'sihat dan cantik pilihan saya'

pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua...rasanya belum terlambat lagi kan saya nak memperkenalkan diri saya.Asyik update entry jer,owner blog ini siapa?tinggal di mana? Wah..tetiba banyak la pulak soalan nak huraikan..


Saya SITI ROSNAH BINTI ABDULLAH,sid ataupun perkataan penuh Shaklee Independent Distributor.Pengedar Shaklee kawasan Manir,Kuala Telemong dan sekitar kawasan Kuala Terengganu.Anda boleh menghubungi saya di talian +6013-9156881 (maxis).Nak sms boleh,nak whatsapp,telegram atau wechat lagi la boleh.Tapi nak bagitaw siap-siap taw kalau anda call sekali saya tak angkat,sila call sekali lagi.

Ini adalah kerana saya ada anak kecil yang perlu diuruskan. :)

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Baiklah,berbalik kepada tajuk entry,saya COD (cash on delivery) sekitar kawasan Kuala Terengganu,Manir,Kuala Telemong dan kawasan-kawasan berdekatan.Jika anda nak order barang,boleh jer terus telefon saya.In shaa ALLAH jika saya ada stok,saya akan hantar barang yang anda hendak pada hari yang sama.

Mula-mula saya berkecimpung dalam dunia supplement dan vitamin Shaklee,saya risau jugak sebab ye lah kan,Kuala Terengganu nie sebuah negeri yang besar,takkan la tiada pengedar Shaklee yang lain.Tapi,upline saya cuba kuatkan semangat saya dan dia cakap,"siti,rezeki di tangan ALLAH,asalkan kita berusaha sehabis baik dan menjemput rezeki,yakinlah rezeki ALLAH ada di mana-mana".Terbakar saya dengar nasihat macam tu sebab betul jugak rezeki bukannya di tanagn kita,rezeki terletak di tangan ALLAH.Asalkan kita berusaha,buat sebaik mungkin In Shaa ALLAH rezeki ada la untuk kita.

Dan sepanjang setahun lebih saya berkecimpung dalam dunia perniagaan supplement ini,saya sangat gembira dan puas hati apabila pelanggan memberikan feedback yang bagus setelah mengamalkan produk Shaklee.

Dan alhamdulillah saya juga berjaya mengembangkan empayar dan downline saya berada di negeri Kedah,Terengganu,Selangor dan Negeri Sembilan.

Anda juga berminat nak jadi sebahagian dari #imanimpire?boleh pm saya,saya akan terangkan dengan lebih details kepada anda.

Walaupun saya akui,terlalu banyak rintangan dan dugaan dalam dunia perniagaan ini,tapi sebenarnya itulah yang membuatkan saya terus kental dan bersemangat nak teruskan kaki ini melangkah dalam dunia perniagaan.

Pernah terjadi pada saya,hari raya aidilfitri yang lepas,tiba-tiba ada seorang kakak ni telefon,nak suruh cod set kayap (nutriferon dan garlic).Syukur,rezeki hari raya.Saya cuba penuhi permintaan kakak tersebut walaupun waktu tu sibuk nak pergi melawat saudara mara.Dan alhamdulillah tak sangka,dia tambah order pulak,nak ostematrix a.k.a kalsium.Selagi saya mampu,saya akan cuba penuhi permintaan anda.

Dan jangan tak tahu,saya juga boleh poskan barang Shaklee kepada anda di seluruh MALAYSIA.Melalui pos laju ataupun Gdex.Dunia sekarang makin maju ;)

Hakikatnya,menceburkan diri dalam dunia Shaklee banyak memberi manfaat,ruang dan peluang kepada saya.Saya juga bermula dari bawah,melangkak setapak demi setapak untuk menuju puncak.Alhamdulilkah saya masih lagi mampu bertahan! 

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada upline dan side line semua yang banyak membantu saya.Sehingga saya berjaya mengembangkan empayar,berjaya menambat dan mengikat hati penduduk sekitar kawasan ini agar terus setia dengan Shaklee.Pahit manis itulah yang mematangkan saya dalam menangani ragan dan kerenah pelanggan :)

Sekian...salam sayang. 

Master  to be 2015



lemak menyebabkan perut buncit?

Semua individu tak mengira lelaki mahupun perempuan inginkan perut yang kempis dan ramping.Siapa yang nak kan perut buncit dan mengelebeh kan?Saya pun tak nak :)



Lemak di perut merupakan organ yang paling bahaya.Ini terjadi apabila kita makan dengan banyak,kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh.Paling banyak adalah di bahagian perut.Apabila lemak berada di bahagian perut,ia akan berubah menjadi organ.

Lemak di perut akan merembaskan bahan inflamasi bertoksik.Ia akan menjadi pencetus interaksi yang rumit di mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah, dan melemahkan sistem imun.

Dan paling merumitkan adalah sekiranya berat badan akan bertambah,maka jangka hayat anda juga semakin pendek.

Di sini saya nk kongsikan tips untuk hilangkan lemak di perut.

» jangan skip ambil sarapan.
» makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.
» ambil lebih serat.
» kurangkan pengambilan gula ringkas.
» makan lemak yang sihat
» bijak memilih ketika makan di luar.

Hakikatnya kita mestilah makan mengikut keperluan tubuh badan kita bukannya ikut nafsu :)

Apabila tubuh badan sihat,kesihatan akan sihat dan secara tidak langsung mood kita juga sentiasa stabil dan ceria selalu :)


pencuci pinggan Shaklee

Dish Wash Concentrate merupakan pencuci pinggan mangkuk yang mesra alam dan handal dalam menanggalkan minyak degil.

Tidak seperti pencuci biasa,ia berasaskan sumber semulajadi tumbuh-tumbuhan menjadikan pinggan anda bersih dan berkilau dengan hanya menggunakan beberapa titisan sahaja.Pencuci ini juga kaya dengan buih.


Dish Wash Concentrate Shaklee
Pencuci pinggan mangkuk ini dijamin mutu kebersihannya.

» bebas toksik
» hypoallergenik
» biosurfaktan
» semulajadi
» bebas fostat

Pencuci ini juga lembut di tangan.Ini adalah kerana produk keluaran Shaklee ini tidak mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci lain seperti Diethanolamine dan Sodium dedecylbenzensulfonate.

Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Cuba dan rasailah perbezaannya.Ternyata pencuci pinggan mangkuk ini begitu lembut di tangan dan kaya dengan buih walaupun hanya menggunakan beberapa titis sahaja.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Dugaan dalam berumah tangga

Assalamualaikum semua..hari ni saya akan kupasakn tentang tajuk yang saling berkait rapat dengan kehidupan suami isteri iaitu kehidupan berumah tangga.Tak dinafikan kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya.Adakalanya panas,ada kalanya sejuk.Semuanya terletak di tangan suami dan isteri itu sendiri,macam mana mahu mencorak dan mewarnainya.

Seperti yang kita semua ketahui,penceraian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun.Penceraian ini berlaku kebanyakannya berlaku pada pasangan muda yang telah berkahwin kurang dari 5 tahun.

Bukannya nak cakap pasangan muda jer yang bermasalah.Pasangan tua ada juga yang bercerai,cuma jumlahnya amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan pasangan muda.Mungkin dalam 1 / 9.

Dan untuk pengetahuan kita semua,sebab UTAMA kes penceraian berlaku adalah masalah kewangan.Mungkin sebelum berkahwin,si perempuan berkerjaya.Tetapi,apabila sudah berkahwin,si suami suruh berhenti kerja.Tumpukan seluruh perhatian kepada rumah tangga.Si isteri yang sudah biasa berkerja,membelanjakan wang dengan sesuka hatinya sebelum ini pasti akan rasai sesuatu yang berbeza.

Paling penting dalam kehidupan berumah tangga adalah bertolak ansur.Andai isteri anda diibaratkan api,anda sebagai suami hendaklah menjadi air.Jangan kedua-duanya menjadi api,nanti terbakr hangus rumah tangga anda. ;)

Yang kedua adalah amalkan sikap toleransi dan sikap tolak ansur.Ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan berumah tangga.Seandainya isteri anda tertidur ketika menyusukan anak,(susu badan) tolonglah bereskan apa-apa yang patut.Sesungguhnya kerja menjadi suro rumah tangga penat dan letihnya lagi berganda dari bekerja di pejabat.Tak berdosaka pun kan kalau tolong isteri anda ;)

Yang ketiga adalah kesetiaan dan kejujuran.Ini adalah kunci penting kebahagian suami isteri.Tanpa kesetiaan dan kejujuran,anda suami isteri mungkin hari-hari akan berperang.Hati tak tenang memikirkan apa yang suami atau isteri anda buat.Bila berkeadaan begini,syaitan lagi suka menghasut anda.

Yang keempat adalah jangan sesekali sebutkan lafaz dan perkataan 'CERAI' .Contohnya anda suami isteri senang menonton televisyen,melihat drama pergaduhan pasangan suami isteri,anda pun menyebut tanpa niat kepada isteri anda "aku ceraikan kau dengan talak 3".Talak akan jatuh kerana perkataan ini tidak sesuai untuk dibuat main-main.Walaupun tanpa niat,talak tetap akan jatuh.Dan anda pasti tahu bukan,apabila bercerai talak 3,adalah sukar untuk anda rujuk kembali melainkan jika isteri anda berkahwin kemudian bercerai,barulah anda boleh menikahi semula isteri anda.

Dan yang terakhir adalah jika terdapat sebarang masalah yang anda tidak temui jalan penyelesaiannnya,dapatkan nasihat orang berilmu.Contohnya pegawai kaunseling yang ditempatkan di setiap pejabat agama di setiap daerah dan setiap negeri.

Peringatan juga buat kita semua,andai terdapat masalah jangan sesekali kongsikan dengan orang yang berlainan jantina.Dikhuatiri mereka akan mengambil kesempatan di dalam kesempitan,biarpun mereka adalah teman rapat kita.Jangan sesekali ok.

Sama-samalah kita doaka  semoga rumah tangga yang kita semua bina akan kekal hingga ke hujung nyawa dan ke jannah.Amin...amin...amin ya robbal ala'min.

set kecantikan premium Shaklee 2

Istilah makanan segera atau instant sekarang sudah tidak asing dan tidak relevan lagi pada zaman sekarang.Nak makan cepat,pergi jer restoran makanan segera.Macam tu jugaklah bila melibatkan isu kecantikan,ramai di luar sana yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan suntikan vitamin C,botoks,sel stem dan paling parah pembedahan plastik.Untuk apa semua ini?semestinta untuk cantik menawan,tampil menarik kau memang da boom :)

nak cantik?nak awet muda?


Tahukah anda,sebenarnya dengan mendapatkan khasiat tambahan yang sesuai dapat mengembalikan keremajaan dan menghilangkan tanda penuaan.

Kira-kira 30 % daripada jisim tubuh terdiri daripada kolagen.Namun,penghasilan kolagen akan mula berkurangan apabila usia semakin meningkat.Paras kolagen akan mula menurun apabila usia mencecah 20 tahun.

kulit merupakan bahagian paling awal yang dapat mengesan kekurangan kolagen dalam tubuh.Tandanya :
  • kulit akan menjadi kering.
  • kulit hilang keanjalan
  • kulit berkedut


Selain itu,kekurangan kolagen juga akan membawa kesan negatif kepada rambut dan kuku.Akibatnya,rambut akan mula gugur,nipis dan hilang keseriannya.

Kuku akan menjadi rapuh dan lambat untuk tumbuh.

Macam mana nak rawat masalah ini?Saya takut la nak suntik bagai,apatah lagi nak buat surgery.

Jangan risau,Shaklee kan ada ^_^.Anda boleh mengambil kolagen,diikuti dengan Vitamin C dan Vivix yang kaya dengan polifenol untuk meningkatkan semula paras kolagen anda.

set kecantikan premium Shaklee
Vitamin C

  • merupakan element penting untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan tisu penyambung lain.
  • merupakan anti-oksida semulajadi berfungsi menentang radikal bebas dalam badan.
  • mengekalkan integriti sel.
Kolagen Powder
  • mempunyai dalton yang rendah (just nice).Dalton yang rendah akan mudah diserap oleh badan.
  • mengandungi 4,000 mg proprietary kolagen RSS (Red Snapper Scale) dimana kolagen ini gunakan ekstrak sisik ikan merah sebagai bahan utama.
  • kemampuan spesies hebat ini bertahan hidup di bawah tekanan tinggi dan bebas bertelur di kedalaman laut sedalam 5,000 meter di samping molekul kolagennya yang ringan yang mudah diserap dermis.
  • turut diformulasikandaripada gabungan tujuh estrak bahan hebat seperti biji Camellia Japonica,biji Pfaffia,kulit kerangan laut,vitamin C,B2,B6 danAcidophilus,produk ini juga ditambah Acid Hyaluronikuntuk mengekalkan kelembapan kulit & Elastin yang berperanan menjadikan kulit lebih anjal.
Vivix
  • ekstrak daripada tumbuhan semulajadi seperti Polygonum Cuspidatum,Anggur MUscadine,Europeuan Elderberry dan Lobak Ungu boleh membantu proses penuaan berlaku secara sihat.
  • Polifenol kaya dengan antioksidan yang berkesan untuk mencegah kehilangan kolagen akibat ancaman radikal bebas.
  • bertindak melindungi dan membaikpulih sel DNA.
  • merawat penuaan di peringkat sellular (DNA)
LAngkah anti-penuaan hendaklah bermula dari peringkat sel tubuh.Dan lagi satu,untuk mendapatkan kolagen ynag secukupnya,anda hendaklah memakan supplement yang berkaitan,bukannya sapu di permukaan kulit.Jangan tertipu kerana kolagen bertindak di bawah lapisan kulit,bukannya di permukaan kulit.Jadi,elakkan menyapu sebarang produk yang berunsur kolagen di permukaan kulit anda .

Anda ingin order dan bayar sendiri set kecantikan ini?Sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

aplikasi gajet untuk kanak-kanak

Anak - anak zaman milineum sekarang sering disogok dengan gajet.Sekitar 50 peratus ibu bapa mengakui membelikan gajet kepada anak mereka.Dan kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kanak-kanak yang berumur 9 hingga 12 tahun amat taksub dan menyukai gajet.Tiada kehidupan tanpa gadget!



Di sini saya kongsikan sedikit tips dan aplikasi yang terdapat dalam Android yang dapat membantu ibu bapa mengawasi anak-anak dengan mudah disamping memberikan keselesaan kepada kanak-kanak apabila menggunakan gajet.

Phone Control

Sesuai untuk ibu bapa yang paranoid.Aplikasi ini dapat memantau semua yang dilakukan serta digunakan oleh anak anda.Aplikasi ini akan memaklumkan kesemua mesej yang masuk keluar,panggilan telefon dan paling penting lokasi alat.Jangan bimbang anak anda mengetahuinya kerana ikon aplikasi ini tidak dapat dilihat dan diketahui oleh mereka.

AppNotifier

Ha,yang ini  sesuai untuk ibu yang nak berjinat.Aplikasi ini dapat mengelak anak anda daripada membeli aplikasi permainan tanpa pengetahuan anda.Seandainya anak anda tersalah tekan untuk membeli sesuatu permainan,AppNotifier akan memaklumkan anda melalaui e-mel dan aplikasi muat turun boleh disekat.

Kid Mode

Aplikasi ini berfungsi untuk mengoptimumkan penggunaan alat di mana anak anda boleh bermain dengan bebas pelbagai jenis game mengikut umur dan keupayaan mereka dalam meningkatkan kretiviti.Di samping itu,anda juga boleh mengunci panggilan keluar dengan aplikasi ini.Dan yang paling menguntungkan aplikasi ini akan menghantar email untuk maklumkan kandungan perisian yang telah anda atau anak anda layari.

Kid Place

Aplikasi ini boleh melindungi data peribadi dan menyekat aplikasi khusus untuk anak-anak anda.Aplikasi ini berfungsi untuk menghalang anak-anak anda untuk download aplikasi baru atau melakukan sebarang aktiviti lain yang melibatkan kos.Dengan aplikasi ini anda bebas untuk membiarkan anak anda yanh berusia 4 tahun dan ke bawah bermain gajet tanpa perlu bimbanh lagi.

Secara rasionalnya kita sebagai ibu bapa haruslah meluangkan sedikit masa agar anak-anak tidak terlalu leka dengan gajet.Pernah tengok tak iklan raya petronas,yang ibu bapa kutip simpan semua gajet anak menantu cucu mereka?Kadang-kadang kita sendiri pun boleh terleka dengan gajet nie,sehingga masa berkualiti untuk mengeratkan silatulrahim sesama keluarga pun terhad.

Rawat Gout Dengan Set Gout Shaklee

Sakit sendi sering dikaitkan dengan Gout.Apa itu Gout?Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Gout juga dikaitkan dengan sakit sendi.Ada kena mengena ke gout dengan sendi? ^_^



Untuk pengetahuan anda,asid urik ialah bahan kumuh yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuh tersebut melalui air kecing atau urin.

Tetapi,berbeza dengan pesakit  gout kerana urik asid yang berlebihan tidak dapat dibuang dan akhirnya asid urik tersebut akan terkumpul di dalam sendi.

Kebiasaannya gout sering dihidapi oleh kaum lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.Kaum wanita jarang menghadapinya sebelum putus haid.

Kesan Gout

  • Asid urik boleh terkumpul di bawah permukaan kulit dan membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'.


  • Paling bahaya apabila asid urik berlebihan ,ia akan memberi kesan kepada urinari (saluran kencing) di mana ianya boleh terkumpul dan membentuk batu karang.

tophi disebabkan gout
Tanda-tanda Gout

  • lazimnya menyerang ibu jari kaki
  • serangan berlaku secara tiba-tiba.
  • sakit sendi yang teramat sakit,kalau berlaku geseran akan sakit tak terperi.
  • sendi akan menjadi begkak,merah dan sakit.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,lutut,jari dan pergelangan tangan.
Kalau pergi klinik kerajaan,anda diberi pemplet berinformasi tentang gout.Contohnya makanan yang harus anda elakkan (tak makan) dan makanan yang anda harus kurangkan.

Makanan yang harus dielak
  • makanan laut yang bercengkerang seperti udang.kerang.ketam dan sebagainya.
  • organ dalaman seperti hati,limpa,paru-paru,ginjal dan sebagainya.
  • makanan masin seperti ikan bilis,budu dan sebagainya.
  • Ekstrak daging seperti kiub ikan bilis,kiub daging
Makanan yang perlu dikurangkan
  • bijirin kopi,coklat,teh dan sebagainya.
  • bayam.cendawan,
  • kekacang 
Kesimpulannya,anda sebagai pesakit gout haruslah mengamalkan pemakan yang sihat untuk mengawal kandungan asid urik dalam badan anda.

Sumber : reiki malaysia.com

________________________________________________________________________

Set Gout Shaklee
set gout shaklee
Alfalfa Complex

  • bertindak untuk menyingkirkan toksik dalam badan secara lembut.
  • meneutralkan asid dalam badan.
  • melegakan sakit sendi dan sakit belakang.
  • merawat arthitis.
Omega Guard
  • mengelakkan inflamation / bengkak pada sendi.
  • membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
  • memelihara fungsi-fungsi sendi.
  • mencegah salur darah dari tersumbat.
Perfomance Drink
  • bersifat alkali.
  • memastikan air cukup dalam badan.
  • rendah paras gula.
::: Testimoni Set Gout Shaklee :::




Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...