Pasti anda semua pernah dengar kan 'sistem imun'.Tapi bila orang tanya,tak reti nak habaq secara specifik.
Berbalik pada tajuk post kali ni,nak tingkatkan sistem imun,kena fahami dulu apa itu 'sistem imun'.
Lepas nie,kalau orang tanya,lancar jer lidah nak explain..hehehehe ( saya la tu).
APA ITU SISTEM IMUN
Sistem imun adalah sistem pertahanan yang ada pada tubuh manusia yang berfungsi untuk menjaga manusia dari benda-benda yang asing bagi tubuh manusia. Pada sistem imun ada istilah yang disebut Imunitas. Imunitas sendiri adalah ketahanan tubuh kita atau resistensi tubuh kita terhadap suatu penyakit. Jadi sistem imun pada tubuh kita mempunyai imunitas terhadap berbagai macam penyakit yang dapat membahayakan tubuh kita.
FUNGSI SISTEM IMUN
- Ketahanan
- Homeostasi tubuh
- Keremajaan
ok..sekarang mari kita kaji tips untuk tingkatkan sistem imun.
MAKAN DENGAN BETUL.
JANGAN makan berlebihan !
Makan secara berlebihan boleh menyebabkan anda gemuk dan membahayakan sistem ketahanan badan.Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik.Ini akan menyebabkan kurang daya ketahanan terhadap jangkitan.
Jenis makanan yang dipilih
Terdapat beberapa jenis nutrient dan makanan yang boleh meningkatkan sistem ketahanan badan seperti :
1.makanan yang kaya dengan vit c
- buah-buahan sitrus
- brokoli
2.makanan yang kaya dengan vitamin e
- kekacang
- bijirin
3.bawang putih
4.makanan yang kaya dengan zinc
- kekacang
- ayam belanda
- ketam
- tiram
- daging lembu
BERSENAM SELALU
Senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda.Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki lima kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding kumpulan yang kurang bersenam.
Walaubagaimanapun,senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.Malah,senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.
DAPATKAN TIDUR YANG SECUKUPNYA
Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan .Kesan buruk terhadap fungsi ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur.Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam untuk tidur.Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti,elakkan daripada minum minuman berkafein.(seperti kopi dan teh)
MENGURUSKAN TEKANAN
Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti,penyakit jantung,kanser,dan pelbagai jenis penyakit lain.
Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam 2 cara,samada menghapuskan sel darah putih (yang melawan penyakit) atau menghidupkan sistem keimunan hyperactive yang boleh meningkatkan risiko menghidap auto imun.
Oleh itu,luangkanlah masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam,menonton wayang,mengunjungi spa atau melakukan aktiviti yang anda gemari.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dalam shaklee juga terdapat produk untuk menguatkan sistem imun.
cuba dulu baru tahu..dah cuba terus TANGKAP cintan .. ;-)
inbox https://m.facebook.com/ImanInDaHouse
Pm | whatsapp | wechat | telegram
013-9156881 ct rosnah