'sihat dan cantik pilihan saya'

Apa itu Episiotomi ?

Episiotomi sering dikaitkan dengan ibu yang telah bersalin.Walaubagaimanapun,episiotomi bergantung kepada pihak hospital.Ini adalah kerana sesetengah hospital kerajaan akan mintak persetujuan anda terlebih dahulu untuk melakukan episiotomi ini.

JOM kenali apa Episiotomi.

Episiotomi adalah prosedur yang melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum.Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hinggan ke punggung.

eposiotomi

Ia proses yang tidak menyakitkan,bagaimanapun proses pemuliharaan luka episiotomi terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk,berjalan,membuang air kecil dan paling menakutkan membuang air besar.


Tetapi sekarang episiotomi tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin.Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh.

Antara faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi adalah :

  • bahu bayi tersekat
  • bayi bersaiz besar
  • otot perineal yang keras dan tidak anjal.
  • koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
  • Timbul kesan stress kepada bayi ketika proses meneran.
Tips kurangkan sakit jahitan episiotomi


  • Mandikan bahagian terbabit dengan air suam.Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.
  • Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 minit sekali atau dua kali sehari supaya 'pengudaraan' berlaku.
  • Jika sakit untuk duduk,gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.
  • Gunakan pad gel dingin.Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.
  • Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  • Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar.Ia dapat mengelakkan jahitan daripada berasa sakit.
  • Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Disamping itu,anda juga boleh menggunakan zinc complex sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

set buasir shaklee

Buasir umpama mimpi ngeri bagi sesetengah individu.Ini adalah kerana apabila pesakit buasir akan mengalami kesakitan di samping gerun melihat darah yang keluar bersama-sama najis saat 'membuang'.

Jom kenali buasir.

Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu :


  •  buasir dalaman -Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. 



  • buasir luaran - Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.





Buasir Dalaman

Lazimnya,buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir ini tidak bahaya tapi sekiranya kita meneran dan najis keras semasa membuang air besar,kemungkinan permukaan buasir yang tertekan,teregang dan ianya boleh pecah dan menyebabkan berdarah.Darah akan kelihatan pada najis atau mangkuk tandas.Jika keadaan ini terjadi,anda perlu dapatkan bantuan perubatan kerana darah tersebut mungkin dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kolorektrum.Buasir dalaman juga menyebabkan anda ada 'ketumbuhan' terkeluar dilubang anus.



Buasir Luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya


buasir luaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :

Peringkat pertama : Buasir hanya berdarah sahaja,tetapi tidak terkeluar.




Peringkat kedua : Buasir terkeluar dan boleh masuk dengan sendirinya,samada berdarah atau tidak.




Peringkat ketiga : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula dengan jari ,samada berdarah atau tidak.

Peringkat Keempat : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula.


===============================================================

SET Buasir Shaklee


anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Penapis Air Shaklee

Air adalah keperluan asas manusia untuk terus hidup.Mungkin air di rumah kita nampak jernih,tetapi tahukah anda bahawa bendasing tersembunyi pada air bersih???Mungkin ada diantara kita akan jawap,rumah saya dah ada penapis air,apa nak risau lagi ???

Sebenarnya,bahan kimia seperti racun perosak,logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari.Tambahan pula.20 % daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya dari air minuman.

air kotor
 Get Clean Water dari Shaklee merupakan sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula,Jadi,kuranglah botol plastik yang perlu dibuang.

Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru.Berbanding dengan jag air yang lain,jag air Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99 %.

Get Clean Water

Walaupun harganya bukan ribuan ringgit,tetapi Get Clean Water menandingi jenama terkemuka yang lain !
Eh betul ker nie ??? yer...jadi lepas nie tak perlulah kita bersusah payah nak keluarkan duit ribuan ringgit hanya untuk penapis air ok ?Kenapa Get Clean Water menandingi jenama terkemuka yang lain ?jom,check it out.


  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum,merkuri,kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin,jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan-dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem penuras Jag Air berblok-Karbon Isian semula yang pertama.

Keistimewaan Get Clean Water Pitcher?

1. mudah untuk digunakan.
 -Tak perlu susah payah nak nak sambung paip.Hanya tuang air ke dalam jag ini,boleh terus minum.

2.Filter tak perlu susah payah nak cuci.
- Bila dah cukup tapisan 303 liter (80 gelen) air,tukar saja filter.Filter harga mampu milik.


3.Kualiti air yang jernih dan sedap diminum.

4.senang dibawa ke mana-mana..(sebab tak kena sambung paip).


full set get clean water

Kebanyakan penapis air akan diletakkan berhampiran dengan sinki.Ini adalah kerana penapis air tersebut kena sambungkan dengan paip air.Kini,dengan Get Clean Water,anda boleh letakkan penapis air di mana jua,contohnya letakkan atas meja makan.Mudah bukan ?

Anda berminat untuk membeli dan order sendiri Get Clean Water ini ??? sila klik




sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Adab mandikan bayi baru lahir

Semua orang suka bayi yang baru lahir bukan ? Baunya yang harum dan menenangkan jiwa ! Bayi yang dikandung 9 bulan telah menjengah melihat dunia kini.Justeru ibu bapa yang beragama ISLAM mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan Islam.

Mungkin antara kita yang tidak memberi perhatian dalam tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari.Dalam tempoh ini,kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

mandikan bayi yang baru lahir
Antaranya ialah :

  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha,kerana pada waktu ini fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.Gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan,kemudian baru disiramkan ke kaki,seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi.Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala.Siraman di kepala dilakukan secara perlahan,supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi,tangan digunakan untuk menggosok dahi.
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.Sambil memandikan,hati berzikir Ya Latif,Ya Hadi.
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir.dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah.Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini,kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  8. Selepas selesai mandi,lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih.
  9. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah lemah paru-paru.
Credit to : Kakinovel

Kenali ubat penahan sakit bersalin

Ubat tahan sakit ketika bersalin lazim digunakan menghadapi sakit bersalin.Saya sendiri salah seorang pesakit yang menggunakan ubat tahan sakit ketika hendak lahirkan Iman 1 tahun 8 bulan lepas.Tapi,sesetengah ibu mengandung tidak mengambil ubat penahan sakit kerana mereka mempunyai alasan yang tersendiri.Pendek kata,mereka nak merasai sakit hendak bersalin secara alami.



Ubat penahan sakit bersalin yang digunakan secara meluas di Malaysia terbahagi kepada 3 iaitu :


  • Entonox
  • Suntikan pethidine
  • Epidural
Entonox 




  • Merupakan pengambilan gas campuran oksigen dan nitrous oxide dengan nisbah 50 : 50.
  • Diberi secara sedutan melalui topeng muka khas dan kesannya boleh bertahan dalam tempoh masa 15-30 saat ketika ia dihidu.
  • Sekiranya anda berminat untuk gunakan kaedah ini,anda dinasihatkan untuk menghidu entonox sejurus sebelum kontraksi berlaku untuk menghilangkan kesakitan yang dialami.
Kesan sampingan 
  • masalah loya
  • pening
  • mengantuk
Kelebihan
  • kosnya murah
  • senang digunakan serta terbukti selamat kepada ibu dan bayi di dalam kandungan,
Kekurangan
  • Cara paling kurang efektif berbanding yang lain kerana proses bersalin memang sakit.

Suntikan pethidine


  • Adalah ubat yang diberikan secara suntikan ke dalam otot contohnya di bahu @ pinggul.
  • Ubat yang telah disuntik itu akan meresap ke dalam darah dan memberi kesan kea atas sistem saraf utama,lalu menghilangkan kesakitan.
  • Walau bagaimanapun,ia boleh meresap ke dalam uri,dan seterusnya memberi kesan sampingan kepada bayi di dalam kandungan.
  • Oleh kerana itu,pethidine tidak digalakkan diberi sejurus sebelum melahirkan anak.
Kesan sampingan
  • mengantuk
  • loya
  • pening
  • muntah
  • kesan kepada bayi.
Kelebihan 
  • Dapat mengurangkan lebih banyak kesakitan berbanding penggunaan entonox.
Kekurangan
  • Tidak dapat menghilangkan kesakitan 100 %.
Epidural


  • Pengambilan ubat pelali berjenis setempat (local anaesthetics) yang disuntik ke kawasan tulang belakang anda ketika melalui proses bersalin.
  • Turut boleh digunakan untuk proses kelahiran melalui pembedahan caeserean dan boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada yang mengalami kesukaran bersalin di mana forsep dan vakum terpaksa digunakan.
  • Cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kesakitan yang bakal dialami ketika dalam proses bersalin kelak.
  • Ia berdasarkan prinsip menghalang transmisi kesakitan ke sistem saraf utama pada bahagian saraf tunjang di tulang belakang.
Kesan sampingan
  • kebas di bahagian kaki akan hilang apabila dos epidural dikurangkan.
  • Anda juga mungkin mengalami kesukaran membuang air disebabkan kesan epidural pada pundi kencing.
  • Jangan khuatir kerana tiub kencing akan dimasukkan untuk mengatasi masalah ini.
  • Tekanan darah juga boleh menurun walaupun keadaan ini hanya sementara.
Kelebihan
  • Cara terbaik dan paling berkesan untuk meghilangkan kesakitan semasa bersalin.
  • Disarankan kepada ibu bersalin buat kali pertama atau golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.
Kekurangan
  • Kaedah paling berisiko tinggi kerana prosedur yang dilakukan adalah kompleks dan rumit.
  • Turut melibatkan kos yang tinggi terutamanya di hospital swasta kerana alat yang digunakan serta khidmat kepakaran doktor bius yang melakukannya.


Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar perbidanan tentang keputusan pengambilan epidural ketika bersalin.Tanyalah lebih lanjut agar anda lebih faham dan bersedia.


Credit to : Majalah pa & ma

Vitamin Apa Saya Perlu Ambil untuk Meningkatkan Memori saya & Meningkatkan Tenaga?

Banyak faktor boleh mempengaruhi memori anda seperti keadaan perubatan atau penyakit.  Tahap tenaga menurun juga boleh menyumbang kepada kealpaan. Nasib baik, vitamin tertentu boleh membantu untuk meningkatkan daya ingatan anda dan meningkatkan tenaga. Ingatlah bahawa rawatan alternatif tidak harus menggantikan rawatan konvensional. Anda harus berjumpa dengan pakar kesihatan sebelum meningkatkan dos vitamin.


pelbagai vitamin


vitamin C 
Vitamin C atau asid askorbik, adalah vitamin antioksidan yang menghalang kerosakan yang mungkin berlaku disebabkan oleh radikal bebas --- molekul berbahaya yang dihasilkan apabila badan anda menjadi makanan kepada tenaga.

vitamin C shaklee


ingin tahu lebih lanjut tentang vitamin C? sila klik vitamin c shaklee

Ginkgo Biloba 
Ginkgo biloba telah digunakan selama beberapa dekad untuk membantu merawat pelbagai penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Ginkgo biloba menggalakkan aliran darah yang baik darah di seluruh badan anda, yang seterusnya membantu dalam meningkatkan memori anda dengan memastikan darah yang sampai ke otak anda.

Ginkgo Biloba

Vitamin B 
Vitamin B sering dirujuk sebagai vitamin tenaga. Semua vitamin B membantu dalam membantu karbohidrat seterusnya badan anda menjadi glukosa, membekalkan badan anda dengan tenaga. Vitamin B adalah penting untuk pengeluaran neurotransmitter, bahan kimia yang mempengaruhi mood anda. Vitamin B juga membantu mengekalkan sel-sel saraf yang sihat dan memastikan mereka membawa oksigen ke otak anda.


Hakikatnya,kita haruslah bijak memainkan peranan dalam memilih makanan dan supplement dalam kehidupan seharian agar badan kita mendapat nutrisi yang secukupnya .

Sumber : http://www.livestrong.com/

supplement untuk rawat kayap.

Apa itu Kayap ???

Kayap adalah ruam berupa lepuh berisi cecair yang mungkin diiringi rasa sakit yang ringan hingga teruk.Kesakitan menahan sakit kayap memang perit.Ini adalah kerana virus kayap menyerang saraf manusia.




contoh kayap
Kayap yang tidak dirawat boleh mengakibatkan neuralgia pascaherpes (PHN), iaitu kesakitan saraf jangka panjang yang boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan dan dalam beberapa keadaan, selama bertahun-tahun.

antara simptom awal kayap adalah :
  •  rasa gatal,
  •  gelenyar 
  • atau pedih.
APA ITU PHN ?

PHN adalah komplikasi kayap yang paling lazim berlaku dan didefinisikan sebagai rasa sakit yang berlarutan melebihi 90 hari selepas timbulnya ruam. Komplikasi ini diakibatkan oleh kerosakan pada urat saraf yang disebabkan oleh virus zoster yang membiak.

Cadangan supplement Shaklee untuk sakit kayap.


nutriferon shaklee

Nutriferon dapat meningkatkan sistem imun dengan membina antibodi dalam tubuh yang bertindak seperti askar-askar dalam tubuh.Ia juga melindungi tubuh agar tubuh dapat melawan penyakit dengan lebih kuat.



garlic shaklee
Garlic berfungsi sebagai : 
  • antibiotik semulajadi yang selamat.
  • menghalang alergi
  • menstabilkan glukosa dalam darah.
  • Detoksfikasi - mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.
  • mencegah kanser.
  • menurunkan kolestrol.
Tak salah kan mencuba dan berikhtiar...Mungkin sesetengah orang lebih suka berubat cara kampung,minum air kelapa dan sebagainya..Apa-apa pun pilihan terletak di tangan anda semua.

anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...