iaitu kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dengan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah 7000 orang.

kawasan Manir terletak di sepanjang aliran Sungai Terengganu sehingga 14km ke timur, hingga ke sempadan pekan Telemong.

Manir terkenal semenjak dahulu lagi terkenal sebagai pusat perniagaan tradisional. Pasar Manir adalah satu pasar tradisional mega yang diadakan setiap hari Sabtu. Pasar ini menarik ramai peniaga tetap dan tidak tetap, termasuklah peniaga dari Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Antara barangan yang dijual di sana termasuklah barangan kulit, pasar basah, kuih muih tradisional dan pakaian.

Jadi tak hairanlah jika hari sabtu jer,jalan memang akan sesak sepanjang jalan pasir Manir.

Bagaimana nak menghubungi saya?

Anda boleh menghubungi saya di :
Telefon mudah alih : 013-9156881.
Facebook :Siti Rosnah

Terpulang kepada anda samada mahu berhubung dengan saya melalui whatsapp,telegram,wechat,mesej biasa mahupun telefon terus.

Sekiranya anda ingin berhubung melalui telefon,sila pastikan anda telefon sekurang-kurangnya 2 kali.Ini adalah kerana saya ada anak kecil yang perlu diuruskan.Mana la taw kan,masa anda telefon tu,saya sedang mandikan anak ker :)

Baiklah,akhir kata untuk warga-warga sekitar Manir,Kuala Terengganu,jangan segan-segan tau nak mintak saya cod supplement Shaklee untuk anda semua.In shaa ALLAH saya akan memberikan servis dan layanan yang terbaik punya.Dari konsultasi cadangan apa yang anda perlukan hinggalah jadual pemakanan supplement.Istimewa hanya untuk pelanggan yang membeli dari saya sahaja :)

sekian terima kasih ^_^

set hb rendah untuk ibu hamil

Masalah hb (hemoglobin) rendah memang tak dapat dipisahkan dengan ibu hamil.Ibarat lagu dan irama gitu.^_^.89 % ibu hamil akan mengalami hb rendah .Dan masalah hb rendah dikalangan ibu hamil selalunya terjadi saat kandungan mencecah trimester kedua dan ke atas.

Selalunya selain vitamin atau suplement,ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah juga disarankan untuk memakan sayur-sayuran seperti bayam.Tidak ketinggalan juga hidupan laut seperti kerang dan mentarang.

Saya masa mengandungkan iman dulu juga tak terkecuali hadapi masalah ini.Trimester pertama hb cantik jer,mantain 14 jer.Tapi,bila masuk trimester kedua mula la hb buat perangai.Bayangkan waktu tu,saya memang jenis yang tak makan sayur,susah nak makan kerang,mentarang dan yang seangkatan dengannya.Wah,stress rasa waktu tu!

Waktu tu,obimin yang sebiji RM 1 pun sanggup beli kat farmasi. ^_^



Ok,tak nak cakap banyak,jom kenali apa itu hb rendah di kalangan wanita hamil.

Apa itu hb?

Hb (hemoglobin) adalah sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi yang berada di dalam kandungan.

Hb rendah ini biasanya terjadi di mana keadaan zat besi dalam darah berkurangan.Zat besi sangat diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin.Zat besi juga penting untuk pembesaran bayi dan placenta (uri).


Bahaya tau bila kekurangan zat besi.Anemia adalah salah satu kesan jika anda kekurangan zat besi.

Simptom kekurangan zat besi
  • keletihan yang berlebihan.
  • jika keadaan teruk mungkin akan menyebabkan pening,pengsan,kulit pucat dan sebagainya.

Jenis Anemia
  • anemia ringan (hb 9- 11 gm%)
  • anemia teruk (hb <8gm%)

Cadangan supplement Shaklee untuk ibu yang hb rendah


vitalea shaklee
Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh golongan dewasa.

Manfaat utama vitalea
  • pelengkap nutrisi - menampung kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat diet yang tidak seimbang dan sebagainya.
  • penambahan tenaga segera - pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • metabolisme - menstimulasikan metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • element penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi kepada sel,rambut,kuku,hormon dan sebagainya.
bcomplex shaklee

Dilengkapi dengan vitamin B1 (sebagai Thiamine Mononitrate),Vitamin B2 (Riboflavin),Vitamin B3 (Niacin),Vitamin B6 dan asid folic.


manfaat vitamin b-complex

  • menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • penting untuk aktiviti sel genetik.
  • diperlukan untuk memproses pembaikan sel-sel darah merah.
  • mencegah anemia.

Testimoni



Hb rendah dikalangan ibu hamil seharusnya tidak dipandang ringan oleh mana-mana pihak.Ini adalah kerana hb rendah pada ibu hamil turut memberi kesan kepada bayi,Oleh itu,berhati-hati dan berwaspadalah semasa hamil.Selalunya keadaan ini jarang berlaku pada awal trimester iaitu 3 bulan pertama kehamilan.Kecuali bagi pesakit talasemia,hb mereka memang rendah.


Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik button di bawah 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Atasi bau badan dan mulut dengan shaklee


Bau mulut dan bau badan akan merimaskan sesiapa sahaja.Bau yang dihasilkan akan mendatangkan rasa yang tidak selesa kepada orang yang bercakap mahupun orang terdekat.Cuba bayangkan anda nak sembang perkara yang panas lagi menarik dengan kawan anda,tapi bila berdepan dengannya,bau nafas dan bau badan orang berkenaan bergabung.Hilang feel nak bersembang ok!

Nak tutup mulut kang,terasa pulak orang tu.Nak cakap,nanti kecil pulak hati orang.Urmmm..entahlah labu.Seeloknya cakaplah secara berhikmah dan bijaksana.Ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak ^_^





Apa yang menyebabkan mulut berbau?


Penjagaan oral (mulut) yang tidak betul - anda dinasihatkan berkumur selepas makan.Ini adalah untuk memastikan sisa-sisa makanan tidak melekat di celah gigi.Antara salah satu sebab kenapa nafas berbau adalah kesan daripada pereputan sisa makanan yang melekat diantara celah gigi dan gusi.

Penurunan kandungan air liur - bersarapanlah atau ambik makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan nafas berbau.Ini kerana apabila kita mengunyah,secara tidak langsungnya kandungan air liur dalam mulut akan meningkat.

Tidak menggosok lidah - kebersihan lidah sangatlah penting kerana kebanyakan bakteria busuk suka berada di penghujung lidah.Bersihkan lidah dengan menggunakan berus gigi tetapi dengan menggunakan cara yang lembut.

Makanan - hindari daripada makan makanan yang berbau contohnya petai,tempoyak,durian dan sebagainya.Jika anda hendak juga makan,pastikan anda berkumur atau memberus gigi 30 minit selepas makan.


Tips segarkan nafas

Pengambilan yogurt - pengambilan vitamin D dalam bentuk yogurt (yang masam) mampu melawan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.

yogurt
minum air kosong - minum air kosong untuk mencegah mulut kering.Apabila mulut kering,penghasilan air liur akan kurang dan akan menyebabkan nafas berbau.


gosok gigi dan lidah secara menyeluruh - gosoklah gigi secara teratur dan gunakan set penjagaan oral yang sesuai dan serasi dengan anda.



Supplement apakah yang sesuai untuk atasi masalah ini?


garlic complex

Garlic Complex sangat terkenal sebagai antibiotik semulajadi untuk menghapuskan bakteria.


alfalfa complex
alfalfa complex secara amnya mampu mendetoksfikasikan dan menyegarkan nafas.




Papermint ginger plus bertindak membunuh bakteria yang menjadi penyebab utama nafas berbau.



Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik 'order now'.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit sahaja.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

masker home made vitamin c dan esp shaklee

Assalamualaikum semua..

Jerawat dan kulit muka memang tak dapat dipisahkan!Rasanya itulah perumpamaan yang sesuai..ececece...^_^

Masa raya haji baru-baru ini saya,suami dan iman berkesempatan balik beraya dengan keluarga sebelah utara.

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik semula ke Terengganu.

Memang perangai saya,bila berjalan jauh,kebersihan muka akan saya abaikan ^_^.
Setakat cuci muka jer.Masker memang saya takkan bawa.Apatah lagi penyegar semua tu.

Bila berjalan jauh,terdedah dengan habuk,debu dan asap merupakan perkara biasa.Jerawat pun mulalah menonjolkan dirinya setelah sekian lama menyepi.

Kalau sebelum ini saya pernah pos tentang masker vitamin c,kali ini lain sikit intipatinya.Oleh kerana tidak tahan dengan masker vitamin C sahaja,kali nie saya cuba campurkan dengan esp pulak.

Dan hasilnya tersangatlah Awesome!

Macam mana nak buat masker esp dan vitamin C?

Mula-mula,ambik vitamin c dan anda boleh patahkan kepada 2 atau 3 bahagian.Saya ambik sebiji terus ^_^.

Letakkan vitamin c dalam lesung batu dan tumbuk sampai lumat Sebelum guna untuk tumbuk vitamin c tu,pastikan lesung bersih dan suci dulu taw.Bayangkan kalau ada saki baki sambal belacan dalam lesung tu,jenuh meraung pulak nanti :)

Masukkan esp ke dalam piring kecik.Sukatannya macam mana?saya hanya gunakan 2 sudu teh esp sahaja.Itupun sudah melebihi keperluan diriku ini.Jadi,nak sedang elok esp tu cuma gunakan 1 sudu teh je dah cukup.

Ok,vitamin c pun sudah lumat,kaut dan masukkan ke dalam bekas esp tadi.

Anda diberi pilihan sama ada nak bancuh masker ini dengan menggunakan yogurt asli ataupun air suam.

Saya hanya gunakan air suam.

Bancuh bagi pekat ok.Kemudian sapulah masker tersebut ke muka anda.

Masker vitamin c dan esp
Selepas masker telah kering,bilas dengan air sehingga wajah anda bersih.

Hasilnya???

Anda akan rasai perbezaannya!Kulit muka terasa lebih lembut dan gebu.Tak percaya?

Cubalah sendiri!Belum cuba belum tahu.Dah cuba confirm akan jatuh cinta ^_^

manfaat alfalfa

Alfalfa oh alfalfa.Apa itu alfalfa?

Alfalfa shaklee
Alfalfa Complex merupakan suatu formula Shaklee Signature yang asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalan tahun 1950-an.

Secara amnya,alfalfa dihasilkan daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang juga dikenali sebagai Raja Tumbuhan.Pihak Shaklee hanya menggunakan alfalfa yang terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuklah kalsium,fosforous,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid dan pelbagai mineral surih dan vitamin.

Pokok alfalfa mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk matang dan dituai.Dan untuk pengetahuan anda semua,bermula dari saat penanaman hinggalah ke proses untuk dijadikan tablet,semuanya berada di dalam pengawasan dan ketelitian pihak yang bertanggung jawab.Ini adalah kerana Shaklee sangat mementingkan ketulenan,mutu dan keberkesanan setiap produk yang dihasilkannya.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat.Akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah tanah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan tanah.Kerana inilah Medicago Sativa memiliki gred paling tinggi dan berkualiti di kalangan alfalfa.

Sementara itu,daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Bagaimana Alfalfa dihasilkan?

Alfalfa dihasilkan hanyalah dengan menggunakan daunnya sahaja.Daun alfalfa akan dituai apabila telah mencapai tempoh matang.Ini adalah kerana daun yang matang kaya dengan klorofil.

Bahagian seperti batang,akar dan bahagian yang tidak berkaitan akan dilupuskan.

Seterusnya,daun alfalfa tersebut akan dikeringkan secara semulajadi untuk mengekalkan nutrisinya.

Daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi habuk sebelum dikompres menjadi tablet.Semua proses dilakukan dibawah kawalan yang sangat teliti seiring dengan moto syarikat Shaklee iaitu ketulenan,kualiti dan keberkesanannya.



Alfalfa Shaklee sangatlah berbeza dengan alfalfa lain yang berada di pasaran.Dari segi apa perbezaanya?sila rujuk gambar di atas.

Khasiat alfalfa complex

Khasiat dan kelebihan alfalfa
Set cadangan bersama alfalfa




Testimoni alfalfa









Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik "order now".PAstikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit sahaja .


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

resepi cendawan celup tepung

Assalamualaikum semua.Hari ini saya akan kongsikan salah resepi yang saya buat untuk santapan keluarga baru-baru ini.

Cendawan celup tepung.Rasanya ranggup dan bertambah oopmmh bila dicicah dengan sos cili atau sos tomato.Ok,tak nak cakap panjang jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Cendawan tiram

Telur ayam


Lada berperisa
Dan tidak dilupakan juga minyak masak untuk menggoreng ^_^

Cara-caranya adalah :

1. Racikkan cendawan mengikut saiz kesukaan anda.
2. rendamkan dahulu cendawan bersama air sekitar 20-30 minit
3. Selepas itu toskan.
4. Pecahkan telur kedalam mangkuk.
5. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk lain dan tambahkan dengan lada berperisa.Jika anda sukakan masin bolehlah tambahkan sedikit garam.
6. Panaskan minyak masak.
7. Ambil cendawan celupkan ke dalam tepung,kemudian ke dalam telur dan celupkan tepung lagi sekali.
8. Masukkan cendawan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
9. Ulangi proses yang sama sehingga habis cendawan.

Taraaaa....inilah hasilnya..



Enak dimakan panas-panas sebab ranggup.Bila sejuk dah tak ranggup ^_^

Rasanya lebih kurang macam sotong celup tepung jugak.Tetapi saya tak gemar buat sotong celup tepung.Sebab apa?Anda silalah buat dulu baru anda akan tahu..

Sekian dulu untuk entry kali ini..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...