'sihat dan cantik pilihan saya'

Dtx complex vitamin untuk hati anda

Seperti yang kita tahu,hati merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia.Hati dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh kerana hati menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan berkeupayaan dalam membina semula.

Pernah dengar tak,jangan selalu makan hati ayam,tak elok!Sebab hati adalah tempat pengumpulan sisa-sisa toksik.

Walau bagaimanapun,pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati.

Fungsi hati

  • Rembesan hempedu - cecair ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu iaitu ketika proses penghadaman.
  • Bertindak sebagai detoksfikasi - metabolisme protein dan penapaian bakteria dalam usus akanemghasilkan ammonia dan seterusnya akan didetoks oleh hati.Hati mengawal metabolisma protein.
  • Mengawal paras gula dalam darah - dengan menukarkan tiroksina (hormon thyroid) ke dalam bentuk yang lebih aktif.Hati mewujudkan GTF (faktor tolenrasi glukos) dari kromium dan glutation.GTF diperlukan oleh insulin untuk.mengawal gula dalam darah dengan betul.Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.
  • Penting dalam metabolisme lemak 

Keistimewaan DTX Complex





  • Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yangenghasilkan 80% silymarin.
  • Mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik.
  • Ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion,kunyit dan articok (herba yang membantuengekalkan aliran hempedu).
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama Dtx Complex ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan mengjasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.


Anda ingin order dan bayar sendiri?


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

masak tumis telur puyuh

Assalamualaikum semua..

Tiba-tiba termengidam telur puyuh..hehehe..taklah..sebenarnya telur puyuh tu mak mertua saya yang bagi waktu balik kampung sabtu yag lepas.

Pikir punya pikir,takkan la nak rebus makan dengan kicap jer telur puyuh tu.Suami saya memang telan jer,tapi saya nie jenis nak kena ada kuah bila makan.Kalau tak da kuah,rasa macam tercekik je nasi kat tekak.

Kebetulan dah lewat petang,jadi memang akan masak yang simple je la.Maka,termasaklah sambal tumis telur puyuh.Sedapppp..si kecil pun turut makan.


Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

● telur puyuh
● cili boh (saya gunakan cap kura,kurang la pedas skit)
● 1 sudu kecil asam jawa (bancuh dengan air).
● 1 labu bawang besar
● gula secukup rasa
● garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar / ditumbuk

● bawang besar
● bawang putih
● sedikit belacan.

Langkah memasak :

♥ rebus dan kupas kulit telur puyuh
♥ gorengkan sebentar,bila dah agak kekuningan,angkat dan toskan.
♥ masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
♥ masukkan cili boh.
♥ dah agak kering,baru masukkan jus asam jawa.
♥ masukkan bawang yang telah dipotong.
♥ masukkan telur puyuh.
♥ perasakan dengan garam dan gula.
♥ bila bawang yang kita potong tu dah nampak layu,bolehlah tutup api.



Taraaa...dah siap pun!

Jujur ngaku,saya tak gunakan garam dan gula :).Sebab masa proses merasa tu,dah rasa masin,jadi say tambahkan serbuk perasa jer.

Lagi satuuu....sediakan penyembur udara siap2 yer..bila masak masakan yang dicampur dengan belacan,baunya memang harum semerbak habis 1 rumah.Bagi yang ada alahan resdung tu,bersedialah untuk bersin selalu ;)

Sekian dulu entry untuk kali ini :)

penapis air shaklee diakui dapat tapis plumbum?

Assalamualaikum semua!

Semenjak dua menjak ini diriku sering dikaitkan dengan penapis air.Biasanya dah dekat-dekat hujung tahun begini,taman tempat tinggal saya memang akan didatangi oleh individu yang akan datang promote penapis air,tanya kita pakai penapis air jenama apa dan sebagainya.Ada juga yang akan ambil sampel air paip,sampel air kita minum untuk dibuat kajian :)

Dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikan,eh,kenapa penapis air Shaklee murah sangat?!Tak sampai RM 1,000 pun!Betul ker penapis air shaklee nie betul-betul bersih?Kenapa simple yang amat penapis air Shaklee?Dan pelbagai lagi la soalan yang diutarakan.

Saya nak tanya anda la,jika diberi pilihan anda nakkan :

  •  penapis air yang dapat menapis keladak atau
  • penapis air yang dapat menapis plumbum atau
  • kedua-duanya sekali?

Apa keistimewaan Penapis air Shaklee?

  • disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99 % plumbum.
  • menggunakan blog pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air anda.
  • Setiap penapis boleh mengendalikan 80 gelen air bersamaan 303 liter air.
  • disahkan dapat mengurangkan klorin
  • tidak memerlukan kuasa eletrik
  • mempunyai meter automatik,apabila cukup 80 gelen air,baru tukar penapis lain.
  • penapis dibuat daripada tempurung kelapa
terbukti dapat mengurangkan plumbum
penapis air shaklee

Keistimewaan lain
  • tidak perlu sambung dengan paip air.
  • rasa airnya yang lazat dan nipis
  • tuang ke dalam penapis,tunggu selama beberapa minit,siap untuk diminum.
  • mudah nak dibawa ke mana-mana
penapis air shaklee
Add caption

Perbezaan Shaklee

Handal

--> menapis 80 gelen (303 liter) daripada setiap turasan yang mana 2 kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain.
--> mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan bahayakan kesihatan anda.

Selamat

--> menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain
--> mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar
--> diiktiraf oleh persatuan kualiti air (WQA).

Mesra Alam

--> sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama.
--> mengurangkan timbunan sisa.
--> penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak.

Testimoni penapis air shaklee

testimoni 1
testimoni 2


Hakikatnya,penapis air shaklee ini kualitinya adalah setanding dengan jenama lain yang haganya jauh lebih tingi.Dan terpulang kepada anda mahu memilih yang mana satu.Yang mana anda rasa sesuai dengan keluarga dan diri anda,gunalah!Buatlah pilihan yang tepat :)

Oh ya,lupa cheq nak habaq harga penapis air shaklee ni.Harganya adalah RM 460 tidak termasuk pos.Pos RM 10 jer :)

Anda ingin membeli dan bayar sendiri?sila klik button dibawah.



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

tips untuk atasi rasa letih

Perasan tak,cuaca di negara kita kalau panas,memang panas yang amat!Rasa letih memang tak dapat nak elak.Tidak kiralah bagi yang bekerja dibawah panas terik mahupun dalam penghawan dingin,semuanya akan berasa letih.

Rasa letih secara tak langsung akan mempengaruhi produktiviti kerja.Ye la,bila badan letih,mood pun tunggang langgang,badan lesu,rasa tidak bertenaga dan sebagainya.


letihhhhhnya!
Jadi,bagaimana nak atasi rasa letih ni?Berikut merupakan sedikit tips untuk anda untuk kurangkan rasa letih.

Multivitamin

Amalan mengambil supplement atau vitamin membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan rasa letih.Pengambilan multivitamin juga boleh membantu anda mencegah jangkitan penyakit.Minyak ikan contohnya bagus untuk peredaran darah dan kesihatan jantung.


Bernafas dengan sempurna

Bernafaslah dengan betul dan sempurna.Pernafasan yang betul akan meningkatkan kadar oksigen dalam darah sekaligus memberikan tenaga kepada anda.Tarik nafas dalam-dalam selama beberapa saat kemudian lepaskan.Ulangi beberapa kali.


Aromaterapi

Kaedah aromaterapi dengan menggunakan wangi-wangian dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah.Sebagai contoh,sari minyak pudina akan membantu tubuh anda berasa segar dan lebih bersemangat.Selain itu,minyak pine dan rosemary juga mampu mengurangkan keletihan anda.


Mandi

Mandi dengan air sejuk dapat menyegarkan tubuh terutamanya pada waktu pagi.Elakkan mandi dengan menggunakan air panas kerana ini akan membuatkan tubuh menjadi lesu dan tidak bertenaga.

Terapi warna

Warna memainkan peranan yang besar dalam merubah mood seseorang.Bahkan ia mampu mempengaruhi tenaga dalam tubbuh.Contohnya warna merah akan dapat meningkatkan tenaga dan menjadikan diri lebih bersemangat.Elakkan warna kelabu dan warna hitam.Atau nak lebih senang,pelbagaikan warna kegemaran anda setiap hari!


Teh Herba

minum teh herba dikatakan dapat membantu menguatkan mental dan memberikan tenaga.Rasanya yang lebih segar akan membuatkan anda lebih bersemangat dan keletihan anda akan hilang.



jom sama-sama atasi keletihan!Badan bertenaga,produktiviti kerja juga akan makin meningkat ^_^

set keguguran rambut Shaklee

Assalamualaikum semua!

Rambut gugur memang merisaukan! Bagi yang bertudung,tiada masalah.Tapi,bila buka tudung depan suami,suami tegur,'eh,kenapa rambut sayang gugur makin banyak sekarang?',terus sentap.Sentap ke arah positif ok,jangan sentap ke arah negatif pulak ^_^.

Lepas tu,mula la tercari-cari macam mana yer nak buat untuk kurangkan keguguran rambut.Atau ada cara yang untuk atasi masalah keguguran rambut lagi best!

Masalah keguguran rambut bukan hanya berlaku kepada kaum wanita sahaja.Kaum adam juga tidak terlepas alami masalah keguguran rambut ini.Bila duduk rumah sendiri,tinggal dengan suami atau isteri ok lagi,bolehlah bersihkan rambut yang gugur di lantai bilik air.Tapi bayangkan bila anda masih lagi belajar,tinggal ramai-ramai dalam satu rumah,berkongsi bilik air,Gamakkah anda membersihkan rambut yang menimbun itu?

rambut gugur shaklee
rambut gugur

Antara punca rambut gugur


  • penggunaan bahan kimia yang berlebihan -masalah ini sering terjadi kepada mereka yang suka mewarnakan rambut dan kerap bertukar warna pada rambut.Penggunaan bahan kimia yang berlebihan akan menyebabkan rambut gugur hingga ke akar.
  • Individu berkenaan mengalami aliran darah yang tidak lancar - 
  • Selalu menarik rambut - ada individu yang tabiatnya suka menarik rambut.Tabiat ini akan memberi kesan yang amat ketara pada rambut kerana apabila rambut selalu ditarik,akarnya akan menjadi lemah dan menyebabkan keguguran rambut.
  • gaya pemakanan yang tidak sihat - gaya pemakanan yang tidak sihat dan tidak terkawal akan menyebabkan hormon tidak stabil dan memicu kepada masalah kekurangan rambut.
  • Perubahan hormon - sering terjadi kepada wanita hamil dan wanita yang baru melahirkan anak.

Produk shaklee atasi masalah keguguran rambut anda!

set rambut gugur shaklee
set rambut gugur shaklee

Zinc Complex Shaklee
  • Sumber mineral untuk mempercepatkan pertumbuhan sel dan pembinaan yang rosak.
  • mengawal pengeluaran minyak di kalenjar minyak yang dirembbeskan pada kulit kepala aganr rambut lebih kuat dan kukuh.
Vitalea 
  • sumber multivitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan rambut.
Energizing Soy Protein ( ESP)
  • Sumber protein yang tinggi bagi mengelakkan rambut gugur dan rapuh.
Purifying Shampoo
  • membersih hingga ke akar rambut
  • membuang saki baki produk penggayaan rambut
  • mengawal lapisan kulit kepala yang sihat
  • mengawal kulit kepala agar tidak berkelumumur
Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik butang 'order now'



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 




>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

cara nak bercerai??

Cara nak bercerai?Hai lain macam jer tajuk entry kali nie admin?hehehhe..

Entry kali ini bukanlah bercerai dengan pasangan,kekasih gelap,tunang dan sebagainya.Cerai yang dimaksudkan adalah bercerai susu badan.

Menyusukan anak memang tak dinafikan satu pengalaman yang paling indah.Usai selepas melahirkan anak,terus susukan sehinggalah usia anak tersebut mencapai 2 tahun atau lebih.

Namun begitu,ada jugak para ibu yang hendak berhenti menyusukan badan apabila tiba saatnya.

Antara faktor kenapa para ibu hendak berhenti menyusu susu badan adalah kerana :

  • Hamil
  • Disebabkan penyakit tertentu
  • puting luka
Saya pernah terjumpa satu kes,nak berhenti menyusu kerana suami marah susukan anak di tempat awam walaupun ank baru 5 atau 6 bulan.Hellooo...sekarang nie,zaman moden ok.Terdapat pelbagai alternatif lain jika nak menyusu di tempat awam.Anda boleh beli kain nursing wrap yang bertindak sebagai pelindung ketika anda menyusukan bayi anda.Amalkan pakai baju yang agak labuh untuk tutup tubuh anda yang mungkin akan terdedah sewaktu menyusu.



Atau nak cara lebih mudah,carilah surau yang berhampiran ^_^

Berbalik kepada tajuk entri kali ini,antara cara yang anda boleh praktikkan untuk ceraikan si manja dari 'candu' kegemarannya adalah dengan sapu bancuhan pekat serbuk kopi pada aerola anda.Macam mana nak buat?saya tinggal di tengah-tengah bandar la kak.Tiada pokok kopi,tiada laman nak jemur biji kopi,tiada lesung besar nak tumbuk biji kopi tu sampai lumat!Tiada penapis besar dan sebagainya.Jangan risau,pasar raya kan adooo...kedai runcit pun ada jual serbuk kopi tu.Bancuh bagi pekat dan sapulah pada payudara anda.

Kalau cara pertama tak berkesan jugak,anda boleh gunakan cara kedua.Iaitu,tumbuk bawang putih sampai halus kemudia sapulah di sekitar aerola anda.In shaa ALLAH cara ini memang akan berkesan.Kalau kita yang golongan dewasa pun tidak berselera untuk makan bawang putih begitu sahaja,inikan pulak si manja yang berusia 3 tahun kebawah.

Namun,anda haruslah istiqamah.Sapu selalu bawang putih yang telah ditumbuk kalau anda benar-benar tekad nak ceraikan si manja dari candu kegemarannya!

Jangan sesekali sapu batang bajawali kerana batang bajawali memang pahit yang amat!Kesian anak anda nanti.Nanti menangis tak berhenti,anda jugak yang susah.

Semoga info yang serba sedikit ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari bagaimana caranya nak ceraikan susu badan.

atasi masalah period tak teratur dengan Gla Complex Shaklee

Alhamdulillah petang tadi,tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada pm di aplikasi telegram.Bila buka jer pm tersebut,terus terlafaz 'alhamdulillah'.Rupa-rupanya ada cust merangkap downline saya pm.Nak tahu apakah isi kandungan pm tersebut?Silalah lihat gambar testimoni yang telah diedit. :)


kehebatan gla complex shaklee
testimoni gla complex
Alhamdulillah,beliau diberi peluang oleh ALLAH untuk merasai sendiri keberkesanan produk Shaklee.Sebenarnya beliau mengambil Gla Complex untuk mengurangkan jerawat yang sedang subur di wajahnya.Tapi beliau mendapat extra bonus,Period yang telah menghilangkan diri selama 5 bulan kini mencegah kembali!Dan yang paling mengharukan,tiada lagi senggugut atau simptom PMS.

Keistimewaan Gla Complex.

Setiap kapsul Gla  Complex mengandungi lebih 300mg GLA dimana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.Apa yang membuatkan Gla Compex Shaklee begitu istimewa ialah ia digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E.Gabungan ini adalah untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan kestabilannya.

Biovailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana Gla Complex ini mampu menyerap ke dalam sel dan tisu badan kita.

Gla Complex ini bukan sahaja untuk wanita,tetapi kaum adam juga boleh mengambilnya.Gla Complex ini adalah asid linoleik yang sama penting dengan amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani monopous
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Gla Complex merupakan bff setiap wanita yang mementingkan tahap kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran.Hormon stabil,period teratur,muka makin berseri,jerawat makin kurang dan rambut makin bersinar.Apa lagi yang anda inginkan?

Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik button 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

Siti Rosnah Abdullah


>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...