'sihat dan cantik pilihan saya'

panduan memilih pam menyusu

Penggunaan pam menyusu amatlah disyorkan kepada ibu yang berkerjaya.Disamping itu,pemilihan pam yang betul mengikut keperluan dan bajet juga perlu dititikberatkan.Selalunya ibu yang pertama kali bergelar ibu agak keliru bagaimana mahu memilih pam susu.Kriteria yang bagaimanakah mampu memenuhi keperluan ibu agar susu ibu yang diperah mencukupi untuk si bayi.



Terdapat beberapa faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pilihan membeli sesebuah pam menyusu.Antaranya adalah :

Harga




Pam menyusu dijual dengan pelbagai harga.Dari puluhan ringgit hinggalah mencecah ratusan ringgit.Oleh itu,belilah mengikut kemampuan anda.Anggaplah ia satu pelaburan jangka panjang kerana penyusuan ibu jauh lebih menjimatkan.

Pam manual atau pam bateri adalah pilihan bijak dan terbaik jika sukar mendapatkan bekalan elektrik,

Berat dan saiz



Saiz dan berat pam adalah perkara penting yang wajib diambil kira.Seeloknya pilih pam yang ringan dan kecil agar ia mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira tempat.

Bunyi



Perlu anda ketahui,pam payudara yang berkualiti tidak akan mengeluarkan bunyi yang kuat.Jadi,ini memudahkan kerja anda untuk mengepam susu tidak kira di tempat kerja mahupun sebelah bayi yang senang tidur lena! 

Mudah Digunakan

Anda mungkin akan kerap mengepam sekurang-kurangnya 3 jam sehari.Jadi pilih pam yang senang digunkan dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang dan disimpan.

Ketahanan

Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia merupakan satu pelaburan.Jika memilih pam eletrik,ciri utama yang perlu dititikberatkan adalah motornya.Pilih pam yang bersesuaian dengan kekerapan anda mengepam.

Cara Mengepam

Pilihlah pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara anda pada waktu yang sama seandainya nada tidak mempunyai banyak waktu.Anda akan dapat pam susu dalam waktu yang singkat.

Aras Kelajuan

Lihat aras kelajuan yang antaranya adalah laju,sederhana dan perlahan.Anda boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya anda mengalami sakit pada payudara.

Buatlah pilihan mengikut bajet dan kesesuaian anda.Moga-moga bayi anda dapat disusui sehingga berumur 2 tahun.BAnyak sebenarnya kebaikan susu ibu.Anda bolek klik :

$$ tips merealisasikan penyusuan susu ibu
$$ mitos penyusuan susu ibu

anak derhaka bukti dunia akhir zaman

Assalamualaikum semua..

Entah kenapa tiba-tiba terlintas di hati untuk kupaskan tentang isu anak derhaka ini.Anak derhaka,kalau zaman dulu orang cukup gerun bila sebut anak derhaka.Tapi,zaman sekarang kan zaman milenium,rasanya tak hairan dah kot dengan gelaran 'anak derhaka' tu.Kalau tak,masakan terpampang di muka depan akhbar 'anak pijak kepala bapa gara-gara khayal hisap gam'?

Dunia oh dunia...



Alangkah ruginya hidup seorang anak derhaka tidak kira di dunia yang fana ini mahupun di akhirat kelak.Ya,mungkin si anak menantu hidup senang lenang,tapi percayalah ALLAH itu maha ADIL.Tak mustahil suatu hari nanti,anak anda juga akan mengikut jejak anda.

Sebenarnya setiap insan yang bergelar ibu dan bapa melalui saat pahit dan manis dalam membesarkan anak-anak.Bermula dari si anak keluar dari ibu,ibu dan bapa akan pastikan memberi yang terbaik.Pakaian serba baru,pampers dan segala kelengkapan.Bila tiba waktunya,si anak bersekolah.Bapa bertungkus lumus mencari wang,untuk berikan pendidikan pendidikan yang sempurna di samping mencari rezeki untuk anak isteri.TETAPI adakah kita insan yang tahu bersyukur?Apabila mintak duit pada mak bapa,mereka jawap 'kami tiada duit nak'..Adakah kita akan memahami keadaan dan kesusahan mereka?Memberontak lagi ada la kot!Silap hari bulan ugut nak keluar rumah!

Ketahuilah wahai anak-anak semua,sebenarnya mencari duit,mengejar duit memang memenatkan.Ibu bapa mana yang nak anak-anak mereka lalui dan jejak ikut langkah mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan?Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Tugas mendidik anak-anak juga bukanlah sesuatu yang mudah.Nak marah sayang anak,tak nak emosi anak terganggu dan sebagainya.Risau pembelajaran anak terganggu kononnya.Tapi bila besar,anak-anak lupa daratan.Ibu bapa jadi hamba anak.Dunia oh dunia.

Anak-anak umpama kain putih.Menjadi tugas ibu dan bapa bagaimana mahu mencorak dan mewarnainya!Tapi ketahuilah anda semua,tugas mendidik anak untuk menjadi seorang insan yang berguna,insan dambaan syurga adalah sangat berat.Bermula dari alam rahim perlu bermulanya proses pendidikan.

Anak lelaki tanggungjawabnya pada ibu bapa adalah seumur hidup.Biarpun sudah beristeri,beranak pinak,jangan sesekali lupakan tanggungjawab anda.Saya pernah melawat rumah orang-orang tua di Perlis suatu ketika dulu.Ada seorang nenek nie cakap sambil kesat air mata.Katanya,anak menantu kerja besar (berjawatan tinggi),tapi tiada masa nak jenguk tok disini.Mereka hanya kirimkan duit.Tok dah tua,tok dah tak perlukan duit,tok cuma harap mereka berikan kasih sayang dan perhatian je.Seorang ibu mampu dan sanggup menjaga 10 orang anak,tetapi 10 orang anak belum tentu mampu nak jaga seorang mak.Mungkin kalau ego kita tinggi,kita akan cakap ishhh...

Cuba kita bayangkan,bila kita tua nanti.Anak-anak akan hantar kita ke rumah orang tua-tua dengan alasan 'saya sibuk la mak!'.Tinggikan suara pada kita seolah-olah kita ini manusia tiada harga dan nilai di matanya.Pada waktu itu,sanggupkah kita hadapinya atau kita hanya mampu menangis?

Ibu bapa adalah insan yang paling berjasa dalan hidup kita.Segala penat lelah mereka hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.Kita sebagai anak,jagalah hati mereka sebaik mungkin.Nikmati kasih sayang mereka sepenuhnya sebelum kita dimiliki,sebelum ALLAH menjemput mereka pulang kembali ke sisi-NYA.Sesungguhnya apabila kita kehilangan mereka,rasa kehilangan itu sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Air mata ibu lebih berharga dari segala-galanya.Kasih ibu membawa ke syurga,kasih bapa tiada penghujungnya.Tertutupnya mata seorang ibu bererti kita kehilangan sebutir permata yang berharga.Hilangnya doa dari seorang insan yang mustajab doanya.

Wu ALLAH wu alam.

nak cegah kehamilan?

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya akan kupaskan sedikit tentang kaedah untuk mencegah kehamilan.Mungkin pasangan yang baru berkahwin tidak akan mengamalkan kaedah ini.Secara puratanya kaedah mencegah kehamilan diamalkan oleh pasangan suami isteri yang sudah mempunyai zuriat.Sebab menjarakkan kehamilan ini mungkin untuk menjarakkan kehamilan.Sebenarnya banyak faktor kenapa pasangan yang sudah berkahwin melakukan kaedah mencegah kehamilan.Antaranya adalah faktor kewangan.

Atau mungkin juga masalah kesihatan contohnya isteri bersalin secara pembedahan (operate).Atau mungkin isteri mendapat penyakit serius semasa tempoh kehamilan contohnya,tekakan darah tinggi,diabetes dan sebagainya.

Mungkin juga untuk memberikan kasih sayang yang sepenuhnya bak menatang minyak yang penuh kepada anak sulung.Ini adalah kerana apabila kehamilan dan kelahiran dalam masa yang terdekat,pasti anak yang sulung sedikit terabai kerana ibu bapa memberi perhatian yang lebih berbanding dengan si sulung.

Baiklah,berbalik kepada tajuk entry kita,mencegah kehamilan atau bahasa saintifiknya Kontraseptif merupakan salah satu kaedah untuk mencegah kehamilan.Adalah sangat penting untuk anda mengetahui kaedah untuk mencegah kehamilan untuk memastikan anda dapat membuat pilihan yang tepat untuk anda mengikut kesesuaian dan keselasaan anda.

merancang secara semulajadi

Diamalkan dengan mengelak dari melakukan hubungan seks semasa si isteri sedang subur.Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan kaedah BBT atau dengan melihat perubahan lelehan lendir pada faraj setiap hari.

Macam mana nak tahu waktu subur? sila klik < kenali kitaran haid dan waktu subur >

Kondom


Kondom bertujuan untuk menghalang sperma dari memasuki rahim wanita.Kondom terdiri dari salur getah dan digunakan oleh lelaki.Kondom adalah alat untuk mencegah kehamilan yang popular pada masa kini.

Cap Serviks
Berbentuk cawan kecil yang diperbuat dari latex getah atau plastik.Cap serviks ini dimasukkan ke dalam faraj dan dan diisi dengan jelly pembunuh sperma.

Diaphragm



Getah lembut yang berbentuk bulat dan boleh meregang.Bahagian mucungnya akan diisi dengan jeli pembunuh sperma.Diaphragm ini dimasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan.

Ubat Anti-Sperma



Bahan kimia ini dikenali sebagai spermicides.Ia boleh didapati dalam bentuk buih,jeli dan tablet untuk dimasukkan kedalam faraj.

Alat dalam rahin (IUD)

iud
Merupakan alat plastik yang mengandungi cooper atau hormon yang dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor.Sesungguhnya IUD ini tidak dapat mencegah sperma menghampiri telur tetapi ia menyebabkan persekitaran rahim sukar untuk melakukan persenyawaan.

Kaedah hormon

  • pil perancang
  • suntikan depo-provera
Kaedah ini bertindak dengan 3 cara iaitu :
  • menghalang telur dikeluarkan daripada ovari setiap bulan.
  • menyebabkan mukus serviks tebal dan sukar untuk sperma menembusinya.
  • menyebabkan dinding rahim menjadi nipis dan sukar untuk hamil walaupun persenyawaan terjadi.
Kaedah Sterilasi

tubal ligasi (untuk wanita)


Kaedah pembedahan di mana kedua-dua tiub fallopian wanita akan diikat dan dipotong.Ini adalah kaedah kekal dan tidak dapat diterbalikkan semula.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua terutamanya untuk suami isteri yang akan memperolehi zuriat pertama tidak lama lagi. ;)


Protein soya bukan - GMO - minuman kesihatan untuk seisi keluarga

Rata-rata orang diluar sana mengenali soy protein isolate powder ini sebagai ESP.Ringkas dan senang nak sebut ;).Esp boleh dikatakan sebagai hot produk kerana mempunyai keistimewaan dan manfaatnya yang tersendiri.Saya sendiri salah seorang pengguna ESP dan amat mengemari ESP.Pada mulanya saya hanya gunakan sebagai salah satu item untuk milkbooster tetapi saya dapat extra bonus.Apakah itu?semestinya badan selim dan parut jerawat makin pudar.Alhamdulillah! ^_^

esp shaklee 

Esp merupakan sumber protein terbaik.Ini adalah kerana esp menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua amino asid yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 amino asid penting.

Berbanding dengan protein daripada sumber seperti daging,telur dan tenusu.Esp adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

Esp ini dihasilkan di bawah 1 program yang digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Kenapa nak perlu panatau bagai?Ini adalah sejajar dengan prinsip Shaklee yang mengamalkan Ketulenan,Keberkesanan,Prestasi,Bukti dan Handal.Inilah antara sebab Shaklee mampu bertahan lebih 50 tahun di pasaran.

Kelebihan Esp Shaklee
  • Tinggi Protein
  • Tinggi Kalsium
  • Rendah Lemak
  • Rendah Kalori
  • Bebas Laktosa & Kolestrol
  • Indeks Glimeks Rendah
  • Mengandungi Vitamin B
Kebaikan Esp Shaklee
  • menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • membantu mengurangkan paras kolestrol
  • membantu pembinaan semula otot dan kulit.
  • Mengembalikan Radian kulit dan kepejalan otot,percepat penyembuhan luka serta kurangkan kesan parut.
  • menggalakkan sistem peredaran darah yang sihat.
  • menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain,insomnia dan anemia.
  • kaya dengan Isoflavones,yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa putus haid.
  • menggalakkan payudara yang anjal dan sihat
  • mengalak prostat yang sihat.
  • membaiki pigmentasi untuk masalah rambut (gugur dan uban)
  • mengatasi masalah kulit (kedut dan kesan tua)

Siapa yang perlukan Esp?
  • wanita
  • golongan pekerja
  • ibu hamil dan pantang
  • ibu menyusu
  • golongan pelajar
  • warga emas
  • individu yang paras kolestrolnya tinggi

anda ingin order dan bayar sendiri?sila kik 


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua...rasanya belum terlambat lagi kan saya nak memperkenalkan diri saya.Asyik update entry jer,owner blog ini siapa?tinggal di mana? Wah..tetiba banyak la pulak soalan nak huraikan..


Saya SITI ROSNAH BINTI ABDULLAH,sid ataupun perkataan penuh Shaklee Independent Distributor.Pengedar Shaklee kawasan Manir,Kuala Telemong dan sekitar kawasan Kuala Terengganu.Anda boleh menghubungi saya di talian +6013-9156881 (maxis).Nak sms boleh,nak whatsapp,telegram atau wechat lagi la boleh.Tapi nak bagitaw siap-siap taw kalau anda call sekali saya tak angkat,sila call sekali lagi.

Ini adalah kerana saya ada anak kecil yang perlu diuruskan. :)

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Baiklah,berbalik kepada tajuk entry,saya COD (cash on delivery) sekitar kawasan Kuala Terengganu,Manir,Kuala Telemong dan kawasan-kawasan berdekatan.Jika anda nak order barang,boleh jer terus telefon saya.In shaa ALLAH jika saya ada stok,saya akan hantar barang yang anda hendak pada hari yang sama.

Mula-mula saya berkecimpung dalam dunia supplement dan vitamin Shaklee,saya risau jugak sebab ye lah kan,Kuala Terengganu nie sebuah negeri yang besar,takkan la tiada pengedar Shaklee yang lain.Tapi,upline saya cuba kuatkan semangat saya dan dia cakap,"siti,rezeki di tangan ALLAH,asalkan kita berusaha sehabis baik dan menjemput rezeki,yakinlah rezeki ALLAH ada di mana-mana".Terbakar saya dengar nasihat macam tu sebab betul jugak rezeki bukannya di tanagn kita,rezeki terletak di tangan ALLAH.Asalkan kita berusaha,buat sebaik mungkin In Shaa ALLAH rezeki ada la untuk kita.

Dan sepanjang setahun lebih saya berkecimpung dalam dunia perniagaan supplement ini,saya sangat gembira dan puas hati apabila pelanggan memberikan feedback yang bagus setelah mengamalkan produk Shaklee.

Dan alhamdulillah saya juga berjaya mengembangkan empayar dan downline saya berada di negeri Kedah,Terengganu,Selangor dan Negeri Sembilan.

Anda juga berminat nak jadi sebahagian dari #imanimpire?boleh pm saya,saya akan terangkan dengan lebih details kepada anda.

Walaupun saya akui,terlalu banyak rintangan dan dugaan dalam dunia perniagaan ini,tapi sebenarnya itulah yang membuatkan saya terus kental dan bersemangat nak teruskan kaki ini melangkah dalam dunia perniagaan.

Pernah terjadi pada saya,hari raya aidilfitri yang lepas,tiba-tiba ada seorang kakak ni telefon,nak suruh cod set kayap (nutriferon dan garlic).Syukur,rezeki hari raya.Saya cuba penuhi permintaan kakak tersebut walaupun waktu tu sibuk nak pergi melawat saudara mara.Dan alhamdulillah tak sangka,dia tambah order pulak,nak ostematrix a.k.a kalsium.Selagi saya mampu,saya akan cuba penuhi permintaan anda.

Dan jangan tak tahu,saya juga boleh poskan barang Shaklee kepada anda di seluruh MALAYSIA.Melalui pos laju ataupun Gdex.Dunia sekarang makin maju ;)

Hakikatnya,menceburkan diri dalam dunia Shaklee banyak memberi manfaat,ruang dan peluang kepada saya.Saya juga bermula dari bawah,melangkak setapak demi setapak untuk menuju puncak.Alhamdulilkah saya masih lagi mampu bertahan! 

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada upline dan side line semua yang banyak membantu saya.Sehingga saya berjaya mengembangkan empayar,berjaya menambat dan mengikat hati penduduk sekitar kawasan ini agar terus setia dengan Shaklee.Pahit manis itulah yang mematangkan saya dalam menangani ragan dan kerenah pelanggan :)

Sekian...salam sayang. 

Master  to be 2015



lemak menyebabkan perut buncit?

Semua individu tak mengira lelaki mahupun perempuan inginkan perut yang kempis dan ramping.Siapa yang nak kan perut buncit dan mengelebeh kan?Saya pun tak nak :)



Lemak di perut merupakan organ yang paling bahaya.Ini terjadi apabila kita makan dengan banyak,kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh.Paling banyak adalah di bahagian perut.Apabila lemak berada di bahagian perut,ia akan berubah menjadi organ.

Lemak di perut akan merembaskan bahan inflamasi bertoksik.Ia akan menjadi pencetus interaksi yang rumit di mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah, dan melemahkan sistem imun.

Dan paling merumitkan adalah sekiranya berat badan akan bertambah,maka jangka hayat anda juga semakin pendek.

Di sini saya nk kongsikan tips untuk hilangkan lemak di perut.

» jangan skip ambil sarapan.
» makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.
» ambil lebih serat.
» kurangkan pengambilan gula ringkas.
» makan lemak yang sihat
» bijak memilih ketika makan di luar.

Hakikatnya kita mestilah makan mengikut keperluan tubuh badan kita bukannya ikut nafsu :)

Apabila tubuh badan sihat,kesihatan akan sihat dan secara tidak langsung mood kita juga sentiasa stabil dan ceria selalu :)


pencuci pinggan Shaklee

Dish Wash Concentrate merupakan pencuci pinggan mangkuk yang mesra alam dan handal dalam menanggalkan minyak degil.

Tidak seperti pencuci biasa,ia berasaskan sumber semulajadi tumbuh-tumbuhan menjadikan pinggan anda bersih dan berkilau dengan hanya menggunakan beberapa titisan sahaja.Pencuci ini juga kaya dengan buih.


Dish Wash Concentrate Shaklee
Pencuci pinggan mangkuk ini dijamin mutu kebersihannya.

» bebas toksik
» hypoallergenik
» biosurfaktan
» semulajadi
» bebas fostat

Pencuci ini juga lembut di tangan.Ini adalah kerana produk keluaran Shaklee ini tidak mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci lain seperti Diethanolamine dan Sodium dedecylbenzensulfonate.

Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Cuba dan rasailah perbezaannya.Ternyata pencuci pinggan mangkuk ini begitu lembut di tangan dan kaya dengan buih walaupun hanya menggunakan beberapa titis sahaja.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...