'sihat dan cantik pilihan saya: Leptospirosis (kencing tikus)'

Leptospirosis (kencing tikus)

Pasti anda akan tertanya-tanya kan..mende apa leptospirosis tu...?osteoporosis taw la..penyakit reput tulang...hehehehe..jom kita baca dan fahami.

sebenarnya leptospirosis atau bahasa glamournya kencing tikus.Pasti ramai di luar sana yang beranggapan bahawa penyakit kencing tikus hanya disebabkan oleh tikus.Penyakit kencing tikus atau leptospirosis disebabkan oleh bakteria leptospira sp. dan tikus merupakan salah satu haiwan pembawa.


Selain tikus,penyakit ini juga boleh dibawa oleh pelbagai haiwan lain seperti kucing,lembu,monyet,dan lain-lain binatang ternakan atau binatang liar yang turut boleh menjangkiti manusia.Namun,lazimnya penyakit ini  sering dikatkan dengan tikus kerana haiwan ini membawa bakteria Leptospira sp. yang paling bahaya iaitu daripad kumpulan serovar icterohaemorrhagiae.

Iklim negara yang lembab menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini.Malah,pada suhu sederhan ia boleh hidup dengan lama.Kitaran hidup tikus yang suka makan dan tinggal di tempat kotor menjadikan haiwan ini mudah mendapat bakteria Leptospira sp.

Selain itu,kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal turut membantu penyebaran bakteria Leptospira sp. dengan lebih meluas.Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang bangunan,kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang ternakan.

Tikus juga amat menggemari tempat yang mempunyai sumber dan sisa makanan seperti di pasar-pasar awam,kedai-kedai makan serta rumah.

Risiko berlakunya penyakit kencing tikus adalah tinggi apabila aspek kebersihan sesebuah premis dan alam sekitar diabaikan.Perasankah anda,perkis makanan yang kotor mesti ada banyak tikus.

Perlu diberi perhatian kepada makanan atau minuman bertin kerana biasanya makanan atau minuman bertin telah lama disimpan di dalam stor dan mungkin telah dicemari kencing tikus di atasnya.Jadi,kita hendaklah membasuh permukaan bekas tin tersebut terlebih dahulu sebelum dibuka.



Manusia juga mendapat jangkitan penyakit ini secara pendedahan langsung kepada air semulajadi yang tercemar dengan cecair badan (air kencing,air liur,darah atau najis) haiwan yang terinfeksi.

Ini mungkin berlaku apabila seseorang itu mandi,berenang atau berendam dalam air sungai,jeram,atau air terjun yang tercemar.Bakteria Leptospira sp. daripada air yang tercemar ini boleh masuk ke dalam badan sam ada akibat tertelan atau meresap melalui kulit yang merekah atau mempunyai luka,juga melalui lapisan mukosa pada mata,hidung dan mulut.

Oleh itu,bahaya Leptospirosis ada di mana-mana.Sisa-sisa makanan dan sampah sarap hendaklah diurus dan dibuang dengan betul bagi mengelak infestasi tikus.

cc :majalah isihat edisi mei/2014

*****************************************************************************
sebenarnya tetiba untuk kongsi pasal kencing tikus nie sebab tadi petang,iman anak saya selongkar dashbox kete.Kereta tu memang dah lama jadi tukun di bengkel kerana kemalangan.Masa bawak kereta tu g bengkel baru-baru nie,mekanik tu cakap dah..sarang tikus pun ada dalam keta nie..

T_T barang2 dalam dashbox memang buang habis dah.yang tinggal cumalah skru apa tah n buku perodua dalam to.Nak dijadikan cerita,saya tengah balas pm cust jadi biar je lah dia main..selalunya iman main tutup buka jer dashbox tu..hari ini pelik sikit sebab dia selongkar,ambik skru besar yang ada dalam tu nak masukkan masa mulut.

Alhamdulillah sempat sambar sebelum skru tu dimasukkan dalam mulut..tetiba...eh.bau apa nie yang pelik sangat..?bagi hubby cium..hubby cakap bau macam kencing tikus...OMG..celapak (kalut) cari air nak basuh tangan iman..risaunya hati hanya ALLAH jer yang tahu.

Sukur alhamdulillah iman xdak apa-apa..


my hero.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...