'sihat dan cantik pilihan saya'

cara nak bercerai??

Cara nak bercerai?Hai lain macam jer tajuk entry kali nie admin?hehehhe..

Entry kali ini bukanlah bercerai dengan pasangan,kekasih gelap,tunang dan sebagainya.Cerai yang dimaksudkan adalah bercerai susu badan.

Menyusukan anak memang tak dinafikan satu pengalaman yang paling indah.Usai selepas melahirkan anak,terus susukan sehinggalah usia anak tersebut mencapai 2 tahun atau lebih.

Namun begitu,ada jugak para ibu yang hendak berhenti menyusukan badan apabila tiba saatnya.

Antara faktor kenapa para ibu hendak berhenti menyusu susu badan adalah kerana :

  • Hamil
  • Disebabkan penyakit tertentu
  • puting luka
Saya pernah terjumpa satu kes,nak berhenti menyusu kerana suami marah susukan anak di tempat awam walaupun ank baru 5 atau 6 bulan.Hellooo...sekarang nie,zaman moden ok.Terdapat pelbagai alternatif lain jika nak menyusu di tempat awam.Anda boleh beli kain nursing wrap yang bertindak sebagai pelindung ketika anda menyusukan bayi anda.Amalkan pakai baju yang agak labuh untuk tutup tubuh anda yang mungkin akan terdedah sewaktu menyusu.



Atau nak cara lebih mudah,carilah surau yang berhampiran ^_^

Berbalik kepada tajuk entri kali ini,antara cara yang anda boleh praktikkan untuk ceraikan si manja dari 'candu' kegemarannya adalah dengan sapu bancuhan pekat serbuk kopi pada aerola anda.Macam mana nak buat?saya tinggal di tengah-tengah bandar la kak.Tiada pokok kopi,tiada laman nak jemur biji kopi,tiada lesung besar nak tumbuk biji kopi tu sampai lumat!Tiada penapis besar dan sebagainya.Jangan risau,pasar raya kan adooo...kedai runcit pun ada jual serbuk kopi tu.Bancuh bagi pekat dan sapulah pada payudara anda.

Kalau cara pertama tak berkesan jugak,anda boleh gunakan cara kedua.Iaitu,tumbuk bawang putih sampai halus kemudia sapulah di sekitar aerola anda.In shaa ALLAH cara ini memang akan berkesan.Kalau kita yang golongan dewasa pun tidak berselera untuk makan bawang putih begitu sahaja,inikan pulak si manja yang berusia 3 tahun kebawah.

Namun,anda haruslah istiqamah.Sapu selalu bawang putih yang telah ditumbuk kalau anda benar-benar tekad nak ceraikan si manja dari candu kegemarannya!

Jangan sesekali sapu batang bajawali kerana batang bajawali memang pahit yang amat!Kesian anak anda nanti.Nanti menangis tak berhenti,anda jugak yang susah.

Semoga info yang serba sedikit ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari bagaimana caranya nak ceraikan susu badan.

atasi masalah period tak teratur dengan Gla Complex Shaklee

Alhamdulillah petang tadi,tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada pm di aplikasi telegram.Bila buka jer pm tersebut,terus terlafaz 'alhamdulillah'.Rupa-rupanya ada cust merangkap downline saya pm.Nak tahu apakah isi kandungan pm tersebut?Silalah lihat gambar testimoni yang telah diedit. :)


kehebatan gla complex shaklee
testimoni gla complex
Alhamdulillah,beliau diberi peluang oleh ALLAH untuk merasai sendiri keberkesanan produk Shaklee.Sebenarnya beliau mengambil Gla Complex untuk mengurangkan jerawat yang sedang subur di wajahnya.Tapi beliau mendapat extra bonus,Period yang telah menghilangkan diri selama 5 bulan kini mencegah kembali!Dan yang paling mengharukan,tiada lagi senggugut atau simptom PMS.

Keistimewaan Gla Complex.

Setiap kapsul Gla  Complex mengandungi lebih 300mg GLA dimana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.Apa yang membuatkan Gla Compex Shaklee begitu istimewa ialah ia digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E.Gabungan ini adalah untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan kestabilannya.

Biovailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana Gla Complex ini mampu menyerap ke dalam sel dan tisu badan kita.

Gla Complex ini bukan sahaja untuk wanita,tetapi kaum adam juga boleh mengambilnya.Gla Complex ini adalah asid linoleik yang sama penting dengan amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani monopous
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Gla Complex merupakan bff setiap wanita yang mementingkan tahap kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran.Hormon stabil,period teratur,muka makin berseri,jerawat makin kurang dan rambut makin bersinar.Apa lagi yang anda inginkan?

Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik button 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah


>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

fenomena jeruk mangga + asam boi

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Semenjak dua menjak ini kan,jeruk mangga asam boi teramatlah terkenal!Sampaikan ada yang jual jeruk mangga asam boi secara online.Bagitau nak berapa bekas,bank in duit,tunggu je depan rumah abg pos laju datang hantar.Wah!banyak senanggg oooo..

Saya memang penggemar buah mangga.Kalau bagi 10 biji,sekali hadap jer rasanya ^_^.Alhamdulillah masa mengandungkan iman dulu,waktu tu musim buah mangga di Perlis.

Tapi,selepas selamat melahirkan iman,memang tak nak makan langsung mangga.Hatta jeruk sekalipun.Sebab dah puas makan mangga waktu mengandug dulu.Selamat duit suami i :)

Semenjak dua menjak tiba-tiba mai balik keinginan nak makan mangga.jeng...jeng..jeng...ada isi pulak ker? In shaa ALLAH. ^_^

Bangun pagi-pagi lagi,memang rancang nak pergi pasar.Nak cari mangga dan asam boi!hehhehehe..Bermulalah episod mencari mangga bersama suami dan keluarga mentua.Haruslah kena bawak mentua,sebab saya dan suami tak berapa tahu,kurang pemahaman tentang selok belok kedai buah di Terengganu.

Destinasi pertama adalah Pasar Payang.Terletak berhampiran dengan Kampung Cina,Kuala Terengganu.Apabila tiba di destinasi yang dituju,syukur alhamdulillah!senang jer nak cari orang yang menjual buah mangga :)

Ok,buah mangga dah jumpa,asam boi pun dah jumpa.Moh la kita balik rumah.Sebelum balik,sempat lagi bergambar.

jeruk mangga asam boi
Panas lip.lip ooi...

Dah sampai rumah,maka bermulalah misi membuat jeruk mangga asam boi.

Senang jer,kupas dan bersihkan buah mangga.Potong memanjang atau ikut kreativiti anda sendiri.Masukkan sedikit gula (saya letak 1/2 sudu jer,tak suka manis sangat),beberapa biji asam boi,4 biji cili dan 3 sudu air.

Masukkan dalam peti sejuk boleh sejam atau dua jam,siap untuk dimakan!



Ha....nampak tak?sedapppp nih.Tak banyak air,cukup rasa.Bukan cukup rasa bubuh ajinomoto tu.Cukup rasa pedas,masin,manis dan masam!Bila makan tu,rasa ranggup dan sejuk.yummy!

Cubalah anda buat sendiri.Pasti puas hati :)

set tekanan darah rendah shaklee

Tekanan darah rendah atau bahasa saintifiknya hipotensi bukan sesuatu yang jarang kita dengar zaman milenium ini.Simptom yang biasa dialami oleh pesakit tekanan darah rendah ialah berasa pening atau dehidrasi.Namun,simptom ini dipandang ringan dan sebahagian daripada kita menganggapnya adalah perkara biasa.


Antara tanda-tanda darah rendah ialah :

  • pening
  • pitam
  • penupuan samar-samar @ kelam
  • loya
  • keletihan
  • dahaga

Bagaimana yang dikatakan darah rendah?

seseorang dikatakan mengalami tekanan darah rendah jika bacaan tekanan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg


Tekanan darah rendah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi ia lebih berisiko kepada golongan yang llebih berusia,pengambilan ubatan yang tertentu dan penyakit tertentu seperti talasemia dan sebagainya.

Cadangan supplement untuk tekanan darah rendah



  • Vitalea (multivitamin dan mineral) - mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.
  • B-complex - membantu penghasilan tenaga kerana ianya lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk b12 dan folat
  • Substained release vitamin C 500mg - meningkatkan pertahanan badan.
selain itu,anda juga boleh tambahkan perfomance drink untuk mengelak badan daripada terhidrasi.

Anda berminat untuk order dan bayar sendiri? sila klik button 'order now'.





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

bersuka ria di hujung minggu

Assalamualaikum semua....kembali bersiaran selepas seharian menyepi.Menyepi la sangat kan? ^_^ Sebenarnya saya frust taw...frust sebab putus cinta ker?oh no..non..no...i dah bersuami ok.Frust sebab buat commentluv dari petang kelmarin lagi,tapi tak menjadi jugak.

Akhirnya,ajak suami tercinta dan keluarga mentua pergi makan jalan-jalan.Destinasi kitaorang adalah Lata Sekayu yang terletak di Kuala Berang,Hulu Terengganu.

Sewaktu bertolak dari rumah,cuaca elok jer.Panas terik lagi!Tapi apabila sampai je di kawasan sekitar Kuala Berang,hujan turun dengan lebatnya.Dah alang-alang nak sampai dah ke destinasi yang dituju,kitaorang teruskan juga niat untuk melihat dan melawat sekitar Lata Sekayu.

Bila dah sampai,nak masuk kena bayar RM 2 untuk orang dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun.Wah!tenang dan damai jer persekitaran situ.Siap ada chalet lagi.Jadi,kepada sesiapa yang sedang tercari-cari lokasi nak tenangkan fikiran,bolehlah cuba menginap di sini untuk semalam dua.



Yang istimewanya di sini,terdapat jambatan gantung yang menghubungkan dari seberang jalan ke perkampungan chalet.

Dan dari atas titi gantung ini juga anda boleh melihat air sungai yang jernih sedang mengalir.



Sebelum masuk ke kawasan Lata Sekayu ini,kitaorang memang telah diingatkan tentang fenomena 'kepala air'.Fenomena ini sering terjadi apabila hujan lebat.


Fenomena kepala air ini,air laju secara tiba-tiba.Semasa kitaorang sedang mandi tadi,tiba-tiba bunyi air terjun makin kuat.Air makin berkeladak @ makin keruh.Selang beberapa minit,mak cik yang mandi dikawasan berhampiran bertempik 'semua naik!kepala air nun!'.Semua yang sedang berendam dalam air sungai terus naik ke darat.

Alhamdulillah semuanya sempat naik ke darat dan rasanya tiada yang terkorban dihanyut arus kot.


Tengok,berbeza kan gambar ini dengan gambar di atas.Gambar ini diambil semasa fenomena 'kepala air' terjadi.

Ok,dah arus pun laju,buat apa nak tunggu kat situ lagi kan?siap salin pakaian basah,balik la *_*.

Dalam perjalanan balik,perut lapo kekong orang terengganu cakap :).Jalan-jalan la dulu sebelum pulang ke rumah.Dan kalau anda semua nak tahu,Kuala Berang sangat terkenal dengan jagung.Jadi,kitaorang memang beli jagung untuk alas perut sementara nak sampai ke rumah.



Tengok,betapa laparnya arjuna beta!Jagung pun makan :)

Baiklah,sekian dulu untuk entry hari ini.Selamat berhujung minggu semua :)

senaman kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan!

Bila bercakap soal kesuburan dan perkara yang boleh dilakukan untuk hamil,ramai yang lebih suka memilih supplement,ubat-ubatan,jamu dan sebagainya.Siapa yang tak teringin nak peluk dan cium anak sendiri kan?Ditambah pula dengan kata-kata sindiran dari keluarga,rakan-rakan dan sahabat handai,memang merimaskan dan membuatkan diri tertekan.

Di sini,saya kongsikan sedikit info tentang kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan.


Senaman dan berat badan mempengaruhi tahap kesuburan!

Sebenarnya ramai yang menyedari fakta ini.Tapi cuba abaikan kerana kekangan masa.Isnin hingga Jumaat keluar pagi balik malam.Hari minggu nak beristirehat.Sebenarnya selepas waktu bekerja pun boleh jika nak bersenam,tetapi anda kena bersiap siaga dari awal la.Sebelum pergi kerja,sediakan siap-siap baju,seluar dan kasut yang bersesuaian dalam beg kerja anda.Selepas habis waktu bekerja,anda boleh terus pergi ke taman atau gym yang berhampiran untuk bersenam.

Biarpun senaman boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang walaupun sesen,ramai yang tidak mahu memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini kerana memerlukan masa yang agak lama dan memenatkan!Dengan bau peluh lagi,agaknya inilah sebabnya ramai yang tidak mahu bersenam kot :)

Bagaimana Senaman mampu meningkatkan kesuburan?

Apabila kita bersenam,secara tidak sedar :
  • berat badan akan mengalami penurunan ataupun berat badan akan kekal ideal.
  • menurunkan tahap stress
  • meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.
Ini termasuklah meningkatkan pengaliran darah ke organ peranakan bagi penghasilan telur yang berkualiti dan rahim yang lebih sihat untuk tumbesaran janin.

Berita baik untuk wanita!Apabila kita melakukan senaman,hormon dan kesihatan kardiovaskular akan meningkat.Perubahan ini akan memberikan manfaat kepada jantung dan membaiki kadar gula dan insulin dalam darah.

Namun,senaman haruslah setimpal dengan keupayaan dan bersesuaian dengan kita.

Senaman yang keterlaluan akan menganggu keseimbangan hormon dalam badan.Dan ketidakseimbangan hormon akan menjejaskan proses ovulasi dan kitaran haid.

Di samping senaman,gabungan diet yang betul juga merupakan salah satu kunci rahsia untuk tingkatkan kesuburan.Jangan melantak tak ingat dunia,senaman hari-hari tapi komplen 'eh,kenapa berat badan aku tak turun-turun pun?!'

Lebihkan memakan makanan yang berkhasiat yang tinggi antioksida,vitamin dan mineral yang tinggi.Kurangkan makan daging dan ayamKurangkan ok,bukannya tak boleh makan lagsung :)

selain itu,Vitamin C juga merupakan vitamin yang sangat bagus untuk wanita.Vitamin C boleh memperbaiki cecair serviks.Namun,jangan ambil dos yang berlebihan kerana boleh menyebabkan kekeringan serviks.

Disyorkan ambil Vitamin C tidak melebihi 1,000 mg sehari.

Vitamin yang sesuai untuk lelaki amalkan pula adalah Zinc Complex,Vitamin C dan Vitamin E.Ini adalah kerana vitamin-vitamin ini mengandungi selenium.

Amalkan gaya hidupb yang sihat,pemakanan yang seimbang dan sihat.Amalkan juga supplement yang sesuai untuk tingkatkan kesuburan anda suami dan isteri.Moh la kita menyahut seruan kerajaan untuk meramaikan lagi rakyat malaysia ^_^

Kelebihan Zinc Complex Shaklee

Hari ini entry special sikit.Iaitu berkenaan Zinc Complex Shaklee.Zinc Complex Shaklee adalah merupakan produk shaklee yang pertama saya makan sebelum kenal produk Shaklee yang lain-lain.

Zinc Complex Shaklee dirumus khaszinc bersama kalsium.Selepas bersalin,akibat malas bertungku dan tak reti nak duduk diam,badan saya selalu mengalami masalah lenguh-lenguh dan kebas.

Masa tu,memang google jer la.Apa kelebihannya?Fungsi dan kegunaan zinc pada tubuh dan sebagainya.Akhirnya keputusan dibuat,memang semangat  jitu nak beli Zinc Complex Shaklee dari Sha Salleh iaitu merangkap upline saya sekarang.

Dan kerana keberkesanan Zinc Complex Shaklee inilah,saya mula menceburkan diri dalam dunia Shaklee.Pejam celik-pejam celik dah setahun 2 bulan saya berada dalam dunia Shaklee.Dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa kuat semangat,berhati waja,berjiwa kental,madah berbisa dan amanat yang teramatlah mahal.Kat dunia luar setakat ini,saya belum dapat lagi pengalaman begini ^_^.Hanya dalam group awesome dan RTI2 jer ok.

zinc shaklee,kelebihan dan kebaikan zinc shaklee
zinc Complex Shaklee

Kenapa Zinc Complex Shaklee menjadi pilihan?

Zinc Complex Shaklee dirumus khas dari zinc glukonat semulajadi dan digabungkan bersama-sama dengan nutrient lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa.Gabungan mantap ini dicipta untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap untuk tubuh badan kita.

Zinc Complex Shaklee sesuai digunakan untuk jangkamasa yang panjang dan sesuai diambil ketika perut kosong.

Tahukah anda,zinc sangat berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh kita.

Kelebihan dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Memperbaiki Diabetes 
  • membantu pengeluaran insulin
  • mengekalkan fungsi insulin
  • memperbaiki diabetes.
Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • mempercepatkan proses pemulihan luka dari dalaman dan luaran.
  • pemulihan luka selepas pembedahan
  • membaiki alergi dan bintik di kulit muka.
Memperbaiki masalah prostat
  • melindungi kesihatan prostat
  • membaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly
  • membaiki masalah kerap kencing.
  • mengurangkan pembekakan prostat dalam kadar 70 %.
mengaktifkan 200 jenis enzim
  • berkobelehan menggabungkan DNA,RNA,dan protein.
  • merangsang generasi sel.
  • megaktifkan 200 jenis enzim dalam tubuh untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan tubuh badan.
mempertingkatkan sistem imun
  • membantu pengeluaran kelenjar thymus.
  • Kalenjar thymus berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dengan mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.
kemampuan seks lelaki
  • meninggikan kiraan sperma
  • zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
Zinc juga digelar sebagai khazanah lelaki kerana zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

Siapa yang perlukan zinc?
  • golongan lelaki dewasa
  • remaja
  • wanita
  • individu yang mengalami masalah keguguran rambut
  • orang tua
Zinc Complex Shaklee mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikannya.Saya tidak makan makanan yang diperlukan oleh tubuh badan.Kenapa?Sebab saya makan ikut suka hati dan ikut selera saya ^_^.Sebab itu saya mengamalkan supplement supaya mana-mana yang lompong dapat dipenuhi.

Anda juga mungkin meminati :


Anda nak order dan bayar sendiri? sila klik button di 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...