'sihat dan cantik pilihan saya'

fenomena jeruk mangga + asam boi

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Semenjak dua menjak ini kan,jeruk mangga asam boi teramatlah terkenal!Sampaikan ada yang jual jeruk mangga asam boi secara online.Bagitau nak berapa bekas,bank in duit,tunggu je depan rumah abg pos laju datang hantar.Wah!banyak senanggg oooo..

Saya memang penggemar buah mangga.Kalau bagi 10 biji,sekali hadap jer rasanya ^_^.Alhamdulillah masa mengandungkan iman dulu,waktu tu musim buah mangga di Perlis.

Tapi,selepas selamat melahirkan iman,memang tak nak makan langsung mangga.Hatta jeruk sekalipun.Sebab dah puas makan mangga waktu mengandug dulu.Selamat duit suami i :)

Semenjak dua menjak tiba-tiba mai balik keinginan nak makan mangga.jeng...jeng..jeng...ada isi pulak ker? In shaa ALLAH. ^_^

Bangun pagi-pagi lagi,memang rancang nak pergi pasar.Nak cari mangga dan asam boi!hehhehehe..Bermulalah episod mencari mangga bersama suami dan keluarga mentua.Haruslah kena bawak mentua,sebab saya dan suami tak berapa tahu,kurang pemahaman tentang selok belok kedai buah di Terengganu.

Destinasi pertama adalah Pasar Payang.Terletak berhampiran dengan Kampung Cina,Kuala Terengganu.Apabila tiba di destinasi yang dituju,syukur alhamdulillah!senang jer nak cari orang yang menjual buah mangga :)

Ok,buah mangga dah jumpa,asam boi pun dah jumpa.Moh la kita balik rumah.Sebelum balik,sempat lagi bergambar.

jeruk mangga asam boi
Panas lip.lip ooi...

Dah sampai rumah,maka bermulalah misi membuat jeruk mangga asam boi.

Senang jer,kupas dan bersihkan buah mangga.Potong memanjang atau ikut kreativiti anda sendiri.Masukkan sedikit gula (saya letak 1/2 sudu jer,tak suka manis sangat),beberapa biji asam boi,4 biji cili dan 3 sudu air.

Masukkan dalam peti sejuk boleh sejam atau dua jam,siap untuk dimakan!



Ha....nampak tak?sedapppp nih.Tak banyak air,cukup rasa.Bukan cukup rasa bubuh ajinomoto tu.Cukup rasa pedas,masin,manis dan masam!Bila makan tu,rasa ranggup dan sejuk.yummy!

Cubalah anda buat sendiri.Pasti puas hati :)

set tekanan darah rendah shaklee

Tekanan darah rendah atau bahasa saintifiknya hipotensi bukan sesuatu yang jarang kita dengar zaman milenium ini.Simptom yang biasa dialami oleh pesakit tekanan darah rendah ialah berasa pening atau dehidrasi.Namun,simptom ini dipandang ringan dan sebahagian daripada kita menganggapnya adalah perkara biasa.


Antara tanda-tanda darah rendah ialah :

  • pening
  • pitam
  • penupuan samar-samar @ kelam
  • loya
  • keletihan
  • dahaga

Bagaimana yang dikatakan darah rendah?

seseorang dikatakan mengalami tekanan darah rendah jika bacaan tekanan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg


Tekanan darah rendah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi ia lebih berisiko kepada golongan yang llebih berusia,pengambilan ubatan yang tertentu dan penyakit tertentu seperti talasemia dan sebagainya.

Cadangan supplement untuk tekanan darah rendah



  • Vitalea (multivitamin dan mineral) - mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.
  • B-complex - membantu penghasilan tenaga kerana ianya lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk b12 dan folat
  • Substained release vitamin C 500mg - meningkatkan pertahanan badan.
selain itu,anda juga boleh tambahkan perfomance drink untuk mengelak badan daripada terhidrasi.

Anda berminat untuk order dan bayar sendiri? sila klik button 'order now'.





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

bersuka ria di hujung minggu

Assalamualaikum semua....kembali bersiaran selepas seharian menyepi.Menyepi la sangat kan? ^_^ Sebenarnya saya frust taw...frust sebab putus cinta ker?oh no..non..no...i dah bersuami ok.Frust sebab buat commentluv dari petang kelmarin lagi,tapi tak menjadi jugak.

Akhirnya,ajak suami tercinta dan keluarga mentua pergi makan jalan-jalan.Destinasi kitaorang adalah Lata Sekayu yang terletak di Kuala Berang,Hulu Terengganu.

Sewaktu bertolak dari rumah,cuaca elok jer.Panas terik lagi!Tapi apabila sampai je di kawasan sekitar Kuala Berang,hujan turun dengan lebatnya.Dah alang-alang nak sampai dah ke destinasi yang dituju,kitaorang teruskan juga niat untuk melihat dan melawat sekitar Lata Sekayu.

Bila dah sampai,nak masuk kena bayar RM 2 untuk orang dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun.Wah!tenang dan damai jer persekitaran situ.Siap ada chalet lagi.Jadi,kepada sesiapa yang sedang tercari-cari lokasi nak tenangkan fikiran,bolehlah cuba menginap di sini untuk semalam dua.



Yang istimewanya di sini,terdapat jambatan gantung yang menghubungkan dari seberang jalan ke perkampungan chalet.

Dan dari atas titi gantung ini juga anda boleh melihat air sungai yang jernih sedang mengalir.



Sebelum masuk ke kawasan Lata Sekayu ini,kitaorang memang telah diingatkan tentang fenomena 'kepala air'.Fenomena ini sering terjadi apabila hujan lebat.


Fenomena kepala air ini,air laju secara tiba-tiba.Semasa kitaorang sedang mandi tadi,tiba-tiba bunyi air terjun makin kuat.Air makin berkeladak @ makin keruh.Selang beberapa minit,mak cik yang mandi dikawasan berhampiran bertempik 'semua naik!kepala air nun!'.Semua yang sedang berendam dalam air sungai terus naik ke darat.

Alhamdulillah semuanya sempat naik ke darat dan rasanya tiada yang terkorban dihanyut arus kot.


Tengok,berbeza kan gambar ini dengan gambar di atas.Gambar ini diambil semasa fenomena 'kepala air' terjadi.

Ok,dah arus pun laju,buat apa nak tunggu kat situ lagi kan?siap salin pakaian basah,balik la *_*.

Dalam perjalanan balik,perut lapo kekong orang terengganu cakap :).Jalan-jalan la dulu sebelum pulang ke rumah.Dan kalau anda semua nak tahu,Kuala Berang sangat terkenal dengan jagung.Jadi,kitaorang memang beli jagung untuk alas perut sementara nak sampai ke rumah.



Tengok,betapa laparnya arjuna beta!Jagung pun makan :)

Baiklah,sekian dulu untuk entry hari ini.Selamat berhujung minggu semua :)

senaman kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan!

Bila bercakap soal kesuburan dan perkara yang boleh dilakukan untuk hamil,ramai yang lebih suka memilih supplement,ubat-ubatan,jamu dan sebagainya.Siapa yang tak teringin nak peluk dan cium anak sendiri kan?Ditambah pula dengan kata-kata sindiran dari keluarga,rakan-rakan dan sahabat handai,memang merimaskan dan membuatkan diri tertekan.

Di sini,saya kongsikan sedikit info tentang kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan.


Senaman dan berat badan mempengaruhi tahap kesuburan!

Sebenarnya ramai yang menyedari fakta ini.Tapi cuba abaikan kerana kekangan masa.Isnin hingga Jumaat keluar pagi balik malam.Hari minggu nak beristirehat.Sebenarnya selepas waktu bekerja pun boleh jika nak bersenam,tetapi anda kena bersiap siaga dari awal la.Sebelum pergi kerja,sediakan siap-siap baju,seluar dan kasut yang bersesuaian dalam beg kerja anda.Selepas habis waktu bekerja,anda boleh terus pergi ke taman atau gym yang berhampiran untuk bersenam.

Biarpun senaman boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang walaupun sesen,ramai yang tidak mahu memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini kerana memerlukan masa yang agak lama dan memenatkan!Dengan bau peluh lagi,agaknya inilah sebabnya ramai yang tidak mahu bersenam kot :)

Bagaimana Senaman mampu meningkatkan kesuburan?

Apabila kita bersenam,secara tidak sedar :
  • berat badan akan mengalami penurunan ataupun berat badan akan kekal ideal.
  • menurunkan tahap stress
  • meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.
Ini termasuklah meningkatkan pengaliran darah ke organ peranakan bagi penghasilan telur yang berkualiti dan rahim yang lebih sihat untuk tumbesaran janin.

Berita baik untuk wanita!Apabila kita melakukan senaman,hormon dan kesihatan kardiovaskular akan meningkat.Perubahan ini akan memberikan manfaat kepada jantung dan membaiki kadar gula dan insulin dalam darah.

Namun,senaman haruslah setimpal dengan keupayaan dan bersesuaian dengan kita.

Senaman yang keterlaluan akan menganggu keseimbangan hormon dalam badan.Dan ketidakseimbangan hormon akan menjejaskan proses ovulasi dan kitaran haid.

Di samping senaman,gabungan diet yang betul juga merupakan salah satu kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan.Jangan melantak tak ingat dunia,senaman hari-hari tapi komplen 'eh,kenapa berat badan aku tak turun-turun pun?!'

Lebihkan memakan makanan yang berkhasiat yang tinggi antioksida,vitamin dan mineral yang tinggi.Kurangkan makan daging dan ayamKurangkan ok,bukannya tak boleh makan lagsung :)

selain itu,Vitamin C juga merupakan vitamin yang sangat bagus untuk wanita.Vitamin C boleh memperbaiki cecair serviks.Namun,jangan ambil dos yang berlebihan kerana boleh menyebabkan kekeringan serviks.

Disyorkan ambil Vitamin C tidak melebihi 1,000 mg sehari.

Vitamin yang sesuai untuk lelaki amalkan pula adalah Zinc Complex,Vitamin C dan Vitamin E.Ini adalah kerana vitamin-vitamin ini mengandungi selenium.

Amalkan gaya hidupb yang sihat,pemakanan yang seimbang dan sihat.Amalkan juga supplement yang sesuai untuk tingkatkan kesuburan anda suami dan isteri.Moh la kita menyahut seruan kerajaan untuk meramaikan lagi rakyat malaysia ^_^

Kelebihan Zinc Complex Shaklee

Hari ini entry special sikit.Iaitu berkenaan Zinc Complex Shaklee.Zinc Complex Shaklee adalah merupakan produk shaklee yang pertama saya makan sebelum kenal produk Shaklee yang lain-lain.

Zinc Complex Shaklee dirumus khaszinc bersama kalsium.Selepas bersalin,akibat malas bertungku dan tak reti nak duduk diam,badan saya selalu mengalami masalah lenguh-lenguh dan kebas.

Masa tu,memang google jer la.Apa kelebihannya?Fungsi dan kegunaan zinc pada tubuh dan sebagainya.Akhirnya keputusan dibuat,memang semangat  jitu nak beli Zinc Complex Shaklee dari Sha Salleh iaitu merangkap upline saya sekarang.

Dan kerana keberkesanan Zinc Complex Shaklee inilah,saya mula menceburkan diri dalam dunia Shaklee.Pejam celik-pejam celik dah setahun 2 bulan saya berada dalam dunia Shaklee.Dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa kuat semangat,berhati waja,berjiwa kental,madah berbisa dan amanat yang teramatlah mahal.Kat dunia luar setakat ini,saya belum dapat lagi pengalaman begini ^_^.Hanya dalam group awesome dan RTI2 jer ok.

zinc shaklee,kelebihan dan kebaikan zinc shaklee
zinc Complex Shaklee

Kenapa Zinc Complex Shaklee menjadi pilihan?

Zinc Complex Shaklee dirumus khas dari zinc glukonat semulajadi dan digabungkan bersama-sama dengan nutrient lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa.Gabungan mantap ini dicipta untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap untuk tubuh badan kita.

Zinc Complex Shaklee sesuai digunakan untuk jangkamasa yang panjang dan sesuai diambil ketika perut kosong.

Tahukah anda,zinc sangat berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh kita.

Kelebihan dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Memperbaiki Diabetes 
  • membantu pengeluaran insulin
  • mengekalkan fungsi insulin
  • memperbaiki diabetes.
Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • mempercepatkan proses pemulihan luka dari dalaman dan luaran.
  • pemulihan luka selepas pembedahan
  • membaiki alergi dan bintik di kulit muka.
Memperbaiki masalah prostat
  • melindungi kesihatan prostat
  • membaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly
  • membaiki masalah kerap kencing.
  • mengurangkan pembekakan prostat dalam kadar 70 %.
mengaktifkan 200 jenis enzim
  • berkobelehan menggabungkan DNA,RNA,dan protein.
  • merangsang generasi sel.
  • megaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan tubuh badan.
mempertingkatkan sistem imun
  • membantu pengeluaran kelenjar thymus.
  • Kalenjar thymus berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dengan mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.
kemampuan seks lelaki
  • meninggikan kiraan sperma
  • zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
Zinc juga digelar sebagai khazanah lelaki kerana zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

Siapa yang perlukan zinc?
  • golongan lelaki dewasa
  • remaja
  • wanita
  • individu yang mengalami masalah keguguran rambut
  • orang tua
Zinc Complex Shaklee mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikannya.Saya tidak makan makanan yang diperlukan oleh tubuh badan.Kenapa?Sebab saya makan ikut suka hati dan ikut selera saya ^_^.Sebab itu saya mengamalkan supplement supaya mana-mana yang lompong dapat dipenuhi.

Anda juga mungkin meminati :


Anda nak order dan bayar sendiri? sila klik button di 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

makanan sunnah turut terdapat dalam mealshake?


Ha,jangan terkejut taw dengan tajuk entry kali ini.Shaklee produk us,ada kaitan jugak ker dengan makanan sunnah nie?Merepek la!Macam tak percaya jer!Shaklee kan dibuat dan dinaungi oleh orang putih.Hisshhhhh,rasa macam susah nak percaya taw!



Terpulang kepada anda sama ada mahu percaya atupun tidak.Itu adalah hak anda semua.Saya tidak akan memaksa anda untuk mempercayainya apatah lagi untuk membelinya.

Sebelum ini saya kongsikan kepada anda semua mengenai gam arab kan?Sila klik link tersebut untuk mengetahui tentang lebih lanjut mengenai gam arab.

Gam arab atau bahasa saintisnya acacia gum sebenarnya turut digunakan untuk menghasilkan mealshake Shaklee.Bagaimana saya tahu dalam mealshake ada kandungan acacia gum?Ada bukti ker?Sila rujuk gambar di bawah untuk lihat buktinya.


acacia gum ada dalam kandungan mealshake Shaklee
gam arab dan acacia gum

Perbezaan dengan produk lain.

Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan amino asid.Disamping itu,mealshake Shaklee juga kaya dengan nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Gabungan daripada lactalbumin (sejenis susu),buah-buahan dan sayur-sayuran menjadikan mealshake Shaklee begitu lazat dan sedap!

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh bermula dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat dewasa.

Kebaikan Mealshake Shaklee

  • menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh.
  • mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)
  • mengandungi asid folik,biotin,kalsium dan megnesium yang diperlukan untuk membina sel dan tulang untuk proses tumbesaran.
  • mengandungi vitamin A,C,E,zinc,selenium yang merupakan agen anti oksida.
  • melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • kaya dengan serat larut untuk membantu anda membuang lemak berlebihan dari usus dan perut.
  • rasanya yang lazat-sesuai dicampur dengan susu formula anak anda!
Mealshake untuk siapa?
  • bayi berumur 1 tahun ke atas
  • kanak-kanak
  • pelajar
  • ibu mengandung
  • para atlet
  • individu yang sibuk bekerja
  • vegetarian
Sesuai untuk anak-anak anda yang selalu menghadapi masalah :
  • kerap sembelit
  • kerap sakit seperti demam,selsema,batuk
  • anak yang cerewet dalam pemilihan makanan.
  • anak yang kurus.
Jadi,tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang membeli mealshake untuk diberikan kepada anak-anak mereka mahupun untuk digunakan oleh seisi keluarga.

Anda juga mungkin meminati
Untuk rasa yang lebih lazat,anda boleh kisarkan mealshake bersama dengan buah kegemaran anda!
enak dinikmati dalam keadaan sejuk mahupun panas.

Jom rebut peluang untuk membeli mealshake sempena promosi beli 3 percuma 1 yang akan tamat hujung bulan ini.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Gam arab digunakan sebagai probiotik?

Assalamualaikum semua!

ok,hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai gam arab atau lebih terkenal di kalangan nutritionist sebagai acacia gum.

Dulu,saya pernah dengar mengenai gam arab ini,tapi waktu saya tak kenal shaklee lagi.Suami cakap panjang berjela-jela pasal gam arab nie,saya buat tak tahu jer.Masuk telinga kanan keluar telingan kiri.Ye la,waktu tu saya nie jenis bergantung pada doktor 100 %.

Makanan sunnah kurang makan,supplement dan vitamin lagi la jauh panggang dari api.Janji sihat.Betapa kolotnya daku waktu tu ^_^

Kelmarin kebetulan saya keluar untuk sedikit urusan.Masa perjalanan nak kelua dari mall,suami panggil.Tunjukkan pada saya dan cakap 'ini la gam arab yang abang cakap dulu'.

inilah gam arab
Nak lebih jelas lagi isi kandungannya,sila lihat gambar di bawah.Gambar di bawah ini adalah yang saya cari dari google.Terima kasih encik google!



Gam getah ini diperolehi melalui menoreh kulit pokok tersebut.Ala,seperti orang menoreh pokok getah untuk getah skrub tu.

Gam arab dikatakan mempunyai kandungan probiotik semulajadi tertinggi dan sama fungsi dengan probiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang ada dalam susu lembu.

Apa itu probiotik?

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat.

Probiotik menggalakkan kesihatan yang baik,menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

Kenapa gam arab menjadi sebutan?

Gam arab ini adalah 100 % serat.Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori,mineral mahupun vitamin.Tetapi gam arab sangat membantu menghilangkan bahan buangan yang bahaya dari tubuh badan kita.

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa :

  • penurunan tekanan darah kepada pesakit darah tinggi
  • membantu serapan mineral seperti zinc,kalsium dan sodium.
  • menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan usus.
  • kesan penyembuhan terhadap pesakit buah pinggang
  • kurangkan penghasilan radikal bebas oksigen
  • meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.


Dan untuk pengetahuan anda,acacia gam juga turur terdapat di dalam salah satu produk Shaklee.Nama apakah produk itu?Untuk apakah produk itu?Untuk golongan manakah produk itu digunakan?

ingin ketahui apakah nama produk itu?Nantikan selepas ini ^_^

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua.Jumpa lagi di lain masa.

Assalamualaikum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...