'sihat dan cantik pilihan saya'

Gam arab digunakan sebagai probiotik?

Assalamualaikum semua!

ok,hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai gam arab atau lebih terkenal di kalangan nutritionist sebagai acacia gum.

Dulu,saya pernah dengar mengenai gam arab ini,tapi waktu saya tak kenal shaklee lagi.Suami cakap panjang berjela-jela pasal gam arab nie,saya buat tak tahu jer.Masuk telinga kanan keluar telingan kiri.Ye la,waktu tu saya nie jenis bergantung pada doktor 100 %.

Makanan sunnah kurang makan,supplement dan vitamin lagi la jauh panggang dari api.Janji sihat.Betapa kolotnya daku waktu tu ^_^

Kelmarin kebetulan saya keluar untuk sedikit urusan.Masa perjalanan nak kelua dari mall,suami panggil.Tunjukkan pada saya dan cakap 'ini la gam arab yang abang cakap dulu'.

inilah gam arab
Nak lebih jelas lagi isi kandungannya,sila lihat gambar di bawah.Gambar di bawah ini adalah yang saya cari dari google.Terima kasih encik google!



Gam getah ini diperolehi melalui menoreh kulit pokok tersebut.Ala,seperti orang menoreh pokok getah untuk getah skrub tu.

Gam arab dikatakan mempunyai kandungan probiotik semulajadi tertinggi dan sama fungsi dengan probiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang ada dalam susu lembu.

Apa itu probiotik?

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat.

Probiotik menggalakkan kesihatan yang baik,menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

Kenapa gam arab menjadi sebutan?

Gam arab ini adalah 100 % serat.Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori,mineral mahupun vitamin.Tetapi gam arab sangat membantu menghilangkan bahan buangan yang bahaya dari tubuh badan kita.

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa :

  • penurunan tekanan darah kepada pesakit darah tinggi
  • membantu serapan mineral seperti zinc,kalsium dan sodium.
  • menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan usus.
  • kesan penyembuhan terhadap pesakit buah pinggang
  • kurangkan penghasilan radikal bebas oksigen
  • meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.


Dan untuk pengetahuan anda,acacia gam juga turur terdapat di dalam salah satu produk Shaklee.Nama apakah produk itu?Untuk apakah produk itu?Untuk golongan manakah produk itu digunakan?

ingin ketahui apakah nama produk itu?Nantikan selepas ini ^_^

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua.Jumpa lagi di lain masa.

Assalamualaikum!

Fresh Laundry Concentrate Powder

Assalamualaikum semua!

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda,salah satu produk Shaklee jugak.Tapi bukan vitamin ok.Aik,shaklee ada keluarkan produk lain ker dari supplement dan vitamin?semestinya ada!

Kita semua mesti nakkan baju yang bersih,harum dan berbau segar bukan?Tapi dalam masa yang sama,mutu dan warna lain tidak terjejas dek peluntur mahupun serbuk pencuci.Siapa yang nak pakai baju yang warna kusam dan luntur kan? ^_^

baju yang bersih dan harum kegemaran saya!

Kini anda tidak perlu risau lagi!Antara penyelesaiannya adalah serbuk pencuci baju Shaklee atau lebih dikenali sebagai fresh laundry concentrate powder.

fresh laundry concentrate shaklee
Serbuk pencuci baju shaklee

Kenapa fresh laundry lain?


Fresh laundry concentrate Shaklee tidak mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau sedutan.

Perbezaan Shaklee


Sentiasa selamat

  • Tanpa klorin
  • tanpa bahan kimia berbahaya
  • hipoalergenik
  • sesuai untuk semua jenis fabrik
Berkesan
  • berkepekatan tinggi
  • berkesan dalam semua jenis suhu samada air sejuk atau air panas.
  • Menjadikan pakaian lebih bersih dan berseri.
Mesra alam
  • tanpa fostat,borat dan nitrat
  • Tanpa bahan pewarna
  • ramuan semulajadi yang mesra alam.
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula.
Sedikit tips untuk anda yang tidak suka memakai serbuk pencuci kerana bila basuh jer,mesti serbuk pencuci tu akan melekat pada pakaian.Anda mesti bancuhkan dulu serbuk pencuci itu.Nak bancuh minum ker?kikiki..

Idok la...bancuh dalam mesin.Masukkan serbuk pencuci dan air,start mesin basuh anda lebih kurang 3- 5 minit dalam mood 'wash'.

Apabila mesin berhenti,reset balik mesin basuh ada ke mood 'wash,rinse,spin'.

In shaa ALLAH pakaian yang anda basuh tidak akan ada saki baki serbuk.pencuci walaupun sedikit.

Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik button 'order now'.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Makanan yang menjejaskan kehidupan seks anda!

Ha,mesti anda terkejut bukan dengan tajuk entry kali ini?Jangan tak tahu,sebenarnya makanan kegemaran anda sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan seksual anda.Bayangkan makanan kegemaran anda boleh menjejaskan atau dalam erti kata sebenar memicu rasa ghairah anda!Ngeri dengar.

Pasti anda sedang terfikir bukan,ada ker makanan yang mendatangkan mudarat kepada badan kita?haishhh,macam tak logik jer.

Sebagai contoh,rata-rata tahu rasanya coklat gelap dan badam merupakan makanan yang dapat meningkatkan ghairah seks.Sebenarnya penting untuk kita untuk mengetahui makanan yang boleh menjejaskan dan merosakkan organ pembiakan anda.Penting taw untuk keharmonian rumah tangga dengan si dia yang tersayang!

makanan menjejaskan kehidupan seks
makan,makan dan makan
Jom kita baca untuk ketahui maklumat selanjutnya.

Pemanis Tiruan

Ini adalah kerana pemanis tiruan mengandungi aspartame iaitu bahan yang boleh menjejaskan hormon gembira dalam badan (serotonin).

Tanpa hormon ini,libido dan mood anda akan terjejas.

Pemanis tiruan turut mendatangkan kesan sampingan seperti resah,imsonia,sakit kepala dan sebagainya.

Keju



Seperti yang kita ketahui,kebanyakan produk tenusu yang berlambak di pasaran sekarang kebanyakannya telah diproses.Pengambilan produk tenusu yang berlebihan dalam badan akan meningkatkan peningkatan toksin dalam badan.Secara tidak langsungnya,ia turut mengganggu pengeluaran hormon estrogen,progesteron dan testosteron.Hormn-hormon ini penting dalam meningkatkan mood ghairah seks.

Minuman bergas



Minuman ini akan menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti,kencing manis,kaviti gigi dan sebagainya.Ini adalah kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ditambah dengan gas.Memang enak bila diminum,tetapi kesannya anda akan dapat selepas beberapa bulan dan mungkin makan masa bertahun.

Emping jagung



Lebih dikenali sebagai 'corn flakes'.Dr.John Harvey Kellog menyediakan bijirin ini sebagai diet untuk mengurangkan nafsu seks.

Sekiranya anda merancang untuk melakukan adegan romantis bersama pasangan anda,lebih baik anda juahkan diri 'corn flakes'.

Soya



Soya merupakan pengganti terbaik bagi daging.Soya juga mengandungi unsur-unsur protein.Tetapi kacang soya yang mengandungi fitoestrogen dan gmo akan bersaing dengan hormon seks lelaki.

Ia cukup untuk menyebabkan masalah kesuburan kepada kaum adam.

Cip kentang goreng


Pengambilan 1 pek kentang goreng sahaja sudah cukup untuk merosakkan tisu dan sel-sel badan.Ini adalah kerana kentang goreng dan makanan ringan senang untuk disediakan tetapi harus dipanaskan atau digoreng dalam suhu yang tinggi.

Pemanasan minyak pada suhu yang tinggi akan menyebabkan minyak bertoksik dan menganggu nafsu anda.

Semoga perkongsian yang serba sedikit ini akan membantu anda untuk lebih sihat dan ceria-ceria selalu ^_^

carotomax membelai mata anda dengan sempurna!

Mata kita ada kalanya menghadapi masalah kecil seperti mata kering,lesu,rabun malam,rabun jauh,rabun dekat dan yang paling digeruni adalah katarak.

Hakikatnya mata merupakan panca indera yang penting kepada kita.Tanpa mata,kita tidak akan dapat melihat.Yang kelihatan hanyalah gelap,malap,kelam dan yang seumpama dengannya.

Kini anda tidak perlu risau dan gelisah memikirkan pemyelesaian untuk mata anda.Dengan adanya carotomax,in shaa ALLAH anda akan rasai perbezaanya!

Mengapa carotomax?

Ini adalah kerana Carotomax Shaklee mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat,kulit dan membran mukosa.

carotomax shaklee pilihan terbaik untuk mata anda
Carotomax Shaklee


Carotomax ini mengandungi 6 varieti karotena,yang diekstrak daripada rangkaian sayur dan buah-buahan yang kaya dengan antioksida seperti :

  • Rumpai laut
  • tomato bukan gmo 
  • biji anggur
  • brokoli
  • epal
  • kentang
  • minyak sawit 

Kebaikan Carotomax

Mempertingkatkan penglihatan
- menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.Secara tak langsungnya akan mempertingkatkan masalah mata seperti :
  • Rabun malam
  • rabun dekat
  • mata kering
  • kelesuan mata
  • katarak
  • Eye bag
Menghalang infeksi
-merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit seperti :
  • Paru-paru
  • batuk
  • asthma
  • selsema
  • hepatitis
Meredakan penyakit kulit
-pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti :
  • Kulit kering
  • jerawat
  • akne
Melawan kanser dan oksida
- pengambilan kerap akan mengukuhkan sistem imun,melambatkan penuaan dan menyekat aktivito bahan kanser.Ini akan mengurangkan kanser paru-paru dan kanser payudara.
-Ini juga akan mengurangkan radikal bebas dan singkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Testimoni carotomax

testimoni 1

testimoni 2

testimoni 3



Anda ingin order dan beli sendiri?sila klik button 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

bermimpilah hingga ke bintang!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Semua orang ada impian masing-masing bukan?impi nak rumah banglo besar,rumah ada swimming pool,nak pakai kereta golf,nak bawak mak abah pergi haji,nak bawak keluarga keliling dunia,nak langsaikan semua hutang yang ada.

Pelbagai impian terlakar.Kalau nak cakap satu-satu,esok pun tak habis :)


Namun,apalah gunanya mempunyai beribu impian tetapi diri kita sendiri malas nak bekerja keras nak capai impian kita itu?

Bayangkan,bangun pagi celik mata jer terus on televisyen.Tonton tv tu sampai ke malam.Lepas tu doa,ya ALLAH ya tuhanku,bagilah aku bebas hutang,bagilah aku kaya,bla..bla...bla...tapi diri sendiri duduk tengok televisyen.Dari pagi sampai ke malam.

Adakah dengan tindakan kita itu,impian kita akan tercapai dengan mudahnya?agak-agak anda?

Mustahil la.Nak capai sesuatu impian atau target,kita kena korbankan masa.Contohnya masa tengok tv,masa baca novel,masa tidur disiang hari,masa menganyam ketupat bersama jiran-jiran tersayang dan sebagainya.

Apa yang perlu saya buat apabila nak gapai impian saya?

Ibaratkan impian anda itu sebagai buah mangga.Bagi penggemar buah mangga,anda pasti perasan kan,bila terbayang jer buah mangga tu,kecur air liur.wah..sedapnya..yummy!

Seterusnya,fokus.

Tetapkan matlamat anda dan fokus.Sememangnya dalam menuju kejayaan,pelbagai rintangan akan datang.Tidak kiralah dari keluarga,sahabat handai atau orang sekeliling.Anda kena pekakkan telinga dan buat apa yang anda fokus.Kiranya kuat semangat la.Tetapi haruslah diingat,semuanya perlu berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ALLAH.


 Fokus haruslah disertai dengan perancangan yang sebaiknya.Apa yang anda nak,berapa terget anda,berapa lama tempoh masa anda nak capai impian anda perlu diambil kira.Nak senang lagi,tulis dan tampal di mana-mana tempat yang selalu anda tengok.Contohnya di cermin meja solek atau di papan putih berhampiran dengan meja kerja anda.


Eh...eh...terbalik la pulak :) kira boleh la yer.Kalau saya,memang saya akan buat jadual begini.Tulis tarikh dan catitkan berapa banyak points yang kita dapat dalam sehari,seminggu mahupun sebulan.

Impian kita tercapai atau tidak,semuanya atas diri kita masing-masing.Jangan sesekali mudah berputus asa dan hilang fokus terhadap impian kita.Kuatkan hati,kuatkan semangat dan yang penting,FOKUS!

Pastikan kita membuat yang terbaik untuk diri sendiri,keluarga dan agama.Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat..aminn..

Celoteh tentang Vitamin D

Apa itu vitamin D?


Vitamin D merupakan salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sebagai vitamin dan hormon.Ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosporus.

Juga diperlukan untuk tumbesaran terutamanya untuk tumbesaran tulangb dan gigi yang normal bagi kanak-kanak yang sdang membesar.

Vitamin D juga berfungsi untuk mencegah otot daripada menjadi lemah dan secara tak langsungnya,vitamin D juga penting dalam rawatan dan pencegahan kanser kolon,osteoarthritis,osteoporosis dan hypocalcemia,meningkatkan imuniti.

Vitamin D juga penting dan perlu untuk fungsi tairod pembekuan darah yang normal.

Kaitan Vitamin D dan kanak-kanak

Kanak-kanak memerlukan vitamin D kerana ianya merupakan nutrisi yang penting untuk pembinaan dan tumbesaran tulang dan gigi.

Tapi jangan harapkan vitamin D semata-mata ok.Pastikan anda juga melepaskan anak anda bermain di taman atau lebih dikenali sebagai aktiviti riadah..Ini adalah kerana aktiviti luar juga mempengaruhi dalam memberikan tulang yang sihat kepada kanak-kanak.

Aktiviti luar dan beriadah apabila kurang dilakukan akan menyebabkan kanak-kanak mudah mengalami obesiti.Jadi,untuk dapatkan tumbesaran yang sihat untuk anak-anak anda,berilah masa untuk mereka melakukan aktiviti riadah.

Vitamin D boleh didapati dalam :
  • ikan salmon
  • mackerel sardin
  • putih telur
  • ubi kentang
  • oat
  • susu formula bayi
Kesan kekurangan Vitamin D

Kekurangan vitamin D yang serius boleh menyebabkan ricket (cacat tulang),terutamanya 
  • tulang belakang,
  • kaki
  •  tengkorak,
  • tulang mudah patah
  • bengkak sendi
  • lemah otot
Hakikatnya,bayi dalam kandungan juga memerlukan vitamin D.Jika ibu hamil tidak mengambil vitamin D yang secukupnya,anak yang dilahirkan mungkin akan mengalami neonatal hypocalcaemia (tidak cukup kalsium dalam darah.

Pastikan anda memberikan bekalan yang secukupnya untuk diri anda dan juga anak anda.Anak-anak adalah harta ALLAH yang tidak ternilai kepada kita.

atasi masalah rambut kusut anda long lasting finishing hair spray Shaklee

Trend masa kini

Zaman milenium ini,para remaja sangat suka menggayakan trend rambut terkini.Dari gaya rambut terpacak,rambut kerinting halus,rebonding dan lain-lain lagi,Betapa up to datenya mereka semua. :)

Namun,seringkali kecewa kerana apa yang diimpikan tidak tahan lama.Contohnya,buat rambut terpacak,tapi tidak tahan lama.Buat kerinting halus,tapi tahan la dalam sehari dua.

Semua itu memerlukan duit dan masa ok.Tapi frust menonggeng taw bila kita buat fesyen rambut mahal-mahal,korbankan masa lapang tapi hasil yang kita dapat tidak memuaskan.

Mungkin duit bukan menjadi soal dan masalahnya,tetapi kepuasan ^_^.Sesetengah individu yang memang mementingkan gaya dan kecantikan sanggup melabur duit semata-mata demi impian gaya dan kecantikan mereka.

atasi rambut kusut anda dengan long lasting finishing spray




Nak gunakan minyak rambut yang terhangat dipasaran memang senang,tapi,bila memikirkan kesannya yang terlalu berminyak,berbau kuat,melekit dan sebagainya,membuatkan kita berfikir banyak kali untuk menggunakannya.Tidak kiralah sama ada anda mahu bergaya di dalam mahupun luar rumah.

Penyelesaian kepada masalah rambut kusut anda

Kini,anda tidak perlu risau lagi kerana Shaklee ada penyelesaiannya.Apakah itu?jeng..jeng..jeng..

atasi masalah rambut kusut anda

Long lasting finishing hair spray adalah jawapannya.Spray ini didatangkan dengan keistimewaan :


  • melindungi rambut anda daripada kerosakan uv.
  • melembabkan untuk kawalan yang rapi dan lembut.
  • pam atau spray bukan aerosol.
  • memberi kawalan fleksibel untuk penggayaan sepanjang hari.
  • meningkatkan sinar dan kilau rambut anda.
  • rambut kelihatan lebih sihat dan mudah diurus,
Pam semburan bukan aerosol menyediakan kawalan aplikasi yang serta merta untuk rambut anda yang fleksibal.Dijamin anda tidak akan rugi dan menyesal sekiranya anda membeli long lasting hair spray ini kerana ianya akan meyalut rambut anda dengan semburan yang ringan dan halus.

Turut diformulasikan dengan formula tidak kering akan membuatkan rambut anda lembut dan mudah diurus.Anda nak guna sikat?nak guna jari?semuanya boleh!pilihan terletak di tangan anda.

Hari-hari ker nak kena guna long finishing hair spray ini?Terpulang kepada anda mahu menggunakannya hari-hari ataupun bila perlu sahaja.

Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik button di bawah dan pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit sahaja.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...