pertama kali tulis entry khas untuk kaum adam..huhuhuhu.apabila ketua keluarga sihat..ahli2 keluarga yang lain pun senang hati..ye tak .?.apa-apa pun semoga bermanfaat ok..
RENDAH TESTOSTERON ANCAM JANTUNG
lelaki dengan testosteron yang rendah mempunyai risiko yang lebih tinggi mengidap penyakit jantung !
satu kajian dari Belgium baru-baru ini menyatakan masalah kedua-duanya hasil daripada keadaan kesihatan yang begitu buruk.selain daripada itu,kekurangan tahap testosteron turut dikaitkan dengan simptom-simptom penyakit jantung seperti darah tinggi,pembekuan darah ( trombosis ) dan juga aritmia iaitu irama jantung yang tidak normal.
BERJALAN 15 MINIT
Amalan ini mampu menangani keinginan untuk menikmati makanan manis akibat peningkatan selepas insulin setiap kali lepas makan melalui pengawalan paras glukosa dalam darah yang tiga kali ganda lebih baik.
1 JAM UNTUK SPERMA KUAT
Penyelidikan dari Universiti Harvard menunjukkan senama selama 1 jam setiap hari dan konsisiten boleh meningkatkan jumlah pengeluaran sperma.Rutin senaman dapat meningkatkan antioksidan untuk melalui tubuh dan seterusnya melindungi spesies oksigen reaktif yang boleh merosakkan sel sperma.
KURUS DAN SASA
adakah anda dalam usaha untuk mendapatkan six-pack ? mungkin usaha itu perlu dipertimbangkan sekali lagi.satu kajian dari Sweden menunjukkan,individu yang berusaha untuk menjadi kurus cenderung untuk jatuh sakit,mudah marah,dan berasa sedih.Ia berlaku kerana senaman yang keterlaluan dilakukan boleh menurunkan kadar testosteron dan seterusnya memicu masalah emosi dan jangkitan pernafasan.Rasa lesu ?
Tingkatkan pengambilan tenaga karbohidrat dan cuba lakukan yoga dan juga berurut.
RASA GEMBIRA TINGKATKAN KREATIVITI
Kajian terbaru dari Universiti California di San Fransisco menunjukkan bahawa daya kreatifiti semakin meningkat apabila berada dalam mood yang baik.Lelaki yang gembira mempunyai lebih banyak cara yang holistik untuk menangani masalah berbanding dengan lelaki yang negatif.Saintis yang melakukan kajian tersebut menyatakan bahawa apabila gembira,kita akan membebaskan lebih banyak dopamin yang berkait dengan motivasi di mana ia meningkatkan cara kita mengawal minda.Rasa gembira juga meningkatkan aktiviti di kawasan otak yang bertanggungjawap dalam membuat keputusan,pembelajaran,dan pemprosesan maklumat.
semoga bermanfaat..amalkan gaya hidup sihat ok..