'sihat dan cantik pilihan saya'

Hebat sangat ker Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum semua.Oleh kerana November 2014 adalah promosi omega guard Shaklee,maka dengan ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai Omega guard Shaklee.

Apa itu Omega Guard Shaklee?

Omega guard Shaklee adalah minyak ikan.Dah nama pun minyak ikan,semestinya ia berasal daripada ikan :)

kehebatan omega guard shaklee
Omega guard


Perbezaan Omega Guard Shaklee

  • Ultra tulen bergred farmasi berteknologi tinggi.
  • Melalui 3 peringkat proses penyulingan
  • lengkap dengan 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk DHA,EPA & ALA.
  • diekstrak dari ikan laut dalam.
  • Bau dan rasa ikan yang minima.
Kenapa mesti lalui 3 peringkat proses penyulingan?

Ini adalah untuk mendapatkan minyak ikan yang betul-betul tulen.

Kenapa mesti tulen?

Untuk pengetahuan anda,sebenarnya pihak Shaklee hanya menggunakan ekstrak ikan laut dalam untuk buat minyak ikan ini.

Biasanya,ikan laut dalam akan hidup dan berkumpul di sekitar kawasan kapal karam.Bagkai kapal karam merupakan syurga makanan kepada hidupan laut.Dengan secara tak sengaja mungkin ikan ikan tersebut akan termakan plumbum,merkuri,kadmium dan sebagainya.

Proses penyulingan adalah untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tu la.

Cuba kita bayangkan,kita kononnya nak sihat,makan la minyak ikan.Tapi bukan semakin sihat tetapi dari sihat boleh jadi sakit.Sebab apa?sebab termakan minyak ikan yang bukan betul-betul tulen.

Sebelum membeli kebanyakan minyak ikan,anda seharusnya perhatikan dulu kandungannya :)

Golongan yang sesuai untuk ambik Omega Guard Shaklee.

Kanak-kanak
  • Ada kandungan DHA untuk otak bijak
  • item wajib untuk kanak-kanak
  • DHA merupakan makanan untuk otak.
  • Kanak-kanak yang tidak cukup DHA akan muram atau stress
Individu yang nak kurus @ diet
  • Bagi rasa tak lapar
  • kerana omega akan tinggikan hormon leptin.
  • Bila leptin tinggi,keinginan untuk makan akan jadi kurang (perut rasa penuh)
  • berfungsi sebagai pembakar lemak.
  • Mampu mengawal kolestrol
  • menyediakan kolestrol baik untuk jantung.
Anda haruslah membezakan rasa lapar dan dahaga.Banyakkan minum air kosong.


Ibu hamil
  • Boleh ambil bermula dari trimester pertama
  • baik otak perkembangan otak janin.
Tetapi,jikalau ibu pernah ada sejarah tumpah darah,bila usia kandungan memasuki usia 7 bulan @ trimester 3 anda hendaklah kurangkan dos pengambilan.

Ibu menyusu

Masalah jantung
  • Disebabkan kolestrol tinggi dalam badan
  • omega akan meningkatkan kolestrol baik dalam darah.
Darah tinggi
  • Bila kolestrol menyebabkan salur darah tersumbat,bacaan darah tinggi akan naik.
  • Darah akan menjadi pekat.
Perasan tak,bila orang yang kolestrol tinggi,doktor akan beri ubat cair darah?Omega Guard juga berfungsi sebagai pencair darah.Sekiranya anda mengambil ubat cair darah,dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan omega guard.

Individu yang nak subur (lelaki)

Ini adalah disebabkan omega 3 berfungsi untuk menghasilkan protagladin (kandungan dalam sperma).

Asthma

Mengurangkan keradangan ketika serangan asthma.

Ekzema 

Ini adalah kerana omega 3 juga bertindak mencairkan darah.Apabila darah cair,saluran tidak tersumbat,perjalanan darah ke seluruh anggota badan akan berjalan dengan lancar di samping mengurangkan keradangan kulit.

Anda juga mungkin meminati :


Anda ingin order dan bayar sendiri?



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 


>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


makanan untuk mencerahkan kulit dari dalaman

Berkulit putih melepak,gebu,cerah tanpa cela merupakan idaman setiap wanita.Walau bagaimanapun,dengan aktiviti seharian seperti terpaksa bekerja di bawah pancaran matahari akan membuatkan kulit menjadi gelap dan kusam.

Tanpa anda semua sedari,selain daripada menggunakan sunblock,terdapat beberapa makanan yang mampu mencerahkan kulit kita dari dalaman.

Antaranya ialah :

Teh hijau




Ha,jangan ingat teh hijau hanya untuk penurunan berat badan saja ok.Kalau anda minum teh hijau setiap hari,ia akan memberikan anda kulit yang cantik.Ini adalah kerana kandungannya yang kaya dengan anti oksida dan pelbagai jenis vitamin pasti membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda!

Lobak



Selain mempunyai kandunganvitamin A dan antioksidan yang tinggi,lobak juga mampu melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari.Lobak juga sangat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cerah dan menghalang kedutan pramatang,jerawat dan mengatasi kulit kering.

Kiwi




Buah kiwi ternyata mempunyai banyak manfaatnya terhadap kulit.Pengambilan buah kiwi secara konsisten dapat mencerahkan kulit secara semulajadi.Ini adalah kerana buah kiwi kaya dengan Vitamin C.Vitamin C berfungsi untuk merangsang kolagen dan menentang radikal bebas dalam badan.Anda juga boleh menjadikannya sebagai masker dan sapu pada bahagian kulit yang gelap dan berparut.

Betik



Betik walaupun buah-buahan tempatan tetapi buah betik sebenarnya kaya dengan Vitamin A,C & E.Vitamin-vitamin ini berfungsi sebagai antioksida untuk mengatasi noda hitam dan jerawat di wajah anda.Betik juga mengandungi enzim yang bermanfaat untuk menghilangkan kulit mati dengan segera.

Tauhu dan tempe



Ha,jangan terkejut taw.Ini merupakan berita gembira untuk penggemar tempe dan tauhu.Tanpa anda sedari,sebenarnya tauhu dan tempe dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut,bersinar dan cerah.Kedua-dua makanan ini juga mampu menyembuhkan kulit kusam.

Amalkan pemakan secara sihat,pilih makanan yang berkhasiat dan segar untuk santapan anda semua.

Sekian dulu untuk entry kali ini.Jumpa lagi :)

prosante Shaklee atasi masalah rambut anda!

Assalamualaikum semua..

Sudah menjadi adat bagi setiap manusia apabila umur kian meningkat,rambut pun makin gugur dan nipis.Masalah kerosakan rambut juga tidak dapat dielakkan.Ini adalah berpunca daripada aktiviti seharian kita seperti kerap bertukar warna rambut,kerap tukar produk penjagaan rambut,selalu menggunakan pengering rambut,kurang nutrisi,stress dan sebagainya.

50 % lelaki akan mengalami masalah berkaitan rambut nipis dan rambut gugur.Manakala,40 % wanita akan mengalami masalah berkaitan rambut apabila umur mereka melepasi 30 an.

Keistimewaan Prosante

  • Tiada natrium lauryl sulfat (SLS) atau natrium Laureth Sulfat (SLES).
  • selamat untuk semua jenis rambut
  • keseimbangam Ph
  • tiada Propilen Glikol
  • tiada Quaternium 15
  • tiada warna dan bahan pewarna
  • diuji oleh ahli dermatologi
  • diuji secara klinikal
  • tidak diuji ke atas haiwan.
  • Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat.
prosante shaklee untuk rambut anda
Prosante Shaklee


Nourishing Scalp Treatment (gambar kiri)
  • Gabungan 10 vitamin,mineral dan herba untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut
  • memberi tenaga kepada folikel rambut - merangsang peredaran darah dan mengekalkan tenaga untuk bebuli rambut.
  • Panthenol menguatkan rambut dan merangsang kelembutan rambut.
  • Minyak daun pokok teh menyokong kebolehan semulajadi kulit kepala untuk elakkan folikel rambut dari tersumbat.
  • Formula tanpa bilasan -boleh digunakan setiap hari
  • diserap dengan segera
  • tidak berminyak
  • baunya yang segar (tiada haruman tambahan)
  • Selamat untuk semua jenis rambut.
  • Terbukti mengurangkan rambut gugur.
Revitaling Shampoo (membersihkan dan memulihkan kulit kepala)
  • Diformulasikan dengan humectant  dan protein berasas sayuran - untuk kutikel ramvut yang licin.
  • Membantu mengurangkan kusut
  • mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan rambut.
  • Menanggalkan minyak berlebihan & kotoran rambut
  • tidak mengeringkan rambut
  • mengekalkan flex dan daya tahan rambut.
  • Membuatkan kulit kepala terasa selesa dan bertenaga.
Purifying Shampoo (pembersihan secara mendalam dan melindungi kelembapan asli)
  • membebaskan rambut dari kotoran lama.
  • Mengembalikan sinaran dan menyerlahkan tekstur asli.
  • Menyokong imbangan mikroflora kulit kepala.
  • Melindungi kelembapan dan imbangan lipid.
  • Mengurangkan rambut berminyak dan berkelumumur.
Lightweight Conditioner (memulihkan tekstur dan kekuatan rambut)
  • Membantu memberi volume struktur permukaan rambut.
  • Menyubur dan melindungi rambut.
  • Melembutkan rambut.
  • Membantu menebalkan rambut halus
  • meningkatkan kekuatan dan kilat rambut.
Replenishing Conditioner (melembapkan rambut)
  • Penawar bagi rambut kering dan rapuh.
  • Menambah kelembapan dan melicinkam permukaan rambut.
  • Membantu mengembalikan kenormalan dan kelembapan kulit kepala dan rambut.
  • Membantu membina semula kerosakan pada rambut.

Testimoni prosante Shaklee


testimoni prosante shaklee
testimoni prosante 1

Anda ingin order dan bayar sendiri?


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 


>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Kolagen Shaklee untuk kecantikan luaran dan dalaman anda!

Assalamualaikum semua....

Shaklee juga mengeluarkan kolagen.Nama glamournya adalah Shaklee Collagen Powder.Kolagen Shaklee mempunyai peminatnya yang tersendiri.Bukan sahaja dari golongan wanita malah turut digemari oleh kaum adam.Sebabnya?Kolagen Shaklee sangat sesuai untuk anda yang tidak berminat untuk telan pelbagai jenis pil dan nakkan kesan yang cepat.Bila kesannya cepat,hasilnya mestilah awesome dan membanggakan!

Kenapa Kolagen Shaklee berbeza dengan kolagen lain?

Kolagen Shaklee merupakan supplement yang unggul.Ini adalah kerana Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000 mg RSS (sisik ikan merah),sejenis kolagen yang bermutu tinggi kerana ikan merah hidup di laut dalam tahan lasak.Apabila hidup di laut dalam,tahap kecemaran air kurang jika nak dibandingkan dengan permukaan air yang sentiasa tercemar.

Lagi satu keistimewaan Shaklee Kolagen ini adalah berat molekularnya ialah sekitar 1,000 Dalton.Dalton yang rendah akan memudahkan proses penyerapan ke dalam tubuh badan kita.Di samping itu,dalton yang rendah juga membantu meningkatkan sintetis kolagen pada lapisan dermis (bawah kulit) dengan berkesan.

Kolagen Shaklee untuk kecantikan luaran dan dalaman.
Shaklee Collagen Powder
Kekurangan Kolagen dalam kita bukanlah disebabkan oleh faktor umur semata-mata.Kerosakan kolagen juga dipercepatkan oleh faktor luaran seperti,sinaran matahari,radikal bebas di udara,air,nutrisi yang tidak cukup,merokok dan lain-lain.

Kelebihan Dan Manfaat Kolagen Shaklee

  • mengurangkan garis-garis halus disekitar wajah
  • mengecilkan liang pori
  • melembabkan kulit
  • menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut.
  • membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • membantu menguatkan tulang dan mengurangkan tulang daripada menjadi rapuh.
  • memastikan otak sentiasa sihat.
  • didatangkan dalam peket yang senang dibawa.
  • boleh dibancuh dimana-mana sahaja.
  • mencerahkan kulit
  • menaikkan seri wajah

Bahan utama Kolagen Shaklee

Sisik ikan merah


Ekstrak biji Camelia Japonica

Biji Camelia Japonica terdiri daripada :
  •  asid oleik,satu emolien dan pelembab kulit yang hebat
  • isoflavin
  • antioksida semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.






Ekstrak Pfaffia

  • dikenali sebagai ginseng Brazil
  • apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilia Japonica,ianya akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.
  • penting dalam menghidratkan tisu tubuh
  • menjadikan kulit lembut,lembab dan licin.







Elastin dari kolagen ikan


  • memelihara kulit agar fleksibal tetapi tegang.
  • memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
  • mengekalkan kulit menjadi tegang,anjal dan elastik.









Vitamin C dan Vitamin B



  • Vitamin C bertindak sebagai perangsang kolagen.
  • menentang radikal bebas dalam badan yang boleh merosakkan kulit.
  • Vitamin B berfungsi sebagai mtabolisme karbohidrat,lemak dan protein.
  • membebaskan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan kolagen di dalam sel.




Ekstrak kerang

  • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi.
  • menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.








Lactobacillus acidophilus

  • membantu mengimbangi mikroflora usus
  • membantu membina semula sistem usus yang sihat 
  • mampu meningkatkan penyerapan kolagen











Testimoni Kolagen Shaklee

cantik luaran dan dalaman dengan kolagen shaklee
testimoni 1


cantik luaran dan dalaman dengan kolagen shaklee
testimoni 2


cantik luaran dan dalaman dengan kolagen shaklee
testimoni 3

sedikit info untuk anda semua,jika anda membeli Kolagen Shaklee 3 kotak dalam 1 resit pembelian,anda akan dapat :

  • keahlian secara percuma
  • cash bonus pada bulan berikutnya
  • anda layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah dan jimat!

Anda ingin order dan bayar sendiri?



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

atasi masalah jangkitan salur kencing dengan penawar dari dapur

Jangkitan salur kencing memang memeritkan!Ia bermula dengan simptom ingin membuang air kecil yang hadir secara tiba-tiba dan kerap.Desakan untuk membuang tak setanding dengan air kecil yang dibuang!

Desakan untuk membuang air kecil ini juga turut diiringi dengan rasa seperti terbakar pada pundi kencing.



Berita gembira untuk anda yang segan untuk pergi ke klinik adalah sebenarnya barang-barang yang terdapat di dapur boleh dijadikan sebagai penawar.

Antaranya adalah :

Nenas

Ini adalah kerana nenas mengandungi bromelain yang merupakan enzim.Dalam.satu kajian,individu yang mengidap masalag jangkitan salur kencing yang diberi antibiotik berserta bromelain dilihat berjaya mencegah jangkitan lebih serius.

Oleh itu,anda digalakkan mengambil secawan nenas bagi mengelak dan sekali gus menyembuhkannya.

Serbuk penaik

Masalah salur kencing yang terjadi lebih dari 2 hari memerlukan rawatan segera.Ini adalah kerana jika dibiarkan ia akan mengjangkiti buah pinggang.Bagi mengelaknya cubalah campurkan 1 sudu serbuk penaik ke dalam segelas air.

Serbuk penaik bertindak dengan meneutralkan tahap keasidan urin.

Air putih 

Pastikan anda minum banyak air putih.Sekitar 8 gelas sehari.Dan anda seharusnya membuang air kecil sekitar setiap 4-5 jam.

Ini adalah bertujuan untuk menyingkirkan bakteria keluar daripada tubuh melalui urin yang dihasilkan.

Selain itu,rasa sakit boleh dikurangkan dengan cara meletakkan air suam bada bahagian bawah perut.

Vitamin C

Vitami C akan mengekalkan kesihatan pundi kencing dengan menjadikan urin lebih berasid.Dan ini sekaligus akan mencegah kehadiran bakteria dalam pundi kencing.

Sekiranya penawar dari dapur tidak berkesan untuk anda,silalah dapatkan rawatan segera dari klinik atau hospital berdekatan anda :)

basic H Shaklee pencuci serbaguna

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna di pasaran mengandungi toksin.Toksin boleh meresap masuk.ke dalam badan melalui kulit atau sistem penafasan.

Tanpa kita ketahui sebenarnya bahan sintetik pelarut juga boleh menganggu keseimbangan hormon.

Morfolin merupakan bahan toksik yang boleh merosakkan hati dan ginjal.

Ermmm...kalau semua pencuci sintetik,baunya kuat menusuk hidung,macam mana nak buat yer?

Keistimewaan Basic H


Jangan bimbang jangan ragu kerana basic H menepati citarasa anda.Bermula dari bahan-bahannya yang :

  • Tidak bertoksik
  • tanpa gas beracun
  • tanpa bahan kimia berbahaya
  • tanpa bahan pewangi
  • ph yang seimbang
  • tanpa klorin
Dijamin selamat,berkesan dan mesra alam.Nak guna basic H nie buat basuh kereta pun boleh :)



Risau la nak gunakan untuk cuci kereta.Kang tertanggal cat terbang fulusss...

Bahan utama Basic H


Untuk pengetahuan anda,Basic H dibuat daripada ramuan semulajadi iaitu ekstrak jagung dan kelapa.Sebab itu baunya lembut dan fresh :)

Basic H sangat berkesan dalam penggunaan :
  • Menanggalkan kotoran minyak (seperti di dapur,tempat pembakar grill,ketuhar dll)
  • Dinding (yang diconteng oleh anak)
  • Peralatan dapur (bontot kuali)
  • perabot dll.
Testimoni basic H

testimoni basic h
Testimoni terhadap kotoran kereta


testimoni pada pintu yang diconteng 


Basic H memang diperlukan oleh kaum ibi terutamanya untuk yang ada anak kecil yang suka menconteng dinding,mengotorkan dinding dan sebagainya.

Anda ingin order dan bayar sendiri?

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

tips berpantang sendiri

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk para ibu yang bercadang untuk berpantang sendiri.Berpantang sendiri ini bukanlah bermaksud berpantang seorang diri.Maksudnya berpantang di rumah sendiri dan yang membantu hanyalah si suami.

Berpantang sendiri?Memang tak la!Nanti siapa yang nak tolong mandikan anak?Siapa yang nak tolong tukar pampers anak?Siapa yang nak tolong masak?Takkan la saya seorang diri nak buat semua tu?

Tapi jika ibu bapa kita di kedah,mertua di Johor dan kita pula di Pahang,terpaksa lah redah untuk berpantang sendiri :)

Sebenarnya,berpantang sendiri hanya ditemani suami akan mengajar kita tentang erti sebenar berdikari.Bermula dari celik mata,dah siap semua kerja barulah boleh rehat.

Permulaan memang agak memeritkan kerana tiada istilah rehat untuk anda.Apa yang anda perlu buat adalah kuatkan semangat anda.Jangan menangis kerap sangat taw,kang meroyan pulak!

Dan yang kedua,pekakkan telinga.Kita memang tak dapat menutup mulut orang dari berkata-kata.Antara kata-kata yang agak pedas adalah 'takut suami buat perangai la tu!'.hehehehe..Untuk pengetahuan anda,si suami kalau dia nak buat perangai,dari kita mengandung lagi dia dah buat perangai.

Ok,panjang berjela dah mukadimah nie.Tapi,tips ini hanya sesuai untuk anda yang bersalin normal sahaja.Yang bersalin secara ceaser,tak sesuai kot.

Tips berpantang sendiri


  • Belajar cara-cara nak mandikan bayi (asas nih)
  • Aktiviti menungku jangan tinggal
  • mulakan aktiviti harian anda sebelum subuh.
  • Stoking hendaklah dipakai selalu.
  • Bengkung hendaklah dipakai selalu.
  • Masak makanan yang berkhasiat dan simple.
  • Makan buah-buahan.
  • Makan supplement atau jamu.
  • Letakkan bakul barangan bayi berhampiran dengan anda.
  • Pastikan tidur malam anda berkualiti agar badan anda tidak letih dan lesu keesokan harinya.
  • Susukan bayi mengikut keperluannya.
Sebenarnya,semasa proses berpantang sendiri ni,kerjasama antara suami dan isteri sangatlah diperlukan.Mungkin si suami boleh tolong sidai baju,siang ikan,lipat baju dan sebagainya.Mula-mula memang suami akan rasa janggal,ye la sebelum ini isteri yang buat semua itu.Tiba-tiba si suami kena buat.Takpe,alah bisa tegal biasa.Lelama nanti biasa la tu ;)

Mungkin si suami perlu korbankan masa melepak bersama kawan-kawan atau hobi yang paling dicintainya iaitu memancing :)

Apa yang perlu kita tanamkan dan setkan dalam fikiran kita,'saya boleh lakukan semua tu!Kacang parang jer'.Sebenarnya apa yang kita fikirkan,itulah yang akan terjadi.Ini adalah kerana fikiran kita tu umpama magnet.Jadi,fikirkan yang positif jer ok,yang negatif tu buang jauh-jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...