'sihat dan cantik pilihan saya'

hari raya 2014





Selamat hari raya aidilfitri semua...pejam celik-pejam celik alhamdulillah hari nie 27/7/2014 genaplah 29 hari kita berpuasa..dan in shaa ALLAH esok raya..

Dalam keadaan sibuk pun masih sempat update blog..heheeehe..

Semalam,saya dan suami nyaris2 kemalangan.Tapi,alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur kami suami isteri & anak.Ketar tu tak usah cakap la..So,buat semua pemandu di luar sana..hati-hati pandu kereta ok..kereta rosak ada spare part..tapu hilang nyawa..tiada gantinya :)

Alhamdulillah tahun nie,tahun ke-3 saya beraya dengan hero kesayangan yang aktif lagi banyak cakap..hehhhe..memang diakui,tahun nie mencabar sikit berpuasa sambil jaga hero yang ligat nie.bak kata mil..pandai beranak,pandai la jaga  :).Betul..alangkah indahnya menjadi wahm.suri rumah full time tapi dalam masa yang sama,alhamdulillah rezeki juga masuk.



Ok,setakat ini dulu...moh buat ketupat pulak..selamat hari raya aidilfitri buat semua followers blog saya..ampun maaf dipinta andainya terkasar bahasa,cakap lebih kurang,terguris hati..0-0 semua  ;)

pengedar shaklee anda

Nak beli produk-produk Shaklee,tapi  nak barang ada depan mata dulu baru nak bagi duit.Bukan hutang taw.Inilah yang dinamakan COD (cash on delivery).Macam sistem barter pulak :)



Kebanyakan pelanggan memang suka COD,senang ! Tak usah nak pergi bank,nak bank in bagai,nak transfer duit,kena tunggu pulak 2 @ 3 hari baru dapat barang.Haishhh lamanya :-)

sumber: mr google


Berita baik buat anda semua !!!!

Bagi pelanggan-pelanggan yang nak gunakan perkhidmatan COD,anda boleh menghubungi SID (Shaklee Independent Distributor) berhampiran kawasan anda.

Kuala Terengganu,Manir,Kuala Telemong & kawasan-kawasan berhampiran

Anda boleh menghubungi Siti Rosnah (013-9156881)



Selangor & kawasan-kawasan sekitarnya

Anda boleh menghubungi nura adila (019-4473176)



Port Dickson & sekitarnya

Anda boleh menghubungi Nor Fazlina Jusoh (019-5285901)



Kawasan anda tiada SID atau jauh dari branch ? Dalam masa yang sama anda ingin jadi ahli Shaklee dan menjana pendapatan 2,3,4,5, @ 6 angka dengan bisness Shaklee ?

Sila  klik nak jadi ahli Shaklee @ anda boleh terus menghubungi saya di talian 013-9156881.

***jom sertai kami dan menjana pendapatan hanya dari rumah !

kepentingan vitamin E

Vitamin E, vitamin yang boleh ditemui dalam beberapa makanan, membantu menguatkan sistem imun anda. Vitamin E membantu menggalakkan aliran darah yang lebih baik dalam badan dan sistem kardiovaskular.



vitamin E 

  • Anti-oksida ini membantu membina sistem imun anda dan membantu melawan penyakit daripada memasuki badan anda.
  •  Penyakit yang terbentuk daripada radikal bebas memasuki penurunan badan anda dan berhenti dengan penggunaan vitamin E.
  • Vitamin E membantu melawan bakteria yang boleh membawa maut dan mengekalkan badan yang sihat dan bebas dari penyakit. Organ-organ, tisu badan anda dan sel-sel sihat dengan penggunaan vitamin E.
  •  sel-sel darah merah memerlukan vitamin E untuk berkembang dan terus kukuh. 
  • Vitamin E membantu meluaskan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah melalui salur. 
  • Vitamin E membantu untuk menghalang kesan-kesan penuaan dengan mencegah berlakunya kedutan.

Sumber Makanan 
Vitamin E berlaku dalam minyak sayur-sayuran, susu, telur, sayur-sayuran berdaun, lelemak dan daging. Makan makanan yang kaya dengan vitamin E akan membantu mencegah kekurangan vitamin E. Sebelum membuat perubahan kepada diet anda, berbincang dengan doktor anda.

Manfaat lain vitamin E :





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

Jika anda mahu membeli sendiri Vivix Shaklee Ini,sila klik di sini

saya nak order vit E

credit to : http://www.livestrong.com/article/542078-vitamin-e-vs-castor-oil/

cara kembalikan berat badan normal

Ramai diantara kita pasti risau apabila berat badan naik gara-gara terlebih makan kan? Sekarang pulak bulan ramadhan..pelbagai juadah dijual di bazar ramadhan..ayam golek,ayam pandan,bubur lambuk,kuih muih,laksa johor,laksa utara? ?semua ada uolsss..memang kalau p bazar ramadhan tu..confirm akan rambang mata punya la. :)

Tapi,yang tak bestnya..bila terlebih makan,berat badan pun naik.Sedarkah anda objektif anda ialah makan secara sihat dan seimbang.


Malas nak makan pil2 yang pelbagai..malas nak bersenam dan sebagainya..macam mana nak buat nie  ? Raya dah dekat..perut makin buncit...

Berikut adalah antara panduan yang boleh digunakan untuk kembalikan berat badan normal  :)

Makan lebih serat




Untung tau makan makan yang lebih serat.Ini adalah kerana serat tidak mempunyai kalori.Apa kata anda lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dari makan makanan yang berat-berat.senang jer kan?  :)

Sahur




Ketika puasa,sahur adalah perkara paling 'penting'.Dengan bersahur,kita akan ada tenaga untuk berpuasa.Jadi,kombinasikan sahur anda dengan serat dan protein.Ini akan membuatkan anda lebih kenyang dan tahan lama.

Minum air




Minum air yang secukupnya semasa bersahur & berbuka.Dehidrasi boleh 'meniru' rasa lapar dan jangan tak tahu minum air yang secukupnya akan membuatkan anda lebih kenyang.

Berbuka dengan makanan yang berkhasiat dan ringan




Nikmati hidangan berbuka anda dengan hidangan yang berkhasiat dan ringan dengan kombinasi serat dan protein.Contonhnya ikan masak stim dengan sayur.


Menurunkan berat badan senang bagi sesetengah individu.Apabila anda amalkan diet yang sihat,akan pasti berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan anda.

Selamat berusaha semua  :)

cara untuk jadi ahli shaklee

Ramai yang bertanya,kenapa produk shaklee tiada jual kat shopping mall,pasar malam & kedai-kedai biasa  ?? Hehehe...ini adalah kerana produk shaklee bukan produk cap ayam.anda hanya boleh beli produk shaklee sama ada melalui branch atau sid (shaklee independent distributor) sahaja.



Kenapa shaklee berbeza dengan produk lain?

♥ sentiasa selamat - keselamatan adalah amat penting di Shaklee dan standard yang tiada bandingannya.Shaklee menjalankan lebih 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
♥ sentiasa berkesan - Shaklee bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan.Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang mengambil supplement Shaklee lebih daripada 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.
♥ sentiasa mesra alam - Selama lebih 50 tahun Shaklee telah meneraju dalam pergerakan alam sekitar,sehingga menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai 'climate neutral' bagi mengimbangi gas rumah hijau.Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda,rumah anda & juga bumi kita.

Bagaimana nak jadi ahli  ?

§ bayar RM 65  ( postage RM 10 untuk semenanjung Malaysia,RM 20 untuk Sabah & Sarawak)

§ beli produk bernilai RM 680 ( 200 points).

Keahlian Shaklee ini adalah untuk seumur hidup,tak perlu nak renew tiap-tiap tahun.

Apa yang anda akan dapat bila mendaftar jadi ahli  ?




Kenapa ramai yang jadi ahli Shaklee  ?

★ untuk kegunaan sendiri
★ untuk membuat side income

Kelebihan menjadi ahli Shaklee (sid )

untuk kegunaan sendiri

● dapat beli dengan harga ahli (lebih murah dari harga pasaran )
● jika pembelian melebihi 150 points,anda layak dapat bonus tunai @ cek pada bulan seterusnya.
● keahlian seumur hidup,anda tidak perlu renew & kekalkan point tertentu untuk jadi ahli.

♡ untuk membuat side income

● dapata keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual
● ganjaran 3 C ( cash,car bonus & convention trip)

» CASH - bonus setiap bulan,untuk jualan 150 points & ke atas
» CAR - insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan *bagi yang layak sahaja
» CONVENTION - peluang umrah @ percutian yang ditaja sepenuhnya oleh SHAKLEE. * bagi yang layak sahaja.

Shaklee kan buatan US..halal ker? 


Sijil halal yang membuktikan bahawa SHAKLEE adalah halal.

Tapi,perlu diingatkan bahawa jika anda nak jadi ahli,untuk membuat side income,nak keluar dari zon selesa,nak bantu keluarga & yang seangkatan dengannya la..anda perlu mencari upline yang betul2 boleh bantu anda,sentiasa bersiap sedia melayani,membimbing & membantu anda di kala susah @ senang..

::: apa kelebihan anda mendaftar ahli dengan saya  ? :::

*anda akan dimasukkan ke group empayar besar
* kelas melalui atas talian (whatsapp & telegram)
* saya akan ajar & bimbing anda,bagaimana mahu mulakan bisness
* siap membantu di kala anda perlukan bantuan.

Anda beminat untuk jadi ahli shaklee  ?

Hubungi saya : siti rosnah
Whatsapp | telegram : 013-9156881
Facebook : https://www.facebook.com/srosnah





makanan sunnah vs shaklee

Dewasa ini,pelbagai produk yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.Sampaikan para pengguna di luar sana was-was,bingung,50-50 nak pilih yang mana satu nie ?Sebagai pengguna,pilihan terletak di tangan anda.Jadi,buatlah pilihan yang bijak ok.Rasanya tiada siapa yang nak marah kot kalau kita pilih sesuatu produk tu sebagai pilihan kita..kan ? ^_^

Tiada kata-kata pedas yang akan dilemparkan ok..stay cool ^_^ Anggap ini sebagai ujian :)
berkenaan gambar di atas,anda boleh klik sini --->kenapa shaklee tak sesuai untuk anda


Entry kali nie,saya akan kupaskan tentang pemakanan sunnah vs Shaklee.In shaa ALLAH i'll try my best supaya entry tak terlalu panjang :)

Bagaimana yang dikatakan sebagai pemakanan sunnah ?
Seperti yang kita semua tahu,asas utama dalam pemakanan sunnah yang kita kena pegang dan ingat ialah :
  • halal
  • baik (yakni untuk kesihatan tubuh badan)
  • tidak membazir (ikut amalan syaitan)




Intipati penting sunnah Rasulullah S.A.W antaranya adalah :

  • kurma
  • habbastus sauda
Perlu diingatkan bukan makanan sunnah semata-mata ok,tapi perlulah tahu bagaimana cara makan,adab dan akhlak pada makanan.Jangan sesekali taksub pada pemakanan tapi adab dan akhlak entah ke mana.

Memang tak dinafikan bahawa berbuka puasa dengan buah kurma & air kosong banyak fadhilatnya yang tersendiri.


Kepada para peniaga di luar sana jangan pulak cakap...ambik dan rasailah produk bla..bla...bla...kerana sama fadhilatnya dengan kurma...no..no..no...Jangan sesekali buat macam tu ok !

Panduan yang diamalkan untuk mendapat pahala sunnah
  1. pilih  makanan yang halal dan baik --> niat untuk jaga kesihatan
  2. makan dengan adab-adab makan -->baca doa makan,baca bismillah,makan menggunakan tangan kanan,duduk apabila makan,ambil makanan yang dekat dulu.
*Niat...aku makan nie untuk bertenaga nak beribadah.Jangan pulak minum esp..niat nak kekalkan tenaga nak buat maksiat.Sah-sahlah menyimpang dah niat kita tu.Niat tak menghalalkan cara ok :)

    3. menolak kemudaratan -

    4. jangan mencerca makanan - kerana bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W..Makanan merupakan rezeki dari ALLAH.Contohnya kita jual produk shaklee,jangan kita lekehkan produk lain kerana dikhuatiri menimbulkan dosa,hasad dengki.

    5. betulkan niat bila ambik,makan sesuatu produk - nak ada kekuatan,tenaga & sihat.Bila sihat dapat  buat amal ibadat dengan sebaik mungkin.

    6. Tidak membazir - beli simpan,tak makan pun..ikut jejak langkah syaitan tu :)

    7. Jangan war-warkan produk kita produk sunnah,produk Rasulullah S.A.W  makan,tapi akhlak dan adab kita sebagai penjual tak ikut sunnah Nabi. (peribadi seiringkan dengan sunnah ok :) )


Mungkin orang akan cakap...zaman Rasulullah S.A.W.  dulu tak de pun produk Shaklee...yang ada hanyalah kurma,delima,anggur dan lain-lain.

Mari kita lihat apa pendapat Dr.Zaharuddin :


#makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

sedikit info berkaitan sunnah Jibliyyah,tapi bukan dalam konteks pemakanan ok :)

Kebiasaan orang arab akan pakai jubah,berserban,pakai wangi-wangian & bersiwak (bersugi),makan daging kambing.Boleh dikatakan itu adalah tradisi mereka sebagai orang arab.

Kita pulak sebagai orang melayu ada yang memakai baju melayu,baju kurung.Kenapa ? sebab kita dilatih dan dibiasakan dengan cara hidup orang melayu..Semuanya terpulang pada kita nak ikut apa yang Rasulullah S.A.W. buat,asalkan asasnya betul & halal.

Kesimpulannya,berpeganglah kepada asas utama dalam pemakanan sunnah iaitu :
  • halal
  • benda baik
  • tak membazir
Sekian sedikit perkongsian ilmu dari saya.sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH,yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Credit tu : Hafizah Nurkids2u (awesome 2)

Fadhilat istiqfar & zikir




Sabda Rasulullah S.A.W  sesiapa yang membaca :



"nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan."

Fadhilat beristiqfar

1. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari.

2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.

Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.

Sifat hazan bererti berdukacita

Fadilat Selawat 

- untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, 
maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.
"Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.
"Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.
"Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.





Zikir


Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Kite diajar utk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..

Fadhilat zikir
1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
 2. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
5. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
6. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan ALLAH
7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
8. Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
9. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
10. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
11. Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
12. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
13. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...