'sihat dan cantik pilihan saya'

bermimpilah hingga ke bintang!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Semua orang ada impian masing-masing bukan?impi nak rumah banglo besar,rumah ada swimming pool,nak pakai kereta golf,nak bawak mak abah pergi haji,nak bawak keluarga keliling dunia,nak langsaikan semua hutang yang ada.

Pelbagai impian terlakar.Kalau nak cakap satu-satu,esok pun tak habis :)


Namun,apalah gunanya mempunyai beribu impian tetapi diri kita sendiri malas nak bekerja keras nak capai impian kita itu?

Bayangkan,bangun pagi celik mata jer terus on televisyen.Tonton tv tu sampai ke malam.Lepas tu doa,ya ALLAH ya tuhanku,bagilah aku bebas hutang,bagilah aku kaya,bla..bla...bla...tapi diri sendiri duduk tengok televisyen.Dari pagi sampai ke malam.

Adakah dengan tindakan kita itu,impian kita akan tercapai dengan mudahnya?agak-agak anda?

Mustahil la.Nak capai sesuatu impian atau target,kita kena korbankan masa.Contohnya masa tengok tv,masa baca novel,masa tidur disiang hari,masa menganyam ketupat bersama jiran-jiran tersayang dan sebagainya.

Apa yang perlu saya buat apabila nak gapai impian saya?

Ibaratkan impian anda itu sebagai buah mangga.Bagi penggemar buah mangga,anda pasti perasan kan,bila terbayang jer buah mangga tu,kecur air liur.wah..sedapnya..yummy!

Seterusnya,fokus.

Tetapkan matlamat anda dan fokus.Sememangnya dalam menuju kejayaan,pelbagai rintangan akan datang.Tidak kiralah dari keluarga,sahabat handai atau orang sekeliling.Anda kena pekakkan telinga dan buat apa yang anda fokus.Kiranya kuat semangat la.Tetapi haruslah diingat,semuanya perlu berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ALLAH.


 Fokus haruslah disertai dengan perancangan yang sebaiknya.Apa yang anda nak,berapa terget anda,berapa lama tempoh masa anda nak capai impian anda perlu diambil kira.Nak senang lagi,tulis dan tampal di mana-mana tempat yang selalu anda tengok.Contohnya di cermin meja solek atau di papan putih berhampiran dengan meja kerja anda.


Eh...eh...terbalik la pulak :) kira boleh la yer.Kalau saya,memang saya akan buat jadual begini.Tulis tarikh dan catitkan berapa banyak points yang kita dapat dalam sehari,seminggu mahupun sebulan.

Impian kita tercapai atau tidak,semuanya atas diri kita masing-masing.Jangan sesekali mudah berputus asa dan hilang fokus terhadap impian kita.Kuatkan hati,kuatkan semangat dan yang penting,FOKUS!

Pastikan kita membuat yang terbaik untuk diri sendiri,keluarga dan agama.Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat..aminn..

Celoteh tentang Vitamin D

Apa itu vitamin D?


Vitamin D merupakan salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sebagai vitamin dan hormon.Ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosporus.

Juga diperlukan untuk tumbesaran terutamanya untuk tumbesaran tulangb dan gigi yang normal bagi kanak-kanak yang sdang membesar.

Vitamin D juga berfungsi untuk mencegah otot daripada menjadi lemah dan secara tak langsungnya,vitamin D juga penting dalam rawatan dan pencegahan kanser kolon,osteoarthritis,osteoporosis dan hypocalcemia,meningkatkan imuniti.

Vitamin D juga penting dan perlu untuk fungsi tairod pembekuan darah yang normal.

Kaitan Vitamin D dan kanak-kanak

Kanak-kanak memerlukan vitamin D kerana ianya merupakan nutrisi yang penting untuk pembinaan dan tumbesaran tulang dan gigi.

Tapi jangan harapkan vitamin D semata-mata ok.Pastikan anda juga melepaskan anak anda bermain di taman atau lebih dikenali sebagai aktiviti riadah..Ini adalah kerana aktiviti luar juga mempengaruhi dalam memberikan tulang yang sihat kepada kanak-kanak.

Aktiviti luar dan beriadah apabila kurang dilakukan akan menyebabkan kanak-kanak mudah mengalami obesiti.Jadi,untuk dapatkan tumbesaran yang sihat untuk anak-anak anda,berilah masa untuk mereka melakukan aktiviti riadah.

Vitamin D boleh didapati dalam :
  • ikan salmon
  • mackerel sardin
  • putih telur
  • ubi kentang
  • oat
  • susu formula bayi
Kesan kekurangan Vitamin D

Kekurangan vitamin D yang serius boleh menyebabkan ricket (cacat tulang),terutamanya 
  • tulang belakang,
  • kaki
  •  tengkorak,
  • tulang mudah patah
  • bengkak sendi
  • lemah otot
Hakikatnya,bayi dalam kandungan juga memerlukan vitamin D.Jika ibu hamil tidak mengambil vitamin D yang secukupnya,anak yang dilahirkan mungkin akan mengalami neonatal hypocalcaemia (tidak cukup kalsium dalam darah.

Pastikan anda memberikan bekalan yang secukupnya untuk diri anda dan juga anak anda.Anak-anak adalah harta ALLAH yang tidak ternilai kepada kita.

atasi masalah rambut kusut anda long lasting finishing hair spray Shaklee

Trend masa kini

Zaman milenium ini,para remaja sangat suka menggayakan trend rambut terkini.Dari gaya rambut terpacak,rambut kerinting halus,rebonding dan lain-lain lagi,Betapa up to datenya mereka semua. :)

Namun,seringkali kecewa kerana apa yang diimpikan tidak tahan lama.Contohnya,buat rambut terpacak,tapi tidak tahan lama.Buat kerinting halus,tapi tahan la dalam sehari dua.

Semua itu memerlukan duit dan masa ok.Tapi frust menonggeng taw bila kita buat fesyen rambut mahal-mahal,korbankan masa lapang tapi hasil yang kita dapat tidak memuaskan.

Mungkin duit bukan menjadi soal dan masalahnya,tetapi kepuasan ^_^.Sesetengah individu yang memang mementingkan gaya dan kecantikan sanggup melabur duit semata-mata demi impian gaya dan kecantikan mereka.

atasi rambut kusut anda dengan long lasting finishing spray




Nak gunakan minyak rambut yang terhangat dipasaran memang senang,tapi,bila memikirkan kesannya yang terlalu berminyak,berbau kuat,melekit dan sebagainya,membuatkan kita berfikir banyak kali untuk menggunakannya.Tidak kiralah sama ada anda mahu bergaya di dalam mahupun luar rumah.

Penyelesaian kepada masalah rambut kusut anda

Kini,anda tidak perlu risau lagi kerana Shaklee ada penyelesaiannya.Apakah itu?jeng..jeng..jeng..

atasi masalah rambut kusut anda

Long lasting finishing hair spray adalah jawapannya.Spray ini didatangkan dengan keistimewaan :


  • melindungi rambut anda daripada kerosakan uv.
  • melembabkan untuk kawalan yang rapi dan lembut.
  • pam atau spray bukan aerosol.
  • memberi kawalan fleksibel untuk penggayaan sepanjang hari.
  • meningkatkan sinar dan kilau rambut anda.
  • rambut kelihatan lebih sihat dan mudah diurus,
Pam semburan bukan aerosol menyediakan kawalan aplikasi yang serta merta untuk rambut anda yang fleksibal.Dijamin anda tidak akan rugi dan menyesal sekiranya anda membeli long lasting hair spray ini kerana ianya akan meyalut rambut anda dengan semburan yang ringan dan halus.

Turut diformulasikan dengan formula tidak kering akan membuatkan rambut anda lembut dan mudah diurus.Anda nak guna sikat?nak guna jari?semuanya boleh!pilihan terletak di tangan anda.

Hari-hari ker nak kena guna long finishing hair spray ini?Terpulang kepada anda mahu menggunakannya hari-hari ataupun bila perlu sahaja.

Anda ingin order dan bayar sendiri?sila klik button di bawah dan pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit sahaja.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

CoQHealth Plus untuk jantung anda!


Penyakit kardiovaskular meruapakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia.37 % kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Apa itu penyakit kardiovaskular?

Lebih dikenali sebagai sakit jantung.Penyakit ini disebabkan oleh gangguan aliran darah ke semua organ dalaman badan.Seperti yang semua tahu,jantung merupakan paling penting kerana berfungsi sebagai pengepam darah ke dalam paru-paru yang sudah ditingkatkan kualitinya dengan oksigen daripada pernfasan kita.

Jika berlakunya kerosakan terhadap jantung dan saluran darah,tekanan darah akan meningkat dan penghantaranoksigen ke darah dan sel akan berkurangan.Semestinya ini akan menyebabkan kita menderita sakit jantung yang kronik,strok dan penyakit lain yang berkaitan.

coqhealth plus shaklee
jantung manusia
Sedikit info untuk anda,bacaan tekanan darah normal adalah 120/80.Walau bagaimanapun,ramai diantara kita sukar untuk mempunyai tekanan darah yang cantik bacaannya kerana disebabkan oleh kandungan kolestrol yang tinggi.Apabila kolestrol tinggi,arteri dan saluran darah akan mengecil.Ini adalah kerana pengumpulan lemak dan kolestrol di dalam saluran arteri.

Hal ini akan menyebabkan tekanan semakin tinggi.Dan ini akan memberikan rasa sakit disebabkan otot jantung kurang mendapat oksigen.Pengumpulan kolestrol dan lemak yang menebal dalam saluran darah atau jantung akan menyebabkan saluran darah tersumbat sepenuhnya.Jika ini terjadi,anda kemungkinan besar akan mendapat serangan jantung dan akan membawa maut.

Apa itu CoQ10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

Coq10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita.Namun,ianya lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga sellular yang banyak untuk organ seperti jantung,hati,buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Coq10 amat penting bagi jutaan sel tubuh,menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi.Untuk menghasilkan tenaga ini,sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.

Nutrient ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga,dan proses ini memerlukan kehadiran coq10 sebagai pencetus tenaga.

Tanap Coq10,sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik.
coqhealth plus shaklee untuk jantung anda
coqhealth plus shaklee
Coq10 terbukti dapat membantu :

  • mengukuhkan otot-otot jantung
  • menyokong keupayaan mengepam darah
  • memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • membantu menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah yang sihat dan normal.
  • bertindak sebagai satu antioksidan kuat 
  • membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidan LDL 
  • memudahkan pengaliran darah

Mengapa CoQ10Health Plus?


CoQ10Health Plus memgandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28 mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh teh hijau yang didatangkan dalam kapsul bioketersediaan.

Kapsul ini dilengkapi dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah dibuktikan dapat :

  • Meningkatkan peredaran darah.
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidan LDL.
  • membantu menambah dan mengekalkan paras coq10 di dalam darah.
Perbezaan Coq10 Health Shaklee
  • Bagi mendapatkan jumlah yang sama dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQ10 Health Plus Shaklee,anda perlu memakan hampir 1.7 kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai dapat mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam Vitamin E.Ini adalah kerana coq10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk memberikan perlindungan abtioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis.
  • Tanpa gluten
Akhir kata,peliharalah jantung kita semua agar kita kekal sihat sepanjang masa.Mencegah lebih baik daripada mengubati.Memang tak dinafikan ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH.Tetapi kita juga haruslah menjaga kesihatan seiring dengan usia kita. :)

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik button di bawah.Pastikan anda adalah pemegang kad debit atau kad kredit sahaja.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

tips pilih kasut semasa hamil

Mengandung merupakan detik yang paling indah bagi setiap wanita.Mengandungkan zuriat suami tercinta,merasa tendangan pertama bayi,merasa pergerakan halus dalam perut.Sesungguhnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa manisnya pengalaman itu!

Bila dah mengandung,banyak perkara yang perlu dititikberatkan.Bermula dari soal pakaian luar dan dalam,pemakanan,penjagaan kesihatan,soal vitamin sepanjang kehamilan dan sebagainya.



Namun,antara perkara yang perlu dititik beratkan oleh para ibu hamil adalah pemilihan kasut yang sesuai sepanjang kehamilan.

Pemilihan kasut yang sesuai sepanjang kehamilan sangatlah mempengaruhi keselesaan si ibu.Di awal trimester mungkin si ibu berasa selesa untuk memakai kasut bertumit,bertali,design cantik dan sebagainya.





Antara tips pilihan kasut semasa hamil ialah :

Elak kasut tumit tinggi

Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar.Tetapi jika masih mahu memakai kasut yang bertumit,pilihlah kasut yang tumit yang  ketinggiannya maksimum.

Untuk langkah keselamatan,kasut bertumit hanya boleh dipakai sebelum kandungan mencecah enam bulan.

Daya sokongan kuat

Kasut yang dipilih perlulah mampu menyerap hentakan yang kuat.Jadi,pilih tapak kasut yang mencengkan dan hindari tapak kasut yang lincin.

Jenis sarung

Ini adalah untuk memudahkan anda agar tidak perlu membongkok tubuh ketika mahu memakainya.Cuba bayangkan dengan keadaan perut yang memboyot,mesti sukar bukan untuk menunduk semata-mata untuk memakai kasut.

Jangan sekadar muat

Elakkan membeli kasut yang terlalu ketat atau sekadar muat bagi mengelakkan masalah pengaliran darah di bahagian kaki.Kesannya kaki anda mungkin akan melecet atau sakit.

Kasut sukan

Jika sesuai dengan corak tugasan anda di tempat kerja,anda digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan membuatkan anda lebih selesa.

Semoga info yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua.Saya doakan anda semua tabah sabar mengharungi dugaan sepanjang kehamilan anda :)

atasi alahan hamil dengan shaklee

Assalamualaikum semua.

Apabila disahkan hamil,majoritinya wanita yang akan merasai kegembiraan berbanding dengan suami.Gembira kerana berjaya membuktikan pada suami,keluarga dan sanak saudara bahawa diri ini mampu mengandung dan melahirkan zuriat.yahooo...i tak mandul ok ^_^

Namun,kegembiraan tersebut akan diselang selikan dengan dugaan.Apakah dugaan itu?jeng..jeng..jeng...apa lagi alahan la atau lebih dikenali sebagai morning sickness.Biasanya alahan ketika hamil akan dirasai oleh ibu hamil apabila kandungannya berusia 5 minggu ke atas.Tapi semuanya terpulang pada hormon masing-masing.

atasi alahan hamil dengan shaklee

whuekkkkkkkkk...morning sickness?



Alahan hamil akan dirasai oleh wanita dari awal kehamilan hinggalah usia kandungan memasuki trimester kedua.Tetapi jangan terkejut kerana ada sesetengah ibu hamil akan mengalami alahan sehingga sebelum tiba waktu bersalin.

Dan ada juga taw alahan turut dialami oleh si suami.Alahan jer taw,part mengidam boleh pada isteri.Nantikan suami mengidam yang bukan-bukan contohnya,'sayang,abang mengidam nk kahwin lagi satu'.ha..tak ke haru ^_^

Kenapa terjadinya alahan ketika hamil?


Setakat ini tiada lagi bukti melalui kajian kenapa terjadinya alahan ketika hamil.

Kemungkinan besar alahan ketika hamil terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon yang dirembeskan dalam kuantiti yang banyak sewaktu awal kehamilan.

Saya juga pernah terdengar,bidan yang mengurut sewaktu saya bersali dulu beritahu,alahan meloya ini terjadi kerana darah haid kita tidak keluar,jadi,apabila darah haid berkumpul lama-lama dalam badan,secara tak langsungnya badan akan mengalami perubahan hormon.Namun,sejauh mana betulnya kenyataan ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

Supplement Shaklee yang sesuai untuk alahan ketika hamil.


Semestinya ada kerana shaklee ini hanyalah supplement atau vitamin sahaja.Ini bukan obat ok :)

Morning sickness yang teruk boleh memyebabkan ibu hamil hilang bendalir yang banyak dalam tubuh.Secara tak langsungnya,zat galian turut akan hilang.Dan ini akan memberikan kesan kepada ibu hamil mahupun bayi yang berada di dalam kandungan.

Antara supplement yang dicadangkan ialah:

atasi alahan hamil dengan shaklee
Perfomance drink
  • Pilihan ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air.
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti harian anda.
  • Membekalkan bendalir dan elektronit yang penting untuk membantu mencegah penghidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang diperlukan.
  • Perasa oren dan kurang manis.


atasi alahan hamil dengan shaklee
Chewable vit c

  • Rasa sitrus yang hebat akan mengurangkan rasa losa.
  • Sesuai untuk anda kerana saiz tabletnya yang kecil.
  • Sesuai dikemam begitu sahaja.

atasi alahan hamil dengan peppermint ginger plus shaklee
Peppermint ginger plus

  • Mengandungi formula empat herba unik.
  • Tidak mengganggu bayi kerana dibuat darioada bahan-bahan semulajadi.
  • Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness.
  • Memberikan khasiat pudina dan halia.
  • Dibuat daripada halia,pudina,jintan putih dan jintan manis.
  • Mambantu mengurangkan masalah angin dan senak perut.
  • Halia memelihara saluran penghadaman dan nyaman.
  • Pudina dan herba menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.
Ibu mengandung kebanyakannya memang tidak dapat lari daripada alahan hamil.Banyakkan bersabar dan yang penting,jangan lupa makan makanan yang berkhasiat ok ^_^

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik button dibawah.Pastikan anda adalah pemegang kad kredit atau kad debit sahaja.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


lautan api sanggup ku renangi!

Cewah..tajuk bikin hot jer,lautan api sanggup ku renangi.Saya tak pernah tengok lagi lautan api,anda pernah ker? ^_^


Sebenarnya tajuk ini dibuat berdasarkan pengalaman membesarkan anak lelaki.Anak jantan orang ganu bilang :)

Anak saya muhammad hariz iman bin mohd norimam satu-satunya waris lelaki baik di sebelah keluarga saya mahupun di sebelah keluarga suami saya.Buat masa ini je mungkin.hehehe..mana la taw kan,mungkin lepas ini lahirnya lagi anak jantan.


Pengalaman membesarkan anak lelaki memang mencabar.Sebenarnya saya mula ambil alih jaga iman 24 jam selepas suami kemalangan baru-baru ni.Kemalangan dengan lori.Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur suami,masih lagi memberi peluang kepada saya dan iman untuk merasai kasih sayang mohd norimam.

Memang ngeri bila suami cerita balik,katanya kepala dah masuk bawah lori,lori tu masih lagi berjalan,pemandu tak sedar pun yang ada orang bawah lori dia.Dan alhamdulillah ALLAH gerakkan hati suami saya untuk menolak tangki minyak lori berkenaan dan secara tak langsungnya,bahagian badan hingga kepala tertolak keluar.Cuba bayangkan kalau badan tak tertolak keluar?

Ok,berbalik kepada tajuk asal,anak lelaki,kanak-kanak lelaki memang aktifnya lebih berbanding dengan anak perempuan.Kanak-kanak lambat berasa letih kerana mereka mempunyai berat dan saiz badan yang lebih kecil berbanding dengan kita.

Dan untuk pengetahuan anda,kanak-kanak apabila mereka sudah berusia setahun dan ke atas,mereka lebih cenderung untuk memiliki sifat si bapa.Apa yang si bapa buat,mereka juga tiru.

Contohnya begini :)


Si bapa memandu kereta,si anak pun nak juga rasai pengalaman memandu kereta.

Membesarkan anak lelaki yang lasak dan aktif sememangnya sangatlah memerlukan tahap kesabaran dan tahan lasak yang maximum.Walaupun ada kalanya dah sampai satu tahap,jadilah daku umpama mak tarzan ^_^ tapi xdaklah sampai dengar habis 1 taman.

Selalu kan dengar,anak lelaki lambat matang dari anak perempuan?pada saya semua tu kuasa ALLAH.Persekitaran juga mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak tersebut.Dan orang dewasa seperti ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik.

Bak kata pelatah,ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Perkembangan terkini iman adalah bila nak buang air kecik mahupun air besar,dia akan buka seluar,buang pampers,bawak pampers dan jalan menuju ke toilet.Lambat bukak pintu toilet,atas lantai la tempat membuang paling terbaik ^_^

Saya memang tak jangka langsung iman akan buat begini sebab dia baru berginjak usia 1 tahun 10 bulan 4 hari.

Sebab selalunya saya pernah dengar kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke atas je yang bertindak begini.

Jadi,secara tak langsungnya pampers memang jimat.

Tapikan,ha ada jugak tapi kak long ni.Kita kena sentiasa alert dan waspada setiap masa.Tengok je anak bukak pampers,terus kena ikut dia ke toilet.Bukannya apa risau jugak la kan mana la taw kot-kot tergolek atas lantai kang.

Nyawa tiada galang gantinya.Kalau setakat kencing dan berak atas alas kaki boleh dicuci.:)

Bila orang yang kita sayang,yang selalu mewarnai hari-hari kita,yang selalu menjadi pelangi dalam hidup kita,kita akan lakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan waktu tidur,waktu rehat,waktu baca novel,waktu main game dan seumpamanya.

Inilah baru dinamakan,lautan api sanggup ku renangi. ^_^

Semoga cepat sembuh wahai mohd norimam.dan semoga mohd hariz iman menjadi anak yang soleh,anak yang cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga kita semua hidup dan mati dalam islam dan iman.Semoga pengakhiran hidup kita semua dalam keadaan husnul kqatimah dan sempat untuk melafazkan kalimah la illah ha'il lallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...